.

Tuesday, April 27, 2010

LOgo KAS 6

- Bismillah -

Sebenarnya dalam kepala aku ada satu design yang sedikit lain dari apa yg telah dihasilkan dibawah ini. Sedikit lari dari warna kuning dan smiley bulat. Namun memandangkan aku perlu bermula dari mula untuk melakar dan menghasilkan design itu, aku risau aku terlalai kerana design baru pasti mengambil banyak masa. Jadi 3 design yg telah di hasilkan ini aku ubah dari design logo yang dulu. Cukup sekadar untuk membantu team baru KAS yang sedang sibuk dengan persedian KAS 6.


1. Konsep 6 itu telah di hasilkan semula dari logo AGM ALIPH yang pertama.

2. Konsep kedua ini pula adalah konsep asal logo KAS sejak dari mula dahulu, dimana huruf 'O' dalam perkataan SOLEH digantikan dengan smiley. Dan kebanyakan smiley adalah berwarna kuning. Memang trademark asal logo KAS yg aku hasilkan sebelum2 ini adalah begini, kecuali logo KAS 4. Untuk design baru yg aku tak nak buat itu sebenarnya smiley juga tetapi lebih berbeza dari design2 yg pernah aku buat, dan aku bercadang untuk buat warna lain. Sebenarnya agak susah untuk mencari warna yg sesuai untuk smiley kerana warna lain byk tidak kena. Jadi aku membuat keputusan mengubah smiley dari logo KAS 5 ke ekspresi yg lebih girang, memandangkan aku ada dengar KAS tahun ini betul2 kem (?). Jadi aku cube menghasilkan wajah yang lebih excited! Tulisan SOLEH aku buat warna coklat kerana, jika kuning, akan nampak sgt persamaan dengan logo KAS 5.

3. Aku cuba lari dari trademark design asal logo KAS. Pada asalnya agak susah kerana aku tiada idea. Namun aku terfikir yang logo KAS 4, tulisan nya lebih menonjol berbanding smiley yg kecil. Loga KAS asal kebanyakannya ada dua2, smiley dan tulisan. Jadi aku mencuba untuk mengenengahkan smiley lebih dari tulisan pula.


Selain aku, aku rasa aku ada 2 orang lagi yang berpotensi dalam menghasilkan logo2 untuk alumni ini. Syarifah Nabilah aka Hannan dan Majdiah Nazihah aka Jiah. Keduanya batch 14. Aku dah lihat sendiri hasil buah tangan mereka menggunakan perisian Adobe Photoshop mahupun Illustrator. Malah aku berani kata mereka punyai skill yang lebih hebat dari aku. Aku belajar sendiri dan byk mencuba. Mereka memang belajar bagaimana menggunakan perisian ini. Mungkin patut diberi peluang bakat2 baru ini pula untuk menyerlah =D


- Alhamdulillah -

No comments: