.

Thursday, August 12, 2010

Kelantan lancar matawang syariah dinar, dirham






Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata adalah menjadi hasratnya untuk melihat Kelantan mempelopori penggunaan mata wang syariah dalam semua urusniaga, termasuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri. Bagaimanapun, katanya, masih banyak soal teknikal yang perlu diatasi oleh kerajaan negeri sebelum dapat melaksanakannya.

"Kita bercadang mengamalkan semua urusniaga dan membayar gaji kakitangan menggunakan mata wang syariah, iaitu dinar emas dan dirham ini secara menyeluruh tidak lama lagi," katanya pemberita selepas majlis pelancaran dinar emas di Kota Bharu, hari ini. Dinar emas dan dirham itu dikendalikan oleh Kelantan Gold Trade (KGT) iaitu anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Baca lagi..

dan lagi.....
Seronoknye Kelantannn T_T. Kalau diteruskan dan mendapat sambutan baik, Kelantan pasti akan menjadi negeri yg maju kelak dengan ekonominya yg lebih kukuh. Andai kata sistem matawang Islam ini berkembang semula, orang atau negara terakhir yg memegang wang kertas, adalah orang atau negara yg paling rugi dan bodoh. Kertas tetap kertas, dengan nilai atau harga yg sgt rendah dan sedikit.

Abu Bakr ibn Abi Maryam reported that he heard the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, say: "A time is certainly coming over mankind in which there will be nothing [left] which will be of use save a dinar and a dirham." (The Musnad of Imam Ahmad ibn Hanbal)


1 comment:

zmk said...

hebatslah kelantan. other state will follow suit inshaAllah. we dont have to wait for kerajaan yang mulakan, sbb urusniaga dalam matawang dinar & dirham ni kita yang kena mulakan sendiri. the power is in the rakyat's hand.