.

Thursday, June 30, 2011

BERSIH 2.0

- Bismillah -


Kalau org tanye aku, patut tak turun BERSIH 2.0 ini, aku jawab patut. Semangat BERSIH tu kene ambil. BAru kita akan rasa kita peduli tentang negara kita, nasib hidup di negara sendiri. SGt berbeza kalau kita hanya lihat di berita atau baca di akhbar, lagi2 media skrg semua di seleweng. Tgk lah TV mana atau akhbar mana yg sebut BERSIH? LAngsung takde kecuali malaysia kini dan akhbar2 dari pehak pembangkang. Yang mereka sebut demonstrasi kacau bilau. APa kacau bilaunya? Dah terang2 demonstrasi itu adalah jelas matlamatnya dan akan dibuat secara aman. Tapi kenapa pihak kerajaan tidak berpuas hati?


"Setelah meneliti dan melihat kepada 8 tuntutan yang di kemukakan oleh BERSIH, saya tidak nampak kenapa ia mesti dihalang. Rakyat ada hak untuk bersuara dan ini harus diiktiraf. BN tidak boleh berterusan dalam keadaan “state of denial” dengan sistem pilihanraya yang berlaku sekarang. Umum mengetahui ia bukan satu yang benar2 bersih dari penipuan. Pengalanan peribadi membuktikan bahawa sistem ini perlu dibaiki dengan segera.
Jika BN menghalang bererti BN masih kekal tidak mahu berubah dan ini mungkin merupakan detik2 terakhir kehidupan BN. Tidak ada satu sistem yang memperbodohkan rakyatnya akan kekal selama2nya. Lambat laun, dengan perkembangan intelektual dan maklumat sesawang yang berleluasa, sistem itu akan runtuh juga. Jika benar2 BN mengamalkan pilihanraya yang bersih maka perhimpunan ini tidak perlu ditakuti malah di galakkan."
(http://suaradarigunung.wordpress.com/2011/06/28/bersih-yang-bersih/#more-690)
Timb. Pres ISMA Malaysia.


Bersih 2007





Gile malu aku. Jadi menteri english pun fail. Jawapan mcm org bodoh. Kemudian buat2 tak dengar. Duhhh -.-' .. Seryesly aku tanya korang, education level menteri2 kita sape tahu sampai tahap mana jer? Lagi tinggi jawatan mcm lagi xde ilmu. Sengal. Kemudian kutuk2 negara org kata tak bagus kita bagus. Padahal semua orang tahu hakikatnya. Rasuah kat malaysia kadar kenaikan lagi tinggi berbanding Indon. Tak ke malu.

SO by the way ape aku tulis rasa ramai da tahu. Tapi kalau org tanye aku turun ke tak..ermmmm ehehhee. Takkkkkkkk sbb nye kalau aku turun nnt aku mesti nk amik gamba. Tapi risau pulak kamera basah ke kne rampas ke kne baling ke atau ape2 je terjadi, maka tu yg masih berfikir lagi nak pegi ke tak >_<.

OH, makin dekat pilihan raya aku rasa makin sengal pulak kerajaan. Mcm mereka dah yakin sgt boleh menang election akan datang. BAru2 ni sape perasan ada keluar berita kos maintanance rumah PM ngan TPM je dan sampai berbilion setahun!!! Bil Letrik je dah sampai RM160 000 sebulan!! (http://www.malaysiakini.com/news/168252). Kepala hotak die. Hah! memang rakyat di dahulukan sgt. Padahal RAKYAT KENE DULU!

Kemudian sapa baca berita semalam tak silap, org yg pakai baju kuning atau baju bersih kne tangkap?? Wadehel. (http://www.malaysiakini.com/news/168118). Atas akta apa ditangkap? Bila ditanya, katanya sbb arahan orang atasan. Lame.... Dan sebab perkara aman yg nak di buat ini, makin ramai kne tangkap (http://www.malaysiakini.com/news/168131). Kata demokrasi.

