.

Friday, June 29, 2012

Tangguh 2 minggu

Sepatutnya kene pindah ke kolej 6dah ahad ini. Tapi tiba2 diberitahu tangguh 2 minggu lagi pulak. Pelajar perempuan lagi lah, bulan 9 baru boleh pindah. Dah la nk dekat dgn exam dah. Hari tu pun dah tangguh, mula2 kata awal bulan 6. Tak tahu kenapa kolej 6 ni suka menyusahkan pelajar. Nampak sangat pengetua takut digulingkan. Entah apa dia dpaat pegang jawatan pengetua kolej tu.

2 perkara yg sgt leceh duduk kolej 1 walaupun ada 10 kebaikan lain :
1. Jauh nk ke hospital.
2. Duduk flat dgn orang2 yg pemalas nak jaga kebersihan flat. Aku tak kesah kalau penyepah, tempat sendiri-sendiri. Tapi kalau kotor aku sgt kesah. Sepanjang 3 bulan duduk kolej 1, dapur semua aku yg kemas, sampah aku yg buang, kebersihan bilik air pun aku kne jaga. Kalau aku tak buat semua mmg dah jadi tong sampah ini flat. Urghh ini masalah duduk dgn typical lelaki yg pemalas. Nak malas sgt pun ada had nya. Kalau keluar nk pergi dating pandai pulak bersih2 wangi semua sampai nak satu kolej bau deodorant dia. Hari itu aku sengaja tak buang sampah, nak tgk kot2 ada orang lain yg nak buang. Akibatnya sampai rumah berbau busuk dah pun xde orang nak buang. Aku tak tahu mcm mana ada rumah sendiri nanti dengan perangai macam ini. Aku takde lah benci atau tak suka dgn mereka semua (ada 7 orang). Kawan ok je, ada yg baik lagi. Tp perangan pemalas nak jaga kebersihan yg sgt teruk nih buat aku menyampah pulak dan nk cepat2 pindah kolej duduk bilik sorang balik. Urghhh.

Stress di pagi jumaat.



Monday, June 25, 2012

Saya juga boikot


- Bismillah -

Klik pada gambar untuk resolusi yang lebih besar.

http://www.sanmiguel.com.ph/2011/08/smc-buys-exxon-mobil%E2%80%99s-downstream-oil-business-in-malaysia/


Aku akan cuba yang terbaik untuk tidak mengisi minyak di Petron.



- Alhamdulillah -

Sunday, June 17, 2012

mukhlis.aazam@yahoo.co.uk

- Bismillah -

Aku sebenarnya sudah lama terfikir yang email address aku ada kurang mesra pelanggan.
Email yang aku maksudkan adalah email ini :

eng_0102mat@yahoo.co.uk

Memang sudah lama aku fikir untuk tukar alamat email baru. Tapi memandangkan email address ini sudah byk sgt dimiliki oleh orang lain, maka aku berhasrat nnt lah dulu. Lama2 jadi semakin sukar kerana dalam business pun aku menggunakan email ini. Business card photography sebanyak 300 keping dan GCP sebanyak 400 keping semua menggunakan email ini. Dan sekarang aku sudah tinggal dalam 100 keping sahaja utk kad photography dan 150 keping untuk kad GCP. Rasanya akan tempah baru tak lama lagi. 

Jadi seperti yang anda boleh lihat, email itu sebenarnya sudah di miliki oleh ramai orang. Maka agak leceh kalau sekarang mahu tukar. Jadi aku biarkan sahaja sampai lah hari ini masa makan tengah hari bersama keluarga di Shah Alam. Tiba2 Kak Malini (kakak ipar) sebut perkara yg sama, alamat email yang tidak mesra alam. Bermaksud, orang pun susah nak ingat.

Aku hanya meng-iya-kan sahaja kerana aku sudah sedar perkara itu. Tapi pada masa yang sama tiba2 aku teringat, kawan aku pernah ada 2 alamat email, tapi dua2 masuk ke akau yg sama. Maksudnya 1 akaun email, tp ada dua nama (alamat email). Maka balik sahaja aku terus buka email dan cari setting untuk tukar email. Nak tukar 'mukhlis' mmg tak boleh. Dah 'unavailable'. Maka aku decide untuk guna alamat ini :

mukhlis.aazam@yahoo.co.uk

Dengan kata lain skrg, kalau orang email kan aku daru kedua2 alamat email, aku tetap akan dapat dan akan masuk ke akaun email yang sama. Namun aku tak boleh nak tukar yang belakang itu, dari '.co.uk' ke '.com' sahaja. Jadi nak taknak kene pakai lah '.co.uk'  ...Sebab mudah lagi kan kalau '.com' sahaja. Lebih mudah labih baik, orang mudah ingat. Lagipun mmg dah pernah ada orang silap. Jadi skrg ini setiap kali aku beri email aku pada orang, aku akan tekan kan yg  '.co.uk' dan bukan '.com'.

Kesahnya mcm mana boleh gune UK punya email adalah kerana semasa buat email ini, setting yahoo di PC rumah waktu itu adalah UK punya. Waktu ini sekitar tahun 1999 ke 2000 tak silap. Ketika itu abang aku sedang belajar di UK, jadi bila dia balik mestilah dia tukar ataupun tertukar. Maka aku yang tak perasan waktu itu terus register email.

Kesimpulannya mulai hari ini aku akan mula mewar-warkan kepada orang baru yang alamat email aku adalah mukhlis.aazam@yahoo.co.uk , dan pada masa yang sama, siapa2 yg sudah ada alamat email aku yang lama, boleh terus guna alamat tersebut. Maka lebih mudah.

Kenapa aazam dan bukan azam sahaja?
Kerana nama ayah aku Ahmad Azam. Jika nak letak Ahmad juga akan jadi panjang sgt. Maka aku letak huruf 'a' sahaja. Dan secara tak langsung nama yang unik lebih mudah di ingati orang dari nama yg biasa. Skrg ini pun orang sudah panggil aku 'Mukhlis-Aaa-Aaa-zam' 

-.-'

Kenapa tak buang je 'ahmad' tu?
Sebab aku taknak.

Tapi tak kesah la, janji orang ingat. Di fb pun aku buat nama begitu, walaupun alamat fb adalah :
facebook.com/mukhlis.ahmad.azam.



- Alhamdulillah -

Saturday, June 16, 2012

Aku dah beli tanah,



.____________________.






Terima kasih yg sudi membantu!




Alhamdulillah

.

Wednesday, June 13, 2012

Tonsillitis

Day 5.
Bila suara nk keluar balik nih.
Panas badan pun x surut lagi.
Bilik pun sgt panas.
Rasa macam nak mandi setiap masa.

.

Tuesday, June 12, 2012

15k


- Bismillah -





Aku skrg dalam proses belajar untuk invest in properties. Ok not just belajar, actually dah mula buat pun! And last week I did found a very good deal. The only problem i have is capital.

Siapa sudi pinjamkan aku 15k?
Let me show you how to use money to make more money.

Series ni!
Aku bukan cakap main2 or tipu. I've done it before.
recently aku berjaya buat 23k from from 7k.
300% within 3 years. Not bad right?
Aku guna duit biasiswa.
Tapi 20k sudah digunakan untuk byr yuran tertunggak.

We can discuss further if anyone interested.
Walaupun aku rasa takkan ada org nak dgn skdr tulis mcm ni.
But no harm trying kan.

Well of course I'm doing this with supervisions.
From a family yg mmg dah lama terlibat dalam bisnes ini for many years
(bisnes family turun temurun).
And a very successful business man,
who will soon become my daddy insyaAllah.

hihi.



My medic thingy?
Of course aku masih nak jadi doktor.
Dan aku sebenarnya makin minat adalah dalam bidang ini.
And I'm working hard on it.

It just that medic cuma sebahagian dari hidup aku.
Medic bukan hidup aku.
Mungkin aku ambil masa lebih sikit dari org lain untuk dapat jadi doktor.
Tapi yg aku pasti dan sgt yakin, aku dapat byk lagi dari apa yg kawan2 aku dapat.
Dan peluang sebegini tak datang selalu.
Aku taknak makan gaji sampai bila2.
Sampai bila nak jadi kuli orang?

I love my family.
I want to be financially free as soon as possible,
so that i can spent more time with them as soon as possible.


Kenapa kita perlu jadi kaya?
Read here :

Dan aku nak tambah sikit.
Kalau orang Islam tak kaya, siapa nk menyumbang ke Palestine?
Duit siapa yg masuk jamaah2 besar mcm ISMA, IKRAM, ABIM, PAS etc?
Money is not everything but for almost everything we need money.



- Alhamdulillah -  

Avatar TLOK




kene sebut jugak kat sini

AVATAR THE LEGEND OF KORRA sgt awesomeee!!!!!!!!!!!!!!!
Jalan ceritanya berkembang dgn sangat baik.
Knnflik pun berkenbang dengan sgt baik.
Setiap episode mmg tak mengecewakan langsung.
Mmbuat penonton mekin tertanya-tanya.

Konflik dalam new team avatar cintan cintun tu walau aku tak minat sgt tp still awesome.
Aku harap derang tak berpecah sbb cinta 4 segi dan Asami tak keluar dari team Avatar.

Bloodbender tampa full moon pun mcm blood line punye ability pun sgt awesome!
Toph Beifong sebagai pengasas metal bending awesome! 
Anak2 Tenzin pun sgt awesome!
Konflik cinta monyet Tenzin dgn Cheif Lin Beifong hahaha pun awesome!

