- Bismillah -
12/2/2011
somewhere dekat Bandar Diraja Klang
Tahniah buat adik beradik anak pakcik Razak. Tahniah juga Wan Madihah. Tapi dengar cerita jadi wife hujung minggu je skrg. Kesian juga. Tahniah juga buat wife Hafiz yg aku x igt nama.
Aku pernah mencadangkan pada mak aku, memandangkan dalam keluarga aku ada 4 orang lagi yg belum kahwin, mungkin sebahagiannya boleh buat kenduri sekali mcm ini. Sbb skrg ini pun umur2 aku dan adik perempuan 3 orang semua sudah sesuai untuk berkahwin. Kalau masing2 ada rezeki kan lebih baik sekalikan sahaja. Tapi mak aku kata taknak. Die suka buat kenduri banyak2. Biar byk kali dan ramai orang datang rumah. Memuliakan tetamukan berpahala besar, mungkin itu yg dia fikir. Tapi fikir balik kos nya mesti tinggi. Lagi2 kalau buat dekat2. Sbb firasat aku rasa xkan jauh sgt lah. Adik bawah aku mungkin tahun ini dan selepas itu pasti ada menyusul lagi.
Jadi aku fikir bagi menyelesaikan masalah kos yg tinggi dan mak yg suka buat kenduri, aku pun ckp dgn mak. "Mak jangan risau, saya boleh buat kenduri byk kali. 4 kali mungkin?" sambil gelak2 gatal. Mak pun memandang aku dengan mata hitamnya di bucu mata. Haaaaaaaa ni mesti bersangka buruk terhadap aku. Haih. Maka aku pun terpaksa lah explain. Ye lah 1 kenduri aku kawen. Kenduri seterusnya aqiqah anak pertama dan kedua dan seterusnya. Korban atau aqiqah untuk diri sendri pun belum buat rasanya. Kan byk tu? Kemudian doa selamat nak pegi haji keee ehehehe.
Oh sebut pasal haji. Aku plan nak pegi haji awal. xnak la lambat2. Otot da sakit2, tulang da nk reput, mata tak nampak sgt, tangan da terketar, jalan pun da lambat, takkan baru nk g haji kan. Sepatutnya time bertenaga dan sihat ni lah kita menunaikan kewajipan itu. Baru dapat buat dengan sepenuh tenaga tampa ada sebarang kekangan keupayaan fizikal. Aku tgk dulu2 orang pegi haji dah tua sbb kumpul duit dulu. Tapi aku yakin skrg nih ramai da mampu. Boleh beli barang mahal2, boleh pergi melancong negara mahal2 yg menelan kos tinggi dan sebagainya. Jadi kenapa tunggu? Bak kata2 yg selalu aku kata, kalau betul2 mahu pasti ada cara. Ramai aku lihat mesti nak pergi melancong ke nagara2 lain dulu, kemudian da berumur sedikit baru fikir nak menunaikan Haji. Tidak dapat dinafikan Haji hanya boleh dilakukan pada spesifik waktu, namun dari segi perbelanjaan, ramai orang sudah mampu. Dan azam aku, aku nak menunaikan Haji dahulu. Mungkin itu destinasi pertama selepas berkahwin (?) insyaAllah. Sbb senang pergi sekali. Sebab perempuan nk pergi perlu ada mahram. Jadi kalau pergi dahulu nnt susah pula si isteri nk cari peneman untuk menunaikan haji.
- Alhamdulillah -
No comments:
Post a Comment