.

Friday, December 21, 2007

aji...

.
Congratulations 2 my sis-in-law, kak malynie for her new november baby~
.
kalau mengikut turutan mmg aku adalah mangsa seterusnya tapi aku merasakan tidak. Adikku nampaknya sudah memulakan langkah dalam melangkah bendul abangnya yg hensem nih. Alang-alang akan di langkah bendul, last skali pun mcm best. Aku berfikir...
.
Raya Haji seperti biasa, aku beraya sorang2 lagi sejak 4 tahun dulu. Ape boleh buat, sape suh amik medic
.
-sekian-

Saturday, December 08, 2007

medical stuff

It used to be said that a physician knows everything and does nothing. A surgeon does everything but knows nothing and a pathologist knows everything but it is too late.


baru td aku dapat berita kakak ipar ku dapat baby girL...tahniah~

Wednesday, December 05, 2007

MM


macho-men

Wednesday, November 28, 2007

teruskan....

Sahabat...ayuh kita teruskan perjuangan kita...

biarpun banyak yg perlu kita lakukan....
biarpun habis masa kita luangkan..

biarpun penuh ujian dan cabaran...
biarpun kita terpaksa berkorban...

biarpun kita mungkin terkorban...
jangan sesekali kita berputus asa...

ayuh bangkit semula...

kita teruskan perjuangan ini....
walaupun penghujung belum pasti..




_________________________
kisah bilik H48, kolej kediaman k-6, universiti malaya

-sekian-

Tuesday, November 27, 2007

thE laSt aiRbandEr


Aku da gile aVatar..wahaha. Minggu lepas aku exam, 3 hari lamanya. Tp seksanya berminggu2 sblm exam lg. Yang paling best ktrg xde cuti langsung. Apa boleh buat, sape suh amik medic Um..hahah.. Budak 1st year skrg tgh exam sampai kamis. Kemudian derang cuti seminggu setengah. Org tua 4th yearpun baru lps exam dan derang cuti sebulan. Nampaknya batch ktrg sgt rajin.

Friday, November 23, 2007

Schistosoma haematobium

sepanjang hidup, bg aku inilah exam paling susah penah aku jawab dan kali ni jugaklah aku jadi paling rajin. Tp ..... T_T
.


Wednesday, November 21, 2007

Vibrio cholera

Hari demi hari terus berlalu, aku masih tetap aku. Hidup yang penuh dengan dengan cara berfikir, cara melaksana dan emosi yg tak tentu hala. Kadang2 aku rasa hidup aku sungguh sibuk dan penuh, tapi skrg aku rasa aku hidup didalam dunia yg kosong. Aku........T_T
.
PIL MENGURUSKAN BADAN. Dalam istilah bidang dunia perubatan, apa2 chemical substance yang org amik sebagai ubat dipanggil drug. Ubat ni, walau sebaik manapun kesannya, pasti ada keburukannya. Sebelum kita ambil apa2 ubat, apa kata kita usya sket info2 pasal ubat nih.
.
Bagi setiap ubat yg kita ambil, ubat2 ni akan melalui pelbagai proses, 4 yg utama adalah Absorption, Distribution, Metabolism and Excretion. Bergantung kepada kelarutan sesuatu ubat dalam lemak, ubat2 ni boleh diberi dengan pelbagai cara. melalui bontot, melalui mulut, melalui hidung, melalui kulit, menembusi kulit dan lain2. Setiap ubat ni ada half-life, ala-ala2 nyawa la gitu, sbb ubat2 ni akan sentiasa dibuang dan di metabolismakan oleh badan. Dan juga kene tahu, yang ubat2 ni ade beratus mungkin beribu cara mcm mana dia boleh memberi kesan kepada badan.
.
Selain itu, setiap ubat ade tahap keselamatan dose die, kita panggil therapeutic value. Dan kene tahu la, ubat yg diambil berlebihan akan memberikan kesan yg memudaratkan. Aku terkejut bile denga ade org kata, misalannnya.."ubat ni bagus..amik la banyak2 sket supaya kesan die lagi cepat, berpanjangan, dan lebih ummpphh!!!"...haaa.. ye la sangat. Mati cepat lagi ada la. Nak amik apa2 ubat2, sila mendapatkan info mengenai dose yg sepatutnya di ambil. Dan untuk setiap ubat juga, ada kesan sampingan walaupun diambil pada dose yg betul, samada sikit sampai kita tak perasa atau kesan sampingan yg over yg membenarkan kita ambil dalam keadaan terpaksa atau da xde pilihan.
.
Aku takde la blaja pasal ubat menguruskan badan, ubat utk kurangkan kolestrol dan lemak dalam badan ada la. Tapi ubat2 ni d ambil jika paras lamak atau kolestrol berlebihan. Tolonglah tahu yg kolestrol dan lemak sangat penting untuk badan yg sihat, cume yg tak eloknya jika berlebihan. Apa2 pun, jika anda berniat untuk menuruskan badan, buatlah cara semula jadi, kurangkan mengambil makanan berlemak tinggi, makan banyak sayur dan banyakkan senaman. Sume org tahu. Biar lambat asal selamat. Lagipun bile kita buat dengan cara semula jadi, badan kita akan menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Ketahuilah, makin cepat anda menguruskan badan, makin cepat anda boleh gemuk semula....
.
Antara ubat2 yg biasa org gune ...
1. Ubat yg menghalang penyerapan lemak dalam usus
2. Ubat yg menurunkan LDL dan menaikkan HDL

Banyak lagi tapi tak silap aku itu untuk kolestrol dan lain2 proses dan biasanya digunakan kalau ada paras lemak tak normal dalam badan. Patut tanya org yg berkecimpung dalam drug world laaa...aka budak farmasi.
.
taaa~ (aku senanyer tak mood nah mengapdet)

