.

Sunday, April 04, 2010

25 Tahun Hira' - Malam Jasamu Dikenang

- Bismillah -

3 April 2010
Sabtu
Grand Emperial Ballroom, Centro Klang, Klang, Selangor

Overall majlis berlangsung dengan lancar. Tahniah kepada penganjur. Tapi macam biasalah, mula lambat sikit seperti yg dijadualkan. Aku sekadar sukarela, sebagai jurugambar. Aku dan Abg Hanif Mahmud. Dan ramai juga junior2 yg aku tak tahu nama turut membantu.

Perasmi. YB..err ape nama dia? ehehe. Mula2 aku blur2 kenapa gambar aku exposure asik lari. Kejap terang kejap gelap. Aku rasa aku dah mula pandai guna external flash, tapi malam tadi macam tak reti langsung. Rupanya sebab bateri flash dah nak habis. Jadi cahaya flash terlalu lemah menyebabkan gambar kurang terang dan charge lambat. Aku juga tertipu dengan ketinggian siling dewan dan luar dewan. Namun lama2 sudah biasa.

Abg Muadz

Dewan. Ada orang complain sgt sejuk. Aku rasa biasa sahaja. Kemudian di dewan sebelah ada majlis perkahwinan orang India. Jadi terdengar sampai ke dewan ini. Walaupun macam mengganggu at least xde lah bosan mendengan ucapan perasmi panjang yg panjang lebar tu, bila lagu dendangan P Ramlee dari lagu 3 Abdul menjadi muzik selingan. Ehehe

Dan dari segi tetamu yang hadir. Begitu raaaamaiiii muallim muallimah yg lama2 yg aku sendiri dah ingat lupa. Ada yang sempat di ambil gambarnya, err banyak kot yg sempat. Sampai aku pun confius tetamu yg datang tu siapa sebenarnya. Kalau tengok balik gambar2 yg diambil boleh cam balik kot nanti. So far aku pun tak tahu nak letak mana gambar byk2. Rasanya fb lah kot (?) dan buat semua orang boleh view termasuk bukan kawan. Tapi xde lah nak upload semua, sangat banyak. Ada hampir 800 gambar dengan saiz kesuluruhan hampir 3Gb. Kamera yg diguna adalah D90+tamron 17-55mm f2.8+SB 600, D90 50mm f1.4 dan D300+70-200mm f2.8+SB800.

Little Maryam n her daddy

Abg Muadz dan Abg Muadz

Anak Abg Amin (rasenye)

Generasi pertama Hira'

MC. Yang perempuannya malu2 jadi suara selalu kurang dengar. Technician kata mic yg dia guna dah naikkan ke max volume dah, tapi suara masih perlahan. Yang lelakinya pula sampai kene kurangkan sedikit volume mic!

Dewan sgt penuh. Di saat2 akhir dengarnya pendaftaran begitu rancak dan kerusi demi kerusi begitu laris. Ramai lagi yg nak datang tapi ak dapat kerana kerusi sudah habis. Susunan meja di dalam dewan juga begitu rapat, kerana bilangan maksimum meja sudah ditempatkan. Dengar cerita jumlah meja asal sepatutnya 50, tapi dah jadi 60.Itupun masih ramai meminta2 kerusi untuk dibeli.  Jadi adalah beberapa orang ajk yg terpaksa berkorban tempat dan terpaksa berdiri sepanjang majlis, atau duduk di lantai dan berlapar sepanjang majlis.

Majlis berakhir lebih kurang jam 1130 malam. Ok lah kot kalau nk compare dinner2 lain biasa mesti melarat sampai 1 pagi paling kurang. Jam 1 pagi aku baru bertolak pulang setelah kemas2 sket apa yg patut. Oh aku tadelah kemas sgt pun ehehe, tunggu orang lain hbs kemas je.

- Alhamdulillah -

4 comments:

wfhsln said...

gambar dipinjam :) credit sudah diletak, terima kasih :)

otak suci said...

+_+

.......




nak pegi.

musaf said...

zala - sila2

kak amer - 50 tahun hira' insyaAllah. Sebagai salah sorang PIBG mungkin? haha

hamba ALLAH :) said...

mcm knal je mak cik tdong biru ats tuh kn...mak aku rupenye...waaa..rndu gile kat umi..nak balek!!