.

Sunday, May 29, 2011

Macro water drop

- Bismillah -

Barc vs Man U mmg antara perlawanan yg tak dapat dilepas kan. AKu, Afif dan Mael semangat lagi siap pasang projector kat decoder astro untuk tayangan perdana yg lebih besar. Sbb TV kolej pun lbh kurang 30" je kot.

Tapi bila tiba jam 2.45 pagi, aku terbakar tgk gambar2 micro especially water drop kat satu group fb 'penang flickr'. So aku pun terus setup untuk ambil gambar waterdrop. Bola abaikan. Boleh download atau tgk kat youtube je nnt.

my humble little setup on a bed

Suatu masa dahulu (tahun lepas) aku pergi cameron highland dan beli kaktus2 kecil yg dalam kotak tu. Jadi menggunakan kaktus2 kecil itu, aku titis kan air dan ambil lah gambar. Mula2 mcm biasa disaster jugaklah. Kemudian kaktus yg byk sgt bulu xjadi sgt. So tuka2 kaktus. Kemudian bermain dgn lighting dan angle.

Ok nak ambil macro ni exposure kne byk. Sbb makin kecil gambar kita ambil, atau makin zoom, exposure makin kurang. Lagi satu penting cahaya yg kuat adalah suapaya senang nk fokus. Lagi satu sbb mende2 macro ni susah nk fokus, biasa aku akan pakai aperture kecik utk besarkan DOF suapaya subjek yg nak di ambil adalah sharp, maka bila aperture kecil, exposure akan kurang. Jadi sbb itu aku letak lampu dekat dan menghala direct mcm tu. Dan aku juga pakai flash utk kasi lagi terang. Kemudian aku letak cawan konon2 nk reflect sikit cahaya dari belakang (walaupun mcm tade effect langsung). Kemudian untuk konon2 kreatif lagi, aku letakkan casing beg kain lense nikon di belakang waterdrop. Maka bawah inilah hasilnya setelah dekat sejam setengah jugaklah ber-eksperimentasi.




Tapi sbb mcm nk fokus lagi pada water drop yg bertulis NIKON, maka aku crop sedikit.


versi flickr~

AKu buat semua ini dari jam 230 pagi hingga 430 pagi. Sepatutnya aku tidur waktu ini. Ini lah akibat dah lama tak main kamera. Lagi2 semenjak tangkap gamba wedding. Rasa seronok ambil gambar orang. Lupa dah nk main mende2 mcm ni, yg suatu masa dahulu aku sgt menggilainya.

Oh nway next next week aku nak balik kedah. Adik aku nak bertunang. Ok jgn tanya bila aku nk bertunang pulak. Dan rasa dah lama sgt tak outing ambil gambar landscape mcm dulu. Tapi mmg kalau balik kampung kedah mmg aku tak miss keluar outing walaupun sorang2 terutama untuk ambil gambar sunset. Memang terbaik. Aku rasa so far gambar2 landscape ku yg lawa2 sume hasil dari Sungai Limau Dalam, Yan Kedah. Aku rasa aku patut buat satu album kat fb la untuk gambar2 SUngai Limau Dalam nih. Hmmm.


- Alhamdulillah -

Thursday, May 26, 2011

Lil M Baby M

- Bismillah -

Selasa lepas (24/5/2011) plan asalnye nak ajar si Cik Zahrah K photography sambil bermodelkan budak kecik 2 orang. Tapi ptg tu hujan pula pada awal petang. Aku pula sedikit lambat sebab sblm itu jumpe client. SYahmi pun ada kursus jd balik lambat. Maka 630 baru semua berkumpul di sek 11.

Cahaya petang itu sgt cantik, limpahan cahaya yg lembut dan sekata. Sgt sesuai untuk pengambil gambar portrait seperti ini. Sbb maghrib pun dah dekat, jadi hanya sempat ckp2 sikit je tentang basics kepada cik Zahrah K. Maryam pula baru bgn tidur. Kemudian itu pula Maysa mengamuk. Adeh.

