- Bismillah -
So anyway malam tadi aku ambil Mr T di KL Central, die baru pulang ke Malaysia. Selepas itu pergi ke maple 223, makan nasi lemak. Kemudian aku hantar mamat tu balik rumah die. Kemudian before nk balik kolej tu, baru teringat ada beberapa barang yg aku da lama nak beli tak beli2 lagi, so aku singgah Tesco Shah Alam kejap.
Barang2 tersebut adalah :
Sbb nya aku ni jenis suke godek2 barang. Komputer aku bukak, laptop tu pun da byk kali bukak. PC modified sendiri sampai rosak >.<. Ok tade la salah aku pun haha. So kali ni aku bukak Rubik's cube. Aku da selalu da pun bukak. Tapi ntah kali ni mcm terkasar sket kot (?), jadi mcm ada satu bahagian Rubik's tu patah. Urghh stress. Tapi aku teringat, aku selalu tgk Myth Buster skrg nih.
Seryesly sgt addicted. Mungkin sbb aku mmg minat sains dan buat keje2 mcm derang buat. Untuk sape yg tak tahu, myth Buster ni lbh kepada dokumentari oleh Discovery Channel. Ceritanya berkenaan mamat 2 org dalam gambar di atas dgn 3 org pembantunya melakukan pelbagai eksperimen berdasarkan sains untuk memnguji ketulinan sesuati myth (misteri? lagenda?). Contohnye kita selalu dgr bawak kereta bukak tingkap tak pasang aircond lagi menjimat kan minyak. Betul ke? Coca cola boleh guna untuk bersihkan tandas, racun tikus etc, betul ke? Dan juga hollywood myths dan pelbagai lagi. Jadi mereka buat ujian terhadap cerita2 ini. Possible ke berlaku dalam dunia realiti.
Dan dalam cerita ini byk lah alat2 yg digunakan. Dan antara yg selalu adalah super glue. Jadi itu yg membuat kan aku terfikir nk cari super glue bila Rubik's cube aku ni patah sket. Super glue ni bukan super glue biasa, die 4 kali lebih kuat dari super glue biasa mcm gam gajah tu. Dan nak gune kene hati2, pakai glove supaya tak kene kulit. Harga die pun hampir 2 kali ganda dari super glue biasa.
Kemudian aku juga beli gam super ini sbb bahagian thumb pad D90 aku mcm da tercabut sket. Biasa lah, itu menunjukkan org tu byk ambil gambar ke tak. Kalau jenis wedding photographer mcm aku nih, mende tu mmg biasa. Aku tgk kawan2 aku punye pun dah jadi mcm tu. Akibat pegang kamera dalam tempoh y lama. Ye la sekali majlis mahu dekat 8 jam juga kadang2 pegang kamera.
Ini adalah thumb pad yg aku maksudkan. Aku sebelum ni da beli byk jenis gam termasuk gam gajah yg femes tu. Tapi hasil nya xseberapa. Melekat sekejap kemudian boleh tercabut balik senang je. Dan melekat pun mcm tak berapa lekat. Aku dikir sbb permukaan pastil dan geah. Jadi gam biasa mmg tak sesuai. Tapi bila tgk Myth Buster, membuat kan aku nk cari gam super itu.
Dan malam tadi aku dah gam kan bahagian Rubik's yg patah tu. Aku ras mmg agak kuat. Buat masa ini hasilnya agak memuaskan. Melekat pun sekejap. Tapi aku baca pada gam tu, die kata maximum kekuatan gam akan dikecapi dalam tempoh 48 jam. Tp setakat baru beberapa minit aku guna tadi mmg kuat dah. Puas hati juga.
Kemudian yg D90 punye thumb pad pun, hasil die sgt wow. Mmg sgt kuat. Sampai aku sendiri da tak leh nak cabut dah. Oh dan aku ada terkene kulit jari sket. Dan sbb super sgt gam nih, mmg tak leh nk cabut melainkan aku kikis kulit. Sakit T_T. Mcm mana nk ambil wudhu' nih?
Oh harga super glue tu adalah RM11 kot tak silap. Untuk hanya 3ml.
- Alhamdulillah -
No comments:
Post a Comment