.

Wednesday, November 25, 2009

Bukit Broga

- Bismillah -



RABU, 14/11/2009
Aku baru tahu tentang kewujudan sebuah bukit yang puncaknya cukup unik. Ini kerana pada bahagian atas bukit langsung tiada pokok, yang ada hanya lah rumput dan lalang yang memanjang mencipta sebuah permandangan yang cukup unik dan sedap mata memandang. Cuaca yang tidak panas dan tidak sejuk dan berangin membuatkan tempat sebegini menjadi impian kebanyakan orang untuk berehat-rehat dan yang meminati fotografi, pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mengambil gambar. Al kisah aku tahu tentang bukit ini sudah lama, tapi aku tidak tahu nama dan lokasinya. Aku dapat tahu sejak aku berkecimpung dalam dunia flickr, apabila melihat gambar bukit ini di stream contact, Ashikin Abdullah. Pada waktu itu aku tertanya2 jugalah di negara manakan lokasi yang cukup menarik ini. Rupa-rupanya di negara sendiri, di Selangor pulak tuh.

Dan hari ini aku terlihat yang kawan aku ada letak dalam facebooknya, gambar bukit ini yang aku yakin dia perolehi dari internet, dan barulah aku tahu nama bukit ini adalah Bukit Broga. Jadi sepantas kilat aku membuat pencarian di google mengenai bukit ini dan jumpalah blog, flickr dan page orang lain mengenai cerita dan gambar bukit ini dan sememangnya masing memberikan respon yang positif. Ada siap yang pergi dua hari berturut2 kerana tidak puas. Dan aku juga teringat tentang flickr Ashikin Abdullah yang pernah aku lihat gambar bukit ini suatu masa dahulu. Terima kasih msha yg mengingatkan. Aku yang menjadi begitu excited (-.-'), lantas menefon beberapa orang kawan mengajak untuk mendaki bukit ini keesokan paginya memandangkan aku pun tiada kelas. Memandang kan hari bekerja, pagi pulak, hanya seorang kawan yang setuju untuk sama2 memanjat bukit ini. Namun itupun dia free selepas jam 1000 pagi.

Bukit Broga. Terletak betul2 di sempdan Semenyih dan Pekan Broga yg terletak di Negeri Sembilan. Namun menurut geografi, lokasi Bukit Broga ini masih di dalam kawasan Semenyih, walaupun nama bukit ini jelas menunjukkan ia terletak di Pekan Broga. Bukit ini tiadalah tinggi sgt sbb tu die bukit bukan gunung.

KHAMIS, 15/11/2009
Pagi-pagi lagi aku dah sgt bersemangat. Beg sudah dikemas. Kamera sudah di cas. Lense semua telah di lap. Tepat jam 1015 pagi aku bergerak untuk berjumpa rakan sependakian di sebuah tempat biasa kami pada jam 1100 pagi. Cuaca pagi itu cerah dan berawan. Tidak panas dan tidak sejuk. Sungguh enak sekali. Perjalanan dari Shah Alam ke Pekan Broga mengambil masa lebih kurang 1 jam, dengan keadaan trafik secara puratanya lancar walaupun ada sikit jam. 


Jam 1200 tengah hari, Pekan Broga kelihatan tenang sekali. Langsung tidak sesak dengan kenderaan mahupun orang. Kerana tidak pasti dimanakah sebenarnya jalan masuk ke Bukit Broga, rakan sependakian telah menanye pakcik yang menjual apam balik. Dia juga turut membeli apam balik demi menjaga hati dan berterima kasih kepada pakcik apam balik kerana sudi memberi panduan jalan untuk ke Bukit Broga.


Dari Pekan Broga, dapat dilihat Bukit Broga dengan puncaknya yang gondol dan hanya ditumbuhi rumput dan lalang. Oh yee..Bukit Broga ini mempunya 3 puncak yang nampak dekat tapi sesak nafas jugalah nak ke satu puncak ke puncak yang lain. Namun maklumat ini aku rahsiakan dari pengetahuan rakan sependakian kerana aku tahu itu akan melemahkan semangatnya.


