.

Monday, March 21, 2011

Belon udara panas

- Bismillah -



Ahad lepas aku ke Putrajaya, cadang nye kali ni nak naik lah hot air balloon tu. Tapi tgh hari hujan turun dgn lebat. Maka belon2 diturunkan dan disimpan. Tapi kemudian hujan berhenti sekitar jam 4. So aku pun pergi je  la. Sampai2 takde 1 pun belon naik. Katanya jam 6 baru naik balik. Dan itu pun x dibuka kepada umum lagi katanya. Tak tahu la sebelah malam mcm mana. Sbb Aku balik b4 maghrib.

Asar itu aku solat di masjid besi. Aku da byk kali pergi tau masjid besi. Tapi aku baru sedar aku tak pernah masuk langsung. Just kat luar ambil gambar. Sbb selalu datang pun mmg untuk ambil gambar. Dan biasa datan malam jadi xde la nk solat kat dalam kan. Qiam pulak mcm awal lagi ehehe. So ni kire 1st time la masuk. Ok mmg lawa. Dgn mata kasar pun da lawa. Kalau da masuk dunia digital mmg lagi cun. Oh dan masjidnya tak byk warna. Byk guna warna putih sahaja. Nampak menarik, kemas dan bersih. Pakguard yg jaga masjid pun sgt mesra. Orang yg datang die tegur dan salam. Nak ambil gambar pun tak kesah cume jgn over2 sgt la.

Lain2 gambar masjid boleh lihat di sini -->
http://musafirdunia-photography.blogspot.com/2011/03/random-3rd-putrajaya-international-hot.html

Mengenai belon udara panas pula, sbb xdapat naik jadi just pusing2 ambil gambar sikit2 je. Takde yg interesting sgt. Eh ada ada. Ada satu belon tu, xsure la sape yg drive. Die baru berlepas kemudian. Tak tahu lah sbb salah pandu atau pemandu belum cukup berpengalaman, die terlanggar belon kawan sebelah dan akibatnya die terpantul ke tepi. Sbb belon kawan sebelah tgh naik, jadi die cube turun utk elak perlanggaran mula2, tapi akibatnya die salah kire kot. Sbb die tak la tinggi sgt utk turun bawah. Akibatnya die terlanggar 4 wheel mengakibatkan kemek teruk dan cermin depan kenderaan pacuan empat roda itu pecah. Die kemudian  terlanggar pokok besar dan orang yg berdekatan lari menyelamatkkan diri takut dilanggar juga. Tapi last2 nasib baik belon itu dapat naik semula. Tapi stoll langgar pokok agak teruk menyebabkan ranting byk patah.

Ini adalah belon yg dimaksudkan. Baru nak depart.

Benrlanggar dengan belon merah belakang tu. Rasa nye driver die jadi gelabar kot.

Pacuan 4 roda yg menjadi mangsa. Keadaan waktu ini mcm kelang kabur sbb orang lari bertempiaran dari belon yg hampir terhempas. So dalam kelang kabut itu aku ter'snap' gambar ini sbb tu blur. Masa bahagian bakul belon melanggar kenderaan itu, aku sedang melarikan diri jadi tak sempat pula nak ambil gambar. 

(anak panah) Belon yg FAIL itu baru selepas melanggar pokok dan terbang naik balik. (dalam bulatan) cebisan daun2 yg beterbangan akibat bahagian bakul belon yg melanggar pokok sebelah itu.


- Alhamdulillah -

No comments: