Kenapa Public Dinar nak sgt kne ada certificate untuk jual balik dinar mereka? Aku rasa ini salah satu kekurangan berbanding kalau beli dinar lain atau emas dalam bentuk barang kemas. Nilai emas tidak akan kurang hanya sebab takde sijil dan emas boleh dikatakan laku di mana2. Seperti post aku yg 2 sblm ini yg aku ambil dari http://www.nubex.com.my/v2/contact_us.php. Jadi buat masa ini aku merasakan Dinar Kelantan lebih berbaloi memandangkan tiada sijil dan penggunaannya lebih meluas dalam industri 'tukar barang' atau jual beli. Aku tak rasa org guna Public Dinar untuk jual beli, melainkan untuk disimpan sebagai harta mahupun pusaka. Sbb kalau guna utk jual beli atau tukar barang, ape gune sijil? Malah jika sijil hilang, nk jual balik kene denda. Dan Dinar Kelantan atau Dinar Muslim juga lebih murah dari Public Dinar beberapa ringgit.
Yang aku nampak buat masa ini, 1 je kelebihan Public Dinar. Harga die beli balik lebih tinggi dari Dinar Kelantan atau Dinar Muslim. Itupun kalau sijil tak hilanglah. Logiknya kalau beli emas untuk simpan mesti bertahun-tahun. Mungkin puluhan. Dan masa diperlukan untuk jual balik Public Dinar dan dapat duit adalah 1 hari bekerja =O, seperti yg dinyatakan dalam websitenya. Maksudnye nk jual harini esk baru boleh dapat ke? Aku yakin orang yg jual emas ini nk guna duit cepat, sbb kalau jual saje2 adalah sgt membazir.
Pada waktu aku tulis ini, 19/8/2010, 10:40 malam.
HARGA BELI
1 Dinar Public Dinar RM 589.00
1 Dinar Kelantan RM 588.00
1 Dinar Muslim RM 566.00
HARGA JUAL
1 Dinar Public Dinar RM 554.00
1 Dinar Kelantan RM 530.00
1 Dinar Muslim RM 526.65
2 comments:
salam.
bro, try dulu la baru tahu.. ni cakap based on bacaan je.
aku dah penah jual dinar kat dey alls, in 10 mins je dah dapat cash. dia state kat website, 1 day tu untuk worst case.
certificate tu penting, to prove the authenticity of the gold. emas grade mane? 999 ke 916 ke 750 ke. fyi, ade dlm 7 grade emas yg digunakan untuk trading. lain grade lain harge.
kalau takde cert, saper nak caya tu emas betul ke tak. dan cert tu pun antara salah satu bukti the gold is yours. bukan emas curi ke. because for gold bar, ada no siri yang dicetak atas emas tu. on the cert pun ada no siri gak, and it should be tally with one another. as far as i'm concern, all other gold bar & coins trader provide cert for customer. bleh cek kat kedai2 emas yg jual. barang kemas memang takde cert.
dan aku disagree with what your say abt penggunaan dinar Public Gold. It CAN be used macam Dinar Kelantan. who says it can't? the spec is all same. 1 dinar is 4.25 gram emas 916. ikut spec yg Saidina Umar pakai. so tell me, why can't it be used for same purpose?
=)
sbb die da tulis dalam website, jgn salahkna pembaca =]
emas adalah emas samada die ada certificate atau tidak. Aku yakin pembeli emas mesti boleh cek emas itu palsu atau asli, xperlu certificate. Certificate perlukan emas tapi emas tak perlu certificate. ramai je orang xpeduli emas ada certificate atau tidak sebab emas adlh emas. emas curi atau tak tetap emas. Dan samada ada certificate atau tidak, takkn pembeli emas tak nak cek emas itu asli atau tidak atau dah campur mcm2. Apa yg aku nampak public dinar cuma nk nampak exclusive dengan ada certificate. xke?
kalau public dinar gune untu trade, mmg boleh, aku takde pun kata tak boleh. Tapi ape gune certificate mcm tu? dah tukar hak milik, dah bertukar tangan berkali2. takkan setiap kali bertukar tangan nk kne buat agreement n sign certificate baru, sgt leceh. Jadi aku tak rasa org gune public dinar sbg barang pertukaran =]
Post a Comment