Paling misteri adalah Amon.
Seryesly sapa dia sebenarnya. ana boleh ada dua avatar dalam satu2 masa.
Takkan dia adalah avatar jahat?
Avatar boleh jahat ke?
Omaigod tak pun jgn kata dia itu salah satu jenis ability baru pulak selain 4 unsur asas tu?
tak pun dia masuk spirit world curi ability tu?
Omaigod!
Byk sgt possibility nih
.______.


Senang cerita semua lah awesome!
Skrg da episode sembilan.
Sampai episode 12 kemudian masuk Book 2 pulak yg ada 14 episod.
Tak sabanye >_<

hihi



Family chart Avatar hihi

.

Monday, June 11, 2012

Hari Lahir


- Bismilillah -


Jadi lebih kurang seminggu lepas adalah hari jadi aku. Mcm biasa makin maju skrg semua ucapan di fb je. Kalau dulu hp bunyi tanak berhenti sampai kne silent hp sbb nk tidur.

Jadi sehari selepas hari lahir aku (sbb masa hari lahir tersebut, aku balik rumah), flat mate aku tanya :
"ko sambut hari lahir kat mana?"
"Hadiah apa ko dapat?"
"mesti makan best2 besday kooo!!"

Jadi dgn selamba aku pun beri tahu. Xde sambutan apa2 pun. Aku balik rumah masa hari lahir aku. Sebab nak ambil barang, juga ada dokumen nak kene scan dan print. Rumah pula kosong. Semua orang balik Kedah memandangkan cuti sekolah. Dan paling best hari itu aku tak makan apa2 pun. Sebabnya semalam sblm hari kejadian, aku sgt penat. Balik ke bilik pun hampir 2 pagi. Keluar gelap balik gelaplah katanya. Jadi aku balik rumah aku tertidur samapi la tgh malam .___.

 Hadiah selain dari yg tuhan bagi yg byk tatau nk ckp byk mana nih, xde dah. 

Jadi kawan2 aku semua tak percaya.

Aku rasa seumur hidup aku, 3 kali je hari lahir aku pernah di sambut. 
Dan aku sgt tak kesah pun.
Cuma hari lahir? Bukan aku lahirkan anak pun ye tak.
Kalau patut yg di sambutpun aku rasa adalah mak aku sbb dia yang lahirkan aku. Aku keluar je pastu nanges pastu menyusu pastu berak pastu tidur. 

So by the way secara tak sengaja aku ada beri hadiah hari lahir kepada aku sendiri.
Nak tahu apa kene beli paper Sinar Harian edisi Nasional khamis ini, 14 jun 2012.


hihi



- Alhamdulillah -


Friday, June 01, 2012

Super duper busy & blog

- Bismillah -




Sejak sebulan ini sku sgt sgt sgt busy. Busy dalam semua perkara, study, bisness dan juga photography. Dan bila sibuk begini, aku mula mengabaikan perkara2 kecil macam main The Sims dekat fb (sorry lee!), chatting saje2, baca komik dan sebagainya. Betul-lah orang kata, kalau kita tidak menyibukkan diri kita dengan urusan2 yg lebih besar, urusan yg remeh temeh itulah yg akan kita buat. Sbb kita ada masa lapang. Dan masa lapang adalah permulaan kepada maksiat.

Nasib baik aku ada side kick Encik E. Encik T takde jd aku perlu cari pengganti. Aku sendiri tak sangka aku akan sesibuk ini. Memang blog mahupun fb semua terabai. Blog korea dan blog ini juga blog photography sudah lama tidak update. Kawan2 ada sudah menghantar msg bila mahu update blog2 ini. Memandangkan ketiga2 blog ini mempunyai viewer paling ramai dari hampir 10 blog yg aku ada. Eh ke kurang sket? ok malas nak kira. 3 dari blog ini adalah blog photography.

1 blog berkenaan emas dan perak, walau dalam kesibukan aku masih sempat update memandangkan viewer blog itu semakin hari semakin ramai pula yg tengok. Kalau google 'jom simpan emas' pun blog itu sudah jadi no 1 dalam list. Memang tak sangka.

Aku akan cuba update sikit-sikit setelah aku kurang busy insyaAllah pertengahan bulan ini. Skrg ni masih mcm gila walaupun sudah beransur kurang dari minggu lepas. Tapi aku sgt sgt bersyukur, dalam kesibukan ini, aku tgk ada orang yg ada semangat mcm aku buat mcm2, tp ada kekurangan, mcm kudung kaki, penglihatan yg tidak baik, takde lesen kereta, tidak sihat dan sebagainya. Maka di sini konsep bersyukur dalam diri aku semakin kuat. Dan aku sgt bersyukur juga kerana peluang mengutip segala pengalaman dan ilmu2 kritikal hidup ini, xsemua orang dapat.


- Alhamdulillah -