.

Thursday, January 27, 2011

Sistem Bank


- Bismillah -

Video ini agak menarik untuk sesiapa yg berminat tentang sejarah dan bagaimana sistem perbankan  berfungsi. Aku tak tahu lah 100% begini atau tidak. Kita pun skdr membuat bacaan sana sini sahaja. Tiada kajian yg betul2 serius dilakukan. Namun hasil banyak sumber yg aku jumpa, hampir beginilah ceritanya. Pembikinan video dalam bentuk kartun diselit dengan sedikit lawak jenaka ini rasanya lebih mudah untuk difahami oleh semua. Maaf kan aku keraja terdapat scene dan bahasa yg digunakan kurang elok.





Mungkin ada yg tertanya apa relevennya untuk kita tahu kesemua ini. Apa yg boleh kita lakukan dan sebagainya. Pada pendapat aku, di sini adalah salah satu relevennya emas. Dan juga relevennya penggunaan Emas dan Perak dalam sistem muamalah. Namun setakat ini yg kita tahu penggunaannya terlalu limited di sesetengah kawasan sahaja. Jangan beli emas ikut nafsu kerana anda akan rugi. Jangan tukar semua duit kepada emas kerana anda akan rugi. Sistem skrg masih menggunakan matawang kertas dan ia diterima umum, jadi kita perlu ikut juga. Melainkan jika emas dan perak digunakan sebagai matawang semula, maka jika anda akan kaya jika anda punyai emas dan perak yg banyak. Tapi realitinya sekarang?

Kemudian untuk sesiapa yg berminat juga (aku sgt sarankan anda melihat dan memahaminya), aku ada letakkan video2  ceramah oleh Ustaz Zaharuddin tentang riba' dan isu kewangan Islam di blog Jom Simpan Emas. Banyak yang boleh kita belajar dan amalkan. Beliau juga menerangkan yg kita perlu hidup dalam realiti, bukan teori. Ini berlaku kerana bila isu pelaburan emas ini menjadi sgt meluas, ramai orang yg over2 promote emas sampai memberdagangkan agama semata2 untuk melariskan jualan mereka.

http://jomsimpan-emas.blogspot.com/2011/01/video-kuliah-ustaz-zaharuddin-tentang.html

Sebab itu aku tekankan sekali lagi, emas lebih kepada simpanan untuk preserve aset kita. Bukan sampai berhutang atau ikat perut untuk beli emas. Bukan asal harga jatuh je terus lock byk2 sampai susah hidup xde duit. Beli emas bila kita ada duit lebih dan duit itu mmg kita nk simpan untuk jangka masa panjang. Mmg betul % kenaikan emas tinggi, namun ia berlaku selari dengan beberapa sebab seperti kejatuhan USD dan kenaikan harga petrolium. Perlu ingat emas adalah barang dagangan sama seperti barang2 lain, ada turun naik harga nya dan tidak akan naik sahaja. Ada waktu die naik dan ada waktu die turun. Walaupun begitu, dalam tempoh yg panjang kita dapati emas masih menaik dan ini berlaku antaranya kerana inflasi. Sebab itu emas disebut sebagai penyimpan aset yg baik.

Dulu niat aku mula2 mmg untuk jadi tokey emas dan jutawan emas. Kumpul emas byk2. Tapi aku rasa bila aku makin gali dan gali, aku rasa aku makin faham. Perlu ada mindset yg betul. Dan aku juga bersyukur sbb bila mencari ilmu pasal emas, aku byk belajar perkara lain. Isu2 ekonomi dunia, sistem perbankan, pelaburan2 lain yg sgt byk sebenarnya tp aku tak pernah tahu, sistem muamalah islam dan antara yg paling penting tentang jenis2 riba'. Byk jenis rupenye yg kita tak tahu dan tampa sedar kita buat. Termasuk dalam cara jual beli emas pun ada riba' nya jugak. mmg susah sebenarnye nk jado tokey emas yg betul2 bersih dan ikut cara yg betul. Sebab emas ni termasuk dalam barang ribawi dan juga sejenis matawang. Maka untuk berurusan dengannya ada cara lain sedikit.


- Alhamdulillah -

No comments: