- Bismillah -
Minimum berat emas dan perak yg dikenakan zakat. Berat tersebut mestilah lebih dari berat minimum dan cukup haul (setahun). Cume xsure tahun Masihi atau Hijarah. Nak selamat ambil Hijrah lah.
Emas barang kemas : 800 gram
Emas simpanan : 85 gram
Perak (dalam apa jua bentuk, simpanan atau barang kemas) : 595 gram
Emas mestilah emas 999.9, jika emas 916 dan sewaktu dgn nya yg bukan 999.9, maka dapatkan nilai sebenar emas 999.9 dengan pengiraan peratus. Maksudnye kalau emas 916 85 gram, 85x0.916=77.86. Maka belum cukup utk bayar zakat. Jika ada byk jenis, emas 999/917/916/835/750/585/375, kalikan dengan peratus dahulu utk dapatkan nilai berat emas pure (999.9), dan tambah kan dengan yg lain2. Maka kalau cukup berat dan tahun, bayar lah zakat yeee.
Buat yg tidak tahu, emas 999.9 dan 999 ada beza. 999.9 dikatan yg paling tulen, atau boleh kata 100% je. Tp sbb biasalah takde orang berani beri jaminan 100%, maka jadilah 999.9, yg membawa maksud 99.99%. Kalau 999 adalah 99.9%.
Situasi di bawah adalah berdasarkan kefahaman dari bacaan dan kajian y telah aku buat. Perlukan pandangan dari mereka yg lebih arif.
________________________________________
Situasi penyimpan emas :
Muharram aku ada 100 gram emas. Tp syawal nak gune duit aku pajak atau jual sedikit emas aku, maka tinggal 90 gram sahaja. Tapi sebulan kemudian aku tambah balik, maka ada 100 gram semula. hujung tahun aku tambah lagi jadi total 150 gram emas.
Jumlah wajib zakat adalah 90 gram emas sahaja, kerana hanya 90 gram yg cukup setahun. Lagi 60 gram belum cukup setahun.
Katakan masa raya aku pajak sampai tinggal 50 gram sahaja. Tp bulan2 berikut nya aku tebus balik dan beli lagi jadi total 150 gram pada akhir tahun. Maka jumlah emas yg diwajibkan zakat adalah 0 gram. Ini kerana yg cukup setahun cume 50 gram, tapi utk zakat adalah minimum 85 gram. Maka tiada zakat dikenakan.
_____________________________________
Situasi penjual emas seperti aku :
Berat cukup cume haulnya tak cukup. Walaupun aku ada simpanan sendiri emas dan perak, tetapi emas dan perak aku selalu bertukar ganti. Ini berlaku apabila ada pelanggan ingin beli emas atau perak, maka aku jual emas dan perak simpanan aku dahulu. Kemudian aku beli baru untuk diri sendiri. Jika ada orang nk beli lagi, maka proses itu berulang. Jadi emas yg betul2 cukup setahun ialah tiada. Maka tiada wajib zakat dikenakan.
_____________________________________
Situasi penyimpan emas di Akaun simpanan emas di bank :
Emas maya/kertas/buku takpelah (mcm maybank). Jika dapat emas fizikal mcm ArRajhi bank, jika cukup haul maka wajib zakat.
____________________________________
Ada sesetengah orang, untuk elak zakat die pergi gadai di ArRahnu (sistem pajak gadai Islam). Maka emas yg digadai itu tidak sempurna milik dan tidak dikenakan zakat, dan emas dalam simpanannya pula dah berkurang jadi tak cukup 85g. Maka tak perlu mengeluarkan zakat. Upah simpan di Ar-Rahnu adalah jauh lebih murah dari zakat. Kalau keperluan untuk pajak sebagai contoh tiada duit atau nk gune duit utk dapatkan modal berniaga, maka tak apa. Tapi jika sengaja untuk elak zakat aku takde lah dengar kata haram. Harus mungkin (?). Cuma aku rasakan adalah lebih wajar kita bayar sahaja zakat. mensucikan harta dan pahalanya pun lebih besarkan. INsyaAllah lebih berkat.
- Alhamdulillah -