.

Monday, May 31, 2010

CFCS Visit

- Bismillah -

Community Family Case Studies (CFCS). Mende ni mcm.. kau diberi kumpulan, biasa berdua atau bertiga, multi racial dan berbilang jantina. Kemudian kau orang akan diberi patient utk kau orang follow up selama 3 tahun, dari 1st yr sampai 3rd yr. Alkisah kumpulan baru aku, pakcik ini, India, umo 73, ada spinal prob sbb eksiden, tp tak paralyze lah, lemah je, kemudian history of stroke dan baru2 nih lung ca. Mmg pakcik nih heavy smoker pun. Dan byk lagi lah penyakit lain2.

Alamat rumah pakcik ni kat PJ. Susah ok nk cari ruma die. Bukan apa, sbb da cari melalui google map, buku map dan apa2 ntah map lagi, mmg xjumpe rumah die. Jalan dimana rumah di terletak tak wujud. So ktrg pusing PJ tu dari kol 230 petang sampai 530 petang! cari rumah je, itu pun tak jumpe. Tanye orang sana sini sume kata situ2. tp bila pegi takde jugak. Ada yg siap reka2 lagi lukis peta wadehel. Last2 menyesatkan kitorang. Memenatkan dan menghabiskan minyak. Jadi  kitorang dicide nk ke rumah anak die, dan takde orang. Sebelum2 tu pun dah byk kali lalu2 depan umah anak die dengan harapan ada orang. Tapi harapan cuma tinggal harapan.

Kitorang decide nk tunggu depan umah anak die nih, Da kol 6 da time tu. Harap2 anak die balik la. Tp tak balik2 jugak. Stress.

Nama patient tu sgt panjang dan belakang die ada Patrick. Jadi decide panggil pakcik patrick je. Bukan Patrick starfish okeh. Tapi tunggu punye tunggu still tak balik. Maka timbullah idea nk tanya jiran anak die nih. Jiran die pong tak tau. Tatau la derang mmg tak mesra jiran ke apa. Kemudian saja lah tanye pasal ayah anak die nih. Maka sekali pakcik jiran memberi tahu yg si ayah anak patient itu telah meninggal beberapa bulan lepas. Xtahu la sebab apa.

Maka kami membuat keputusan untuk menulis surat dan memasang harapan sekali lagi supaya si anak sudi menghubungi kami supaya kami siap projek CFCS ini dan tak kene marah.

Dan 2 minggu sedah berlalu dan langsung tiada panggilan apa2. Da la rabu ni kene present, maka kami decide untuk ingat2 balik dari interview yg lepas2. Macam mereka sket pun ada kot (?)

Begitulah. Pulang dengan kepenatan.


- Alhamdulillah -

Outing Shah Alam - 20 Mei 2010

- Bismillah -

Lebih tertumpu di Akuarium Shah Alam. Kerana petang itu hujan. Tadelah 'outing' sgt pun senanye, keluar berkongsi ilmu. Aku lebih byk mengajar dari mengambil gambar.


Semua gambar tidak di edit. Memang begitu keluar dari kamera.

- Alhamdulillah -

..................

1. Kalau dulu tenetkolej aku ada dan takde. Eh silap, tenet ada dan takde takde takde takde takde takde takde takde takde takde takde takde takde takde takde takde takde takde dan ada. macam tu la pattern die. skrg die ada pattern baru. Ada jeeeee memanjang. Tapi lagi sakit hati. Xleh masuk ape2 website. Mmg dah cek positive ada line, boleh connect tenet. Tapi lang tak boleh nk masuk ape2 website. Aku langsung tak paham internet kolej nih. Hari itu masa aku tengah lepak2 kat bilik paper, tetibe brader library datang tanye2 wat concern tanye tenet ada ke tak. Wadehel. Hari tu masa bulan 2 punye janji kata mulai bulan 4, tenet akan laju dah, da takde masalah da, akan pasang ni speed punye broadband. Tapi makin teruk ada lah. Gemuk.

2. Pelanggan topup aku paling cemerlang adalah Rafie. Setiap hari ok topup. Dan bukak topup untuk die je, clan2 die skali.

3. Surgery tiap minggu tuka lecturer. Bosan.

4. Kenapa buku medic mahal2 ah. Aku da la tengah kering nih. Tendon hammer pulak hilang masa posting last last year. Nanti2 lah beli.

5. Aku skrg ada anak2 baru. 7 orang/batang/buah (?)..aku pun tatau nk pasang kan dengan ape.

6. Buah jambu kristal/jambu epal/ jeruk jambu mmg sedap, tapi aku da mcm muak.

7. nanti2 la sambung...

Afif Alam Faizli

27 Mei 2010
Khamis

1000 pagi
"buzzz buzzzz", telefon bimbit ku bergetar. 1 mesej dari Afif AF
"wehhh, ko ada kat bilik takk? aku nak print case summary" - Afif
"aku tgh seminar ni kat lect hall, meh la amik kunci" - aku
1010 pagi
"muaahhhh muahhhh" - bunyi kiss menjentik2 gegendang telinga aku. Nasib baik aku duduk di barisan belakang dalam dewan kuliah, kalau tidak pasti aku tidak dengan bunyi siulan kiss2 Afif yg sedang mengendap dari pintu belakang dewan kuliah.

