.

Wednesday, May 05, 2010

..............

- Bismillah -

0. Tahniah kolej ini. Setelah 2 minggu tade tenet akhirnya kau ada balik. Walaupun nk bukak email mcm 5 minit. Aku dah rasa mcm nk ulang alik rumah je. Tapi yuran da kne baya siap2 utk setahun.

1. Semalam ada kejadian pecah kereta di kolej aku, Vios. Salah seorang dari kawan aku cermin keretanya di pecahkan dibahagian pintu. Waktu ketika itu hujan lebat, jadi tiada yang perasan termasuk pak guard.  Ceh padahal aku tgk pakguard slalu curi tulang, duk dalam bilik guard je sepanjang masa, layan sms, gayut, denga radio dan tido. Dan yang menarik, apa yang hilang adalah smart tag yg disimpan di dalam laci kereta. Persoalan yg timbul adalah kenapa kereta itu yg dipecahkan sedangkan byk lagi kerta lain? Bagai mana si pemecah kereta tahu yg kerata itu mempunyai smart tag yg disimpan di dalam laci. Ada kereta lain yg smart tag tayang kat cermin tapi tak kene pecah. Dan lebih menarik bagaimana si pemecah kereta tahu yang kereta tersebut alarm nya sudah rosak. Aku rasa banyak je kereta yg alamnya sudah rosak. banyak je kereta lain terutama kereta murah yg boleh dibuka dengan hanya sebatang pembaris. Jadi aku pun ter cuak dan cek kereta aku. Barang2 dalam kereta aku hanya ada buku peta, air mineral dan keset nasyid in-team yg aku sgt yakin milik adik 1st aku, dan smart tag. Dan smart tag aku pun takde bile aku cek. Nak mengamuk rasa. Baru nk ke ofis buat aduan dan keco kat semua penduduk kolej yg kolej ni dah tak selamat. Tapi belum sempat aku buat begitu aku baru ingat aku letak smart tag dalam beg, dan beg tu ada kat bilik -.-'

2. Kenapa setiap kali nk exam je badan aku mule buat hal. Demam lah, batuk lah, selsema lah, cirit lah. Time aku mencari alasan nk ponteng kelas takde pulak nk sakit. Jadi terpaksa pergi juga ke kelas dengan keikhlasan yang dipaksa.

3. Malam tadi jam 4 pagi ada seorang kawan aku mesej byk kali mintak topup RM30. Waktu tu aku tak sedarlah. Tengah qiam atau tidur itu adalah rahsia haha. Jadi pagi tu subuh aku msg lah kata nak lagi ke. Dia kata nak. Tapi tak boleh topup sebab pagi tu server topup jammed. Aku katalah kat dia tak boleh n biasa amik masa lbh kurang 30 minit sblm boleh balik. Pastu dia marah2 aku -.-' . Dah server jammed ape aku boleh buat. Ko gelabah2  nk marah aku g beli seniri la! Aku taknak jual kat ko pun ko peduli ape! G la cari kedai topup seniri kol 6 pagi! *emo*  (7e jauh).

4. Aku rasa kakak2 kantin suke aku -.-'

5. Laser printer yg aku baru beli sgt best. Print gamba B&W sgt lawa.

6. Aku ingat nk buat galeri sendiri lah. Print gamba atas canvas sgt cool. http://www.lifeiscanvas.com/

7. Aku baru tahu Taman Rakyat depan Hospital klang nih sgt besaaaaaaa. 2 hari lepas aku gatal2 baru nk pergi untuk pertama kali walaupun dah duk sini setahun setengah. Berbekalkan semangat dah lama tak jogging dan nk kecikkan lagi peha yg dah kecik nih, aku jogging dari bilik, kua hospital, lintas jalan gune jejantas dan jongging dan terus jogging ke taman rakyat ikut jalan belakang. Mak aihhhhhhh. Rupenye sangat besa. Rupanya kat situ ada bukit yg agak tinggi dan besa. Kawasan jongging die adalah meredah bukit, naik dan turun. Antara yg membuat kan aku terus jogging walaupun dah tak larat gile adalah kerana ada pakcik berumur 60 tahun lebih jogging blakang aku -.-' . aku da cube speed up pun die masih gak kat belakang aku. Kemudian aku jumpe pakcik umo 40 lebih jogging dengan dumble kat dua2 tangan n kat badan pakai baju pemberat. Kat baju die ada  besi2 pemberat. Wadehel jogging biasa pun susah ok, ni jogging naik bukit. Aku rasa penat aku hari tu lebih penat dari aku panjat Broga.

8. Sampai sekarang aku sakit2 kaki lagi.
9. Isnin petang dan rabu pagi aku exam.

10. Rabu depan nk g men ais skate tgh hari. Malam tu nk buat BBQ. Esoknye pagi panjat Broga (?)

11. Rupenye skrg ada kelas. Kelas dah di bawa awal ke jam 1 ptg. Kenapa aku asik tak tahu. bye


5 comments:

Nadirah Ahmad Azam said...

skrang x men kaset. CD je..

jangan lupa lawat Tok Wa kat PPUM~

musaf said...

ko sorang je denga lagu2 mcm tu -.-'

Nadirah Ahmad Azam said...

inteam skrang x men jiwang2 dah.. ustaz2 belaka sume tu

ark said...

10. BBQ ngah sape ni?

musaf said...

org tersayang haha. nk join blh je, kolej aku, lbh tepat depan bilik aku. mula 12 tgh malam