.

Thursday, April 08, 2010

BOKEH

- Bismillah -

BOKEH bermaksud blur atau kawasan yg di luar fokus (out of focus). Gambar-gambar yg disebut sebagai BOKEH biasanya gambar yg memang tiada fokus dimana. Konsep BOKEH ini sangat berkaitan dengan DOF (deep of field) seperti yg diterangkan dalam tutorial sebelum ini. Jadi untuk ambil gambar BOKEH, anda hanya perlu ambil gambar yg tidak fokus.

Gambar yg fokus. Yg kebanyakan orang ambil. Menarik.

Tapi seni tu subjektif. Ada orang lebih suka gambar yg tidak focus atau pun blur. Jadi kurangkan sedikit fokus. Lebih menarik (?)

Kurangkan lagiiii fokus. Lebihhhh menarikkk (?)

Kurangkan laaagiiiiiiiiiii fokus. Leeebbbiiihhhhhhhhhhhh menarikkkkk (?) Atau dah besa sgt bulatnya jadi kurang menarik? terpulang kepada mata yg melihat.

Jadi macam mana nk buat gambar begini? Sebenarnya sangat mudah. Jika anda pengguna DSLR, tukarkan setting pada lense anda, dari AF ke MF, bermaksud dari Auto Focus, kepada Manual Focus. Biasanya ada pada tepi badan lense kamera anda. Halakan muncung lense anda kepada sumber cahaya seperti lampu kecik2, pusingkan 'ring' focus pada lense, dan ambil gambar. Siap! Selain dari sumber cahaya, apa2 pun boleh dibuat BOKEH. Cuma sumber cahaya seperti lampu mcm lagi menariklah sbb nnt die jadi bulat2 dan kadang2 bersegi.

Bagi pengguna compact camera, atau DSLR yg body-nya ada motor dengan lense yg xde built-in autofocus motor (seperti menggunakan D90 dan lense 50mm f1.4D) ,sebelum mengmbil gambar, fokuskan pada objek lain yg lebih dekat seperti tangan anda sendiri, dengan menekan separuh button mengambil gambar. Kemudian bila sudah fokus, laju2 alihkan tangan anda dan tekan habis button supaya gambar yg diambil, adalah fokus pada tangan yg sudah tidak wujud, jadi background gambar yg tidak fokus akan diambil sebagai BOKEH. Jadi carilah lampu2 yg agak2 boleh menghasilkan BOKEH yg cantik, dan cuba lah. 

Fokus dan tidak fokus 1

Fokus dan tidak fokus 2

Fokus dan tidak fokus 3

Selain itu, anda juga boleh fokus pada objek yg lebih dekat, maka background akan jadi BOKEH. Jangan lupa konsep DOF, setkan aperture paling tinggi untuk mendapatkan DOF yg kecil, jadi background BOKEH lebih menjadi. Gambar di atas, fokus pada lampu putih.

Fokus pada bintang, jadi pokok2 belakang akan jadi BOKEH.

Fokus pada lampu yg paling depan. Jadi lampu belakang menjadi BOKEH dan blur.
Menggunakan aperture F5.6 (aperture sedikit kecil) .

Gambar yg sama seperti atas. Di fokus pada lampu yang paling depan juga.
Namun menggunakan aperture yg sangat besar, F1.4.

Yang ini pula difokus pada lampu oren belakang itu. Jadi bahagian depan yg tak masuk dalam fokus akan jadi BOKEH juga. F5.6.

Aplikasi BOKEH!
Menggunakan aperture besar, fokus pada model. Maka lampu kecil2 di belakang akan jadi bulat2.
Sebulat modelnye ehehe.


- Alhamdulillah -

9 comments:

rusyd said...

abg tariq anda di kutuk...
haha abg tiap2 thn ade je bende abg akan ajar kat blog kn...dulu cube idm la ape la ape2 je la...bgs2 sng hannan nk amik exam photography nnt...

jas jamaludin said...

hahaha...
part last x blh blah~~

best!!

SMM said...

cantik dan berseni! like.

musaf said...

menede kutuk -.-'

part last yg best tuh ehehe

tq akak =]

otak suci said...

weee thanks pakcik!

:)

alqasam said...

Info dan ilmu menarik.

Ana sekarang tengah keliru nak pilih brigde kamera yang mana. Dengarnya HS10 paling terkini dan terbaik.

musaf said...

terbaek? kalau betul2 nk yg terbaek, kamera puluh ribulah yg terbaek sebenarnya. Namun dalam membeli kamera paling penting adalah niat atau tujuan kita, macam mana kita nk guna kamera tu. jadi pilihan itulah yg terbaik utk pengguna tu. setiap orang mempunyai tujuan lain2. Oh, dan kemampuan kita.

kalau setakat nk ambil gambar bersahaja, beli kamera sampai 7/8 ribu, gune tak reti sgt, itulah adalah pembaziran, bukan terbaik. =]

Dan saudara, setiap jenama ada peminat die sendiri. Tiada yg terbaek. Tapi kalau betul2 nk ckp yg berkualiti, terbukti byk peminat dan dah lama dalam industri penghasilan kamera, adalah nikon dan canon sebenarnya.

alqasam said...

Ok. Terima kasih.

Of course there is no perfect camera. Cuma HS10 tu dalam kategori bridge kamera yang melangkaui its genre.

Terima kasih atas cadangan.

musaf said...

knp nak bridge. baik beli dslr beginner punye. still boleh point n shoot. basically apa yg bridge ada, ginner punye dslr sume ada, malah lebih lagi. da la harga pun lebih kurang. lagipun bridge tak boleh upgrade.

mungkin skrg kata taknak sume, tp bile da ada da main siapa tahu kan. sbb bridge mmg takde kelebihan sbb saiz pun sebesa dslr dah.