Ambil gambar budak2 mmg seronok, tapi kne byk bersabar.


Lagi gambar di :

- Alhamdulillah-

Wednesday, May 25, 2011

DEALER GCP LAST CALL

- Bismillah -




Buat sesiapa pembaca blog ini yg berminat menjadi dealer GCP. Untuk pengetahuan anda, mulai 1 Jun 2011, yuran menjadi dealer dinaikkan ke RM5000. Dengan ini yuran RM600 hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi buat mereka yg berminat untuk mendapat kan emas dengan harga yg lebih murah dan menjadi penjual emas.

Hubungi saya jika anda berminat untuk menjadi dealer.
eng_0102mat@yahoo.co.uk


- Alhamdulillah -

Monday, May 23, 2011

Teddy Bear perosak.

- Bismillah -


 


So anyway mungkin ada yg da usya FB aku, hari ini ada sape ntah bijak pandai sgt, die pegi basuh teddy bear besar dekat satu2 nya mesin basuh baju kat blok B, kolej aku nih. Dah la hari tu baru je rosak sebulan, sampai aku kne balik tiap minggu basuh baju. Pastu baru repai, ni x sampai 2 minggu rosak balik. Arghh tertekan!!

Teddy bear dalam tu penuh dgn kapas, dan besar, jadi bila basuh air meresap byk. Bila mesin berpusing dengan laju akibatnye center of graviti mesin tu dah berubah. Mesin jadi tak stabil. Jadi bahagian dalam asik berlanggar dgn bahagian luar dan akibatnya mein tersebut berhenti berfungsi dan tak boleh pusing dah. Situasi mcm ni korang boleh perasan bile korang basuh pakaian jenis berat mcm jeans. Melainkan korang basuh kat mesin yg sgt besar dan kuat. Oh kemudian mesin tu siap ada nampak skru ape ntah tercabut. Adoii. Dah la minggu lepas punye baju aku tak basuh lagi. Spender dah la limited.

Kemudian org yg buat tu tanak mengaku. Tahu2 Teddy bear tu da hilang. Sape yg buat tu tatau la. Dan masalahnye ni blok laki, senior lg ok. Majoriti umur 23-25. Ape ke hal ada simpan teddy bear besar comel2 dalam bilik kat kolej!!!!! -.-'


- Alhamdulillah -

Sunday, May 22, 2011

Cerita sama emak

- Bismillah -

Aku sembang2 ngan mak pasal kawen dan ckp lah aku nak kawen. Mak kata aku nampak macam budak2 lagi, macam tak percaya aku nak kawen -.-'

Aku cerita mengenai sesuatu kat mak, pastu mak pegi cite kat kawan2 die. Ade ke patut? Macam mana anak2 nk bercerita dengan parent kalau die sendiri xboleh nak simpan rahsia kita? Kemudian kata kita tak cerita dengan or berkongsi dengan die la etc. Die sendiri da membuktikan die xboleh nak nak bia kan apa yg dicerita kan just btwn emak dgn anak. Haih~

- Alhamdulillah -

Thursday, May 19, 2011

Wedding Fadya + Hakimi

- Bismillah -


Seperti yg di khabarkan dalam pos yg terdahulu, aku dapat job ini agak lambat. Lebih kurang 3/4 hari sebelum hari kejadian. Fadya adalah rakan medic. Hakimi (panggil Kimi je biasa) adalah senior di kolej yg sama tapi student Engineering. Kimi dah grad dan kerja da.

Sabtu di hari kejadian. Macam ada miss communication sikit. Aku igt tade majlis Nikah, TAPI RUPENYE ADA. AKu plan asal datang around 10 ke 11, masa pengantin siap2 biasanya. Tapi sbb rupenye ada majlis nikah, jadi majlis jam 10 dah mula. Penganting siap2 around jam 9. Dan aku pulak gerak jam 9. Kene pulak hari tu jammed! Ya Allah mmg menanges je dalam kereta. Si Rahim pulak buat hal, pun lambat. Kemudian kol2 tak angkat. Asal plan nk gerak sama. Jumpe kat rumah aku dulu. Tapi aku da sampai rumah, kol die tak angkat2. Pengantin dah bising. Aku dah cuak sgt da nih. Gelabah hbs. Jadi tampa fikir panjang terus aku pecut ke Port Klang. Arghhh jalan jem lagi. Sakitnya hati. Dan rasa sgt serba salah dgn penganting T_T.

Sampai2 je majlis nikah dah nak habis. Tapi nasib baik la dapat juga beberapa shoot. Haih. Dan disebabkan ini, aku bg satu custom album percuma kepada pengantin yg bernilai lbh kurang RM120. Kurang untung, tapi nak buat macam mana, salah sendiri juga tak confirkan betul2.

Untuk gambar selanjutnya macam biasa boleh lihat di http://www.facebook.com/musafirduniaphotography dan http://musafirdunia-photography.blogspot.com/. Gambar atas tu sebenanrnye adlah design untuk cover depan custom album nanti.

_______________________________________________

Cerita belakang2.

Al kisah selepas aku bg DVD berisi kandungankan softcopy gambar kepada Fadya. Pagi ini die mcm kritik gambar aku. Gambar tak lawa dan angle tak banyak. Pada mulanya aku gelak jugak. Tapi mcm makin lama makin serius. DIe kata die tunjuk juga kat sorang photographer lain dan di kritik hebat. Katanya candid aku tak kene lah. Gambar tak sharp lah. Tak byk main sudut la, byk gambar dari depan je. Aku ckp lah, lain photographer lain caranya. Masing2 ada style masing2. Sbb tu pentingnya kita survey dulu style mana kita berkenan. Kemudian aku mintak lah web photographer yg tgk gambar aku tu. Pastu die kata aku mcm perli2, dan die tak puas hati. Pastu die nk cancel album free tu, maksudnye die just kne byr murah je lah.

So aku pun kata takpe lah. Maaf lah kalau tak berpuas hati. Pastu aku ada ckp jugak, biasanya kebanyakan photographer akan hanya beri gambar yg ok je. Gambar yg tak berapa ok atau tak jadi mereka tak bg. Jadi jumlah gambar yg diberi biasa tak byk. Dalam 200-400 sahaja. Tapi aku, biasanya atleast 600. Biasa 1000. Baru2 ni yg aku ambil gambar Salmi sampai 2000. Dan aku jenis tak delete gambar. Aku bg je hampir semua gambar. Sebanyak mungkin gambar. Sbb nya bg aku rugi kalau xberi, moment kenduri atau majlis tu sekali je seumur hidup. Xboleh nak patah balik dah nak ambil gambar lain. Jadi ambil lah semua. Kalau die rasa irritate dgn gambar yg tak lawa pada pandangan die tu, delete je lah. Dan cube compare balik dgn gambar2 photographer lain. CUbe tgk balik gamba 'jadi' siapa yg lagi byk. Photographer mana yg lbh konsisten dalam menghsilkan gambar yg jadi. Sbb nya biasalah, dah shoot byk2 mestilah ada at least sikit gambar yg lawa. Jadi sbb aku bg hampir semua gambar, termasuk gambar yg mungkin bg die tak berapa nk jadi, maka sbb itu lah mungkin die rasa gambar xlawa.

Dan juga cakap, untuk kualiti seperti aku, aku adalah antara photographer yg termurah yg die boleh cari. Kadang2 photographer yg bayar seribu lebih pun gambar xkemana pun. Xtipu, boleh google dan tgk sendiri. Bagi aku dan Rahim, harga yg ktrg letak adlah bersesuai dgn skill dan peralatan yg kitaorang ada. Jadi kalau nk demand over2 tapi byr murah2 je, mmg nak kene la kan. Nak sgt gambar best2 pegi lah hire SN, pekej die paling rendah RM7600.

