.

Tuesday, August 24, 2010

Pergi ke tak pergi??

- Bismillah -
 
Adalah menjadi tanggung jawab biasanya seorang pegawai kesihatan menasihati orang ramai untuk datang berjumpa doktor jika ada sebarang masalah kesihatan. Namun sering aku mendengar keluhan dari patient yg datang ke hospital. Kesal kerana datang ke hospital. Ini salah satu contoh kisahnya..

Al kisah seorang pakcik nih berumur 69 tahun. Sihat Alhamdulillah. Jarang2 sakit. Namun beliau ada kencing manis dan darah tinggi. Katanya biasalah dah tua. Terima je lah. Demam beberapa hari membuatkan anaknya risau. Namun pakcik ini degil untuk berjumpa doktor. Baiklah nanti katanya. Tapi mengenangkan anak sulongnya yg banyak berkorban untuk keluarga, akhirnya pakcik bersetuju untuk ke klinik rawatan harian. Namun sudah jatuh ditimpa tangga, kini sudah hampir sebulan didalam wad. Selain Kencing manis dan darah tinggi, beliau sudah ada kegagalan buah pinggang, cerebral infact, silent Myocardial infarction, heart failure dan COAD. Kata pakcik "kalau pakcik tak pegi jumpa doktor haritu, mesti pakcik tgh gembira lagi dengan cucu2 pakcik, kebun pakcik, kawan2 pakcik. Kalau pakcik matipun lepas itu, pakcik gembira. Skrg susah, semua orang dah risau". Pakcik mengeluh panjang.

Rasanya banyak lagi kisah lain, yg kadang2 seseorang itu mmg free symptoms. Hidup seperti biasa, gembira seperti biasa. Kalau ada pun sikit2 je lah yg ringan2. Tapi sbb pergi jumpa doktor macam2 jumpa. Kadang2 muda bekerjaya dan hidup ceria, pergi jumpe doktor hah amik ko ada kanser. Terus down. Ada yg prognosis mmg sgt tak bagus. Terus rasa hidup sungguh malang. Nasib tak menyelebelahi diri. Tak boleh buat itu ini. Masuk waiting list yg umpama tiada harapan. Paling teruk jika menghitung saat hari.

Aku pun tak tahu lah nk cakap atau komen macam mana. Sebab tak semua orang bahagia bila tiada sakit. Tak semua orang bersemangat teruskan hidup bila tahu xde maslah kesihatan. Ada orang lebih rela, suka, gembira dan bersemangat meneruskan hidup bila tidak tahu yg dia ada apa2 sakit serius. Biarkan sahaja. Sebab bila dah tahu, kemudian sakit itu teruk dan begitu serius, bukan sahaja fizikal yg dah tak sihat, tapi mental dan semangat utk hidup seperti biasa juga tidak sihat dan silap2 terus dah takde semangat nak teruskan kehidupan. Kerja, anak isteri, cucu, kawan2, rumah, harta etc semua dah tak bermakna. Dan terdengar lah keluhan sebegini "Kalaulah pakcik xpergi jumpa doktor haritu.."

Apa2 pun, terima atau tidak kita, itulah takdir. Sebab dah berlaku, nk redha pun tak gune dah. Baik redha je. Tapi apa2 pun, aku tetap nk menasihatkan untuk tetap berjumpa doc. Sebab walau serius manapun sakit kita, boleh jadi sudah ada penawarnya, kita sahaja tidak tahu. Kalau pun tiada, mungkin Tuhan nk kita berusaha. Kalau takde juga, itulah ujian untuk kita. Apa2pun, itulah penting untuk kita dari mula, masa muda2 sehat dan kuat ini untuk jaga kesihatan. Bukan dah tua je baru nk jaga. Cegah dari awal dan buat lah screening apa2 yg patut kalau2 kita ada risiko. Nak tahu kita ada risiko ke tidak, bertanyalah kepada yg berkenaan atau byklah membaca. Namun kalau tiba2 kita di uji juga, mmg Tuhan sayangkan kita sungguh lah itu maknanya.

- Alhamdulillah -

2 comments:

As said...

erk..
benda ni snagat reflect kat as
pandai kamu tulis..
T___T

musaf said...

=.