Saturday, October 27, 2007

raYa sAkit piNgGang

Raya kali ini menyaksikan aku sakit pinggang dan tengkuk akibat duduk lama sgt dalam ketapi. Aku ingat sume ketapi yg travel jauh mmg die bg katil, rupenye katil lain, kosi lain, bilik lain. Mane la aku tahu, kate 1st time naik g jalan jauh. Nak di jadikan cerita, aku punye tiket adalah untuk kerusi. Maka pada malam sabtu yg juga merupakan malam raya, aku ke Kl sentral. Keretapi bertolak jam 9 malam. Pada mulanya aku tertidur untuk 3 jam akibat kepenatan yg amat sepanjang hari yg sibuk. Malam sebelumnya juga aku tidur tidak lebih 3 jam. Tepat jam 11 malam, aku terjaga, pinggangku terasa pedih, begitu juga leherku. Behitulah sehingga aku tiba di stesen Gurun, Kedah pada jam 9 pagi. 12 jam tulang belakang aku merana~. Pengajaran, travel jauh beli la tiket untuk katil.
.
Sebelum tiba di stesen Gurun, keretapi berhenti lama di Butterworth, waktu ketika itu lebih kurang jam 6 pagi. Aku bingung. Hampir sejam baru keretapi bergerak semula. Dan di stesen itu, ramai penumpang yg turun, xkurang juga yg naik dan diantaranya adalah budak cute dalam gambar atas nih. Sepanjang perjalanan sblm sampai di stesen Gurun, aku bermain muka dengannya. Dia hanya tersenyum. Setengah jam selepas keretapi bergerak, keretapi berhenti lama lagi. Tapi kali ini bukan di mana2 stesen. Rupanya kepala keretapi rosak. Penukaran kepala melambatkan perjalan hampir 40 minit.
.
Ini adalah Nafeesah, mangsa kekejaman diri sendiri. Muka inflame sana sini
.
Dalam keluarga ni kakak kedua ku tiada. Barangkali raya tahun ini dirumah mertuanya di kelantan. 4 manusia yg berdiri dibelakang menyaksikan mereka2 yang masih single mungle. Kita saksikan... siapakah yg bakal menjadi mangsa seterusnya... mangsa tok kadi.
.
Masa balik, tulang belakangku menjadi mangsa kerusi keretapi lagi, tp kali ini 11 jam. Gamba di atas semasa d stesen Butterworth. Rupanya keretapi tu mmg akan benti lbh kurang 45 minit sblm menyambung perjalanan. Jadi aku mengambil kesempatan utk kua dan pusing2 pekan berdekatan. Memandangkan makanan yg dijual dalam ketapi mahal (eg: burger sejuk, roti xmasak, sos xde..dengan kata lain x sedap langsung..berharga RM3), aku pun membeli sedikit pengalas perut semasa pusing2. Yang aku rasa xbest pekan nih, banyak betul peminta sedekah dia. Ikut aku jalan dr aku kua dr stesen sampai aku masuk balik stesen sambil menadah tangan. Anggota sempurna..tp knp sampai meminta2 begitu? Last2 aku bg jugak la 20sen, baki dari duit aku bayar beli roti. BUkan aku nak kedekut, tp aku kurang setuju dengan cara begitu. At least berusaha la sket nak cari rezeki sendiri. Kalo da tak tahu nak buat ape sgt, main muzik ke, jual tisu sambil mintak sedekah ke, tlg org angkat barang pastu mintak upah ke.. Rezeki Allah tu da pasti, tp kita kene la buat sesuati sebagai asbab utk rezeki tu dapat kat kite.
.
- sek|an -

Wednesday, October 10, 2007

SELAMAT!!

Lokasi : Kampung Betik
Waktu : 25 Ramadhan .....
Watak utama : Usop, Amin, Nenek Semah, Pak Abu, Mak Leha
.
Suasana petang 25 Ramadhan sedikit mendung jika dibandingkan dengan beberapa hari sebelumnya yg panas dan membakar. Usop dan kawan baiknya amin sedang rancak bermain polis dan pencuri di halaman rumah Usop. Mak leha, ibu kepada usop masih sibuk membersihkan halaman rumah sejak tengah hari tadi. Ayah Usop pua, Pak Abu masih belum pulang dari rumah ibunya, nenek semah yg terletak 500meter dari rumah mereka.
.
Usop, anak tunggal berusia 10 tahun dan sedikit terencat akal. Mungkin disebabkan Mak leha pernah terkena jangkitan kuman semasa mengandungkannya kata doktor. Usop suka bermain, dari pagi hinggalah maghrib tiba. Cakap ibu dan ayahnya sering sahaja tidak diendahkan. Namun begitu, dia sangat taat dengan Nenek semah. Neneknya yg sudah menjangkau umur 80 tahun bg tahun ini memang sangat memanjakan Usop. Itulah satu2nya cucu tunggal yg sering melawatnya, lebih dari anak2nya sendiri. Asal ada masalah, Usop akan mengadu pada neneknya itu. Kerap kali juga bila usop merajuk atau pun dimarahi oleh ibu dan ayahnya, dia lari keluar dari rumah, dan duduk dirumah neneknya beberapa hari sebelum pulang semula ke rumah sendiri.
.
Selesai solat tarawikh, usop duduk ditangga surau, merenung jauh ke langit. entah mengapa hati dan perasaannya terasa kosong. Mungkin Usop tidak dapat berfikir waras seprti orang lain, namun nalurinya sebagai manusia tetap ada.Tidak seperti tahun2 yg sebelumnya, hari raya adalah hari yg paling dinantikannya.
"Usop, ko termenung apo tuh.. main semunyi2 jom!" teriak Amin mematikan lamunan Usop.
"Jom.. sebelum mak aku cari aku..heeee" balas Usop sambil tesengeh.
Amin merupaka satu2nya kawan usop yg setia. Budak2 lain yg sebanya dengannya tidak sudi berkawan dengan Usop. Tp usop tidak kesah, dia tetap sentiasa tersenyum.
.
Pada masa yg sama, Pak abu sedang membonceng ibunya untuk dihantar pulang ke rumah ibunya. memang begitu hidup seharian mereka. Pak Abu sangat mengambil berat tentang ibunya. Makan minum, pengangkutan, kewangan dan lain2 akan diuruskannya. Sudah kering mulutnya mengajak Nenek Semah duduk sekali dirumahnya tetapi Nek semah enggan.
'Tanah pusaka bapak ko nih, aku kene jaga baik2" bilang Nenek Semah berulang kali apabila diajak pak Abu.
Semasa didalam perjalanan, Nek semah tiba2 terjatuh dari motor. Panik Pak abu, tanpa lengah terus menghantar ibunya ke hospital berdekatan. Malam 26 Ramadhan menyaksikan Nenek Semah disahkan meniggal dunia akibat strok. Pergi buat selamanya. Sebak Pak abu dan Mak Leha. Orang ramai yg mengetahui hanya bersimpati.
.
Usop masih leka bermain dengan Amin, langsung tidak mengerti apa yg berlaku. Lebih kurang jam 12 malam, baru dia naik ke rumah. Di ruang tamu, dilihatnya beberapa orang tetamu sedang duduk2 membaca al-quran mengelilingi kain putih. Usop hanya buat tak endah. Tetamu yg memandangnya hanya diam bersimpati, memreka memahami usop yg mungkin tidak mengerti. Terus dia ke bilik air membasuh badan, menukar baju dan ke bilik untuk tidur.
.
Pak Abu dan Mak Leha tidak bercadang untuk memberi tahu Usop mengenai apa yg berlaku. Lagi2 kerna hari raya akan menjelang tiba. Pasti akan menyedihkan anak kesayangan mereka yg sedikit terencat akal itu. Biarlah buat sementara waktu begitu. Demi anak yg seorang.
.
Hari terakhir puasa, Usop secara tidak sengaja telah terpecahkan balang kuih raya. Mak leha yg kepenatan pantas merotan Usop. Pukulannya hanya sedikit, tetapi usop mudah terasa. Dia terus berlari keluar sambil menangis, dan pastilah menuju ke rumah neneknya. Pak Abu yg kebetulan baru balik dari bazar terus mengejar usop sampai ke rumah Nek Semah. Mak Leha kelihatan resah. Rumah tua itu kelihatan kosong. Sebaik sahaja naik, Pak abu lihat Usop ditempat biasa, di beranda rumah, sedang duduk menghadap kerusi yang menjadi kegemaran Nek Semah untuk membuang masa. Usop menangis dan mengadu seolah2 Nek Semah ada didepannya. Pak usop memandang dengan perasaan sayu. Anaknya itu berhalusinasi sangkanya.
.
Pak abu duduk di kerusi bersebelahan dengan Usop, dengan lembut memujuk sambil mengusap kepala anak kesayangannya itu. Setelah beberapa minit, Usop bersuara..
"Nek.. baju Usop nek da siap belum, tak saba nak pakai nih", kemudia Usop diam sebentar..
"Ok, Usop tengok dalam almari ye" Ujarnya lagi. Kemudian Usop terus berlari masuk kedalam rumah dan keluar dengan baju melayu baru hasil tangan getar neneknya. Usop menggayakan sendiri sanbil bersembang2 dengan 'nenek' nya. Pak Abu hanya memerhatikan dengan sebak.
"Usop..abah balik dulu ye, sekejap lagi balik rumah tau. Jangan kacau nenek sgt, nenek penat tu" Kata Pak Usop sambil bangun dari kerusi
Tanpa menjeling Usoppun mengangguk.
.
Pak Abu menaiki motor dan terus berllalu pergi. Seketika kemudian, Usop duduk semula dikerusi tadi dengan langkahh yg layu, sambil tangannya menggenggam baju melayu baru itu, air matanya kemudian mengalir semula.
"Nek..kenapa nek tinggalkan Usop..." Ujar Usop dalam sebak..
.
Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf Zahir dan batin.
.
.
__________________________________
.
huhu..ni salah satu dari mimpi yg aku cite aku dalam entry2 lepas. Mimpi2 pelik aku bulan ramadhan nih.. Ada mcm iklan petronas tak? hehee.. Tp lepas terjaga dari tidur, aku termenung sebentar, sedikit sayu dengan mimpi yg ku alami. Apakah ada maksud disebaliknya? Hanya Allah Maha Mengetahui.
.
Buat semua pembaca, Selamat Hari Raya Eidul Fitri. Berdoalah moga Ramadhan ini bukan Ramadhan terakhir buat kita. Dan Berazamlah, agar ramdhan akan datangadalah lebih baik dari Ramadhan kali ini.
.
JUtaan kemaafan aku pohon bagi segala salah silapku. Aku hanya insan biasa yang cuba melakukan perkara yg luar biasa.
.
- sekian -

Sunday, September 23, 2007

awesome!



The clip is a spectacular time lapse of the sky of Edinburgh from morning to night, that took two years to make. (The rainbow, moon and stars scenes are absolutely stunning!) - sumber
.
- subahanallah -

never give up

Dulu ketika zaman sekolah, aku sering lemah semangat, dan cerita ini lah yg sering ku ulang2 baca. xsangka aku masih menyimpannya.
.
An Old Letter
.
One day, a young man was cleaning out his late grandfather's belongings when he came across a bright red envelope. Written on the front were the words,
"To my grandson." Recognizing his grandfather's writing, the boy opened the envelope. A letter inside read:
.
Dear Grandson,
Years ago you came to me for help. You said, "Grandpa, how is it that you've accomplished so much in your life? You're still full of energy, and I'm already tired of struggling. How can I get that same enthusiasm that you've got?"
.
I didn't know what to say to you then. But knowing my days are numbered, I figure that I owe you an answer. So here is what I believe. I think a lot of it has to do with how a person looks at things. I call it 'keeping your eyes wide open.'
.
First, realize that life is filled with surprises, but many are good ones. If you don't keep watching for them, you'll miss half the excitement. Expect to be thrilled once in a while, and you will be.
When you meet up with challenges, welcome them. They'll leave you wiser, stronger, and more capable than you were the day before. When you make a mistake, be grateful for the things it taught you. Resolve to use that lesson to help you reach your goals.
.
And always follow the rules - even the little ones. When you follow the rules, life works. If you think you ever really get by with breaking the rules, you're only fooling yourself. It's also important to decide exactly what you want. Then keep your mind focused on it, and be prepared to receive it.
.
But be ready to end up in some new places too. As you grow with the years, you'll be given bigger shoes to fill. So be ready for endings as well as challenging beginnings. Sometimes we have to be brave enough to move from the familiar to the unfamiliar. Life isn't just reaching peaks. Part of it is moving from one peak to the next. If you rest too long in between, you might be tempted to quit. Leave the past in the past. Climb the next mountain and enjoy the view.
Dump things that weigh you down emotionally and spiritually. When an old resentment, belief or attitude becomes heavy, lighten your load. Shed those hurtful attitudes that slow you down and drain your energy.
.
Remember that your choices will create your successes and your failures. So consider all the pathways ahead, and decide which ones to follow. Then believe in yourself, get up, and get going.
And be sure to take breaks once in a while. They'll give you a renewed commitment to your dreams, and a cheerful, healthy perception of the things that matter the most to you.
.
Most important of all: never give up on yourself. The person that ends up a winner is the one who resolves to win. Give life everything you've got, and life will give its best back to you.
Love always,
.
Grandpa

Monday, September 10, 2007

FESKUM 07

Ni la FESKUM tahun paling bosan kalo nak compare sejak 2004 punyer feskum. Macam kurang mendapat sambutan. Pengunjung sikit, kedai sikit, sponsors pn sikit. Dan yang aku paling geramnye, org yg ada nama untuk jd sukarelawan nk buat medical checkup pn sikit! Skali wave orang datang terkincit jugak la ktrg kne uruskan. Penat kne buat straight dr jam 10pg sampai 3 ptg. Nasib baik la ktrg ni tabah lagi cekal. Dan konvo kali ni juga menyaksi kan sepupu baikk ku (ada sepupu jahat ke?) grad juga. Die dalam bidang genetik. Umo 2 tahun lg tua dr aku. Dan yg aku kagum pasal die nih, die ni mmg sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt sgt rajin membaca dan menolong orang. kalo kat umah die tuh, novel english satu almari, ke 2? Pastu ske plakk volunter tolong bacakan untuk orang buta, buat tusyen free utk org cacat dll. Pastu pulak merupakan best student genetik. Stakat cina2 hingusan tu habis die sapu. Tak silap aku xpenah die xdapat 4 flatt...Meh kite usya gamba2 yg sempat aku tangkap.
.
Ni gamba mase 1st day,Rabu. Setiap hari tuka2 org kecuali aku dan beberapa org ajk yg kne datang tiap2 hari T_T
.

Ni hari sabtu, ondeway nak balik kolej singgah ade orang buat pameran haiwan2 ganas yang jarang dijumpai. Aku pun singgah la jap usya2.

.

Ular ni kepala kecik nak mampus tp skali badan punye la besa. Menurut orang yang jaga tempat nih, kalo stakat anak kambing, skali ngap jer.

.

Banyak lg gamba lain tp malas pulak nak letak. Da la tenet sejak 2 hari ni cam cacat sket. Hari ni baru mcm ok sket. Baru bleh update antivirus. Scan2 terus dapat kesan 2 trojan. Laju sunguh derang ni bertindak dikala sistem immune laptop aku lemah.

.

Dan hari ni juga, ada berita menyedihkan buat aku. Lepas satu datang lagi satu. Aku pasrah dan redha. Nasib baik xdatang banyak skali....huih~

.

- sekian -

Tuesday, September 04, 2007

coklat

Senanyer takde ape pun nak disampaikan. Cume td aku usya2 kedai kat feskum, aku terperasan 1 mende. Banyak gi** orang jual strabery coklat!!!!! fenomena apakah ini? "bagai siti meminati tikus mondok, peminatnye sume meninatinya juga". melaporkan untuk blog aku..-karam-
.
(saje letak bawah ni, xde kaitan ngan yg hidup atau akan hiduppn, bak kate kawan aku, hidup biar coklat..hahaha..)
.














cardio run

2 SEPTEMBER 2007
PUSAT SUKAN, UM
.
Raja Nazrin. cube teke umo die brapa? makcik blakag pakai baju putih tu adalah NC UM.
.
Ni senaman tekanan dada untuk mendapatkan dada yg menawan lagi seksi..hahaha
.
Ni la hasilnya. ngahaha. Nama die izzat, membe aku yg kne hilangkan lemak sebanyak 30kg++ (dinasihatkan oleh pakar pemakanan! aku xtipu!)
.

DAri kiri, Nadia, winie (free hair) n Nazrah. Sekretariat Cardio run yg paling rajin penah aku tgk. Seminggu kerja gila ba**. Yg nazrah tu kerja straight dari sabtu pagi sampai ahad petang non-stop. Kalo pelajaran xtere xpe, ni siap scorer lg. Manusia jenis ape ntah.
.

Ni gerai psipum. Baju oren tu sume aku nyer design. Yang pakai baju coklat control macho tu rumet aku. Hazwan namanya. Makwe die budak medic UIA 1st year. Slalu senyum sorang2 kat bilik. Hampeh..
.

Ni la membe aku kecik2 dulu. Rakan sepermainan, main longkang same2. Berak dalam seluar pn sama2. Da jadi penyanyi rupenyer. AKu tgk ape la dak2 pompuan sume tergile2 kan membe aku nih. Hensem lagi aku.
.

Ni sorang lagi membe aku. Suke sangat datang merempat kat bilik aku kat kolej. Tp sbb hari ni die blanja aku bakso, nasi ayam madu ngan air laici, kasi chan aarrrr.. Sblm die balik ktrg tangkap gamba kenang-kenangan kat pintu bilik baru yg ditukar 4 hari lepas.
.
.
.
- sekian -

Friday, August 31, 2007

Monday, August 20, 2007

erkk....





aku rasa aku ade ISH stage 1....T_T, selamat tinggal dunia~

.

nampaknyer aku akan jd macho lg lalepas nih..hahaha

Ya Allah, berikanlah kesihatan dan kesejahteraan kepada aku.amin~

Sunday, August 05, 2007

PROMO!! -awc-


hyeeeiii, salamualaikum... da lama xpromo2 nih.. kakak ku punye company, Amal Wafa' Collection telah mengeluarkan beberapa 'new islamic items'... ada 5 mende, fail, pen, bookmark, notepad ngan kad pelbagai gune. Dan stok adalah terhad sb xsilap aku die buat tu pn sbb ade special request dr org-yg-aku-x-kenal-tp-ofkos-la-kakakku-kenal. Leh usya kat web site dier. Dan denga cite ada beberapa baju baru akan dikeluarkan. Ntah bile aku pn xtahu. By the way..designer nyer mesti la adik die yg berbakat nh..kui3. ada yg buat seniri n ade yg amik dari www.senikehidupan.com . Sebagai info, hasil karya seni kehidupan telah dihak cipta kepada amal wafa' collection. selain dr web die, blh usya blog dier.
.
- sekian -

Saturday, August 04, 2007

Flashes Before Your Eyes

“Saudara……Ketahuilah dan tunggulah detik-detik kemenangan yang pasti akan tiba. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa mengatur segala urusan sama ada yang telah lalu mahupun yang akan datang. Yakinlah bahawa pada satu hari nanti orang-orang yang beriman akan bergembira dengan pertolongan Allah. Allah akan menolong sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.”
[Hassan Al Banna]

Friday, July 27, 2007

kesoloan~

Kisahnya bermula minggu lepas apabila aku jatuh sakit..tp sebenarnya aku xjatuhpun, terpeleot sket je kaki. Dan minggu ini hamper 70% student batch aku jatuh sakit, paling kurengpun batuk. Jumaat lepas malam tu sangat sibuk. Selepas habis orientation week dalam jam 12, kemas2 dewan past uterus ajak buddy line baru dan lama g makan. Asalnya aku poyo2 baik ar nak blanja skali sblm nk g bayar tu, bukak dompet tinggal spoh inggit jer. Baru aku ingat minggu tu aku da perabis beratus-ratus kat buku. Last2 aku blanje afif je, yg len pakai duit seniri..kui3. nasib baik la pak abu xmahal sgt.

.