Lepas explain panjang lebar dekat 4/5 msg, die kata nk buat balik lah album. Haih. Sabarlah wahai diri~


- Alhamdulillah -

Wednesday, May 18, 2011

Minyak Oh Minyak ..... Part 2

- Bismillah -




Harga minyak dunia sudah turun.
Harga minyak di Malaysia terus naik.
Hmmm....


- Alhamdulillah -

Minyak Oh Minyak .....

- Bismillah -




Aku rasa ramai yg da tahu pasal harga minyak ini, ramai yg dok post di FB.

Malaysia
Harga Petrol : RM 2.90
Malaysia pengeluar ke-27 di dunia.

Qatar
Harga Petrol : RM 0.75
Qatar pengeluar ke-22 di dunia.

Oman
Harga Petrol : RM1.00
Oman pengeluar ke-28 di dunia.

Egypt @ Mesir
Harga Petrol : RM 1.06
Egypt pengeluar ke-29 di dunia.

Iran
Harga Petrol : RM 0.35
Iran pengeluar ke-8 di dunia..



Aku tak tahu lah tahap kebenarannya. Tapi mmg dah banyak kali dengar yg minyak di negara pengeluar dunia adlah murah2. Namapun negara pengeluar minyak. Logiklah kan. Pelik juga kenapa minyak negara kita mahal sgt. Kalau betul sbb kerajaan sekarang yg bermasaalah, mmg patut tukar kerajaan. Selama ini pun, negara kita diperintah oleh satu pihak sahaja. Kita tak pernah rasa pihak lain yg memerintah. Mana kita tahu mana lagi bagus mana tidak. Kalau kita rasa yg skrg dah cukup ok, mana kita tahu yg satu lagi x ok? Jadi pangkah jangan tak pangkah. Yang belum daftar pergi lah daftar.

Baru beberapa bulan lepas RON97 naik sampai 2 kali. Ini bulan nampaknya RON95 akan dinaikkan pula. Kalau gula je naik aku tak kesah lagi. Tapi kalau minyak naik, bermaksud semua barang2 lain akan naik juga. Haih. Negaraku.


- ALhamdulillah -

Tuesday, May 17, 2011

MASTERCHEF MALAYSIA!!!!

- Bismillah -







Ohtuhanku antara reality show yg paling aku suke dah ada kat Malaysia o_O
Agak lepas ni ada Junior MasterChef Malaysia pulak kot. Harap2 best mcm Australia punye.

*excited!!* >_<








- Alhamdulillah -

buzzzzzzzzzzzzzBizi

- Bismillah -

Fuh akhirnya dapat menarik nafas dgn sedikit selesa selepas 2 minggu yg sgt sibuk. Bermula dari 2 minggu lepas bilamana aku ada wedding job pada hari sabtu (7/5/2011) di Port Klang. Ini pun last minute informed, pengantinnya adalah kawan medic aku. 4 hari sebelum hari kejadian baru die msg tanye boleh tak ambil gambar. Sbb xnak kecewakan membe sendiri, jadi ambil sahajalah tugasan itu. Dan mcm biasa mestilah sgt penat. Kene pula esoknya Ahad aku oncall. Isnin post call. Kemudian minggu itu aku oncall 4 kali lagi. Kemudian pada sabtu kedua (14/5/2011) aku ada wedding job lagi.

Ini Fadya dan Hakimi. Tahniah buat mereka berdua. Keduanya adalah student kolej aku. Fadya Medic dan Hakimi Engineering. Gamba derang yg lain2 aku belum upload lagi. Tgk lah esok lusa.

Wedding yg kedua ini mmg tak kenal langsung. Derang dapat tahu dari hasil carian di internet! >_< . Pengantinnya bernama Salmi. Derang dah book lama dah, sejak bulan 2 lagi. Book untuk dua2 kenduri sebelah perempuan (sabtu lepas) dan lelaki (sabtu akan datang ini). 

