.

Sunday, May 09, 2010

Kolej ku - HTAR

- Bismillah -

Aku bosan. Jadi aku ingin bercerita sedikit sebanyak tentang kolej ku. 2 tahun aku duk sini. fuh~. Nway..

Ini adalah Hospital Klang. HTAR- Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Waktu gambar ini diambil adalah dekat2 nk maghrib, jd agak lengang. HTAR yg kebiasaannya sgt sibuk dan sentiasa penuh dengan kereta dan sesak dengan orang, termasuk pelawat dan pesakit. Bukan itu sahaja, udara di Klang ini juga tidaklah sebersih mana. Banggunan hospital ini memang sgt lama. Ada certain bahagian sudah begitu uzur. Toilet pun acap kali tersumbat. Kemudian bile aku cari toilet kat tempat lain, Doc bising kata aku slalu sgt bg alasan g toilet. Ceit~

Selain itu, Klang mmg sangat terkenal dengan populasi gagak yg padat dan mampan. Terutama di waktu maghrib, langit akan penuh dengan gagak. Mencepatkan lagi proses pertukaran dari cerah ke gelap. Selain gagak, Klang juga padat dengan populasi dari kaum India. Jadi majoriti pesakit di HTAR, adalah byk orang India. Doktor dari kaum India juga ada kuata tertentu yg perlu di isi bagi memudahkan urusan komunikasi.

Banyaknya gagak sehingga memaksa pihak berkuasa setempat melancarkan kempen menembak gagak. Kadang2 mereka siap buat pertandingan lagi. Pertandingan menembak gagak. Ada sekali aku sembang2 deng abang si penembak gagak, biasanya skali keluar, mereka dapat menjatuhkan kurang2 dekat 10 000 ekor. Mereka mmg selalu bergerak dalam kumpulan dan ke merata tempat sekitar Klang.

Inilah rupa tempat penginapan pelajar fasa 3A, perubatan UM. Berbentuk H, dengan laluan pejalan kaki di tengah, di apit oleh dua gelanggang badminton.

Di gelanggang badminton itulah byk aktiviti2 dilakukan. Dari bermain futsal tampa mengira cuaca, melakukan aktiviti ramai2 seperti menyambut hari lahir seseorang, BBQ, makan saje2, sambutan hari Asyura dan sebagainya.

Permandangan di kawasan ini sebenarnya agak klasik, kerana penuh dengan banggunan dan landskap lama. Namun kadang2 jika kena masa, boleh tahan suasananya.


- Alhamdulillah -

1 comment:

Anonymous said...

kalau jadi houseman kat hospital klang, ok x? ke suffer..huhu