.

Wednesday, March 02, 2011

Jobs

- Bismillah -


Jumaat lepas aku dan Rahim jadi hired-photographer untuk sebuah majlis makan malam di SACC Shah Alam. Pelajar Uitm punye. Al kisah si Rahim datang lewat sedikit. Aku da cuak da mula2. Sbb aku mmg tak bawak wide, aku cume pakai 70-200 2.8 pinjam abg Hanep Mahmud punye je. Fuh nasib baik die datang juga last2 walaupun majlis dah separuh masa berlangsung. Dan Alhamdulillah kami dapat buat client kami gembira. Terima Kasih buat abg Hanep yg kasi pinjam lense dan juga Majdiah Nazihah yg rakemen kami kepada client tersebut.

Sabtu akan datang, aku dan Rahim ada kerja lagi. Kali ini mengambil gambar orang bertunang pula. Majlis selepas zohor di Rawang. Sedikit maslah sbb aku nak ke Melaka pagi itu, kenduri kahwin group mate medic aku. Harap2 sempat sahaja. Majlis di Melaka mula jam 11 pagi. Aku ingat aku ke sana seawal 930, sbb nak cari tempat lagi. Kol 11 makan2 sembang2 ambil gambar sikit, 1145 da boleh gerak pulang. Target yg penting Zohor dah di Shah Alam atau di Meru. Moga dipermudahkan. Amin.


________________________________________________________________


Aku tahu kadang2 bila aku cerita pasal emas dan perak nih, ada yg xsuka dan tak minat perkara2 sebegini. Majoriti adalah dari golongan anak orang berada yg tak pernah fikir susahnya cari duit sendiri. Kalau yg tak mampu xpelah memahami. Ada juga yg fikir emas dan perak ini mcm jenis2 buat duit dgn FB, MLM, cari orang bawah, jualan berantai etc. Satu lagi golongan jenis yg ikut flow sahaja, takut, takpe la dgn hidup skrg yg sedia ada, simpan sikit2 pun lama2 jd bukit bla bla bla...duhhh. Padahal sendiri tak tau apa yg diri sendiri ckp. Xpernah nk ambil tahu apa itu investment, apa itu financial planning apa itu perniagaan, sekadar nk hidup makan gaji/dgn duit biasiswa skrg. Bila aku ckp kalau simpan lg byk sikit boleh jadi gunung, die kata tape la bersyukur dgn apa yg ada...-.-' . Aku tak tahu konsep syukur apa dia guna. Kalau tak suka takpe lah, tak perlu kutuk2 atau hasut orang lain kata ini penipuan atau propaganda semata. Kalau ini penipuan, maka kerajaan kelantan dan perak sgt bodoh kerana terjebak dalam mengasilkan dinar emas. Bank Negara Malaysia pun sama kerana menghasilkan Kijang Emas. Belum lagi Perth Mint Australia, Singapore Merlion, PAMP Swiss etc. Pakar2 ekonomi negara dan dunia pun suruh simpan emas dan perak. Apa kau lg hebat dari mereka? Kenapa majoriti negara maju simpan emas sebagai reserve mereka? Kenapa China yg menjadi kuasa besar ekonomi dunia skrg galakkan rakyat die simpan Silver? Tak reti jawab pulak. Duhhhh. Suruh kaji sendiri taknak. Tak ke bodoh sombong tuh. Aku tahu aku akan berbunyi bias sbb aku penjual emas. Tapi aku rasa Tun Mahathir bukan dan pakar ekonomi lain bukan penjual emas. 

Walhal emas dan perak ini adalah satu perniagaan bersih dan simple. Beli emas dapat emas. Xde beze pun beli emas kat kedai emas mcm Poh Kong, Habib Jewels dan sebagainya. Malah jauh lebih murah. Beli emas simpan emas, rasa terdesak nak pakai duit jual la balik emas. Taknak jual emas gadaikan sahaja dan tebus balik kemudian hari. Kebaikan simpan Emas dan Perak adalah ia kalis inflasi. Itu sahaja. Aku pelik orang yg menyusahkan konsep ini. So anyway, aku sgt gembira sbb malam tadi tercipta satu sejarah. Emas dan Perak keduanya mencecah harga baru dan tertinggi dalam sejarah harga emas dan perak. Maksudnya emas dan perak tak pernah capai harga ini sebelum ini. Dan Alhamdulillah, sesiapa yg pernah beli dgn aku sebelum ini, semuanya mula untung dengn kenaikan harga emas dan perak. 

Garisan kuning atas skali tu adalah garisan harga tertinggi sebelum ini yg pernah dicapai. Dan malan tadi dua2 dah bolos garisan itu. Dalam analisa teknikal, bila sesuatu harga pecah harga tertinggi lama, potensi kenaikan selepas itu adalah sgt tinggi. Tahniah buat mereka yg sudah menyimpan emas. 


- Alhamdulillah -

No comments: