.

Thursday, August 05, 2010

Photomama

- Bismillah -

Sgt menarik bila SN (http://www.saifulnang.net/ / http://akademisenifoto.com/v7/) memulakan satu cabang baru dalam fotografi iaitu ibu yg menjadi jurugambar untuk anak2 mereka. Takde la baru sgt pun sbb mengambil gambar kanak2 atau bayi mmg semua orang buat dari dulu. Cuma SN mengajar ibu2 untuk mengambil gambar anak2 mereka sejak dari hari pertama lagi (selepas sahaja lahir) dengan cara yg lebih professional. Aku selalu juga usya2 photomama punya class, dan hasil2 ibu-ibu yg join class itu.

Berbanding dengan orang lain yg baru2 menjinakkan diri dalam fotografi seperti aku (aku baru setahun 2 bulan, so kire baru lagi jugaklah), ramai yg semangat dan minat dengan model portrait, yg pompuan2 lawa pakai seksi2 tuh. Pastu kalau pakai tudung sket je (walaupun baju ketat) dikatakan model muslimah (haha). Dan ada juga yg minat dengan street candid, dan majoritinya terikut2 dengan haluan yg dibawa oleh ChotTouch (http://chottouch.daportfolio.com/ / http://fotojalanan.com/blog/). Dan sebut pasal haluan2 nih, skrg byk sungguh haluan fotografi yg ada (haluan kiri, haluan kanan, haluan tengah, dan baru2 ni aku ada pula orng tubuhkan haluan baru, tiada haluan -.-'). Masing2 cuba mewujud kan arus dan haluan fotografi masing2.

Tapi aku kurang berminat dengan model2 sebegini, aku lebih minat dengan bayi dan kanak2 walaupun so far aku tak pernah dapat job untuk ambil gambar kanak2 lagi. Eh tapi hari tu ada orang call Rahim utk hire shoot budak2 tadika tapi tatau ape cite. Aku slalu praktis shoot kanak2 sewaktu shoot wedding (sambil2) dan sudah pasti anak2 kakak dan abang bilamana mereka pulang ke rumah, pasti menjadi mangsa. oh dan aku tak berminat dengan mana2 haluanpun.

http://orkedsaiful.blogspot.com/2010/08/photomummy.html
Ini antara sebab2 membuatkan aku nk kawen cepat dan tangkap gambar anak sendiri seperti ini. Di ambil dari blog Orked (anak SN. Sebab Orked baru berusia 2-3 tahun jadi blog ini selalu di tulis oleh mak Orked, Kak Intan).


______________________________________


Memandangkan aku skrg tgh agak free, jadi petang ini aku nak main tenis puas2, setelah 2 tahun lebih reket tenis aku tuh tersimpan. Kalau dapat tempat lah, court ada 2 je kat kolej aku ini. So max 8 orang je dalam satu2 masa boleh main. Kalau tak dapat nk pegi tangkap orang main tenis lah. Malam ni pulak nk buat ujian bokeh seperti yg dijanjikan kat Zaid Rais (http://imago-semaphore.blogspot.com/) 2 minggu lepas.


______________________________________


Sebut pasal Jin (http://clickheretolearnmore.blogspot.com/2010/08/so-apparently.html ..aku sebenarnya langsung tak paham apa tuan punye blog itu maksudkan dalam entry itu, tapi mcm bace je laa~), aku teringat dulu aku penah buat scan badan. bukan scan CT scan atau MRI tuh. Tapi scan macam nak tengok what is inside another dimension of me. Yang menariknya scan itu menggunakan nama, no ic dan tarikh lahir tak silap. Orang yg scan aku pula adalah seorang yg terkenal dan bukan calang2 juga orangnya, mmg dah selalu die scan dan merawat penyakit2 dari dimensi lain ini. Sewaktu die scan itu aku kat UM lah, dan die aku tak tahu kat mana, rumah die kot. Keputusannya, aku ada around 100+ jin or makhluk halus yg menumpang kat badan aku. jin atau makhluk dari dimensi lain itu sekadar menumpang, xberi mudarat apa, cuma mungkin mcm akan drain my energy dan menyebabkan aku cepat penat dan kurang tenaga. Maksudnye kalau aku pergi treatment n buang aku akan jadi super cergas (?). Selain itu aku ada few thousands makhluk itu yg sentiasa hidup sekitar aku atau sekeliling aku atau dalam environment aku atau apa2 perkataan atau istilah yg lebih kurang dengan nya. Senang cerita yg 100+ tu dalam, yg ini pula luar.

Wallahua'lam. Aku tidak menafikan, sbb aku pun tidak punyai ilmu dalam bidang ini. Tapi mmg sgt percaya dengan perkara ghaib. Alam semesta Tuhan yg maha luas ini, mustahil hanya kita sahaja yg wujud. Aku percaya kepada dimensi berbeza dan kewujudan makhluk asing.


- Alhamdulillah -

1 comment:

As said...

gulp. tahun ni masuk tahun ke3 raket tenis as tak digunakan. baru amat lagi. hoho