Menjadikan keadaan lebih teruk, Aku biasanya menyiapkan gambar dan diberi kepada pelanggan dalam tempoh satu minggu, dan 2 minggu adalah maksimum. Jadi sebab nak bg gambar Fadya pada Isnin (semalam), maka aku sgt bertungkus lumus menyiapkan lebih kurang 1000 keping gambar. Dicampur dengan 4 kali oncall pada minggu lepas, dan Sabtu tu pula ada job lain lagi. Mmg sgt seksa dan penat. Ada 2 hari aku tak tidur untuk siapkan gambar. Kemudian Ahad nya pula aku oncall lagi. Nasib baik Isnin (semalam) selepas post call briefing dan ada tutorial sedikit dgn supervisor, selepas itu free sudah tiada kelas. Jadi aku bertungkus lumus siapkan gambar malam isnin, x tidur. Maka tgh hari semalam akhirnya aku dapat tidur dgn selesa dan sgt nyenyak. Malam nye pula ada kawan2 yg baik hati nak belanja makan besar =D. 

Gambar Fadya sudah siap. Namun gambar salmi masih ada 2000 keping menunggu T_T. Tapi sbb kali ni mmg byk gambar, jadi aku sudah beri tahu pengantin siap2 yg gambar mungkin ambil masa 2 ke 3 minggu, sbb sgt byk. Minggu ini aku cuma ada 2 kali oncall sahaja. Ok lah kurang sikit berbanding minggu sebelumnya. Sabtu ini ada wedding job terakhir untuk bulan ini.

Oh td malam sedang aku dan kawan2 makan malam di luar, Salmi call. Die request supaya gambar2 perhiasan yg dibuat semasa majlis kenduri sabtu lepas di upload segara. Sbb makcik die nk tengok xsilap. Mungkin untuk persiapan kenduri belah lelaki sabtu akan datang ini. Jadi td aku kelang kabut balik dari makan terus membuat suntingan gambar2 yg di inginkan. Alhamdulillah da settle. Anda semua boleh lihat di FaceBookPage MusafirDunia Photography. 




- Alhamdulillah -

Sejuk

- Bismillah -

Sebaik sahaja aku tulis entry yg bawah ini minggu lepas. Malam itu haba sudah tidak segarang mana. Malam mula kembali dingin seperti biasa. Alhamdulillah. Petang tu juga hujan mula turun membasahi bumi. Panas dunia yg menyeksakan hilang begitu sahaja. Bau hujan yg dirindui.

- Alhamdulillah -

Wednesday, May 11, 2011

Panas dan Sejuk.

- Bismillah -


Aku mula2 igt bilik aku je panas. Tapi kemudian kawan2 aku bising. So tahu lah kolej aku panas. Skali dgr kawan2 di tempat lain juga dan nampak berita. Maka tahu lah aku rupanya satu semenanjung panas. Panas akibat pergerakan angin panas dari mana ntah. Akibatkan walaupun cuaca tidak terik atau waktu malam, haba yg terkumpul tetap merimaskan. Panas yg haba yg amat. Sampai setiap kali aku bangun tidur, baju basah kerana peluh. Kalau biasa pagi2 lepas subuh tak terus mandi, tak pun masuk toilet nak mandi tapi termenung lama sebab sejuk. Jadi biasa masukkan tangan dan kaki sikit2. Tapi skrg sblm subuh dah mandi. Dan takde tunggu2, terus nak masuk bawah shower dan macam taknak keluar2 dah.

