.

Monday, June 20, 2011

Lynas project @ Kuantan

- Bismillah -

AKu sebenarnya baru jugak tahu tentang Lynas beberapa bulan lepas, sebuah syarikat gergasi dari Australia yg ingin membuka kilang pemprosesan rare earth material (bahan galian bumi yg jarang?) di Kuantan. Isu Lynas ini merupakan satu isu yg besar yg mendapat perhatian byk negara, kerana negara2 maju seluruh dunia menolak untuk pimbanaan kilang ini di nagara masing2. Nak buat di negara yg mundur pula tidak sesuai kerana kurang kepakaran. Apa y menarik, kilang yg dikatakan sgt bahaya ini hanya baru sahaja di ketahui oleh orang ramai pada hujung tahun lepas, sedangkan kilang mula dibina pada tahun 2008 dan hampir siap dah (dijangka siap bulan 9 tahun 2011). Memang kewujudan kilang ini tidak di war warkan lansung. Dan sejak org tahu tentang kilang ini, makin byk bantahan dibuat oleh rakyat terutamanya masyarakat Kuantan.

Isunya adalah, bahan buangan atau sisa dari pemposesan rare earth material ini adalah bahan2 beradiasi tinggi yg membahayakan kesihatan. Sesuatu yg disamakan bahayanya dengan nuklear. Isu lagi best, knp projek ini boleh lulus di Malaysia?? Kemudian byk pihak minta dijelaskan isu ini, namun pihak jabatan alam sekitar dan pihak2 kerajaan lain tidak memberikan respon. Mengapa?? Apa yg diberitahu, projek ini telah diluluskan sejak 2008. Buat anda yg masih belum tahu, lihat video2 di bawah ini untuk mengetahu sedikit sebanyak apa yg dimaksudkan.





Vid dari berita TV2 di bawah ini mempunyi info yg sgt bagus tentang isu ini. Dalam bahasa Mandarin tapi ada subtitle Bahasa Melayu.









... dan anda boleh terus meng- google dan meng- youtube!

Setakat yg aku baca, buat masa ini projek ini sudah diberhentikan. Tapi skrg tak tahu lah mcm mana.
http://www.nst.com.my/nst/articles/Lynasprojectonhold/Article/



- Alhamdulillah -

No comments: