- Bismillah -
Kita menggunakan sistem kewangan yg sama dengan negara2 yg mengalami hyperinflation. Apa yg membuatkan matawang kita selamat? Tahukah anda bank negara Malaysia sendiri menyimpan berjuta2 US Dollar sebagai reserve atau mungkin billion? (http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/11/the-currency-war-2.html).
Suatu masa dahulu USD diikat dengan emas. Dan duit2 kertas lain pula di ikat dengan USD. Maka sistem kewangan ketika itu adlah stabil. Namun sejak 1971, USD sudah tidak terikat dengan emas. Maka berlakulah pencetakan wang secara berleluasa. Suatu masa dahulu 1USD bernilai 1 Troy Ounce (31.1g) emas. Namun kini 1400USD bersamaan dengan 1 Troy Ounce emas. Dan sejak 1971 itulah harga emas naik dengan mendadak. Dan mengikut jangkaan ramai pakar, kita masih lagi di peringkat permulaan sebelum emas dan perak naik lebih tinggi. Namun bila matawang kita yg kita sandarkan dengan USD yg akan jatuh, apa akan jadi pula dengan matawang negara kita. Lihat shaja bagai mana dalam tempoh 5 tahun ini bagai mana barang naik.
Ramai yg masih ragu2 dalam menyimpan emas. Saya juga dulu begitu. Namun dengan melihat semula sejarah matawang kita akan tahu yg kertas tetap kertas. Kita hakikatnya ditanamkan kepercayaan yg kertas itu ada nilai, yg sebenarnya kos pencetakannya hanya sekitar 6sen, dan kita disuruh percaya ianya bernilai RM1/5/10/50/100.
Ramai juga yg menyangka pelaburan emas ini adalh satu pelaburan baru yg semakin mendapat perhatian dan menjadi popular dan ramai orang mula tergila-gilakan emas dan perak. Hakikatnya kita silap. Bila ekonomi sudah bergolak, kita sebenarnya seolah2 terbaru sedar dan terjaga dari tidur tentang delusi duit kertas. Hakikat yg emas dan perak sebenarnye adlah matawang dan penyimpan nilai sebenar. Sama seperti cerita seorang raja yg bogel tapi semua orang mengatakan raja itu berpakaian cantik, sehinggalah ada seorang budak yg mengatakan bahawa raja itu bogel, baru semua mula terima hakikat itu. Jika anda sehingga kini masih ragu2 dan sekadar menyangka ini sekadar kata2 mulut manis untuk melariskan produk yg saya jual, anda sebenarnya tidak tahu sejarah.
Di Malaysia Emas dan Perak mungkin masih baru, namun di negara yg ekonominya bergolak hebat seperti di negara barat dan China, mereka sudah lama sedar. China antara negara yg paling byk menyimpan USD sebagai reserve. Akibatnya mereka juga turut bergolak. Namun China pandai, mereka menghasilkan ketulan2 perak dan menggalakkan rakyat mereka menyimpan perak. China juga mula berdagang dengan negara lain dengan matawang sendiri. China juga telah membeli 300 tan emas pada tahun lepas.
Ada orang yg mengelak bila diceritakan tentang emas dan perak. Mereka menjangakka ini adalah sekadar jual beli biasa atau mungkin jualan langsung atau MLM atau pelaburan yg kebiasaannya yg sungguh membosankan. Merka telah rugi kerana walaupun emas adlah salah satu pelaburan, emas juga adalah matawang sebenar. Mereka tidak tahu sejarah dan tiada ilmu sbb itu mereka melarikan diri. Saya sudah byk jumpa orang begini. Dan mereka sebenarnye rugi.
Video ini adalah sgt berguna untuk sesiapa yg ingin faham lebih lanjut mengenai emas dan perak. Anda tidak akan rugi dengan mengetahui sejarah dan ilmu2 ini.
No comments:
Post a Comment