Sampai satu tahap dah panas sgt, nak tidur pun tak lena, aku akhirnya nekad membasah lencun kan tshirt dan pakai tshirt basah tu. Kemudian baru tidur. Lantak la cadar basah. Janji selesa. Mula2 tidur memang nyenyak. Tapi aku bangun 4 jam kemudiannya, baju kering, malah aku berpeluh sedikit. Itu dia penangan haba dari negara mana ntah. Kalau malam2, aku saje masuk kereta dan lepak dalam kereta semata2 nak sejuk kan badan dengan aircond kereta. Tak pun saje drive pusing UM untuk sejukkan badan. Tempat lain ada aircond kat kolej nih adalah bilik study yg dimonopoli oleh kaum cina. Sgt membencikan. Siap da tinggalkan buku beg dan segala makanan botol air dan pakaian untuk cop tempat tu sepanjang sem. Agak2 lah tempat public kot. Ktrg da byk kali buat aduan tapi macam tiada kesudahan. Kemudian sbb panas juga, biasa sehari aku sampai minum 2 ke 3 air botol besar tu (1.5L). Kencing pun byk juga lah.

Itu cerita sewaktu di kolej dan kebiasaannya petang dan malam. Di waktu pagi dan tengah dari atau dengan kata lain sewaktu aku di hospital lain pula. Aku pun tak tahu kenapa, wad psychiatric sgt sgt sejuk. Mungkin supaya pesakit psychiatric berhabinasi kot, jadi duh diam2 dan tak ganas sgt. Sejuk sampai dah tak tahan dan kadang2 mcm nk menggigil.

Jadi bayang kan lah sejuk ekstrem panas ekstrem berulang2, rasa nak sakit je. Tapi nasib baik tak sakit. Dicampur pula aku skrg sgt sgt sibuk. Ok ini aku cerita kemudian. Ok nk sambung menyiapkan kerja2 yg sgt byk ini T_T.


- Alhamdulillah -

Tuesday, May 10, 2011

Makcik Ani

- Bismillah -

So semalam aku dan Farhan AR pergi ke mid. Xlama, dalam 40 minit. Saje nk beli askem singgit depan Carrefour. Walaupun mcm membzir sbb parking je da RM2, jadi divide 2 org harga askem bernilai RM2 lah. Jalan punye jalan ternampak lah kedai makcik Ani. Aku tanye lah die sedap ke makcik Ani ni masak. Xpenah pulak aku try. Kemudian dia memandang aku dengan jengkel. 
"seryes ke ko tak penah makan kedai makcik Ani ni?" kata die.
"so?" Kata aku. Kenapa nak pelik? Selera lain2.


"tade la, kedai die kn mcm fames. Rasa pun boleh tahan. Aku suke. Macam pelik orang tak pernah rasa. Macam KFC?" kata Farhan.
"Alaaa budu dan cencalok pun femes, ko pun xpernah rasa kan" kata aku.
"Oh" kata Farhan.
"Sbb tu la aku pun xpernah rasa lagi" Kata Farhan lagi

-.-'

Lepas tu ktrg pegi kedai asam makan asam free dan kemudian balik ke UM.


- Alhamdulillah -

Panas psy

- Bismillah -

Aku skrg tgh posting Psychiatric. Adeh penat. Penat sbb melayan karenah patient yg sgt susah nak jawab soalan. Ada yg menghiburkan ada yg mmg nak kene gigit. Sepatutnya aku taleh la cite kn secara public tentang kes2 pesakit, tp ni sbb mcm aku tensen ngan sorang mamat nih, so nasib ko lah, sape suh cari pasal.




Ada sorang pakcik nih, die mengaku die Tuhan, die lah Agong dan die jugak lah PM. Kemudian nurse tanye die soalan bonus, Obama? Die pun mengaku dengan selambanya penuh yakin die adalah Obama. Nurse gelak2 tapi die masih tersenyum bangga. Pesakit ni ada delusion. sbb tu die mangaku mcm tu. Bukan sbb die saje2 main2. Mmg die yakin sungguh. Al kisah kelmarin aku buat kerja mcm biasa di wad. Die tetibe approached aku, dan mintak aku duit syiling. Sbb nye die nak call some one kat public phone. Tatau la malaikat ke kan (haha).

Aku cakap lah aku mana bawak duit syiling. Die terus mintak lagi. Aku ckp la aku tade. DIe terus mendesak dan desak. Aku malas layan aku jalan je buat tatau. Kemudian aku dan sorang kawan ktrg duduk atas kerusi yg ada dekat hall wad tu. Sekali patient tu datang jerit dan tengking. Die mencarut2 dan kutuk dan marah aku sbb aku ingkar arahan Tuhan.... seriously -.-'

Aku mcm nak sepak je die time tuh. Dah la air liur menyembur2. 

Nurse ngan pak Guard sume da bangun da tp kemudian die stop dan berlalu pergi. Ok la fine aku tak amik hati. Ko pun xbetulkan. So lepas tu nampak die buat bodoh la. So ok la. Tp yg buat aku sakit hati, setiap kali aku nk clerk (sembang2 amik history) patient, die datang dan hasut patient yg aku tengah ckp, kata jgn layan aku. Aku berdosa dan jahat dan cume menyamar etc ect. Aku dan kawan aku yg ada sekali time tu lah kene. So setiap kali ktrg nk buat keje yg melibatkan patient lain die akan ganggu. Urghhh. Mmg nak bg tampo je rasa.

Sebenarnya byk cerita menarik yg aku rasa nak kongsi. Cume sbb ethics kan. Baik nye aku >_<

Tapi aku rasa byk pengajaran dan kisah yg kita boleh ambil teladan dari cerita2 pesakit psychiatric nih.

Oh oh pagi tadi aku belajar pasal personality disorder. Sangat kewwwl. ehee.

Psychiatric medicine mmg menarik, tapi kadang2 aku rasa ada sesetangah psychiatrist nih terlalu suke judge orang. Mcm semua orang die nak kaitkan dengan ada masalah (walaupun kadang2 betul), tapi masih ada yg kadang2 skdr org tu berbeza, dia ada cara tersendiri. Dan sbb ini ada beberapa lecturer yg aku sgt tak suke. Die nampak student perangai mcm tu ini (padahal baru 1st time jumpe), dah judge mcm2 dgn tiba2 tampa ada sebab (tatau la die nk tunjuk concern atau tunjuk hebat). Padahal ko baru jumpe die 30 minit kot. Baki cerita die 20 tahun lebih ko nak letak mana. Duhhh!



- Alhamdulillah -

Friday, May 06, 2011

Cubefield

- Bismillah -

http://www.minijuegosgratis.com/flash1234/no_hotlink/cubefield.swf


Korang patut cube main game nih. Simple tapi mcm best. Bosan2 ke atau untuk hilangkan stress. Tapi kalau jenis clumsy2 dan mmg jenis bukan main game, baik jgn main takut makin stress pulak nnt.

Oh pastu bile da dapat konon2 markah tinggi sila jgn bongkak ok kawan2.
*Inside joke*
Hahahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahaha.
....

._.

___________________________________________

update



- Alhamdulillah -

Thursday, May 05, 2011

RS has just become more awesome!


- Bismillah -

As a pioneer in One Click File Hosting, RapidShare has often ventured into unknown territory, to find the best product for its customers. Now it's time to properly clean up the inventor's workshop, because everything that just sucks finally has to go. Immediately and permanently, RapidPro price include all services indefinitely. This means:
More storage space
As of now, automatic file deletion will no longer exist. With RapidPro, your files are saved until you delete them yourself!
More Traffic
From now on, it is absolutely unlimited. TrafficShare included. It’s that easy!
More speed
We have polished up our software! Uploads, as well as downloads, have been successfully carried out at 500 MBit/s per stream!
More safety
Politics call for the complete monitoring of all internet users. We protect you with automatic SSL-encryption.


Have fun with the new RapidShare: Finally, everything is easy again!




- Alhamdulillah -