- Bismillah -
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama sudah rasanya aku tak properly upload dengan sebarang cerita atau perkongsian. So anyway aku skrg baru je masuk major posting. Bermula dengan medicine. Dah seminggu mula tapi aku sgt berdebar2. Setiap hari aku berdebar dan setiap hari aku rasa nak stadi mcm esok nak exam. Walaupun final professional exam tade la dekat sgt, tapi coming soon. Tapi still cuak tatau nape. Tapi normal lah kan?
Oh aku ada sorang lecturer yg sgt suke judge orang lain. Bila setiap kali die jumpe orang boleh nampak anak mata die akan tengok kau orang dari atas ke bawah. Kemudian dia akan komen pasal diri kau. Paling aku geram die komen hari tu kat aku, kata aku tak sikat rambut dan nampak selekeh. Aku geram aku pun balas, "prof, rambut prof jauh lebih buruk dan tak terurus dari saya". Tapi dalam hati je la haha. Kemudian bile kawan aku pegang file dan buku di tengah badan, die kata kawan aku mcm takde pendirian dan xde self esteem bla2 gile annoying. Kalau perempuan yg pakai seluar, die akan mengata2 lagi. Bagi die perempuan kne pakai skirt or kain SAHAJA! Duhhh!!! Majoriti ktrg xsuke die. Sgt ........ xpe lah bersabar. Fuhh tarik nafis hembus nafas. Nasib baik Lee xjumpe die kalau tak meletup PPUM haha.
______________________________________________________
Ini adalah latest release Gold reserve untuk negara2 di dunia ini. Malaysia hanya di tangga ke 45. Sedih. Secara kasar anda boleh tengok negara dengan ekonomi yg maju mempunyai gold reserve yg tinggi. Negara China, die tak mampu nk tambah byk lagi gold reserve die, die seolah2 mewajibkan rakyat die menyimpan silver pulak. Yg penting byk precious metals dalam negara die.
Sebut pasal SIlver, malam tadi silver naik sgttttttttttttttt tinggi. Ok tade la sgt. Tapi tinggi la. Last week aku baru jual kat kawan aku silver bar 500g RM1800, pagi tadi tgk dah RM2144. Mesti lah aku sgt gembira sbb aku pun ada simpan silver, cuma nya aku sgt sedih, sbb 2 minggu lepas aku ada bercongak nak tambah simpanan silver ke tak. Dan aku akhirnya xbeli, dan sekrg dah menyesal. Dalam masa 3 minggu sahaja silver naik lebih 10%. Sgt wowww okeh. Emas pun skrg mula naik dgn sungguh steady. Aku dapat merasakan yg silver akannaik lebih tinggi. Byk juga bacaan aku yg menunjukkan perkara ini. Maka aku sgt cadang jika anda ada duit simpan lebih yg tak akan digunakan dalamjangka masa yg panjang, beli lah silver pula.
Cuba baca ini.
Majoriti orang melayu suka beli emas, dan aku rasa kaum terbanyak ada emas pun adlaah orang melayu. Majoriti penjual emas di Malaysia pun orang melayu walaupun hakikatnya syarikat2 besar dimonopoli orang orang cina. Namun ketahuilah untuk silver, cina jauh lebih tinggi. Baru2 ini aku dengar ada sorang tu beli sehingga RM15juta nilai silver.
_______________________________________________
Kagum! Alhamdulillah ~
_____________________________________________
Sabtu depan aku ada job, ambil gambar majlis makan malam Asasi UiTM. Skrg ni pun ada Job, ada org minta edit gambar die masa konvo utk dijadikan album. Bulan 5 dah ada orang tempah 2 sesi utk wedding. Sebut pasal edit gambar, selain ambil gambar aku rasa aku dah suke edit gambar. Kadang2 bila xde gambar sgt nk edit, aku ambil gambar kawan2 di FB kemudian edit dan letak balik. Kemudian derang ambil gambar tu buat profile pict haha. Oh kemudian ada sebuat syarikat emas (GCP), minta tolong aku ambil gambar produk2 emas mereka. Memandangkan aku pun agen GCP, dan GCP juga syarikat orang melayu Islam, maka aku bersetuju sahaja tampa sebarang upah. Aku pun mcm dah agak lama xambil gambar, jadi kadang2 bosan aku ambil gambar2 emas yg ada di tangan aku. Dan tak sangka ada orang suka sampai minta tolong.
___________________________________________________
Khamis lepas, jam 6.15 petang, ribut taufan telah melanda UM. Yang peliknya ia hanya melanda Sebahagian UM dan sedikit kawasan faderal highway yg dekat2 dgn UM. Kawasan yg cukup kecil. Dan sgt pelik sbb kawsan2 sekitar seperti bangsar, KL, PJ dan Damansara langsung xrasa apa2. Dan ribut ini bukan jenis sikit2 tapi semacam taufan. AKu ketika itu sedang dalam kereta, sudah dekat dengan UM. Tiba2 nampak semacam puting beliung kecil dan kereta aku bergegar2. SAmpai di UM beberapa minit kemudian, aku lihat ada kemlangan sana sini akibat dahan patah dan pokok tumbang. Sampai di Kolej, rupanya lebih dari itu. Tgk gambar bawah ini.
Kerosakan yg agak teruk. Masing2 masih mencongak apakah sebenarnya yg berlaku. Tiada langsung ramalan cuaca atau pak dukun dan bomoh yg meramal kan perkara ini. Atau mungkin ini merupakan petanda kepada sesuatu (?) Allah maha mengetahui.
Untuk gambar lain2 boleh lihat di FB aku.
- Alhamdulillah -
No comments:
Post a Comment