.

Wednesday, November 18, 2009

Gua Tempurung epi.2 -end-

- Bismillah -


Ok sambung cerita masuk Gua Tempurung. Kitorang pegi pada hari SABTU, 14 NOVERMBER 2009. Mereka yg terlibat adalah 12 orang pelajar medic UM, seorang pelajar master biomedic dan seorang orang yg da berkerja iaitu Rahim Khalis.  Jadi kumpulan kami ada 14 orang semuanya. Dan kami terpaksa bergabung ngan kumpulan satu lagi dalam belas orang jugak. Agak tak best la bile ramai sgt senanye. Tp sbb weekend kan, ramai orang datang, so die tak cukup kakitangan untuk guide setiap kumpulan asing2. so ada la yg kene gabung2.

Oh sebelum tu nak masuk Gua Tempurung ni ada pekej2 die. Dari yg paling mudah sehingga la yg paling mencabar. Dan lain pekej lain harga. Kami mesti la amik pekej yg paling bawah, paling mencabar konon2 nye, RM22 sekepala. Tp dapat diskaun RM20 je sbb ramai katanye. Dan nak amik pekej paling mencabar nih kene minimum 8 orang.

Masa sblm masuk aku baru perasan yg torch light philips aku baterinye dah low. Jadi berlari2 la beli bateri baru. Nasib baik kat situ ada kedai runcit. Oh yeee, torch light adalah sangatttt penting untuk di bawa sbb dalam gua tu, ada la lampu tapi mula2 je. Selepas tu mmg totally gelap. Sekuntum cahaya pun tak wujud melainkan dari apa yg kita bawa dari luar. Mmg guider ada bawak 1, tp 1 je la. Da la jalan sempit so nnt biasa gerak mcm beratur lah. Sorang2. So yg blakang skali tu kalau takde lampu suluh mmg agak merana. Terhantuk tu perkara biasa bila da gelap sgt atau sakit pinggang sbb asik merangkak dan tertunduk2 je.

Kebanyakan laluan yg dilalui ada air. Malah ada beberapa tempat yg kami perlu jalan itik, bercangkung, merangkak ala2 komando, baring dan bergerak mcm ular dan mungkin juga menyelam. Ada juga tempat yg dgt sempit sehingga terpaksa mengerengkan kan badan. Siling nya pula kadang2 sgt tinggi dan kadang2 sgt rendah serendah lutut atau rendah sikit lagi. Kene pulak laluan die ada air/sungai yg mengalir mahupun bertakung. Jadi kene baring dan mengenjut lah.

Ada juga tempat yg kene panjat, agak tinggi dan licin. Ada tempat yg sgt basah dan ada juga yg sgt kering. Kemudian ada pula tempat kne menuruni tempat curam. Ok part ni aku kene jd orang yg tahan org lain yg menggelongsor dr tempat curam dan akibat nye aku sakit tangan 3 hari. Skrg ni mcm da baik tp ada la rasa nikmat tu sikit2 lagi. Namun majoriti perjalanan adalah dengang mengharungi anak sungai di dalam gua itu.

Majoriti gambar2 yang di letakkan di bawah ni adalah di bahagian mula2 dan bahagian akhir gua yg mana lepas da habis pengembaraan melalui gua sume tuh, aku, Qayyum dan Rahim masuk balik dalam gua untuk ambil gambar. Majoritinya nak lalu kawasan ni, die da sedia kan laluan dan kebanyakannye adalah tangga. Menurut pakcik guider tu ada 900 anak tangga tp bila aku kire ada la dalam 600 lebih je. 



















Kawasan berlampu dan ada siap laluan tu adalah kawasan mula2 dan akhir2 gua. Pintu masuk dan pintu keluar gua adalah sama sebenarnya tp ada laluan yg sedikit lain. Selain itu laluan yg tersedia itu juga digunakan untuk yg mengambil pekej atas2, peket jalan2 senang lenang dan tak basah dan malas nk peluk, terantuk2 dan sakitkan badan.

Lepas habis tangkap gambar ni sbenanye aku mcm sedikit sedih sbb takde tripod. Majoriti gamba adalah blur dan aku da delete pun. yg tak blur ni aku amik dengan cara letak pada lantai permukaan gua. Kadang2 batu. dan juga terimakasih kepada penutup tong sampah yg aku bawak ke hulu ke hilir sbb aku gunakan sebagai permukaan supaya kamera dapat diletakkan dengan stabil, sbb lantai gua mana la rata kan.

Bila habis je tangkap gamba, membe2 lain da buat muke da. Hahaha omg tak perasan ktrg amik gamba 2 jam. Hp da la tak bawak, bawak pun tade line. So derang terpaksa gak kene tunggu, Ehehe sory ye kawan =D

begitulah kisahnye~


__________________________________

Misi seterusnya dalah mendaki/memanjat..
1. Bukit Broga
2. Bukit Tabur

Percaya atau tak aku baru tahu kewujudan bukit2 nih semalam dan tadi. Kemudian terus cari gambar kat tenet dan usya flickr membe2 dan....SUBAHANALLAH SGT LAWAAAA!!!!! dah la dekat je kat Taman Melawati, KL dan Semenyih. So aku plan terus nk pegi dua2 bukit ni minggu ni jugak haha. Xtahu la jadi ke tak. Tp ingat yg minggu ni just nk pegi daki bukit amik gamba sket2 je, aka survey dulu lah. Sbb mmg nampak sgt menarik. Baca review orang sume sgt positif!! Kemudian next time pegi yg tak tahu lagi bile tp next month kot, baru igt nk g balik dengan proper plan. Sgt excitedddddddddddd. Sape nk joinnnnnnnnnnnnnnnn?!!!! hehe~
=D

Bole usya website nih untuk Bukit Tabur
http://www.endemicguides.com/Tabur_hill.htm

dan untuk Bukit Broga
http://azmanzainal.com/2009/06/27/sepagi-di-bukit-broga/
http://atielense.blogspot.com/2009/02/bukit-broga.html
http://www.flickr.com/photos/irwandy/sets/72157615123322186/

oh dan ini pula adalah gambar2 Bukit Broga yg aku sangat suka. Gambar ini telah di ambil oleh kenalan yg aku kenal dari flickr. Ashikin Abdullah.







  http://www.flickr.com/photos/ashikinabdullah/

 ^___________________________^
TENGAH SGT EXCITEEEEEEEEEEEDDDDD!!!!!!!!!!
 

- Alhamdulillah

6 comments:

hamba ALLAH :) said...

hahahaha..excited yg sgt mengkelakarkan..

musaf said...

bia laaaaaaaaaaa =D
*sgt excited lagi*

hamba ALLAH :) said...

hahaha..excited itu indah~

ark said...

im away to terenganu. daaa

otak suci said...

errr. ade eh bukit tuh area2 KL? lala~

musaf said...

haaa tu la ko. aku nk g hari nih ehehe~