.

Friday, February 25, 2011

Pho dan muk

- Bismillah -

Skrg hampir jam 230 pagi. Dan aku masih ada byk yg perlu untuk dibaca. Esok seawal 7 pagi dah perlu berada di wad 12U. Ada 5 case untuk di fully clerk before 9pagi. Fuhhh. Harap2 xde sape kacau suruh amik darah, buat ecg, set iv line, buat PE, ABG etc.

Aku rasa aku sgt rindu ambil gambar. Dah alama aku tak betul2 enjoy ambil gambar. Sampai percaya aau tidak malam tadi aku mimpi outing dgn SN. Hahaha. Ok mcm over. Kalau aku da gian sgt pun aku akan ambil gambar produk2 emas yg baru sampai. Itu pun aku xde proper barang mcm black/white background, lampu etc. Aku igt nnt mmg nk beli satu card board besar yg keras utk buat mcm mini studio untuk ambil gambar barang2 mcm ketulan emas. Kemudian aku kne ada juga 2/3 lampu utk lighting. Xperlu la nk beli speedlite sampai beratu sn da beribu. Lampu xsampai RM10 sudah. Yang lain serahkan pada kreativiti dan skill yang ada. Sebelum2 ini aku hanya guna jaket hitam atau kertas putih A4 sebagai background. Tapi masalahnya emas ditangan aku tak lama, sbb da perlu beri kepada tuan yg meng-ordernye. Kene waktu aku ada emas yg penuh dengan kelas, maka snap2 begitu je la nampaknye.

Dan esok petang ada job di Shah Alam Convention Center. Ambil gambar dinner pelajar Asasi UiTM. Mmg da lama tunggu nak snap habis2. Da lama sgt rasanya tak beraksi. Kene pulak akan beraksi dengan 70-200mm f2.8 pinjam ehehehe.

Dulu aku pernah kata aku minat landscape. Skrg aku rasa aku lebih minat Wedding dan Photojournalism la. Atau apa2 yg melibatkan orang dan persekitaran mcm Travelling. Tapi scapes still minat cume setiap kali nak ambil gambar scapes mcm nak kene letak orang jugak baru mcm best. Portrait pun ok la, cume portrait sahaja mcm amik gamba model aku mmg tak minat langsung.

_________________________________________________________


Skrg ni bilik aku sejak baru2 ni mcm byk nyamuk. Kalau tak sembur aerosol mmg akan tergaru2. Duliu xde pulak nyamuk sbb sume bilik ada jaring. Tapi skrg tatau la. Cari lubang kat jaring tak jumpe lak. Nampaknye selepas ini kne beli ubat nyamuk la.


___________________________________________________________


Ini beberapa benda aku nak beli dalam masa.. tak de la dekat sgt.

1. CPU baru. Sejak CPU terbakar haritu xbeli baru lagi. Kumpul duit dulu. Ye lah, aku ni kalau nk beli mana la nak amik yg murah2 atau yg sama dgn orang. Mesti nak yg lagi advance kalau bukan paling advance pun. Setakat ini casing & dvdrom/writer je dah ada. Guna yg dulu punye. Yang lain mmg rosak dah. Nak taknak beli baru. Oh RAM DDR2 2Gb each ada 2 keping kalau sape nk beli. Masih elok. nVDIA GForce 8600 pun ada.

2. Kasut & selipar. Kalau ikutkan mmg patut da lama beli sbb keadaan kedua barang itu da sgt tenat juga. Tapi memandangkan aku sejak dua menjak ni sangat kedekut walaupun terhadap diri sendiri, jadi nantije la. Selagi boleh pakai, pakai sahaja walaupun koyak rabak. Selipar ok lagi, tapi aku selalu ada masalah dgn kasut. KAsut aku tak murah. Kebiasaannya mesti beratus kadang2 sampai setengah ribu. Ada 2 sebab. SATU sbb aku pakai kasut sampai da tak boleh pakai, maksudnye koyak. Jadi aku perlukan kasut yg berkualiti dan tahan lama. Lagipun aku guna 2 kasut untuk banyak mende. G hospital/lecture/kelas, g berjalan, g travel, buat photography job, raya, kadang2 jogging dan buat aktiviti lasak seperti panjat bukit dan gunung. Dan aku sgt byk berjalan, samada dekat atau jauh. Dan sengan 1 kasut ini biasa boleh bertahan kurang2 setahun. Kalau aku kurang buat aktiviti lasak dgn kasut ini, biasanya tahan lama sket la. Sbb kebiasaannya aku akan guna kasut yg sama untuk semua aktiviti aku. Tapi untuk aktiviti lasak biasa aku pakai kasut sukan bata RM49.90. DUA, sbb saiz kaki aku lebih besar dari kebanyakan orang. Kalau Malaysian size aku pakai saiz 10-11. Kalau International size aku pakai 9-10. Dan saiz2 mcm ni susah ok nak cari. Kene pegi byk kedai baru jumpa. Dan biasanya mmg jenis kasut2 yg mahal. Jadi kebiasaannya aku beli kasut sewaktu ada SALE besar, yg samapai ada diskaun 70% kalau ada rezeki. Jadi kasut berharga RM500 boleh la dapat harga kurang RM200. Nasib baik aku tk main bola/futsal sgt, kalau tak lagi cepat rosak.



- Alhamdulillah -

No comments: