.

Saturday, October 27, 2007

raYa sAkit piNgGang

Raya kali ini menyaksikan aku sakit pinggang dan tengkuk akibat duduk lama sgt dalam ketapi. Aku ingat sume ketapi yg travel jauh mmg die bg katil, rupenye katil lain, kosi lain, bilik lain. Mane la aku tahu, kate 1st time naik g jalan jauh. Nak di jadikan cerita, aku punye tiket adalah untuk kerusi. Maka pada malam sabtu yg juga merupakan malam raya, aku ke Kl sentral. Keretapi bertolak jam 9 malam. Pada mulanya aku tertidur untuk 3 jam akibat kepenatan yg amat sepanjang hari yg sibuk. Malam sebelumnya juga aku tidur tidak lebih 3 jam. Tepat jam 11 malam, aku terjaga, pinggangku terasa pedih, begitu juga leherku. Behitulah sehingga aku tiba di stesen Gurun, Kedah pada jam 9 pagi. 12 jam tulang belakang aku merana~. Pengajaran, travel jauh beli la tiket untuk katil.
.
Sebelum tiba di stesen Gurun, keretapi berhenti lama di Butterworth, waktu ketika itu lebih kurang jam 6 pagi. Aku bingung. Hampir sejam baru keretapi bergerak semula. Dan di stesen itu, ramai penumpang yg turun, xkurang juga yg naik dan diantaranya adalah budak cute dalam gambar atas nih. Sepanjang perjalanan sblm sampai di stesen Gurun, aku bermain muka dengannya. Dia hanya tersenyum. Setengah jam selepas keretapi bergerak, keretapi berhenti lama lagi. Tapi kali ini bukan di mana2 stesen. Rupanya kepala keretapi rosak. Penukaran kepala melambatkan perjalan hampir 40 minit.
.
Ini adalah Nafeesah, mangsa kekejaman diri sendiri. Muka inflame sana sini
.
Dalam keluarga ni kakak kedua ku tiada. Barangkali raya tahun ini dirumah mertuanya di kelantan. 4 manusia yg berdiri dibelakang menyaksikan mereka2 yang masih single mungle. Kita saksikan... siapakah yg bakal menjadi mangsa seterusnya... mangsa tok kadi.
.
Masa balik, tulang belakangku menjadi mangsa kerusi keretapi lagi, tp kali ini 11 jam. Gamba di atas semasa d stesen Butterworth. Rupanya keretapi tu mmg akan benti lbh kurang 45 minit sblm menyambung perjalanan. Jadi aku mengambil kesempatan utk kua dan pusing2 pekan berdekatan. Memandangkan makanan yg dijual dalam ketapi mahal (eg: burger sejuk, roti xmasak, sos xde..dengan kata lain x sedap langsung..berharga RM3), aku pun membeli sedikit pengalas perut semasa pusing2. Yang aku rasa xbest pekan nih, banyak betul peminta sedekah dia. Ikut aku jalan dr aku kua dr stesen sampai aku masuk balik stesen sambil menadah tangan. Anggota sempurna..tp knp sampai meminta2 begitu? Last2 aku bg jugak la 20sen, baki dari duit aku bayar beli roti. BUkan aku nak kedekut, tp aku kurang setuju dengan cara begitu. At least berusaha la sket nak cari rezeki sendiri. Kalo da tak tahu nak buat ape sgt, main muzik ke, jual tisu sambil mintak sedekah ke, tlg org angkat barang pastu mintak upah ke.. Rezeki Allah tu da pasti, tp kita kene la buat sesuati sebagai asbab utk rezeki tu dapat kat kite.
.
- sek|an -

2 comments:

nor dalila said...

naik keretapi dari alor star-kl sgt2 menyeksakan jika amik class 2 atau ekonomi... mau patah pinggang 12 jam pejalanan... amik bed mmg best tdo dari awal bangun2 dah smpai... rindu nak naik KTM yg macam ulat gonggok tuh :(

hanismi said...

wahaha..aku pnah naik dr alor star smpai kl

huih...penat+ngntuk+bosan
akhirnya misi jahat menyelinap masuk ke tmpt yg ade katil
wahahaha
ade pakcik gad datang...wat2 mamai
die pon xleh nk wat ape..wahahaha