- Bismillah -
Sabtu lepas, semasa dalam perjalanan dari Meru ke PJ, hujan turun dengan sangat lebat. Ribut barangkali. Kereta aku sehingga bergoyang dek ditiup angin. Jadi aku membuat keputusan berhenti di Shah Alam, Akuarium lebih tepat, disebelah Tasik Shah Alam. Ketika itu keadaan semakin teruk. Aku cuba tunggu dalam kereta, berharap agar hujan sedikit reda untuk aku berlari ke dalam banggunan akuarium. Namun 15 minit berlalu dengan hampa. Dengan berbekalkan payung usang yang sejak bila pun aku tak tahu dah terperuk dalam kereta kancil biru itu, aku berlari. Pinggang ke bawah basan lencun. Nasib baik beg yang di galas hanya basah sedikit. Aku lihat ada manusia2 lain yg cube meredah hujan menggunakan payung juga, namun nasib mereka lebih malang. Angin begitu kuat hingga payung mereka rosak dan diterbangkan. Mereka basah lencun. Jalan terhayang akibat ditiup angin ribut yang cukup kuat.
Aku kemudian berjalan pusing2 sekeliling akuarium. Sekadar melihat dahulu dan mengeringkan pakaian. 30 minit kemudian baru teringat dalam beg ada kamera. Rahim pun da lama sgt xcari job, tangan aku pun dah gatal. Maka aku pun lalai.
sgt sedih tak jumpe nemo ='[
sbenanye aku nk letak mcm 20 gambar, tapi satu gambar amik masa sejam nk upload.
Maka kesabaran aku hanya teruji hingga 7 jam sahaja.
-Alhamdulillah -
1 comment:
bz dow. sorry2
Post a Comment