.

Thursday, January 27, 2011

Perbezaan pendapat

- Bismillah -


Isu perbankan Islam, Duit kertas, Dinar emas dan Dirham perak nampaknya menjadi isu hangat bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan isu2 ini. Aku yakin kebanyakan orang pasti kenal dengan Ustaz Zaharuddin yg terkenal dalam memberi pendapat dan hujah2 nya terutama dalam sistem muamalah Islam. Dalam websitenya post yg terbaru adalah berkenaan perbankan Islam, Wang Kertas dan Back Door Riba' (http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/980-perbankan-islam-wang-kertas-a-back-door-riba-video.html#comments) .Aku juga ada letakkan link ke video2 ceramah Ustaz Zaharuddin dalam post yg lepas (http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2011/01/video-kuliah-ustaz-zaharuddin-tentang.html), rupanya ada ustaz2 lain yg kurang setuju dengan pendapat ini. Lihat sini (http://www.facebook.com/profile.php?id=100000518695811&sk=notes).

Dalam vid (yg cuma ada suara sahaja), Ustaz Zaharuddin ada membidas sesetengah ustaz yg tiada asas ekonomi dan sistem kewangan dalam memberi pendapat dan pandangan. Katanya kita perlu sesuaikan dengan realiti dan bukan sekadar teori semata2.

Sebenarnya ramai juga ustaz2 yg aku lihat sgt setuju dengan pengembalian penggunaan Dinar dan Dirham. Malah ada sesetengah Ustaz yg menjadi tokey emas mcm aku, malah lebih hebat sbb keluarkan produk sendiri (http://syeikhulmaqari.blogspot.com/).


- Alhamdulillah -

2 comments:

zmk said...

aku rs nk try jd agent ngan Amsyiq plak. macam2 hal ler PG nih.. huhu

musaf said...

ha'a. aku da ada hanta msg kat derang tp x balas lg