.

Thursday, January 20, 2011

Saman Parking (xbeli tiket)

- Bismillah -


So far yg aku penah kene, MBSA punye dah 3 kali. Polis trafik kat Shah Alam sekali dan paling latest MBPJ.  Saman parking MBSA biasa RM50. Kalau byr dalam tempoh waktunya (aku lupe seminggu atau 2 minggu die bagi) akan dapat diskaun setelah buat rayuan jadi RM30. Kalau saman MBPJ pula, RM100 dan die bg tempoh 14 hari untuk setelkan sama. Hari tu kawan aku kene (Faris), die buat rayuan dapat RM50. Aku pun tak tahu knp kali ni aku buat rayuan dan dapat RM30 je. FUh Alhamdullah.

Oh sbb mungkin aku sgt ramah dan bermulut manes, abang yg dekat MBPJ tu bagi tips. Die kata kalau kne saman parking next time, sbb tak beli tiket, dalam tempoh masa lebih kurang 10 minit selepas resit saman dikeluarkan, just beli je tiket. Boleh pegi banggunan MBPJ, nnt die akan batalkan sama tersebut. Perkara ini berlaku kat aku masa aku di Sunway untuk singgah sekejap ke bank. Balik2 dah ada resit saman terselit cantik kat wiper. Waktu aku kne saman tu lbh kurang jam 5 petang okeh. Nak cakap bertapa buat kerjanya pegawai2 MBPJ nih.

Oh kemudian masa aku dan Mr T pegi Sunway di hari2 berikutnya, ktrg jumpa resit saman yg dibuang sahaja. Xpe ke eh? Kalu tak bayar apa jadi nnt? Masa aku nk byr tu juga ada sorang mamat tu pun nk bayar, dan die ada 13 kompaun termasuk yg lama2. So mcm xde pape je?


- Alhamdulillah -

1 comment:

Anonymous said...

salam...

encik, kat mana bayar tu? sy pun tgh cari kaunter mbpj nak bayar saman.. sama la parking punya pasal..