- Bismillah -
Time2 nk exam ni mcm biasa la, cite nk g tu nak g nih, nnt karang dah cuti tak pegi mana2 pun. Samada terperap kat umah atau dihantar balik kampung untuk tugasan2 tertentu. Memandangkan aku dah lama tak berjalan jadi termacam best pulak ingat tempat yg aku penah jalan. Cameron Higland. Last skali aku pegi masa 2007. Xdelah tempat ni best sgt n wajib pegi tiap2 tahun, cume.... kamera kesayangan aku tak penah lagi menjejakkan kaki ke sini ehehe. Jadi skrg sedang menunggu Dzul untuk plan dan bawak aku g sinih. OKeh Dzul!
Zaman2 aku amik gamba nih, seryes aku tatau pape pasal kamera. Yg aku tahu kamera lagi mahal gamba lagi cantik. haha. Aku tak tahupun sesuatu gamba yg berkualiti tu macam mana. Apa rules utk amik gamba etc. Bg aku gambar yg di ambil mestilah sedap mata memandang. Jadi sebenarnya sblm aku minat photography, aku dah terminat pun photography tampa aku sedar kerana aku selalu rasa tak kene dengan gambar yg aku ambil, jadi aku akan ambil dan ambil lagi, Dan byk main angle.
Biasalah kalo orang yg tak tahu sgt amik gamba atau tak de ilmu sgt, derang akan konon2 cube nk amik gamba2 mcm seni lah, dengan bermain angle dan tangkap gamba pelik2. Amik gamba daun la, ranting la, bunga la, rumput la, rantai besi la etc, dari atas, tepi, bawah dan segala sudut. Tak caye tgk gamba mule2 flickr kak Amer hagagaga. Alaa tp majoriti org yg baru start2 pegang kamera mmg mcm tu. Same je. Tapi Kak Amer skrg gamba dah mantop2. Fave da berpuluh dah skrg. Wuish belum tuka ke kamera besa lagi tuh. Fuh~
Aku pulak, mula2 aku pegang kamera aku suka candid dan permandangan. Selalu pegi jalan2 ngan orang atau in group atau lawatan mmg kamera aku antara yg paling byk gambar. Semua aksi dan telatah orang aku nak amik. Konon2 nye mcm berhargalah. Yelah masa sentiasa berlalu pergikan. Dan aku juga suka kawasan tempat tinggi dan kawasan dengan permandangan yg cantik. kalau aku rasa tak lawa aku salahkan tempat atau kamera. Jadi masa mula2 dulu aku mmg beli kamera yg agak mahal sampai kene marah ngan mak. Dan sekarang baru aku tahu aku silap, kamera mmg penting, tapi cantik atau tidak sesuatu gambar lebih bergantung kepada skill dan seni orang yg tangkap. Ramai je org kamera besa2 gamba ala kadar je, kalau ala kadar ok lagi, kalau seryes buruk? Malu okeh pegang kamera besa2.
Ok dah termelalut pasal fotografi pulak. Antara perkara menarik yg aku penah buat kat Cameron adalah keluar malam kol 11 dan makan ais krim. Perumpamaan yg aku boleh buat seperti duduk dalam peti ais dan mandi dengan ABC. Yeee mmg agak sengal, tapi perbuatan2 takde keje ni lah yg seronok utk dikenang. Kemudian balik bilik berebut selimut. 3 selimut tak cukup. Esok pagi pulak berebut toilet sbb nk berendam dalam bath tub dengan air panas. Sape masuk 1st, yg orang seterusnya mmg tensen la tunggu.
Dan pagi2 buta pegi gatal nk panjat puncak tertinggi kat Cameron. Gunung Brincang kot nama die. Menggigil-gigil. Konon2 nnt takut ramai orang la. Oh tade la daki jalan kaki. naik kete je pun. Orang lain pakai 4-wheels. Ktrg Kelisa je. AGak tak sayang kereta lah. Dan mmg tak ramai orang langsung.
Kemudian tengah hari tu, hari Jumaat. Walaupun musafir tapi decide nk solat Jumaat jugak. Masjid die sedang2 je. Masjid lama. Takde ape yg menarik melainkan air die. Jam 1 tengah hari, menggeletar aku ambil air wudhu'. Pakcik sebelah sekadar tersenyum. Die kata air ni di salur dari mata air dari gunung. Air die mmg sgt sejuk. Macam lagi sejuk dari ais batu yg korang suke gigit2 tuh.
Kemudian tak serik2 nk mandi air terjun. Sejuk pun sejuk lah. Nak pegi kawasan air terjun ni kene lalu kawasan kampung dan rumah2 lama. Permandangan komuti yg menarik. Kemudian lalu tepi sungai yg sangat tak bersih air die, agak besar lah sungai tu, dan kawasan nelayan (?) kecil. Sebab aku tengok ada bot dan jala2 so aku assume nelayan lah haha. Die menjala kat sungai yg dah tercemar tu kot. Dan akibat bajet pandai jadi sesat kejap. Dan bila sampai kawasan air terjunnya, fuh mmg lawa tgk. Da la tinggi. Tapi tgk bawah air terjun tu, penuh dengan sampah sarap. Aduh Saleha.
Bilik yg kami menginap harga die time tu ada promosi. RM55. Murah dan sangat puas hati. Bilik besar, toilet besar, ada bath tub dan TV. Of kos lah xde air cond. Dah sgt sejuk kot. Zaman2 nih jugak aku tak pernah tahu mcm mana nk amik gamba indoor dan di kawasan gelap dan pada waktu malam. Aku langsung tak tahu long exposure tu ape. Mmg buruk lah gamba2 indoor aku. Blur sana sini. Noise bagai mencurah2 ke ladang gandum. Pastu aku salahkan kamera lagi dan nk beli kamera baru yg lagi mahal haha.
Bab makanan pulak. Biasalah tanah tinggi harga die mahal sket dari tempat lain2. Yelah kos pengangkutan aku rasa penyebabnye. Tapi di sinilah di mana saat 1st time aku rasa strawberry tu sedap. Sebelum ni aku tak penah suke. Sekarang pun tade la suke sgt. Mungkin sbb cara penyediaan die la kot. Strawberry + Yogurt + madu. Kombinasi masam-masam-manis yg sebenar. Memang terbaik!
.
Aku pergi hari itu cuma 1 hari 1 malam sahaja. Pergi khamis petang, sampai lepas maghrib dan balik Jumaat around jam 3. Banyak lagi tempat tak explore senanye. Kalau boleh setiap sudut dan setiap batang halannk masuk. Nak tgk ape ada. Kitorang byk jalan2 naik kete cube cover seberapa byk tempat yg boleh pergi. Kebun itu dan ini sgt banyak. Kemudian ada kawasan2 mcm zaman portugis, ada kawasan bonglo2 utk disewa dan taman2 yg mmg lawa2. Ada juga kebun2 blakang rumah dan mcm private farms, yg kalo korang tak gatal nk explore masuk ceruk2 mmg tak jumpe. Walau kecik dan tak commercial tp sgt lawa dan kemas. Buah yg dihasilkan pun boleh jadi lebih cantik, sedap dan manis.
Sayang time pegi ni, aku baru jual kamera lama nk beli kamera baru, jadi gambar2 yg ditangkappun pakai kamera pinjam. Dah la kamera tu dengan memory card yg sgt kecik, 64mb tak silap. Mmg kene jimat2 lah. byk gambar nak ambil tak terambil. Jadi kalau pergi lagi skali dalam masa terdekat nih mmg aku nk balas dendam sungguh amik gamba byk2. Cume..... bile lah aku nk cuti nih. Haihhhhhhhhhhhh~
- Alhamdulillah -
No comments:
Post a Comment