.

Tuesday, January 25, 2011

Perginya Muallim Khairul Anuar

- Bismillah -

Kecoh mailing list Alumni Hira' hari ini dengan pemergian Allahyarham Khairul Anuar Hasyim. Aku mendapat berita sedih ini lambat sedikit kerana aku ada kelas pagi tadi. Tapi baru nk sampai ke seminar, sekitar jam 11 pagi Afif AF kol aku kata Muallim sudah meninggal sekitar 1045 pagi. Muallim dikatan masuk ke PPUM malam/petang semalam akibat masalah jantung. Jadi aku dan Afif bersegera ke wad 12U (kami belajar di hospital yg sama buat sesiapa yg tidak tahu) dan setibanya di tingkat itu. Masih nampak nama muallim di papan nama pesakit. AKu dan Afif bergegas ke katil muallim tapi apa yg kami lihat hanya kaki palsu muallim dan kasutnya sahaja yg tinggal. Katil sudah kosong. Muallim pastinya sudah di bawa ke bilik mayat untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyang kan.

Jam 1 tgh hari mendapat berita yg jenazah Allahyarham akan di hantar ke rumah sebelum dikebumikan selepas asar. Aku pula ada exam petang itu. Kalau setakat kelas/wadround/clinic biasa mmg aku dah ponteng. Tapi exam aku tidak berani. Jadi Afif pergi seorang dengan abg Lan (abg ipar die).

Balik dari exam sudah asar. Memang tidak sempat dah rasanya untuk ke rantau panjang. SMS Afif die kata sudah nak dikebumikan dah. Jadi aku membuat keputusan untuk menyedekahkan apa yg termampu dari jauh sahaja. Aku tak pasti lagi bagai mana dengan majlis tahlil. Dibuat di mana dan bila. Cuma kebiasaannya mula malam ini dan 3 hari berturut2 lah. InsyaAllah aku akan cuba pergi untuk esk dan lusa.

Buka email, penuh email. Masing mula keluar cerita tentang arwah. Pengorbanan dan jasa2 arwah. Jadi di sini aku pun nak cerita tentang arwah. Arwah Muallim Khairul Anway atau lebih dikenali sebagai PE (pengarah Executive) mmg terkenal dari sejak Sekolah Hira' ditubuhkan. Sejak dari Batch pertama lagi. Dan beliau adalah antara orang yg paling ditakuti dan digeruni atas 2 sebab. 1 - Beliau mmg sgt garang dan tegas. 2 - Ilmu persilatan Silat Cekak beliau yg tinggi. Memang betul arwah garang sgt, dulu semua orang kecut perut kalau nampak arwah. Tapi garang2 beliau bertempat. Beliau garang bila pelajar melakukan kesalahan. Walaupun kai pertama T_T. Kadang2 bile dari jauh nampak je PE atau keretanya, lintang pukang pelajar2 lari. Ada buat silap la tuh, tapi biasa lah budak sekolah. Tapi sbb garang sgt, yg tak buat silap pun turut lari.

Tapi itu semua semasa sekolah rendah. Bila sudah masuk sekolah menengah, makin matang, makin waras, sebenarnya aku makin faham yg Muallim buat itu semua sebab sayangkan anak2 muridnya. Taknak anak2 muridnya melakukan salah dan silap. Biar pun dia akan menjadi simbol ketakutan bila ingin melakukan kesalahan. Dan pengorbanan Muallim semua maklum. Sgt byk. Sanggup berkorban masa dan tenaga terutamanya semata2 ingin mendidik dan menjaga anak2 muridnya. Dan bila faham semua itu, aku sudah tidak takut dengan Muallim. Tapi sebaliknya lebih rasa kagum dan hormat. Lagi2 bila Muallim mengajar fizik dan menjadi sifu untuk Silat Cekak Hanafi. Disebabkan aku selalu mendapat markah tertinggi untuk fizik masa di sekolah dulu, macam biasalah akan jadi student fevret Muallim.

Selepas sekolah byk kali juga selalu jumpa Muallim terutama bila melibatkan hal sekolah dan kadang2 Alumni. Selain itu Muallim dan ayah ku dulu mmg saling kenal mengenali juga.

Moga Allah menempatkan Muallim bersama golongan orang2 yang beriman. Mari sama2 kita mendoakan sesejahteraan Muallim dan menyedekahkan zikir dan surah2 kepada beliau. Mari mulakan dengan surah yg pertama. Al Fatihah. 

"Ya Allah, Ampunilah dia (dari beberapa hal yang tidak disukai), maafkanlah dia dan tempat-kanlah di tempat yang mulia (Surga), luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air es. Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga (atau istri di Surga) yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia), istri (atau suami) yang lebih baik daripada istrinya (atau suaminya), dan masukkan dia ke Surga, jagalah dia dari siksa kubur dan Neraka.” (HR. Muslim 2/663) 



Takziah buat keluarga Muallim. Moga diberi ketabahan dan kesabaran.

“ Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “ ~ Surah al-Baqarah , ayat 155


- Alhamdulillah -

1 comment:

agent said...

a liltle bit shocking to hear the news.

but it reminds me that someday, all living things will die.

al-fatihah for Allahyarham Muallim Khairul Anuar Hasyim.