.

Thursday, June 02, 2011

End Of Posting PSY & jangan komplen sgt laaa!!!! Grrrrr


- Bismillah -

Isnin lepas aku ada exam end of posting psychiatric. So kire aku dgn rasminye dah hbs lah posting PSY nih. Overall aku rasa aku buat agak bagus >_<. Sbb aku tak rasa soalan exam susah sgt. Obviously bile kte byk tahu, kita tak rasa susah lah. Bile kite kita tak tahu byk, kita rasa susah.

Fuh Alhamdulillah. So skrg nih aku mmg tiap2 hari duk depan PC siapkan gambar customer yg aku tangkap masa kenduri derang 1 minggu lepas dan 2 minggu lepas. Kebiasaannya aku akan siap kan gambar dalam tempoh seminggu, max 2 minggu je. Tapi untuk kali ni aku rasa aku mungkin memerlukan 3 minggu paling kurang. Kalau aku dapat siapkan dalam minggu ni mmg ajaib. Sbbnya ktrg cover 3 majlis, dari nikah, kenduri belah laki dan perempuan. Total gambar aku rasa hampir mencecah 3000!. Seryes ini paling byk penah ktrg tangkap. Bateri kamera siap habis dan memory card 8Gb tuka sampai 3 kali. Bateri flash pun habis. Mmg puas tangkap gamba time nih. 


Sebelum di edit

Selepas di edit

Dan ini yg masalah. Bile aku mcm rasa byk masa, akibatnya kadang2 aku bg perhatian kat satu gamba lama sgt. Kadang2 setiap gamba sampai 10minit! Kalau 3000 gambar? Adeh penat jugak sebenarnya nk siapkan byk2 gamba nih. Belum album lagi. Untuk kali ni 60 muke pulak tuh. >_<

Actually aku mcm tgh cube siapkan minggu ni. Tapi kalau dapat siapkan minggu ni seryes tere. So far baru halfway. Kalau aku nak betul2 laju aku akan just pastikan exposure agak2 ok je. Tak tgk mende lain. Biasa tone tak menjadi maslah sgt.

Die part yg leceh bile pengantin berpeluh. Nak hilangkan peluh ambil masa. Kemudian lagi satu kalau salah fire flash or setting, akibatnya backgroud jadi gelap atau cahaya tak sekata, itu pun leceh nk betulkan. Satu lagi maslah bile pengantin pakai baju putih mcm atas nih. Baju penganting senang sgt overexposed. Dan warna kulit akan jadi gelap. Amik byk masa jugak nk terangkan kulit etc. Nasib baik aku rasa aku mcm agak tere la jugakkan. So boleh siap 10 minit. Aku rasa kalau beginner mahu setengah jam satu gambar. 

So skrg korang tahu yg ambil gambar bukan sekadar ambil gambar. Byk lagi proses selepas itu yg sgt memenatkan dan mengambil masa. Sbb itulah harga upah org ambil gambar beratus dan beribu. Sbb tak senang ok. Pengalaman adalah kos paling mahal skali. Sbbnya nak dapat pengalaman pun bukan free. Pergi seminar sana sini, kelas sana sini, beli magazine, outing, hsb masa beratus jam depan pc utk belajar, semua ni ada kos. Mcm seminar dan kelas kadang2 sampai beratus dan beribu. Beli kamera pun beribu. Belum lense, flash dan accessory lain lagi yg pun beribu. Penat ambil gambar masa wedding, berpeluh2 kadang2 panas sampai nk collapse. Kemudian pemilihan gambar dan edit gambar satu2 lagi. Igt senang ke.

Aku sgt xsuke org ckp, "alaaah amik gambar, tekan2 pun nk charge beratus ke". Hahh kalau mcm tu boleh beli kamera sendiri dan amik gambar sendiri. Kite tgk susah penat dan mahal tak nak ambil gambar lawa. Mungkin die akan kata, " alaa ada je org lain bagi murah je". Ok fine pegi lah upah die. Die bg murah sbb gambar die tak seberapa. Pengalaman die mungkin kurang. Peralatan die juga kurang. Dengan kata lain kos die kurang. Boleh la harga murah. Dan tgk lah die dapat bertahan lama mana bg harga mcm tu. Confirm kejap je. Kalau nk gamba lawa, ambil lah photographer yg berpengalaman sikit. Tapi mahal sikit lah. Biasa la tu kan.

Kalau rasa nak lagi lawa, boleh upah photographer yg mmg dah top. Macam Saiful Nang, pekej die paling murah RM7600. Tapi kenapa ada je org hire die? malah ramai berebut. SBb nya kualiti yg dihasilkan pun berbaloi dgn apa yg dibayar. JAdi tolonglah kepada sesiapa sahaja, jgn komplen sgt tak habis2 mahal. Xnak sudah. Carilah yg lagi murah. Aku rasa kadang2 aku dah bg murah dah. Aku byk jumpe photographer dgn hasil lbh kurang aku, kurang2 pun seribu. ADa yg lagi buruk seryes buruk tak tipu, pun seribu lebih ok. Aku so far setengah ribu je. Itu pun naik slow2, dari mula2 RM50 sahaja. Bila pengalaman dah makin byk, skill dah makin bagus, peralatan pun dah bertambah, harga pun seiring lah kan.

ok masuk bab luahan perasaan pulak. Okthnxbye.


- Alhamdulillah -

No comments: