Waktu : 25 Ramadhan .....
Watak utama : Usop, Amin, Nenek Semah, Pak Abu, Mak Leha
.
Suasana petang 25 Ramadhan sedikit mendung jika dibandingkan dengan beberapa hari sebelumnya yg panas dan membakar. Usop dan kawan baiknya amin sedang rancak bermain polis dan pencuri di halaman rumah Usop. Mak leha, ibu kepada usop masih sibuk membersihkan halaman rumah sejak tengah hari tadi. Ayah Usop pua, Pak Abu masih belum pulang dari rumah ibunya, nenek semah yg terletak 500meter dari rumah mereka.
.
Usop, anak tunggal berusia 10 tahun dan sedikit terencat akal. Mungkin disebabkan Mak leha pernah terkena jangkitan kuman semasa mengandungkannya kata doktor. Usop suka bermain, dari pagi hinggalah maghrib tiba. Cakap ibu dan ayahnya sering sahaja tidak diendahkan. Namun begitu, dia sangat taat dengan Nenek semah. Neneknya yg sudah menjangkau umur 80 tahun bg tahun ini memang sangat memanjakan Usop. Itulah satu2nya cucu tunggal yg sering melawatnya, lebih dari anak2nya sendiri. Asal ada masalah, Usop akan mengadu pada neneknya itu. Kerap kali juga bila usop merajuk atau pun dimarahi oleh ibu dan ayahnya, dia lari keluar dari rumah, dan duduk dirumah neneknya beberapa hari sebelum pulang semula ke rumah sendiri.
.
Selesai solat tarawikh, usop duduk ditangga surau, merenung jauh ke langit. entah mengapa hati dan perasaannya terasa kosong. Mungkin Usop tidak dapat berfikir waras seprti orang lain, namun nalurinya sebagai manusia tetap ada.Tidak seperti tahun2 yg sebelumnya, hari raya adalah hari yg paling dinantikannya.
"Usop, ko termenung apo tuh.. main semunyi2 jom!" teriak Amin mematikan lamunan Usop.
"Jom.. sebelum mak aku cari aku..heeee" balas Usop sambil tesengeh.
Amin merupaka satu2nya kawan usop yg setia. Budak2 lain yg sebanya dengannya tidak sudi berkawan dengan Usop. Tp usop tidak kesah, dia tetap sentiasa tersenyum.
.
Pada masa yg sama, Pak abu sedang membonceng ibunya untuk dihantar pulang ke rumah ibunya. memang begitu hidup seharian mereka. Pak Abu sangat mengambil berat tentang ibunya. Makan minum, pengangkutan, kewangan dan lain2 akan diuruskannya. Sudah kering mulutnya mengajak Nenek Semah duduk sekali dirumahnya tetapi Nek semah enggan.
'Tanah pusaka bapak ko nih, aku kene jaga baik2" bilang Nenek Semah berulang kali apabila diajak pak Abu.
Semasa didalam perjalanan, Nek semah tiba2 terjatuh dari motor. Panik Pak abu, tanpa lengah terus menghantar ibunya ke hospital berdekatan. Malam 26 Ramadhan menyaksikan Nenek Semah disahkan meniggal dunia akibat strok. Pergi buat selamanya. Sebak Pak abu dan Mak Leha. Orang ramai yg mengetahui hanya bersimpati.
.
Usop masih leka bermain dengan Amin, langsung tidak mengerti apa yg berlaku. Lebih kurang jam 12 malam, baru dia naik ke rumah. Di ruang tamu, dilihatnya beberapa orang tetamu sedang duduk2 membaca al-quran mengelilingi kain putih. Usop hanya buat tak endah. Tetamu yg memandangnya hanya diam bersimpati, memreka memahami usop yg mungkin tidak mengerti. Terus dia ke bilik air membasuh badan, menukar baju dan ke bilik untuk tidur.
.
Pak Abu dan Mak Leha tidak bercadang untuk memberi tahu Usop mengenai apa yg berlaku. Lagi2 kerna hari raya akan menjelang tiba. Pasti akan menyedihkan anak kesayangan mereka yg sedikit terencat akal itu. Biarlah buat sementara waktu begitu. Demi anak yg seorang.
.
Hari terakhir puasa, Usop secara tidak sengaja telah terpecahkan balang kuih raya. Mak leha yg kepenatan pantas merotan Usop. Pukulannya hanya sedikit, tetapi usop mudah terasa. Dia terus berlari keluar sambil menangis, dan pastilah menuju ke rumah neneknya. Pak Abu yg kebetulan baru balik dari bazar terus mengejar usop sampai ke rumah Nek Semah. Mak Leha kelihatan resah. Rumah tua itu kelihatan kosong. Sebaik sahaja naik, Pak abu lihat Usop ditempat biasa, di beranda rumah, sedang duduk menghadap kerusi yang menjadi kegemaran Nek Semah untuk membuang masa. Usop menangis dan mengadu seolah2 Nek Semah ada didepannya. Pak usop memandang dengan perasaan sayu. Anaknya itu berhalusinasi sangkanya.
.
Pak abu duduk di kerusi bersebelahan dengan Usop, dengan lembut memujuk sambil mengusap kepala anak kesayangannya itu. Setelah beberapa minit, Usop bersuara..
"Nek.. baju Usop nek da siap belum, tak saba nak pakai nih", kemudia Usop diam sebentar..
"Ok, Usop tengok dalam almari ye" Ujarnya lagi. Kemudian Usop terus berlari masuk kedalam rumah dan keluar dengan baju melayu baru hasil tangan getar neneknya. Usop menggayakan sendiri sanbil bersembang2 dengan 'nenek' nya. Pak Abu hanya memerhatikan dengan sebak.
"Usop..abah balik dulu ye, sekejap lagi balik rumah tau. Jangan kacau nenek sgt, nenek penat tu" Kata Pak Usop sambil bangun dari kerusi
Tanpa menjeling Usoppun mengangguk.
.
Pak Abu menaiki motor dan terus berllalu pergi. Seketika kemudian, Usop duduk semula dikerusi tadi dengan langkahh yg layu, sambil tangannya menggenggam baju melayu baru itu, air matanya kemudian mengalir semula.
"Nek..kenapa nek tinggalkan Usop..." Ujar Usop dalam sebak..
.
Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf Zahir dan batin.
.
.
__________________________________
.
huhu..ni salah satu dari mimpi yg aku cite aku dalam entry2 lepas. Mimpi2 pelik aku bulan ramadhan nih.. Ada mcm iklan petronas tak? hehee.. Tp lepas terjaga dari tidur, aku termenung sebentar, sedikit sayu dengan mimpi yg ku alami. Apakah ada maksud disebaliknya? Hanya Allah Maha Mengetahui.
.
Buat semua pembaca, Selamat Hari Raya Eidul Fitri. Berdoalah moga Ramadhan ini bukan Ramadhan terakhir buat kita. Dan Berazamlah, agar ramdhan akan datangadalah lebih baik dari Ramadhan kali ini.
.
JUtaan kemaafan aku pohon bagi segala salah silapku. Aku hanya insan biasa yang cuba melakukan perkara yg luar biasa.
.
- sekian -
6 comments:
uihh...gile hebat ko leh ingat siap nama kampung lagii
watak2 sampingan pon ko leh tau
hehehe
bukan takat iklan petronas..
leh wat cerekarama khas edisi raya
heh..tak penah ingat mimpi..bgn2 tido cam nak ingat dah tp trus lupa :)
Selamat Hari Raya..maaf zahir batin.n gud luck for final exam
huhu menarik2...tak terfikir lak nak menulis mimpi...
inilah cerpen sebenar...ringkas, padat dan plot cepat berkembang...hampir lupa plak ciri2 cerpen yg blaja masa f5 dulu...huhu. kna blaja cara menulis cerpen yang btol ni...
ceh..ke situ pulak die. Bg sy, cerita yg baik, xkesah la novel ke cerpin ke bed time story ke, yg penting adalah mudah faham dan senang ditangkap oleh pembaca. Xperlu ayat pelik2.. asal apa yg nak disampaikan tersampai udah ler..
.
Tp kalo x complicated x de sastera pulak.. ape2 je la
cerpin = cerita ayah pin ;-p
Post a Comment