Pastu kol 130 aku rushing naik bilik, kemas baju seminit pastu tros turun balik, da la bilik tingkat 4. Terus g ospital, bukan nk g wad round pn, tp saje ikut short cut nk kua kat sebelah hospital sana g kat tepi jalan besa kat sebelah highway faderal. Abg Othman da lama tunggu. Pastu g Afa’ subang. Jumpe membe2 lain, sembang jap 2 mnit pastu tros tido, kepenatan. Tp sket2 terjaga sbb kesejukan. Kol 4 bangun balik n dengan 2 innova n 1 avanza, ktrg memulakan perjalanan jalan2 buang masa. Destinasi pertama d PD. Breakfasr ngan senam pagi kat tepi pantai. Time org sume men bola aku tido bawah pokok. Demam~.

.

Dstinasi ke 2 melaka, kat tepi laut. Xtahu apa nama tempat tuh, yg aku igt laut die xde pantai sgt, sbb tu aku panggil laut. Lunch kat ctu. Senanye time tu kat ctu ade family day isma melaka. Kitorang ni saje la nyemak. Nama family day tp aku tgk bujang2 jw yg byk datang. Pastu kat cni juga la jumpe mlmh rozita ngan mlm zaidi yg da lama xjumpe. Jumpe ustaz mad pn secara x sengaja, plg best dapat blaja 1 ilmu baru dengan sedikit pengisian yg dia bagi mengenai hidup dan takdir. Takdir lawan takdir…best~ walaupun 15 minit je. Kemudian destinasi seterusnya ke skudai Johor. Dalam perjalanan byk kali la benti g tandas n makan. Sebut pasal makan nh, dlm innova yg aku naik, makanan xpenah habis. Sume orang dr subang sampai ke JB ngunyah je mulut, kalo x makan mesti tido kecuali pilot la. Macam2 la, dry g xberkhasiat mcm cikedis, jajan, asam, sampai la ke buah-buahan. Rambutan ngan pulasan siap ade seguni lg. Mase sampai johor, bleh pulak lps tol lepak jap tepi jalan habiskan seguni buah2 tu dulu.

.

Selepas lepak kat pej isma skudai, kyrg ke JB lak. Tido kat ctu. Esk pg men bola lg dan aku masih xmen. Tp time ni da sehat sket. Bleh gak aa jd camereman. Pastu dlm kol 10 camtuh bertolak ke gunung ledang, yg kaki gunung belah johor. Saje g mandi manda di air terjun. Lepas zohor baru bertolak balik. Sblm masuk highway, singgah tepi jalan melantak durian. Kemudian tiba d R&R seremban utk solat maghrib dan isya dan muhasabah. Aku sampai UM balik dalam jam 10. Kepenatan~ Esok paginya kelas jam 8pagi seperti biasa.

.
-sekian-

Friday, July 20, 2007

solo seperti biasa~

sejak malam tadi badan ku kurasakan kurang enak. Ada yang tidak kene. Perut ku mula rasa tidak selesa, sakit dan terasa penuh setiap masa. Sendawa ku makin menjadi. Tekak ku terasa pedih. Kemudian aku teringat sesuatu. 2 hari lepas aku ada menjalan urusan dengan beerapa jenisStaphylococci dan garm -ve coccobacilli. Adakah aku terkena jangkitan? Jawapannya mesti la tidak..hahaha.. sbb aku xcirit. MMB..so fun, so real, book never be the right, newcomers keep coming, the world of war...

Thursday, July 19, 2007

lagi solo~

Selasa lepas sume pelajar medic melayu 1st year dipanggil oleh master kolej jam 11mlm sampai 2 pagi. Nampaknya master da menunjukkan tarignya. Sume pelajar di soal diasat dengan terpeinci. Beberapa hari kemudian ada beberapa org budak final year kne panggil. Td mase dinner, aku tgk antara dak2 final year yg makan duk diam je, da tak panggil junior untuk dioreintate...HAHAHAHAHAHAHAHA...padan muke! mesti da kne last warning tuh, tak kene buang U pn mesti kne ugut untuk dibuang kolej...kui3
.
Esok bermulalah edisi ke selatan semanjung!!! dentinasi akhir adalah johor bahru. Sblm sampai ke destinasi dijangka akan singgah lebih 5 tempat. Setelah berpenat lelah struggle 2 minggu, akhirnya dapat bersenang-lenang sikit. Tp still kene bawak buku bace mase dlm perjalanan gak, kalo x mcm mana nk pijak kpala cha alip nun ya.. kui3.. musaf=study... fighting!!!!!!

Wednesday, July 18, 2007

masih lagi solo~

8Sambungan dari episode lalu. Seperti yg sudah maklum, aku adalah orang yang sangat femes dan menjadi rebutan untuk dilantik menjadi ahli jawatan kuasa untuk apa2 aktiviti, projek kolej dan fakulti. Macam last year, ade skali dalam satu masa tu aku pegang 5 jawatan tinggi skali. Memang letih dan tak pasal2 ranking aku jatuh time tuh. Takpe2, perlu beljar lagi bagai mana untuk membahagi masa dan mengunakan masa dengan baik. Tak dapat dinafikan aktiviti sebegini sedikit sebanyak mendwasakan aku. Tp boleh kata sume jawatan yg aku pegang xde kaitan ngan surat menyurat dan y ade kaitan dengan kdd dan prosedur dan protocol HEP, aku x suke sume mende tu!!! Kui3. Seumur hidup aku skali je aku jadi setiusaha, iaitu mase kat sek dulu masa f5, setiausaha persatuan bahasa melayu, tp hakikatnya aku memonopoli kuasa sebagai president persatuan, mene tak, presidentnye blur je, sume aku yg buat keputusan..kui3.
.
Ahad malas lepas aku ada meeting untuk sume ajk Balai Islam kolej ngan penyelia dan penasihat kolej. Part paling best bile ade org mencadangkan nk buat usrah, pnyelia da buat muke n buat pandangan xpuas hati. Banyak gile prosedur kne folo n silibus sume kene tapis kaw2 punya. Pastu time meeting tu master kolej da luluskan, penyelia sgt2 xpuas hati. Pastu penyelia siap bg cadangan bernas lg, apa kata kita tukar nama usrah tu kpd nama lain. Apa2 pun takpe janji usrah xnk gune. Keco btol mamat tuh. Kalo bleh derang xnk nampak islamic2 sgt..helloo..kite kan agama islam..ape daaa… die takut btol kalo2 ade wujudnya politik pembangkang kat UM nh. Syarat nk buat usrah kne buat tempat tebuka mcm kat dewan makan atau padang. Buang tebiat ape. Kemudian aku terfikir satu perkara mengenai prg yg xske islamic2 sgt nih, selain masalah politic, masalah diri sendiri sebenarnya. Ni da kua dr cite pasal penylia td eh, bukan ngumpat..ni pasal org yg lari dr hakikat sebenar dr agama sendiri.
.
Org yg xnk2 islamic nih sbb die 1 je, die xsenang sbb peraturan dan cara islam akan melimitkan dan menghalang kemahuan dan keperluan sesorang itu. Itu lah hakikat kita termasuk aku sendiri. Bila ada kepentingan, keseronokn dan nafsu kita yg terjejas dgn kehadiran cara islam, kita selalu menolak agama kita ke tepi, mementingkan kemahuan diri. Dari situlah perkara2 yg dilrang Islam timbul, dari situ juglah terbitnya dosa2. Sedang tiap2 hari kita kita mengaku kita islam melalui syahadah kita. Fikir-fikirkan dan renung-renungkanlah. Muhasabah diri…moga hari esok labih baik dari hari ini. Fighting!!

Tuesday, July 17, 2007

aku yg masih solo~

Errrrggghhhhhhhhhhhh!!! Aku menggeliat. Seminggu telah berlalu sejak aku menjejeakkan kaki semula di Universiti Maksiat ini. Perkara paling xbest adalah aku dapat bilik tingkat 4!!!! Pngalaman yang mengerikan. Lebih menakutkan bila duduk d tempat tinggi ini signal wireless sangat-sangat lemah, Trichomonas vaginalis pn lagi kuat. Kejap dapat kejap x. Susah aku nk blaja camnih. Tapi disebalik perkara tak best tersebut, terselit perkara best, aku makin rajin!!! Sampai aiu sendiripun xpercaya dengan kerajinan aku…hahaha!! Mesti target top 10 tahun nih. Fighting!!!
.
Sebelum masuk hari tu aku menjangkakan pharmaco ngan patho akan jadi subjek faveret aku, skali MMB ngan parasite pulak merjaya ngorat aku, cair gitu~. aaaAAAaa!!! Otak aku skang da penuh ngan nama2 microorganisms. Rasa macam nk specialist jd parasitologist la pulak skang…kui3. Lagi buat aku semangat bile dapat tahu bile beberapa tahun lepas UM jadi femes. Ni sume gara2 parasitologost kat medical fac UM rajin sgt g study pasal Blastocystic hominis..atau Cyclopsora sp., mana 1 ntah akupun da lupe. Time tu resecher lain seluruh dunia buat bodo je sbb kononnye microorganism ni xpenting sbb non-pathogenic to human. Skali tu ade out break kat US, ramai kene infection ngan hamba Allah yg kecil ini, time tu sume terkocoh-kocoh cari sape yg ade buat research pasal mende nih n last2 jumpe UM. Best nyer~
.
DPSH, subjek ni tak penah aku x ngantuk walaupun pagi tu aku segar bugar. Nak kate sbb lecturer nye bosan xjugak, lawa2 lagi..haha~, mmg subjek tu seniri yg bosan, mcm matmod..senang, jd cepat bosan. Tp DPSH ni xsenang, tp bosan, blaja pasal statistic dan data..aaaa!!!
.
Ni cite pasal kolej pulak, sian dak2 1st year trmasuk afif, kne orientate teruk, kne ragging habis. Sampai tengah makan kat dewan makanpn kne orientate gak, siap ade yg nangis lg, laki tu.. Aku ade la backup blakang2, aja cara2 nk lari n menipu memandang bab2 ni mmg aku tere..kui3. Tp mmg xbyk aku leh buat sbb dak final year sume 2 tahun lagi tua dr aku, dan mmg da jadi tradisi kat kolej 6, clinical hostel. Ade skali afif cite, hampir tiap2 malam kol 3pagi kne panggil g blok senior untuk diragging. Macam2 task yg pelik2 dak2 1st year kne buat. Derang pandai, derang kat cni tradisi ranging, fizikal langsung tak sentuh, derang main emosi dan hati. Kene tengking n jerit tu biasa. Biasanya 4 junior Kne panggil masuk 1 bilik senior dan dikelilingi oleh 5-10 senior. Kene berdiri berjam2 sambil nametag kne kepit kat bawah leher menggunakan dagu. Muke senior xleh tengok, kne look down all the time. SBb tu xpenah kantor sbb junior sume look down, derang xkenal sape yg ragging derang. Banyak lagi la mende pelik2. Sian aku tengok. Motif adalah untuk kenal2 dan supaya budak2 1st year x cocky n tak asobiyah sesame derang, supaya lebih bergaul ngan senior2. Aku tak tipu mmg jadi sume objektif derang hampir 80% student yg kne orientate.
.
Junior2 year lain yg 2nd n 3rd biasa join skali orientate. Tp ada la beberapa orang yg mcm aku yg tak berapa gemar ngan apa yg dibuat nih cume mampu diam je. Ade skali antara kitorang yg cube bersuara tp teruk kene pulau. Yg peliknnya, 2/3 minggu mase mule2 masuk je senior2 ni kejam dan zaliim tahap tentera jepun, lepas tu sepanjang tahun sume baik gile bab*. Memang sah2 derang buat2 dan rangging2 ni sume under perancangan bg meneruskan tradisi. Hampeh!.. kekadang bengang gak aku tgk dak2 1st year, lg2membe sendiri, tp apakan daya. Last year da masuk surat kabar, tp senior2 mangkuk ni ttp menjalankan aktiviti kekejaman ini secara lebih berhati-hati dan rahsia. Teringat gak mase aku kne dulu, kne lari pusing dewan makan sambil jerit mcm org bodo cakap Gibran hensem!! Gibran tu senior yg orientate aku time tuh,Seriously mamat tu x hensem langsung, sbb teringin sgt org puji die, die paksa aku buat. Pastu ade kne blakon bodo2 la. Ade sorang senior pompuan tuh suh aku ngorat die, da aa tak lawa, ade hati. Tahu aa aku hensem..hahaha. Pastu detiap kali jumpe die aku kne cakap I love u. Time ni aku rasa aku ucap kat katak lagi rela. Dan banyak lg la mende2 yg xsepatutnya kita sebagai manusia dan lebih2 lagi orang islam yg xsepatutnya buat disuruh buat. Dari perkara yg memlukan sampai la perkara yg menjijikkan. Kemudian junior2 pulak di past2 bergilir ngan senior2 lain, rasa mcm sampah jek…Tp mcm biasa la., org mantap mancap mcm aku mane bleh berdiam diri, aku ngan kawan baik aku hidup2 kitorang kencing sorang senior tuh..hahaha!! sampai sekrang die tak tahu perkara sebenar yg kitorang kenekan die balik..hahaha!! xleh bg tahu ape, bahaya..kui3. Puas hati la jugak. Pastu aku byk kali lari, slalu je terlepas dari kne panggil. Mase minggu last orientation week, aku siap lari balik rumah lagi hari rabu…kui3. sampai ahad, dating balik orientation week dahbs and time tu mcm rasa dr neraka ke syurga, senior sume baik2 n sporting jek. Hampeh btol.
.
Da beberapa bulan lps tu baru terbongkar yg aku dulu slalu lari2, tp time tu da xleh buat apa sbb beberapa perkara. Pertama aku org penting kolej, anak kesayangan kolej la gitu. Pastu aku sgt femes sbb suke tlg org terutama bab design. Asal nk mendesign carik aku, nyusahkan btol. Dan ketiga paling best aku adlah juara arm wrestling kolej..senior2 sume aku kalahkan.hahahaha!!! pastu tahun lpas aku dapat no 2 jek, ciss..kalah ngan membe seniri, tahun ni merancang nk merampas balik kedudukan aku..kui3. Dan tahun ni mcm biasa juga, sebagai org femes, sblm aku check in amik kunci bilik lagi da ade orang bg aku jawatan, hampeh. Tanye pn tidak.
.
Dan mcm biasa la, baru bukak sem, dut mcm terbang ditiup taufan je.. skali 1 buku da RM100+, kurang2 3-4 buku jugak kne beli, stetoskop pulak RM200+, pastu sbb da masuk hospital igt nk beli labkot baru, 1 labkot mana cukup nk pakai tiap2 hari, xnk la jd mcm sorang membe aku tuh, basuh labkot 3 bulan skali..da brapa juta bilion parasite ade kat labkot dieaku pun xtahu, harga dalam RM50 jek. Pastu dengan yuran persatuan2, lg..aaaaaaaa. kering. Da aa JPA x masuk lagi, slalu je lambat. Nasib baik la aku ni ske berjimat, terpaksa la korek2 tabung dulu.
.
Ada lagi senanyer nk cite nh..skali da mcm panjang la pulak..sambung di posting akan datang.