Dan time ni jugak la AUKU tetibe nak ditegaskan dan diperketatkan -.-
(http://www.malaysiakini.com/news/168131)

OH mungkin anda semua berminat untuk membaca penulisan ini.

Kenapa 9 Julai Penting Untung Rakyat Malaysia
(http://hanief.blogspot.com/2011/06/mengapa-9-julai-penting-buat-malaysia.html)

Jadi Rakyat Malaysia semua, jgn takut. Turun jangan tak turun. Berarak je pun. Tak perlu lah nk buat mende tak baik. Just jalan2 je. AMik angin dan kenal2 orang baru.


- Alhamdulilah -






Thursday, June 23, 2011

Living in Malaysia is expensive


If you don't know already, it's expensive to live in Malaysia, especially in Kuala Lumpur. A report shows that Malaysians have less purchasing power than many nationals elsewhere.


The Malaysian Insider, an online Malaysian news website, examined the purchasing power of Malaysians in comparison to nationals of other countries. The website cited a 2010 Prices and Wages report by UBS AG, a Swiss banking giant.
Here are the highlights:
The purchasing power of KL residents is 33.8% of New Yorkers; 42% compared to London, 33.7% to Sydney, 32.6% to Los Angeles, and 31.6% to Zurich.
KL workers need to labour 22 minutes for a bread loaf. In comparison, Los Angeles counterparts take 18 minutes. In Sydney, it's 16 minutes. In Tokyo, 15 minutes. In Zurich, 12 minutes.
The Malaysian Insider also compared broadband prices in Malaysia to those in countries. Even after currency conversion, Malaysia comes out on top... in expensiveness. Here's the summary:
Kuala Lumpur - 5Mbps broadband package - RM149London - 10Mbps broadband package - GBP13.50Melbourne - 5-8Mbps broadband package - AUD40
New York - 7Mbps broadband package - USD41.95
Here's another tidbit from The Malaysian Insider article:
In KL, a Honda Civic is priced at RM115,000 - 20 times an auditor's average monthly earnings.
In Melbourne & London, the price is respectively AUD25,000 and GBP19,000 - 3 times an auditor's average monthly earnings in those places.




Monday, June 20, 2011

Lynas project @ Kuantan

- Bismillah -

AKu sebenarnya baru jugak tahu tentang Lynas beberapa bulan lepas, sebuah syarikat gergasi dari Australia yg ingin membuka kilang pemprosesan rare earth material (bahan galian bumi yg jarang?) di Kuantan. Isu Lynas ini merupakan satu isu yg besar yg mendapat perhatian byk negara, kerana negara2 maju seluruh dunia menolak untuk pimbanaan kilang ini di nagara masing2. Nak buat di negara yg mundur pula tidak sesuai kerana kurang kepakaran. Apa y menarik, kilang yg dikatakan sgt bahaya ini hanya baru sahaja di ketahui oleh orang ramai pada hujung tahun lepas, sedangkan kilang mula dibina pada tahun 2008 dan hampir siap dah (dijangka siap bulan 9 tahun 2011). Memang kewujudan kilang ini tidak di war warkan lansung. Dan sejak org tahu tentang kilang ini, makin byk bantahan dibuat oleh rakyat terutamanya masyarakat Kuantan.

Isunya adalah, bahan buangan atau sisa dari pemposesan rare earth material ini adalah bahan2 beradiasi tinggi yg membahayakan kesihatan. Sesuatu yg disamakan bahayanya dengan nuklear. Isu lagi best, knp projek ini boleh lulus di Malaysia?? Kemudian byk pihak minta dijelaskan isu ini, namun pihak jabatan alam sekitar dan pihak2 kerajaan lain tidak memberikan respon. Mengapa?? Apa yg diberitahu, projek ini telah diluluskan sejak 2008. Buat anda yg masih belum tahu, lihat video2 di bawah ini untuk mengetahu sedikit sebanyak apa yg dimaksudkan.





Vid dari berita TV2 di bawah ini mempunyi info yg sgt bagus tentang isu ini. Dalam bahasa Mandarin tapi ada subtitle Bahasa Melayu.









... dan anda boleh terus meng- google dan meng- youtube!

Setakat yg aku baca, buat masa ini projek ini sudah diberhentikan. Tapi skrg tak tahu lah mcm mana.
http://www.nst.com.my/nst/articles/Lynasprojectonhold/Article/



- Alhamdulillah -

OHMS Part 2

- Bismillah -

OK! sepanjang minggu lepas aku sgt sgt sibuk. Atas sbb 2 perkara.
1. OHMS
2. Edit gamba

Post kali ini takde gamba sebab aku nk membebel panjang.

OHMS ni nama panjang die Organisation & Management of Health Services. Something mcm CRP (Community Residential Program) yg aku penah pegi dulu masa Mac 2009. AKu penah tulis beberapa post pasal CRP dulu. Tapi CRP lebih kepada buat survey kepada community, kesihatan rakyat dan pekerja juga penduduk di negara ini. OHMS ni buat survey kepada sistem kesihatan yg sedia ada dan mcm mana kita nak improve sistem kesihatan ini. Kalau CRP aku ke rumah orang buat survey dan tempat kerja orang tgk keselamatan dan kesihatan pekerja dan keadaan di rumah, tapi OHMS aku ke pusat kesihatan mcm pusat kesihatan Daerah dan Negeri, dan juga ke pejabat2 atau pusat kerajaan dan swasta lain yg terlibat dengan kesihatan, klinik dan juga hospital. Dan tahun ni agak membencikan sbb banyak sgt budget cut, jadi tempat2 kene buat OHMS juga sgt dekat. EH BUKAN BYK, TAPI SEMUA!!! SATU SEN PUN UNIVERSITI TAK BAGI! SEDANGKAN BUAT PROJEK NI UNIVERSITI, FAKULTI DAN LECTURER YG DAPAT NAMA!!! GRRRR!!!

Oh OHMS ni 3 minggu. Minggu pertama planning dan research, minggu ke 2 on field, minggu ke 2 discussion, report dan presentation.

Tempat tahun ni di Putrajaya, Klang, DBKL, PJ, Hulu Langat dan tibe2 ada Port Dickson. Dan aku dapat group Klang. Yg dapat jauh2 mcm kesian jugak lah sbb duit minyak makan penginapan semua kene sendiri sedangkan ini prog universiti dan diwajibkan pulak tuh. Gemuklah. Dan la aku tengah tade duit, kne keluar duit lagi.

Aku tatau sgt group lain mcm mana, so aku cerita part group aku sahaja lah. Dalam group Klang ni ada pecah lagi kepada beberapa subgroup. Subgroup aku ada 4 org + 1 editor untuk buat thematic project. Mengenai role oh the Klang Health Department in export and import of food products. Tajuk ni Department yg beri. Nak dijadikan cerita, department da inform Pejabat Kesihatan Daerah Klang etc. Jadi kerja ktrg hanya pegi sana nk buat survey and research. Jadi minggu pertama ktrg planning lah. Dan subgroup aku mendapat pujian dgn plan yg ktrg da buat dan dengan research article dan journal yg ktrg cari. Malah ktrg jugak target nk hantar abstract utk projek ini ke 43rd APACPH Conference (Asia Pacific Academic Consortium for Public Health). Kalau dipilih akan ke Soul, Korea untuk bentang projek subgroup aku buat ini.

