.

Friday, January 14, 2011

Malaysians4Change Video Part 2 & Iraq

- Bismillah -


Perbandingan ringgit Malaysia dan penjelasan bagaimana sebenarnya rakyat dirompak secara senyap bilamana duit dicairkan dengan pencetakan baru. Dan politik.



Kalau kita rasa kita xpandai takde ilmu dan takut ditipu oleh orang2 yg lebih pandai dari kita dalam sesetengah bidang, cari lah ilmu itu. Xsemestinya perlu ada ijazah dalam sesetengah bidang kita bolehjadi pakar. Ramai pakar2 datang dari bidang yg jauh berlainan dari apa yg mereka belajar secara formal di sekolah atau kolej dan universiti. Mahathir adalah doktor gigi. Maklumat sekarang semuanya dihujung jari. Jangan mudah terikut2 dengan apa yg cuba disampaikan seseorang tampa kita membuat kajian sendiri.

Saya sendiri sblm berani menjual emas dan mempromosinya kepada orang lain, saya telah cari bahan bacaan, beli ebook, tgk tv dan video2, subscribe newsletter dan duduk depan PC berhari2 dan berjam2. Tahniah juga kpd yg byk bertanya dan yg membuat kajian sendiri. Itu mmg tindakan yg betul. Bukan sesetengah orang yg promote bukan main tp ayat semua ikut2 orang cakap. Dia sendiri tak tahu apa sebenarnya.

Fahami video ini dan cuba lihat 'summary' yg ditunjukkan pada bahagian akhir video ini.

Sejarah :
Emas telah digunakan dalam transaksi manusia lebih dari 5000 tahun dan menunjukkan rekod yg sgt berjaya. Memang dunia telah menyaksikan bahawa emas dan perak adalah matawang paling stabil yg pernah wujud. Semasa dizaman Umar Al-khattab, Dinar dan Dirham mula diselaraskan dengan baik. Duit kertas menyaksikan kejatuhannya dalam tempoh hanya 30 tahun lebih sahaja. Maka jika anda kaji betul2 sejarah anda akan faham kenapa saya amat menyarankan jika kita hendak menabung/menyimpan, emas adalah bentuk simpanan antara yg terbaik. Namun begitu, seperti yg pernah saya tulis sebelum ini, simpanan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Janganlah kita tukar semua duit kita kepada emas pula (melainkan emas sudah diiktiraf menjadi matawang semula).

Berkenaan zakat, "Zakat harta berasaskan mata wang seperti zakat wang simpanan, zakat pendapatan, zakat saham, zakat perniagaan dan zakat emas. Kadarnya adalah 1/40 atau bersamaan dua perpuluhan lima peratus (2.5 peratus). Nisabnya adalah didasarkan kepada harga berat 85 gram emas semasa dan haulnya adalah mencapai tempoh satu tahun setelah dimiliki." (blog Lembaga Rasmi Zakat Selangor)

Anda lihat bagaimana dalam Islam sendiri, zakat disandarkan kepada emas dan perlulah mengikut harga semasa emas. Itu menunjukkan yg Islam sendiri mengiktiraf logam berharga ini atas kestabilan dan kekukuhan nilainya. Dan kita semua juga tahu ada zakat emas. Tapi kenapa tiada zakat kuprum atau zink  atau barangan lain? Ini menunjukkan emas itu sendiri Tuhan jadikan ianya sungguh istimewa. Sehingga Nabi sendiri pernah menyebut,

Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham." (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)



Ini adalah apa yg berlaku kepada Iraq selepas mana US menjajah Iraq dalam perang baru2 ini. Bila mana berlaku krisis ekonomi atau jajahan, matawang duit kertas terus akan jatuh nilai dan tidak laku. Ini kerana pada asalnya duit kertas itu sendiri mmg tiada nilai dan hanya diberi nilai oleh kerajaan yg mentadbir. Cuba tgk pada wang kertas anda, ada tertulis "Wang ini sah diperlakukan dengan nilai ..."


- Alhamdulillah -


4 comments:

Anonymous said...

encik,
nak tanya. apa beza kalau kita beli dinar emas/perak ni dgn kita beli je rantai/gelang/perhiasan dkt kedai emas? maksud saya beza dari segi keuntungan. atau sama sahaja takde beza?. atau beli emas dkt kedai lebih mahal?

tq

ibnu_zurai said...

hah, dah ade org tanye tu. mari lah kite kongsi2 ilmu sket encik mukhlis. haha, mane la tau jadi penambah rezeki ker :)

musaf said...

Kelebihan Gold/Silver Bar & coin

1. Kedai emas lagi mahal.
2. Harga jual balik (harga diskaun) jauh lebih rendah (sehingga mencapai 40%)
3. Untuk Public gold, agen sgt ramai satu Malaysia. Mudah untuk berurusan.

Kekurangan
1. Bukan barang kemas jadi tak boleh pakai

musaf said...

Di public gold, harga jual balik hanya 5-6% sahaja. Katakan emas naik 30% tahun ini, jika anda jual balik anda untung 24-25%. Tapi di kedai emas yg ambil 40%, anda rugi 10%.

Tapi sya mensarankan emas ini simpan lah lebih lama, lebih baik.