Jalan masuk ke bukit ini adalah dengan melalui ladang kelapa sawit. Setelah memakir kereta di celahan pokok2 kelapa sawit, kamipun memulakan perjalanan, pemanjatan dan pendakian dalam misi untuk menawan ketiga-tiga puncak Bukit Broga ini. Oh ye, bukit ini adalah kawasan terbiar. Memang xde sape2 jaga. Masa kami pergi, mmg hanya ada kami sahajalah. Tawakkal jugak tinggal kereta begitu sahaja. Alhamdulillah tiada apa2.


Perjalanan kepuncak pertama biasanya mengambil masa antara 30 hingga 45 minit jika anda berjalan terus dan mungkin berhenti sekejap sekali dua tiga empat. Tapi memandangkan rakan sependakian yang kurang stamina, maka perjalanan kami mengambil masa hampir sejam kerana banyak berehat dan lama pulak tuh. Xpe, ukhuwwah punye pasal ehehe~


Hampir 50 minit kemudian kami jumpa tangga ini. Tangga yg di bentuk dari tanah-tanah di bukit itu juga. Nak sampai dah! Oh perjalanan kami juga jadi lambat sbb aku sikit2 nak amik gamba hehe.


Ini da nak sampai puncak pertama.


Sikit lagi sikit lagi. Lihat da byk rumput2 dan lalang. Terus hilang penat tengok suasana sebegini, ditambah pula tengah hari itu cuaca cukup nyaman. Tak panas tak sejuk tak hujan. Sangat selesa walaupun dalam hati sedikit kecewa kerana gambar yang dihasilkan dengan biasan cahaya matahari yang melimpahi rumput dan lalang adalah lebih menarik.


Sampai di puncak pertama sahaja, kawan sependakian yang konon2 dah sgt gembira sbb da sampai terus mengeluh apabila ternampak puncak kedua. Aku hanya gelak dan memberi tahu perkara sebenar. Sebelum memulakan perjalanan, baring2 lah dulu berehat.

Dan kemudian bergambar. "I believvveeeeee I can flyyyyy".


Kawasan puncak berumput ini sebenarnya mmg luas. rasanya lebih menarik jika ramai yang datang. Dalam 10 orang? Dan pelbagai aktiviti boleh dibuat disini.


Sebagai contoh mengambil gambarlah. Dengan gaya macam2 dan ntah ape-ape. Juga boleh ber mesej-mesej dengan orang jauh. Jangan risau line kat sini ada je.
 
Juga berlari-lari keriangan macam kanak-kanak yang baru tahu berlari. Juga boleh kejar rama-rama dan pelbagai serangga lain.
 
Sambil2 gigit lalang ala-ala koboi, boleh melihat permandangan hebat ciptaan Tuhan ini. Subahanallah!


Dan boleh buka payung jalan-jalan di tengah rumput walaupun hari itu langsung tak panas dan tak hujan. Kalau ada payung lutsinar mesti lagi menarik =D


Ok masa untuk ke puncak ke 2!


Ape yang rakan sependakian aku ni buat pun aku tak pasti -.-'. Semenjak konon2 nak buat pembaharuan aku rasa die semakin sedikit pelik. Tapi aku sgt marah kerana aku rasa die tak sungguh2 nak buat pembaharuan sbb badan die masih mcm dulu.


Kemudian ke puncak terakhir. Namun rakan sependakian sungguh malas dan hanya mahu berehat-rehat. Jadi aku pun pergilah seorang diri. Nasib baik membawa tripod. Namun di puncak ke tiga, hanya sebahagian sahaja kawasan berunput, sebagian lagi adalah hutan yan penuh dengan pokok-pokok.


Ini adalah permandangan puncak ke 2 dari puncak ke 3.


Selain bermesej dengan teman jauh, boleh juga menghubungi teman dekat seperti rakan sependakian yang malas di puncak sana.


Oh dan juga menghubungi orang tersayang ehehe. Layan jiwang kat atas nih sambil melihat permandangan indah dan angin yg bertiup sepoi-sepoi bahasa memang sgt uhhmmpp! =p


Juga boleh buat creative shoot. Namun sbb rakan sependakian di puncak sana sudah warning kol 3 da kene gerak balik, x banyak boleh buat. Aku juga sebenarnya sedikit kelang kabut. Kami lebih kurang 3 jam sahaja di atas ini sbb nak turun untuk sembahyang zuhur lagi. Sangat mengejar masa.


Turun turun di puncak kedua, melihat rakan sependakian tengah bermalas-malasan sambil senyum sorang2..tersengeh -.-'


Port die agak menarik dengan view yang cukup memukau.


Jadi kami pun mengambil gambar dengan gaya ber ukhuwwah


Oh dan sesi membincangkan masalah ummat tak dilupakan ehehe.


-.-'


Permandangan puncak pertama dari puncak kedua. Waktu ketika itu sudah 330 petang. Kami mahu pulang.


Tapi macam biasalah. Amik gamba dulu sampai tak ingat masa.


Rakan sependakian menunjukkan wajah dan tangan yang cuba mengingatkan kepada semua pembaca, sampah jangan buang merata-rata. Kesian bukit yg cantik ini jika dicemarkan oleh tangan-tangan kita. Pasti kita teringin membawa anak cucu kita ke kawasan-kawasan sebegini akan datang, Mudah-mudahan masih wujud dan cantik seperti yang kami lihat pada waktu ini.


Maka dengan itu tamatlah penjalajahan kami ke Bukit Broga ini. Kami sampai di bawah dan bergegas ke stesen minyak berdekatan untuk salin baju dan solat. Rupanya ada je masjid berdekatan kat sebelah stesen minyak itu. Baru perasan selepas dah habis solat.

Oh kepada anda yang ingi kesini, silalah.Sangat seronok dan mengujakan. Sila ajak aku sekali. Xpuas pergi hanya sekali. Namun begitu untuk yang rasa BMI die terlebih, stamina da paras-paras kritikal, silalah buat ape-ape yang patut seperti mengurangkan berat badan dan membuat latihan fizikal seperti berjoging dan melompak katak. Pendakian takde lah mencabar sgt dan lama sgt pun, tapi kalau badan tak fit pancit jugak. Juga di bukit ini tiada apa2 melainkan pokok2 dan rumput2 dan tanah. Tiada mata air, sungai, air terjun lagi-lagilah laut. Sila bawa bekalan air yang cukup. Makanan juga sangat menarik untuk picnic di puncak bukit. Sila pakai kasut.

Sekian melaporkan


- Alhamdulillah -


10 comments:

tipah said...

kat mane2 pun mst ada ayat jiwang +.+

lagi satu,ianya adalah kelam kabut. bukan kelang kabut. ini kali ke berapa ntah encek tulis cmtu. dah tak boleh dibiarkn.

musaf said...

manede jiwangg -.-'

yela yelaaaa KELAM kabuttttttt

ibnu_zurai said...

penulisan blog yg aku rase mcm bias laa plak...hahaha. by da way, gambar memang cantik. puji laa sket,huhu.

lps ni bukit mane plak nak naik? kalo x nak bukit, bleh gak try gunung ker...=D, itu pon kalo mampu

tipah lagi said...

adeee

pandai ^^

ye betol. sgt bias. tuntut keadilan encek ibnu zurai. gunung dia tak mampu. semput.

otak suci said...

weeh bwak GPB naik bukit tuh. pastu da bole tuka name geng. jd GPK. haha~

lawa weeh~

::aRts Of LiFe:: said...

hahaha..btol2..sokongsss sgt2

musaf said...

mane bias hahaha. Ceh bukit pun semput2 lagi ade hati nk gunung. Tp idea sgt menarik. Sgt lupe asah stamina tuh! Akan datang BUkit Tabur pulak!!

tipah tipahhhh bile kite nak panjat bukit nihhh?? asik semangat2 tapi tak terpanjat punn~

Hahahaha omg tujuh gunung pun mcm mustahil je B nk jadi K ahahahaha =p

otak suci said...

haha. kureng hang. hang ckp org. tgk hang punyee sket. lg B!!

akiN aMar said...

nice..sangat cantik!
teringat jugak nak pergi sini..
mybe 1hari nanti..
insyallah..;)

COLTORAS said...

pengabdian gambar2 yg amat menarik. Mohon kebenaran untuk saya copy dan letak dalam blog saya. Bukit Broga amat nostalgik dengan riwayat hidup saya. Melihat gambar ini saya teringat kesukaran yang saya dan kawan2 lalui semasa menjalani latihan pegawai kedet di puncak bukit ini. Pahit getir yg sukar untuk diceritakan.