.

Saturday, April 30, 2011

Business Card part 4

- Bismillah -


 
 


Asalnye aku order 2 kotak je, 1 kotak ada 100 keping. Tapi kilang salah buat, die terbuat lebih satu kotak untuk setiap orang (aku dan Rahim). Satu kotak harga RM40. Jadi utk elak rugi, org tu cube jual kat aku juga satu kotak lebih tu dengan harga sekotak RM25. Tapi aku mintak kurang dan dapat lah RM15 sekotak. Ok mcm byk sgt la pulakkan. Tapi aku fikir balik, mmg ini kali pertama dan kali terakhir aku buat business card utk design ini, jadi takpe lah ambil byk sikit. Sbbnya logo MDP ada tulis 2011. Dan aku sengaja buat mcm tu supaya setiap tahun aku boleh ubah. Jadi katakan utk 2012 aku nk buat lagi, maka design adalah berbeza, kire versi tahun 2012 punye la. SO utk tahun ni punye bia 300 ni jelah. Aku tak nak habiskan pun semua, nk simpan untuk koleksi sendiri sikit, so katakan 10 ahun aku akan datang, aku ada lah koleksi untuk 10 jenis =D.

Cumenye nnt da keje sah2 lah aku d tak amik gamba da nnt. Haha. Tgk lah mcm mana.

Oh kemudian jika boleh lihat pada card itu,ada border atau framing. Dan urghhh aku tak suke. Aku xsuke org ubah design aku lagi2 untuk aku tampa consult aku dulu. Aku nak fully gambar, xnak ada framing. Hampeh la org kedai nih. Nway hari tu masa aku pegi order kad ni, aku pergi dgn mr T. Nama kedai ni xXrawork atau x2rawork xsilap. Dekat PAS.

Ok aku listkan kenapa aku tak suke kedai tu :

1. PC die gune sgt lama, nk bukak Photoshop atau Illustrator sgt lambat. Time aku suh bukak kat PC die tuh, siap boleh stuck la pulak. Jadi kene tunggu amik masa lama. Kerja graphic dan designing ni mmg perlukan PC yg up sket, takkan la tak tahu kan.

2. Die gune Illustrator versi lama, akibatnya xleh bukak pun design aku bg. Nasib baik aku ada save file tu dalam JPEG, jadi boleh tgk juga. Kemudian aku kne balik dan save design aku dalam ai versi lama. Ape cite menyusahkan customer.

3, Kemudian paling xboleh tahan, warna komputer die sgt lari, warna kuning2 gitu. Macam ada tone. Biasanya komputer untuk org edit gambar atau buat design, kita akan guna warna natural. Jadi bila print atau buka pc lain yg untuk tujuan sama, warna gambar atau design kita tak lari. Korang mesti pernah perasan, gambar yg korang tengok dekat satu komputer dengan komputer lain, warna die mcm lain2 sket. Dan bile print jadi lagi lain. Sbb nya mode warna pada PC kita berbezaa2. Untuk elak perkara ini biasa kita akan calibrate MOnitor dan setkan pada mode natural. Baru apa yg kita print dan apa yg kita edit dalam PC lbh kurang.

4. Gambar kat komputer die mcm tertarik. So bile aku tgk design aku kat PC die jadi panjang. Dan aku sgt risau. SO aku da warn die siap2. Jadi xkene aku tanak bayar. Masa order tu aku da pesan die siap2, aku punya ratio card 5x5.5. Kaler pun aku da pesan suh die bukak kat PC lain dan tgk. Dan aku jugak sound die pasal PC die yg lambat dan kaler monitor yg tak calibrate dan gune software lama. Haha nasib lah. 

5. Die tak tahu gune Photoshop -.-'

Arghh tertekan dengan kedai mcm nih. Mmg aku cari kedai lain lepas nih.


 - Alhamdulillah -

Thursday, April 28, 2011

Business Card part 3


- Bismillah - 


So anyway ini adalah design business card aku dan Rahim. Konsep yg sama tapi design berlainan. Da siap da pun kad nye, tp x amik gamba lagi. Dan kad nye pun baru je amik td. Thanx Zahrah Khir sbb ambil kan kad sebelum kedai tutup. AKu bertolalk 830 pun Faderal masih sgt jam. Dari kualiti gamba kad yg dihasilkan not bad. Sbb aku mmg pilih kualiti kertas paling bagus. Agak cantik kualiti printing die. Tapi aku kecewa sbb die mcm ada ubah something tampa consult aku dulu. Tp overall ok la dan ni pun 1st time aku buat business card. Ada few things yg aku belajar untuk hasilkan better business card utk akan datang. 


- Alhamdulillah -

Wednesday, April 27, 2011

Wedding Ain


- Bismillah -



Sorang lagi. Tapi yg ni masih belajar lagi sama mcm aku, satu batch, final year. Aku pernah cerita kot dulu ada dekat 5/6 org juga yg dah kawen masa final year nih. Ada sikit yg kawen awal mcm masa 2nd or 3rd year. Tunang agak ramai. Yang senyap2 lagi ramai lah.

Lagi gambar mcm biasa boleh tgk kat MDP blog.

Memandangkan kenduri ni bertempat di Banting, jadi pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk singgah di kedai kerepek Banting. Banyak jugak la aku borong. AKu sorang je da 3 kilo. Belum lagi org lain yg mintak tolong order.



Esoknya ada org tanye, "Mukhlis ada kerepek lebih lagi tak, jual kat aku". Mmg ada tapi xde nye aku nak jual. Orang yg tak pernah rasa akan ckp "alaa kerepek je", bila da rasa siap sanggup beli harga lebih mahal lagi. Emmm takde la sedap sgt sampai tak nak makan mende lain, tapi buat kunyah2 tu mmg tak perasan, tahu2 gusi da luka2. DAn perasan bila kerepek da habis.


- Alhamdulilah -

Monday, April 25, 2011

Wedding Daniel Ikram & Siti Hajar


- Bismillah -




Keduanya adalah kawan se-medic di UM. Mereka skrg houseman di Hospital Serdang xsilap. Ini adalah kenduri sebelah lelaki, di langsungkan di Banquet Hall UPM.

Barakallahulakuma.

Lagi gambar :


- Alhamdulillah -

The Economics of Private Banking

- Bisnmillah -



Aku rasa da byk da vid2 dan artikel2 yg lbh kurang begini isi kandungannya untuk kita lebih faham sistem ekonomi kapitalis yang kita gunakan skrg. Sgt digalakkan untuk difahami dan diketahui.

o_0


- Alhamdulillah -

Friday, April 22, 2011

SAFE BATCH???



Hari ni aku cek, semalam ada duit masuk dalam akaun aku?
Ape ni? Ape CY PYMT SAFE BATCH nih?


Wednesday, April 20, 2011

Business Card part 2

- Bismillah -

Semalam aku dan Mr T, oh dan jumpe Danial ar skjp d PAS, pergi ke PAS utk buat kad perniagaan. Selepas usya2 kedai (ada dalam 4 kedai yg boleh buat), aku decide untuk buat kad di kedai tingkat 4 di PAS. Dari segi harga dengan kedai2 lain, aku rasa sama sahaja. Belas2 ringgit (RM17 kot) untuk kad dengan design yg sgt simple, dan satu muka sahaja, dan menggunakan kertas jenis biasa sahaja (mcm kertas manilakad kot).

Kemudian kalau buat 2 muka, depan dan belakang, dalam RM20 lebih xsilap. Kalau ambil jenis kertas mahal sikit, dalam RM30. Kalau kertas paling mahal supaya boleh print gambar cantik dalam RM30 lebih. Kemudian ada juga UV, tulisan atau gambar akan jadi timbul dan berkilat. Kemudian ada emboss, pun akan timbul tapi mcm lagi best. So kalau timbul2 ni pun tambah lagi lah harga. Dan kalau ambil jenis kertas yg cantik boleh print gambar ni pula, ada minimum order, iaitu 2 kotak, 100 keping kad untuk setiap kotak.


Ini adalah design belakang kad. Design depan lebih kepada gambar seperti post yg lepas, cuma nya setelah berfikir dan mendapat ilham lagi, maka design utk depan dalam post lepas x jadi digunakan. Sebabnya harga xjadi lebih murah atau pun dapat diskaun kalau guna design sama buat byk2 pun. Jadi aku decide utk utk buat sahaja design lain2 utk setiap orang (utk aku dan Rahim), TETAPI dengan konsep yg sama supaya aku dan Rahim masih nampak di dalam sebuah organisasi atau kumpulan yg sama. Mcm design gambar atas ini. Aku punya belakang adalah yg berwarna gelap dan Rahim yg warna cerah. Isi kandungan belakang sama tapi depan lebih personalize dan hanya ada nama dan no telefon masing2 sahaja.


- Alhamdulillah -

Tuesday, April 19, 2011

Business Card

- Bismillah -


Al kisah aku dan Rahim sedang nk buat business card. Ini design pertama cadangan aku. Tapi pagi ini aku bgn awal dan ter ada ilham lain pula. Nak buat 1 design dengan konsep yg sama tetapi ada 2 jenis untuk setiap sorang, utk aku dan Rahim. Tgk lah yg mana jadi nnt >.<

Buat kad ni takde la bermaksud aku ngan Rahim nak sgt serius ambil gambar, tapi sbb mcm lagi cool dan seronok (?). Haha. Sbb aku dan Rahim masing2 sibuk dengan bidang professional masing2. Utk sebab yg aku kurang pasti aku rasa hasil aku dan Rahim agak makin dikenali ramai juga. Buktinya di fan page Musafirdunia Photography, majority yg LIKE aku dan Rahim mmg tak kenal. Dan customer kitorang yg latest pun mmg langsung ktrg tak kenal. Ada yg dengar2 dari orang dan ada yg jumpa dari internet sahaja. 


- Alhamdulillh -

Monday, April 18, 2011

Sunday, April 17, 2011

Super Glue

- Bismillah -

So anyway malam tadi aku ambil Mr T di KL Central, die baru pulang ke Malaysia. Selepas itu pergi ke maple 223, makan nasi lemak. Kemudian aku hantar mamat tu balik rumah die. Kemudian before nk balik kolej tu, baru teringat ada beberapa barang yg aku da lama nak beli tak beli2 lagi, so aku singgah Tesco Shah Alam kejap.

Barang2 tersebut adalah :


Sbb nya aku ni jenis suke godek2 barang. Komputer aku bukak, laptop tu pun da byk kali bukak. PC modified sendiri sampai rosak >.<. Ok tade la salah aku pun haha. So kali ni aku bukak Rubik's cube. Aku da selalu da pun bukak. Tapi ntah kali ni mcm terkasar sket kot (?), jadi mcm ada satu bahagian Rubik's tu patah. Urghh stress. Tapi aku teringat, aku selalu tgk Myth Buster skrg nih.


Seryesly sgt addicted. Mungkin sbb aku mmg minat sains dan buat keje2 mcm derang buat. Untuk sape yg tak tahu, myth Buster ni lbh kepada dokumentari oleh Discovery Channel. Ceritanya berkenaan mamat 2 org dalam gambar di atas dgn 3 org pembantunya melakukan pelbagai eksperimen berdasarkan sains untuk memnguji ketulinan sesuati myth (misteri? lagenda?). Contohnye kita selalu dgr bawak kereta bukak tingkap tak pasang aircond lagi menjimat kan minyak. Betul ke? Coca cola boleh guna untuk bersihkan tandas, racun tikus etc, betul ke? Dan juga hollywood myths dan pelbagai lagi. Jadi mereka buat ujian terhadap cerita2 ini. Possible ke berlaku dalam dunia realiti.

Dan dalam cerita ini byk lah alat2 yg digunakan. Dan antara yg selalu adalah super glue.  Jadi itu yg membuat kan aku terfikir nk cari super glue bila Rubik's cube aku ni patah sket. Super glue ni bukan super glue biasa, die 4 kali lebih kuat dari super glue biasa mcm gam gajah tu. Dan nak gune kene hati2, pakai glove supaya tak kene kulit. Harga die pun hampir 2 kali ganda dari super glue biasa.

Kemudian aku juga beli gam super ini sbb bahagian thumb pad D90 aku mcm da tercabut sket. Biasa lah, itu menunjukkan org tu byk ambil gambar ke tak. Kalau jenis wedding photographer mcm aku nih, mende tu mmg biasa. Aku tgk kawan2 aku punye pun dah jadi mcm tu. Akibat pegang kamera dalam tempoh y lama. Ye la sekali majlis mahu dekat 8 jam juga kadang2 pegang kamera.



Ini adalah thumb pad yg aku maksudkan. Aku sebelum ni da beli byk jenis gam termasuk gam gajah yg femes tu. Tapi hasil nya xseberapa. Melekat sekejap kemudian boleh tercabut balik senang je. Dan melekat pun mcm tak berapa lekat. Aku dikir sbb permukaan pastil dan geah. Jadi gam biasa mmg tak sesuai. Tapi bila tgk Myth Buster, membuat kan aku nk cari gam super itu. 

Dan malam tadi aku dah gam kan bahagian Rubik's yg patah tu. Aku ras mmg agak kuat. Buat masa ini hasilnya agak memuaskan. Melekat pun sekejap. Tapi aku baca pada gam tu, die kata maximum kekuatan gam akan dikecapi dalam tempoh 48 jam. Tp setakat baru beberapa minit aku guna tadi mmg kuat dah. Puas hati juga.

Kemudian yg D90 punye thumb pad pun, hasil die sgt wow. Mmg sgt kuat. Sampai aku sendiri da tak leh nak cabut dah. Oh dan aku ada terkene kulit jari sket. Dan sbb super sgt gam nih, mmg tak leh nk cabut melainkan aku kikis kulit. Sakit T_T. Mcm mana nk ambil wudhu' nih?

Oh harga super glue tu adalah RM11 kot tak silap. Untuk hanya 3ml.


- Alhamdulillah -

Wednesday, April 13, 2011

Engagement Azam Dayana


- Bismillah -



(lagi2 gambar boleh dilihat di)


Sabtu, 5/3/2011.

Awal pagi itu sekitar jam 1 pagi aku pulang ke rumah untuk bermalam di rumah. Paginya selepas subuh, aku menghantar emak ke sekolah dan terus bergegas ke UM untuk ambil kawan2 medic, dan kemudian bergerak ke Melaka. Alamat pagi itu sbb nak cepat sgt, aku dan kawan2 tersampai awal di Melaka. Kitorang sebenarnye nak ke majlis kahwin group mate, Atikah (belah lelaki). Tapi awal sgt sampai dewan tempat berlangsungnya majlis pun tak bukak lagi -.-'

Majlis berlangsung di Dewan Bestari di MITC Melaka. So sbb awal sgt sampai (sekitar 10pagi), kami pun ke  Melaka International Bowling Centre, area2 dekat MICT tu juga. Igt nak bowling sepam dua, tapi nmpk penuh. So ktrg main pool/snooker kat area terbuka kat tempat tu. Ok aku sampai skrg tak tahu ape beza pool dan snooker. Ada beze ke atau sekadar beza pada nama macam motokar dan kereta?

Jam 1115 pagi, selepas hbs main 2 round (of kos la aku menang >.<) ktrg gerak balik ke dewan. Memandang pagi tu mmg aku tak makan ape lagi, jadi mmg puas menjamah hindangan kenduri. Macam biasa, macam kenduri Atikah belah perempuan pada bulan lepas, lauk die mmg terbaiK!!!! Sedap!!!! Memang nnt apa2 kenduri yg di anjur kan Atikah kene pegi lepas nihhh ehehehe, ok niat pergi kenduri dah salah. Tunggu adik die pulak kawen, Aina.

Gerak balik dari Melaka sekitar 1230. Itupun dah terpaksa gerak. Si pengantin Atikah pun tak sempat jumpa sbb masih bersiap. Tapi aku kene balik jugak. Sbb selepas itu aku ada job untuk ambil gambar pertunangan abang kepada kawan aku masa kat PASUM dulu. So yg Atikah nye, sempat ambil gambar kasut je, itu pun aku tatau sape yg amik gamba bawah ni. Tahu2 dah ada dalam kamera.


Sampai UM hantar kawan2, kemudian terus gerak ke SHah Alam, masjid Negeri. SOlat Zohor di situ kemudian naik Rahim terus ke Rawang pula. Kitorang terlambat dalam 10 minit dan keluarga pengantin perempuan terpaksa tunggu kitorang kejap lepas tol Rawang. Urghhh malunye. Sepatutnya kitorang yg datang awal tunggu derang. 