Minggu ke dua pun tiba (last week). 1st day sampai2 kat PKD (pejabat kesihatan daerah) Klang, Skali rupanya Import bukan under PKD Klang, tp ada health department lain yg ada kat port klang under direct terus MOH (Ministry of Health). Punye lah ktrg geram, lecturer main bg je tajuk tak cek dulu. Dah la minggu kedua baru tahu perkara ini, jadi baru la ktrg kelang kabut nk hanta surat dan buat posedur leceh2 tu utk ke Pejabat kesihatan Port Klang pulak. Itu pun mintak tolong department fax kan surat pun die tak nak. Sume ktrg kne buat sendiri tapi last2 yg dapat nama lecturer dan department. Keji sungguh. Menyusahkan student no 1, budget taknak bg, tp nak nama atas hasil kerja student. Untuk pengetahuan perkara ini sudah agak lama begini. Cume dulu2 at least dapat jugak lah claim sket. Ini mula2 lg terang2 kata tak de, semua duit sendiri.

Dipendekkan cerita, ktrg plan nk buat tajuk lain isnin tu, sbb xsempat kalau baru nk apply nk g department lain. Da plan mantap2, skali lecturer tak approve hari selasa tu. Habis mcm tu je meeting ktrg 4 jam plan nk buat tajuk baru. Lecturer nk teruskan jugak dgn tajuk lama, dan pegi buat sendiri keje2 hanta minta kebenaran nk ke sana sini. Sedangkan cuma ada baki 3 hari. Rabu baru ktrg dapat buat appointment dgn Pejabat Kesihatan Port Klang. Itupun Rabu ptg baru dapat pergi sana. Rabu pagi tu ktrg ke Hospital Klang ada talk by pengarah hospital. Group2 lain takde maslah sbb derang lbh kepada survey hospital, pejabat kesihatan sendiri, dan klinik2. Dan semua tempat tu dah sedia maklum dengan kedatangan ktrg. Tapi subgroup aku, lecturer tak buat homework. Akibatnya habis byk masa. Khamis pagi ada survey dan interview dgn syarikat minyak sawit terbesar kat Asia Tenggara. Ptg pulak ke Pusat Kesihatan Port Klang skali lagi dan Pejabat Kastam. 

Kenapa ktrg ke syarikat nih, sbb 70% barang yg di export oleh port klang adalah minyak sawit dari syarikat nh. Dan hampir kesmua produk minyak sawit adalah makanan. Jumaat kene pegi klinik gigi pulak. Kemudian ktrg kne present pulak kat org PKD Klang apa yg ktrg da dapat so far petang tu.

Jadi mmg penat dan sibuk sepanjang minggu lepas ni. Aku tgk group lain rilek siap boleh jalan2 kat pantai -.- .. Subgroup aku hari2 keluar 7 pagi balik sampai kolej paling awal 7 malam.  Itu pun sebenarnya byk lagi tak dapat buat. Tak dapat pergi tgk mcm mana port Klang buat food sampling dan inspection, interview pun byk cut shot je sbb tak cukup masa. Pegi Pejabat Kastam Port Klang pun  ngan ada pegawai yg terlibat tade la, info2 yg ktrg nak pun xbyk dapat sbb pihak yg bertanggung jawab xsempat nk prepare sgt sbb short notis. Tertekan.

Haih.

Kemudian ada sesetengah malam pulak kne meeting dan sibuk siapkan slides utk presentation hari Jumaat. Malam2 lain siap kan gamba wedding yg dah lama asik tangguh je. Akibatnya sepanjang minggu lepas, aku tidur hampir setiap hari jam 5 pagi paling awal. Jam 7 da kne gerak ke Klang. Waktu tidur byk dalam kereta je bila nak dari satu tempat yg lain. Itu pun nasib baik aku tak kne drive. Hari sabtu baru aku dapat tidur awal dgn lenanya. Itu pun tgh hari sabgtu sampai ahad tgh hari aku sambung siapkan gamba. Aku rasa dah byk hari jugak aku stay up untuk siapkkan gamba. Dan Alhamdulillah akhirnya petang tadi siap juga. Dan siap beri pada customer dan skrg just nk design album photobook setebal 60 muka surat yg takde la susah sgt dan mungkin ambil 2/3 jam je.