Friday, July 06, 2007

ZUMA

macam biasa..aku meneruskan ke-tere-an aku yg tere ini. kali ni zuma pula, da lama main, tp x igt nk habiskn, minggu lps jumpe balik pastu baru dpt hbs kn. Pastila sbb aku yg tere baru dpt habis..hahaha!
.
saat2 akhir sblm menambah keterean aku
.

memule igt ade sampai 12 je..skali 13 daaa..

.

sesedap hati die je suh aku jadi katak pastu join kaum kerabat die, pasti la sbb aku tere. Namun begitu, aku lbh minat jd manusia, jd aku menolak perminataannyer~..kui3

.

.

- sekian -

Wednesday, June 27, 2007

tere lg~


hari ni secara x sengaja terbuli org..hahaha~

Monday, June 25, 2007

AKU YG TERE!!

YEAY!!! aku berjaya mengelak dari meng'klik' sume sotong2 perosak tuh! Lepas ni kne berusaha utk dapatkan masa yg lebh baik! (adakah usaha aku ni sia2??)
.
__________
.
sape rasa2 sgt mengenali ku jawab la soklan kat tepi kanan nih, MUSAF's TEST!
.
-sekian-

Sunday, June 24, 2007

ExploreBIZ

Business eXplorace, DISEBALIK TABIR
Aku memang sudah terfikir awal2 lagi, aku yang akan menguruskan explorace untuk ims 7 ini. Tapi kemudian masa meeting kak kausar mengemukakan cadangannya untuk membuat explorace gaya baru, lebih kepada bentuk perniagaan. Mula-mula lega la jugak, nk urus mende ni bukan senang, sesebuk dan lbh complicated dari nk urus ims sendiri. Ikut pengalaman mase ims 6, da la xtido malam sblm hari explorace, esk pagi nya pulak sambung lg keje, byk lg xsiap, kemudian byk gile kesilapan berlaku. Sedey tahap dewa jugak la aku. Lagi pun aku xpaham langsung kebenda yg kak kausar terang pada malam tuh. Aku pun buat bodo jek la. Skali 5 hari sblm hari kejadian kak kausar email explorace asal yg diambil dr petronas. Baru la aku paham mcm mana gamenye selepas baca. Kemudian kak kausar bg la cadangan2 nyer, aku dalam hati "xleh jd ni, xjd explorace ceni, jadi pun nnt takut ade yg xkne". Bukan la kau memandang rendah kak kausar, tp idea die ................ . Best, cume boleh jadi lagi menarik kalau sedikit pengubah suaian dilakukan. Kak kausar pn keje, ditambah dengan kesibukan rumah tangga nya lagi, aku pn decide nk ambil alih tugas leceh nih..
.
4 Hari berbaki, aku cube pahamkn balik rules n regulations explorace nih. Aku mula menaip semula selepas menterjemah dan mengubah mengikut kesesuain lokasi dan pserta ims yg budak hira'!. Konsep baru aku merekanya dengan tariq, 5 jam berbincang d NC dan itulah hasilnya.
.
3 hari sblm hari kejadian, aku mula memerah otak mengenai task yg sesuai. Tariq dan taufeq aku panggil untuk membantu apabila aku mula kehilangan idea. Malam tu juge aku taip sume idea2 yg klua dan menapis mana yg patut. Malam tu juga ada meeting ims. Dan bermula la aku episode aku xcukup tido. 3 jam sahaja malam itu.
.
Khamis, nenek dan datuk ku tiba di rumah. Kehadiran mereka membuatkan aku xbleh nk tido pagi, nnt kene sound! Hari ni juga aku mengemas kini semula idea2, check balik segala2 nya. Dalam pada masa yang sama, aku sibuk update kerja2 ims terutamanya unit makanan dan penempatan dan peserta. Hari yg sangat buzy! malam tu pulak ade meeting lagi (meetin g tertutup).
.
Pagi itu aku bagun awal kerna perlu menghntar ibu ke sekolah seawal 630 pagi. Sejam je tido. Sbb sgt lalok, aku lupe bwk spek, Tp mujurlah kerabunan ku tak seteruk mana. Aku masih boleh melihat dgn agak jelas, dan sedikit kabur. Balik sahaja, nenek ku mengajak keluar ke pasar jumaat, dari jam 8 sampai 10pg!! 4 kali aku ulang alik dari pasar ke kereta mengangkut barang dapur. Aku kehabisan tenaga dan kepenatan. Balik rumah aku bersiap pula ke shah alam mengambil afif di komuter. Kemudian ke NC mengambil barang2 utk nametag dan alat tulis utk explorace. Selepas solat jumaat, bermulala episode bekerja-gile-ba**. Aku n afif bertungkus lumus menyiapkan nametag dahulu, ditambah pula dengan ramai ajk2 yg masih xbg gamba walau telah diperingat berkali2. Sama macam kes sijil dulu, kerja aku x terjalan sbb org lain lmbt sgt, padahal bukan susah, send je melalui email. Selepas nametag, terus sambung menyiapkan explorace, aku bincang keseleruhan proses ngan afif, kemudian klua beli barang utk eplorace pula. Antara kerja yg plg leceh adalah nk buat sampul explorace, nk buat duit explorace ims, dan nk ok barang apa yg nk diginakan masa explorace, barang apa yg nk kene bg kat peserta explorace, kebarangkalian kalau hujan, kalau air pasang, kalau task yg dibuat melibatkan tempat tp kat resort xde tempat tuh dan mcm2 lagi yg aku sendiri da lupe. Segala-galanya selesai pada jam 10 malam. Asalnya aku merancang ingin pergi awal ke resort, tp ini la jd akhirnya. Sambil buat keje, aku ngan afif byk kali tertido. Kol 1130, ade kelisa datang amik kitorang ke resort. Time ni ade 3 keje x siap lg. Duit ims x laminate lg sbb laminating film da hbs, barang2 belum di asingkan mengikut task, dan task blom finalize lg sbb afif kate sgt membunuh.
.
Sabtu, aku rombak balik task2 ke yg lebih rasional seperti hasilnya yg da berlangsung. Kemudian aku mula membuat perincian untuk setiap task (yg tulisan merah tu). Tenga hari pulak ade meeting n peserta da stat datang. Kemudian syami bawak laminating film n stat buat duit. Afif paling kesian sbb dari kat umah aku sampai ke resort, keje die hanyala menggunting. Lebam tangan die. Petang tu aku ke pantai menyembunyikan sampul2 task yg perlu disembunyi awal. Ptg tu jugak aku kne bg taklimat pasal explorace. ptg tu jgk lg aku buzy gile ngan BBQ sedangkan explorace 40% xsiap lagi dr jam 4ptg-12 mlm. Lepas jam 12 hbs meeting xplorace, aku, afif n tariq siapkan duit, dan mula memotong task untuk dimasukkan ke dalam sampul. Jam 2 pagi, semua org da tido kecuali aku n zaid rais, zaid nk membantu tp die xtahu pape. jam 3 die tido. Aku tros bekerja menyampul task, membahagikan ikut tempat berlangsung, membahagikn duit, membungkus barang2 utk setiap task. Sambil2 tangan buat kerja, kepala aku ligat berfikir mcm mana perkara ni akan berlaku esk. Aku bayangkan ala2 ada simulator yg menggambarkan sumuanya dari mula sampai habis. Sume siap dalam jam 430 pg. Dan ni part aku paling bengang, sume katil da ditiduri org, selimut n bantal bawak pun sama. Pastu siap ada org bukan ajk amik 1 bilik kat apartment ajk. Aku dalam hati mmg panas. Nak tanak, aku tidur atas lantai depan tv, beberapa kali jugak la terjaga sbb sejuk n tak selesa.
.
Ahad. Aku hanya bagun kejap utk solat subuh. Mata mmg da xleh bukak. Kol 745 baru aku bangun semula. Apa aktiviti tu sume aku xtahu pape. Aku bawak turun sume barang, sblm tu aku print beberapa lampiran utk ajk. Turun je aku g makan dulu, lapa gile! Kemudian aku kene carik sorang2 ajk utk bg barang2 n sampul yg derang kne jaga. Padahal mlm tu aku da pesan suh kumpul kat dewan jam 8 pg. Pagi tu agak kelang kabut. Ajk2 sume pasif gile, tensen jugak la aku, pesrta pulak turun lmbt. Aku suh jgk Taufeq mula bila jam da menunjukkan waktu 850pg. Sepatutnya mula 830 n bid habis jam 9. Dan ketika itu juga idea baru bid dikemukan oleh kak kausar, mmg bernas, utk menjimat kan masa, setiap kumpulan tulis atas ketas je. jam 945 baru sumenye selsai. Time ni pn aku tensen gak, AJK sume pasif gile!!! gerak la sket ke setiap kumpulan utk bg sampul dan barang. Alhamdulillah, jam 10 aku menarik nafas lega walaupun masa da lari n byk masalah pagi tuh. perasaan geram dan penat lelah ku terubat bila melihat peserta berlari2 melakukan setiap task dengan gembira. Gelak tawa dimana2. Kemudian ada masalh lain timbul bile ade kumpulan yg tak dapat sampul..sudah. Nasib baik aku da bg salinan semua task kat setiap ajk, buleh la rujuk ctu. Masalah kedua muncul bila abg suria kencana ingin menyaman xplorace sebnyak 1 juta. Semuanya gara-gara salah faham yg berlaku antara afif dan salwa. Aku pun xsure apa yg derang xplain kat team tuh. Tp puncanya derang x dapat sampul. AKu tanya mana sampul tu kat afif, n katanya mmg xde. Baru aku sedar, mungkin salah aku sbb da lalok buat keje malam td, ada sampul yg aku salah letak atau tak buat> Tp seingat aku semuanya aku da rancang rapi malam td. Namun apakan daya, aku hanya manusia biasa.
.
Aku sgt berterima kasih pada kak kausar yg menjadi bank yg cekap, juga ajk2 lain yg xpetah melayan karenah peserta. Tp at the end, aku tetap x puas hari sbb 90% LEBIH TASK DAPAT DISELESAIKAN!!!!. geramplak aku bile pk2 balik, asal la aku mengurangkan tahap kesusahan task hari semalamnya. PAda asalnya aku, taufeq, tariq n afif da gelak2 da bile buat task yg nk mendera peserta.HAHAHA, last2 rasa mcm susah sgt kitorang kurangkn sket, tp tak sangka la pulak peserta kita hebat2. aku underestimate derang. cis!!!!! Tp aku tetap bersyukur, walau xselancar yg dirancang, tp lebih baik dari mase ims 6. To explorace crew, sory la nyusahkan korang atau ade terkasar bahasa tersilap kata, juga kepada peserta. kpd afif n tariq n taufeq n kak kausar, tq 4 d ideas.
.
Jam 3, aku pulang ke rumah. Sedang berlangsung kenduri kesyukuran, aku masih xboleh nk tidur sbb kne melayan tetamu. Tp mmg da tak tahan. byka kali juga aku terlelap. selepas asar aku tido sebentar, selepas isya', segalanya kabur, aku hilang didalam kepenatan di layar mimpi. Entah kemana kuterbang aku pn tidak pasti. Esk paginya bile ku tersedar, suhu badan ku sudah abnormal. 2 hari lamanya aku begitu. Hari2 yg dipenuhi dengan tidur~
.
ingat nk ulas pasal setiap task, ada kisah disebalik setiap task yg dibuat, tp malas la, da panjang pulak bile perasan.
.
-sekian-