.

Thursday, June 30, 2011

BERSIH 2.0

- Bismillah -


Kalau org tanye aku, patut tak turun BERSIH 2.0 ini, aku jawab patut. Semangat BERSIH tu kene ambil. BAru kita akan rasa kita peduli tentang negara kita, nasib hidup di negara sendiri. SGt berbeza kalau kita hanya lihat di berita atau baca di akhbar, lagi2 media skrg semua di seleweng. Tgk lah TV mana atau akhbar mana yg sebut BERSIH? LAngsung takde kecuali malaysia kini dan akhbar2 dari pehak pembangkang. Yang mereka sebut demonstrasi kacau bilau. APa kacau bilaunya? Dah terang2 demonstrasi itu adalah jelas matlamatnya dan akan dibuat secara aman. Tapi kenapa pihak kerajaan tidak berpuas hati?


"Setelah meneliti dan melihat kepada 8 tuntutan yang di kemukakan oleh BERSIH, saya tidak nampak kenapa ia mesti dihalang. Rakyat ada hak untuk bersuara dan ini harus diiktiraf. BN tidak boleh berterusan dalam keadaan “state of denial” dengan sistem pilihanraya yang berlaku sekarang. Umum mengetahui ia bukan satu yang benar2 bersih dari penipuan. Pengalanan peribadi membuktikan bahawa sistem ini perlu dibaiki dengan segera.
Jika BN menghalang bererti BN masih kekal tidak mahu berubah dan ini mungkin merupakan detik2 terakhir kehidupan BN. Tidak ada satu sistem yang memperbodohkan rakyatnya akan kekal selama2nya. Lambat laun, dengan perkembangan intelektual dan maklumat sesawang yang berleluasa, sistem itu akan runtuh juga. Jika benar2 BN mengamalkan pilihanraya yang bersih maka perhimpunan ini tidak perlu ditakuti malah di galakkan."
(http://suaradarigunung.wordpress.com/2011/06/28/bersih-yang-bersih/#more-690)
Timb. Pres ISMA Malaysia.


Bersih 2007





Gile malu aku. Jadi menteri english pun fail. Jawapan mcm org bodoh. Kemudian buat2 tak dengar. Duhhh -.-' .. Seryesly aku tanya korang, education level menteri2 kita sape tahu sampai tahap mana jer? Lagi tinggi jawatan mcm lagi xde ilmu. Sengal. Kemudian kutuk2 negara org kata tak bagus kita bagus. Padahal semua orang tahu hakikatnya. Rasuah kat malaysia kadar kenaikan lagi tinggi berbanding Indon. Tak ke malu.

SO by the way ape aku tulis rasa ramai da tahu. Tapi kalau org tanye aku turun ke tak..ermmmm ehehhee. Takkkkkkkk sbb nye kalau aku turun nnt aku mesti nk amik gamba. Tapi risau pulak kamera basah ke kne rampas ke kne baling ke atau ape2 je terjadi, maka tu yg masih berfikir lagi nak pegi ke tak >_<.

OH, makin dekat pilihan raya aku rasa makin sengal pulak kerajaan. Mcm mereka dah yakin sgt boleh menang election akan datang. BAru2 ni sape perasan ada keluar berita kos maintanance rumah PM ngan TPM je dan sampai berbilion setahun!!! Bil Letrik je dah sampai RM160 000 sebulan!! (http://www.malaysiakini.com/news/168252). Kepala hotak die. Hah! memang rakyat di dahulukan sgt. Padahal RAKYAT KENE DULU!

Kemudian sapa baca berita semalam tak silap, org yg pakai baju kuning atau baju bersih kne tangkap?? Wadehel. (http://www.malaysiakini.com/news/168118). Atas akta apa ditangkap? Bila ditanya, katanya sbb arahan orang atasan. Lame.... Dan sebab perkara aman yg nak di buat ini, makin ramai kne tangkap (http://www.malaysiakini.com/news/168131). Kata demokrasi.

Dan time ni jugak la AUKU tetibe nak ditegaskan dan diperketatkan -.-
(http://www.malaysiakini.com/news/168131)

OH mungkin anda semua berminat untuk membaca penulisan ini.

Kenapa 9 Julai Penting Untung Rakyat Malaysia
(http://hanief.blogspot.com/2011/06/mengapa-9-julai-penting-buat-malaysia.html)

Jadi Rakyat Malaysia semua, jgn takut. Turun jangan tak turun. Berarak je pun. Tak perlu lah nk buat mende tak baik. Just jalan2 je. AMik angin dan kenal2 orang baru.


- Alhamdulilah -






1 comment:

m said...

nanti boleh kongsi cerita. turun la.