- Alhamdulillah -


Thursday, June 09, 2011

Storm Chasers

- Bimillah -



Macam biasa, aku mmg minat cerita2 dari Discovery Channel atau National Geographic. Ceritanya mengenai beberapa kumpulan pakar cuaca yg setiap kali musim tornado, akan membahayakan nyawa mengejarkan tornado untuk ambil video, gambar dan scientific data. Skrg ni dah hbs season 4 pun. Dan setiap tahun satu season je. Sebabnya musim puting beliung/tornado hanya sekali setahun selama 6 minggu. Lokasi di area selatan US. 

So aku tulis pasal cerita ni ada 2 sbb. 1st bila follow cerita2 reality nih, watak nama jalan cerita semua adalah hampir betul. Jadi sikit sebanyak ko akan kenal watak2 dalam sesebuah cerita realiti itu. Jadi bila epi 4 season 4 ni tibe2 di hujung epi, ada satu watak ni tibe2 die bg tahu meninggal. Da la tengah2 season ok. Xpasal2 sedih wuuu T_.T



Ok sbb yg kedua. AKU JELES TENGOK GAMBA2 DIE!! Aku igt nk join boleh tak team storm chasers nih. Wuuuuuuu T_T.

Antara gambar2 awesome yg di rakam storm chasers. Nak lagi google sendiri.


Aku dengki tengok gamba2 derang. Urghhhh tertekan!!!


- Alhamdulillah -

Wednesday, June 08, 2011

OHMS

- Bismillah -

Untuk 3 minggu ini aku akan buat OHMS> NNt aku cerita lebih detail ape kebendenye tu. Minggu ini aku sibuk buat research tentang thematic project OHMS nih. Pasal import export makanan dan aku akan ke Port Klang utk buat survey etc.

Pada masa yg sama aku sedang sibuk siapkan gambar Salmi, seterusnya buat album. By this week aku mmg kne siapkan. Dan sofar ada lg lbh kurang 1/4 kerja tak siap. Dan juga baru2 ni, album yg aku tempah utk weddin Fadya, ntah mcm mana ada berlaku kesilapan teknikal. Org kedai lupe nk tulis order aku, jd Isnin lepas aku pegi ambil, xjumpe pun album. Kemudian cek dalam list printing pun takde. Cek gamba aku bg ada. Hampeh.

Aku masih berkira2 nk beli tak ND400 filter. Harga lebih kurang RM300. Kemudian kalau nk beli tu kene beli skali step up ring. Hmmm kalau ikut kan budget mg tak cukup langsung. SBb aku igt nk gune masa OHMS, masa survey ke port Klang. Gambar2 tu nk guna masa presentation kat Public Health Specialist dan Majlis Perbandaran.

Kemudian hari tu nak beli umbrella set utk flash pun xterbeli lagi sbb xde budget. Haih ni sume sbb scholar yg cut byk. Jadi duit pendapatan sampingan aku perlu diutamakan untuk byr yuran dulu. 

Tapi yg ni pakai mentol, aku nk gune flash. Hari tu survey harga, light stand yg tinggi 2.3meter dan umbrella saiz..err x igt tp yg besar punye campur dgn adapter, total RM180 utk satu set. AKu mmg da lama mengidam set nih, bleh buat mini studio sendiri. Beli sikit2 nnt kemudian beli backgroud pulak. excited >_<.


- ALhamdulillah -

Monday, June 06, 2011

VOTE FOR ME!


Mule2 click link di bawah


 Connect to FB

 Click 'X'

Paste this address


And click VOTE.

TQ >_<


Saturday, June 04, 2011

Musafirdunia Photography @ Wordpress!

- Bismillah -

Lupe pula nak di khabar kan. Aku ada buka satu lagi Photo Blog.


Jemput2 la tgk ye >_<

Sebabnya http://musafirdunia-photography.blogspot.com/ mcm terlampau formal. Untuk customer2 yg nk tgk gambar wedding dan portrait. Jadi aku tak tahu nak letak mana gambar2 random mcm landscape, micro etc. Flickr mcm bosan sbb gambar kecil, kemudian tak boleh nk letak byk2 skali gambar. FB kualiti buruk. Nak letak kat blog ni, kalau korang perasan mmg aku makin kurang letak gambar kat blog ni. Sbbnya akaun untuk blog ini asalnya dah penuh. Die cume bg 1GB lbh kurang. So aku pun dah delete byk gambar2 yg dulu2 aku tak pernah nk resize. Tapi itu pun mcm still 800mb. Maka aku pun mula berjimat. Jadi sbb itu kalau nk letak gambar apa2, aku akan letak pada blog gambar yg 2 ini. Yg http://musafirdunia-photography.blogspot.com/ pun mmg aku buat akaun baru semata2 nak dapat balik 1Gb baru. Yg kat wordpress baru2 ni aku baru tahu die bg 3Gb. Jadi sbb tu aku decide nak bukak satu kat situ, dan gambar pun boleh lagi besar dari di blogspot.


- Alhamdulilah -

Thursday, June 02, 2011

End Of Posting PSY & jangan komplen sgt laaa!!!! Grrrrr


- Bismillah -

Isnin lepas aku ada exam end of posting psychiatric. So kire aku dgn rasminye dah hbs lah posting PSY nih. Overall aku rasa aku buat agak bagus >_<. Sbb aku tak rasa soalan exam susah sgt. Obviously bile kte byk tahu, kita tak rasa susah lah. Bile kite kita tak tahu byk, kita rasa susah.

Fuh Alhamdulillah. So skrg nih aku mmg tiap2 hari duk depan PC siapkan gambar customer yg aku tangkap masa kenduri derang 1 minggu lepas dan 2 minggu lepas. Kebiasaannya aku akan siap kan gambar dalam tempoh seminggu, max 2 minggu je. Tapi untuk kali ni aku rasa aku mungkin memerlukan 3 minggu paling kurang. Kalau aku dapat siapkan dalam minggu ni mmg ajaib. Sbbnya ktrg cover 3 majlis, dari nikah, kenduri belah laki dan perempuan. Total gambar aku rasa hampir mencecah 3000!. Seryes ini paling byk penah ktrg tangkap. Bateri kamera siap habis dan memory card 8Gb tuka sampai 3 kali. Bateri flash pun habis. Mmg puas tangkap gamba time nih. 


Sebelum di edit

Selepas di edit

Dan ini yg masalah. Bile aku mcm rasa byk masa, akibatnya kadang2 aku bg perhatian kat satu gamba lama sgt. Kadang2 setiap gamba sampai 10minit! Kalau 3000 gambar? Adeh penat jugak sebenarnya nk siapkan byk2 gamba nih. Belum album lagi. Untuk kali ni 60 muke pulak tuh. >_<

Actually aku mcm tgh cube siapkan minggu ni. Tapi kalau dapat siapkan minggu ni seryes tere. So far baru halfway. Kalau aku nak betul2 laju aku akan just pastikan exposure agak2 ok je. Tak tgk mende lain. Biasa tone tak menjadi maslah sgt.

Die part yg leceh bile pengantin berpeluh. Nak hilangkan peluh ambil masa. Kemudian lagi satu kalau salah fire flash or setting, akibatnya backgroud jadi gelap atau cahaya tak sekata, itu pun leceh nk betulkan. Satu lagi maslah bile pengantin pakai baju putih mcm atas nih. Baju penganting senang sgt overexposed. Dan warna kulit akan jadi gelap. Amik byk masa jugak nk terangkan kulit etc. Nasib baik aku rasa aku mcm agak tere la jugakkan. So boleh siap 10 minit. Aku rasa kalau beginner mahu setengah jam satu gambar. 

So skrg korang tahu yg ambil gambar bukan sekadar ambil gambar. Byk lagi proses selepas itu yg sgt memenatkan dan mengambil masa. Sbb itulah harga upah org ambil gambar beratus dan beribu. Sbb tak senang ok. Pengalaman adalah kos paling mahal skali. Sbbnya nak dapat pengalaman pun bukan free. Pergi seminar sana sini, kelas sana sini, beli magazine, outing, hsb masa beratus jam depan pc utk belajar, semua ni ada kos. Mcm seminar dan kelas kadang2 sampai beratus dan beribu. Beli kamera pun beribu. Belum lense, flash dan accessory lain lagi yg pun beribu. Penat ambil gambar masa wedding, berpeluh2 kadang2 panas sampai nk collapse. Kemudian pemilihan gambar dan edit gambar satu2 lagi. Igt senang ke.

Aku sgt xsuke org ckp, "alaaah amik gambar, tekan2 pun nk charge beratus ke". Hahh kalau mcm tu boleh beli kamera sendiri dan amik gambar sendiri. Kite tgk susah penat dan mahal tak nak ambil gambar lawa. Mungkin die akan kata, " alaa ada je org lain bagi murah je". Ok fine pegi lah upah die. Die bg murah sbb gambar die tak seberapa. Pengalaman die mungkin kurang. Peralatan die juga kurang. Dengan kata lain kos die kurang. Boleh la harga murah. Dan tgk lah die dapat bertahan lama mana bg harga mcm tu. Confirm kejap je. Kalau nk gamba lawa, ambil lah photographer yg berpengalaman sikit. Tapi mahal sikit lah. Biasa la tu kan.

Kalau rasa nak lagi lawa, boleh upah photographer yg mmg dah top. Macam Saiful Nang, pekej die paling murah RM7600. Tapi kenapa ada je org hire die? malah ramai berebut. SBb nya kualiti yg dihasilkan pun berbaloi dgn apa yg dibayar. JAdi tolonglah kepada sesiapa sahaja, jgn komplen sgt tak habis2 mahal. Xnak sudah. Carilah yg lagi murah. Aku rasa kadang2 aku dah bg murah dah. Aku byk jumpe photographer dgn hasil lbh kurang aku, kurang2 pun seribu. ADa yg lagi buruk seryes buruk tak tipu, pun seribu lebih ok. Aku so far setengah ribu je. Itu pun naik slow2, dari mula2 RM50 sahaja. Bila pengalaman dah makin byk, skill dah makin bagus, peralatan pun dah bertambah, harga pun seiring lah kan.

ok masuk bab luahan perasaan pulak. Okthnxbye.


- Alhamdulillah -

Wednesday, June 01, 2011

Kakak Rahim K punye Wed

- Bismillah -

So last week encik Rahim K minta tolong aku buat bunting untuk kakaknya yg bernama SIti Fatimah yg akan berkahwin pada 5hb ini. Mcm biasa 5hb Jun mesti cuti. Mestilah dah besday aku hagagga.

Ok lari topik. So ini lah bunting nyer~




Memandangkan aku dah selalu gune photoshop, jadi aku try je lah buat pakai photoshop. Kalau tak design2 punye kerja ini dulu aku pakai illustrator. Tapi sbb ni melibatkan gambar, so aku fikir gune photoshop je lah. Kalau tidak biasa aku gune photoshop utk edit cut gambar dan kemudian gune Illustrator utk design. Tp sbb rasa mcm makin expert gune PS, so PS je lah buat semua.

Oh dan nikahnya ptg ke malam aku da lupe, pada hari sabtu (4hb Jun). Aku igt saje nk pegi practice shoot. Bukan job tp saje2. 

Ahadnya kenduri, mmg aku igt nk tolong2 amik gamba, tp aku datang lambat sket kot. Sbb tgh hari tu ada kenduri kahwin kawan pasum-medic dulu di CHeras. Kemudian dalam jam 130 atau 2 baru ke rumah encik Rahim K, dan makan2 lagi dan mungkin boleh buat oirdoor sket ke kalau rajin lps tu. Tatau la tgk cane.

- Alhamdulillah -