Sejak ambil gambar kahwin ni, mmg part merisik dan bertunang adalah yg paling aku enjoy. Sambil ambil gambar, sambil layan skali sesi sembang2 antara wakil dari pihak masing2. Biasanya sgt menghiburkan dan lucu. Dan itu yg menarik, gambar masing2 dapat di rakam dengan ekspresi yg lebih positif.

Oh sebut pasal gambar, aku tak faham sesetengah juru gambar, bila tayang gambar majlis kahwin atau tunang atau merisik, mereka lebih prefer letak gamba semasa outdoor atau indoor photoshoot. AKu fikir sebenarnya sewaktu majlis berlangsung lah lebih penting. Kerana sbb itu lah orang mcm kami di upah kan? Aku yakin kita semua paling penting nak gambar sewaktu majlis, sbb gambar photoshoot outdoor atau indoor itu anytime boleh buat. Tapi majlis sebenar yg berlangsung yg aku rasa sepatutnya menjadi ukuran. Sbb itu tujuan kita diupah. Maka aku fikir bila tunjuk gambar di web, fb atau blog, lebih wajar letak gambar semasa majlis. Bukan gambar bakal pengantin atau penganting posing masa outdoor photoshoot. Sbb tak guna gambar outdoor lawa tp gambar majlis xjadi. AKu personally bila nak upah photographer, aku akan pilih yg boleh ambil gambar dengan baik secara spontan, candid dan mengikut flow majlis. Sbb sekali dah berlalu satu2 event tu, dah xboleh patah balik nak ambil dah gambar itu. Kalu gambar posing xjadi nk buat balik 100 kali lepas tu pun xde masalah. 


- Alhamdulillah -



Monday, April 11, 2011

"Aku terima tanggungan dosa2 anak pakcik mulai saat sekarang"

- Bismillah -




Urgghh kahwin. Bukan sekadar akad.

Menarik Ustaz Azhar mengulas tentang budaya orang melayu sekarang yg demand lebih2 soal mas kawen. Rasanya skrg punya trend kurang2 RM10k - RM20k.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.



- Alhamdulillah -

Friday, April 08, 2011

T_T

- Bismillah -

urghhhhH!!!! kenapa la sesuatu kes tu, 1st time yg aku jumpe adalah waktu exam
>.<


- Alhamdulillah -

Wednesday, April 06, 2011

Naik lagi~

- Bismillah -


Yeaaaayy Alhamdulilah, Emas dan Perak terus mencatatkan peningkatan ^_^

SO anyway aku masih ada 2 keping 10g gold bar GCP  untuk dijual dengan diskaun 4%, dan 2 keping 5g gold bar PAMP Swiss Lady Fortuna juga nak dijual dgn harga diskaun, RM800 (Harga semasa RM850+). Kenapa aku bg diskaun? Jawapannya sbb aku dapat pun dgn harga diskaun. Ada org nak jual balik. Siapa nak boleh contact aku personally. Asalnya ada 10 keping yg GCP 10g gold bar tu, tp dah 8 orang beli. So tinggal lah 2. Siapa cepat dia yg dapat. Siapa yg nak, emas 5g dan 10g ni adalah permulaan yg baik untuk mula simpan selain dinar.




Penangan kenaikan harga silver yg mencapai 100% hanya dalam tempoh 8 bulan mmg sgt menarik. Tahu2 rupanya Bank Negara Malaysia pun dah keluarkan SIlver sendiri. Sebelum ini Kijang emas je. Dah xboleh elak siapa yg tahu potensi kenaikan silver mesti nak simpan juga silver selain emas. Kalau kita dengar berita, Negara China siap galakkan rakyatnya simpan 1kg silver sekeluarga lagi. Malaysia baru nak mula. Ok la ayt least ada effort walaupun takl di war-warkan kan pun. Ntah2 BNM pun dah mula beli silver utk buat reserve (?). Tapi tgk kat website BNM belum ada lg silver, emas sahaja setakat ini.

- ALhamdulillah -


Tuesday, April 05, 2011

Penerangan Terkini Rentetan Fitnah Politik Malaysia

- Bismillah -



Lain lain vid boleh di lihat di sini
http://www.youtube.com/user/rakyat1malaysia

- Alhamdulillah -


Saturday, April 02, 2011

[ 41:33 ]