1118 pagi
"weehh mana kunci aku, aku da nk habis da nih" - aku
"aku nga ward round nih. jappp haoo" - Afif

1130 pagi
"weeiiiiiiii aku habis dah nihhhh" - aku
"sabaa sabaaa..panjang pulak si Mala ni membebel. sikit lagi" - Afif

1200 tengah hari
"woiii. ko memang nk kene gigit kann" - aku
"hahaha bukan salah aku laaaa. Ko gigit je si Mala nih" - Afif
1230 tengah hari
"KUNCIII AKUUU!!!!!!!!! ^*$&*(*%(**)). Da 14 kali aku bace ulang2 paper tamil ni kau tahu takkk!!" - aku
"Hahaha yeeeeee. Japp japp. Jap g aku datang bilik pape" - Afif

0100 tengah hari
Afif tiba di bilik rehat dan bacaan surat khabar dengan muka tersengih-sengih. Maka dengan lantas aku menyerang die dengang hikmat geletak 14 000 petala langit, dan menjadi perhatian orang ramai. Ada diantara mereka yg memandang dengan pandangan gatal -.-'



Wednesday, May 19, 2010

Monday, May 17, 2010

..............

- Bismillah -


Gambar di ambil pada Jumaat lepas, senja.
Lokasi di halaman teratak bonda.

Musik : Rabbani - Cahaya


- Alhamdulillah -

Sunday, May 16, 2010

Kinabalu

Ada kawan2 aku pergi bercuti ke Sabah tapi tak naik gunung masuk gua mahupun pegi ke laut dan pulau2 yg cantik. Sayangnyeee~

Haiiiiiiiii..caye apipaaahhh!! caye pn nk menyelit jugak dalam blog pak utehhh

- Bismillah -


Apipah tadi tade la ngade2 mcm baby irin, apipah cume nakal je. Bulu mata caye lebat. Apipah suke makan durian ngan chips.. pastu apipah suke main dekat peti ais, eheheee. jumpe lagii!! tataaa!!

- Alhamdulillah -

Haiii...nama saya Khairin Madihah. Umur saya 1 tahun 1 bulan. Malam tadi saya sangat mengada2

- Bismillah -


Semua gambar ini di ambil oleh pak uteh kite, pada 15 May 2010. Menggunakan Micro 60mm f2.8. Iso adalah 3200 kenara indoor dan pak ukteh terlupa bawak balik prime lense. Saya sgt cerewet dan tak duduk diam jadi pak uteh kene pakai iso tinggi. Jadi gamba banyak ada noise dan warna gambar jadi kurang lawa. Tapi ni pak uteh dah edit2 ciket kurangkan noise dan betulkan white balance. Pak uteh ada tangkap total lebih kurang 50 gambar, tapi kite letak 1/3 je lah kot. Nanti banyak sgt orang ingat ni blog kite bulak, hehe. Terima kaceh pak uteh.

- Alhamdulillah -

Friday, May 14, 2010

Micro klik!

- Bismillah -

Pagi tadi ada peads review dari Prof Hany dan Dr Chai. Kata2 yg sgt memberangsangkan oleh mereka. Selepas solat Jumaat aku sudah sgt bosan. Ada juga merancang ingin ke Photography Exhibition kat mid, bermula dari hari ini sampai ahad ini (14-16 May 2010). Tapi mcm malas tatau kenapa. Dengan hujan lebat lagi. Tapi kalau pegi esk atau lusa mmg parking harapan lah. Tapi kalau tak pegi ptg ni bile nk pegi lagi. Ahhh malas nk pk. Pk malam ni lah nak pegi ke tak. Jadi sbb tak tahu nk buat apa, aku hanya meniarap di atas katil sambil membaca DCM (digital camera magazine) bulan ini. Selepas asar hujan berhenti. Dan teringat ada lense micro dalam almari. Kebetulan juga dcm bulan ini ada membincangkan mengenai micro. Jadi aku pun keluar sekeliling kolej. Elok2 baju seluar baru pakai td, habis penuh dengan lumpur. Meniarap tepi longkang, melutut bawah pokok, terlentang tepi jalan dan pelbagai gaya lagi semata2 cuba mendapat komposisi terbaik untuk gambar2 micro. Tak lama, setengah jam je. Dan tak sangka fotografi micro sgt penat okeh. Nak fokus bende2 kecik, lagi2 serangga macam semut yg tak reti duk diam mmg menguji kesabaran dan stamina. Peluh2. Basah kuyup. Lenguh dan kejang otot. Fokus adalah suatu aktiviti yg begitu memakan stamina.

Oh, micro atau kadang2 org sebut macro photography adalah cabang fotografi yg memfokuskan subjek atau objek yg kecil. Kadang2 sangat kecil sehingga mata kasar sukar mentafsirkannya.


- Alhamdulillah -