.

Monday, November 16, 2009

Gua Tempurung epi.1

- Bismillah -


Rabu lepas di malam yg hening tiba2 kawan ku Dzul panggil. "weh Psipum n the geng nak g Gua Tempurung kalo ko nak join".
Aku "aku set je".
Wadi "aku pun no hal je"
Aku "plan nye cane?"
Dzul "aku pun xtahu, derang kata nnt baru plan. Tido cane tu sume pk masa da gerak nnt"
Aku "okaayyyy"


Al kisah Jumaat tiba dan aku pun ajak la Rahim join, ada geng nak tangkap gamba. Skali teringat yg tripod punye kepala telah hilang entah ke mana. Waktu masa tu da jam 10 malam da. Tapi kedai sume da tutup. Cane nih cane. Tape lah, bedal je nnt. Tgk mcm mana.

Jam 5pagi Sabtu msha kol. Nasib baik die kol kalo tak mg tak terbangun memandangkan malam td pun mcm tido agak lambat. Kemudian kol Rahim, Panggilan ke 3 baru menyaut. Jam 545pagi aku dan Rahim bertolak ke UM. Selepas solat subuh dan sarapan, jam 645pagi, kami bertolak ke Gopeng. Adam dan Epul tumpang kereta Rahim. Selain kami berempat, ada 2 kereta lagi dari UM dan 1 kereta dari Ipoh. Jumlah semua sekali dalam 14 orang.


Pagi itu sbenanye masih blur2 samada nak tido di sana atau tak. Nak tido kat mana pun tak pasti lagi. Kemudian aku dan Rahim decide nak balik malam itu. Malas la nak overnight.



Perjalanan ke Gopeng sgt mudah. GPS lagi memudahkan perjalanan. Ke Gua Tempurung pun penuh dengan signboard. Total jumlah perjalanan lebih kurang 2 jam 30 minit. Sampai di Gopeng lebih kurang jam 930 pagi.



Setibanya sampai kami berhenti di gerai tepi jalan, sarapan dan menanti kawan yg bertolak dari Ipoh










 Sesudah sarapan, hanya 5 minit untuk sampai ke Gua Tempurung. Kawasan agak terjaga. Bersih. Lengkap dengan kemudahan awam seperti tandas awam, kedai runcit, kedai makan, kedai cenderahati dan gerai2 kecil. Kemudian setelah siap2 n guider pun dah ada, jadi kami pun masuk lah ke dalam gua. Jumlah perjalanan mengambil masa lebih kurang 3jam 30minit.


Oh mengenai cerita gua ini tunggu lah episode seterusnya. Sgt..... haha~


Dan kemudian waktu itu lbh kurang jam 4 ptg kami ke rumah Dol di Ipoh untuk LUNCH.


Fuhhh..sume seafood ok. Mak die rupenye ade catering seniri. Memang masing2 kekenyangan melampau lah lepas tuh.


And then selepas solat zohor-asar, kami rehat2 di ruang tamu sambil bersembang2 dengan ayah Dol. Ikut hati mmg malas nak angkat da punggung tu. Tp rumah orang kan.

Destinasi seterusnya adalah untuk ke Lumut pula. Juga merancangan untuk mencari penempatan bermalam di sana. Untuk yang lain2 sahaja lah. Aku dan Rahim aan berangkat pulang selepas jalan2 di Lumut nanti. Waktu ketika itu sudah jam 530 ptg ketika kami bertolak. Cuaca yang mendung sejak tengah hari tadi akhirnya bertukar hujan. Dari hujan rintik2 hinggalah akhirnya hujan turun dengan sangaaaat lebat. Cuaca menjadi semakin teruk setibanya kereta Rahim tiba di Lumut. Bila da sampai barulah Din call kata derang singgah Manjung, rumah abg kepada Psipum. Hujan terus turun dengan lebat tampa menunjukkan sebarang tanda untuk berhenti.

Jam 8 malam, Din call lagi kata mereka akan bermalam di rumah abg Psipum memandangkan cuaca yang cukup tidak mengizinkan. Selepas menghantar Adam dan Epul ke Manjung, aku dan Rahim bertolak pulang, bergantung 50% pada GPS dan bakinya pada signboard dan pengetahuan sendiri. GPS mmg xleh caya 100% atau akan end up masuk sungai atau rumah hantu -.-' . Kami ikut jalan belakang memandang kan jalan tersebut lebih mudah dan dekat untuk ke Meru. Dari Lumut melaui Teluk Intan, Bidor, Sabak Bernam dan akhirnya ke Kuala Selangor. Dan kami juga singgah di Jeram untuk makan malam. Seafood lagi. Haha~

Jam 1230 malam barulah aku sampai di rumah. Badan ketika itu sungguh sengal dan lemah. Perut pula kekenyangan. Tilam cukup empuk. Cuaca sejuk betul2 memnyamankan suasana untuk tidur. Tapi aku tetap bejaga 2 jam juga sebelum nyenyak di buai mimpi...


- Alhamdulillah -

5 comments:

jenab said...

kat umah ni ada 2 tripod. ngeh2

musaf said...

tu laaaa...eeee geram betulllll. tape2 next time kite g gua lagi yee =D

jenab lagi said...

tulis pakai jari boleh la. nak merealisasikan tuh. berkurun tggu. anak dah satu kot. anak encek la.

musaf said...

xberkurun lah. nnt mesti merealisasikan jugakk =D

bebola ketam said...

baru aku perasan yg pelik psl entry nih, apsal dari lumut ko leh gi teluk intan ke bidor kemudian patah balik ke sabak bernam? jauh gile ko pusing?