.

Thursday, April 29, 2010

54


 Alaa..aku igt die cite cane Mustang blaja dari mula2.
Tapi pape pun Mustang n Amstrong mmg terbaek! Selamat tinggal Envy~

_______________


“…kenapa kita boleh berbaik dengan bangsa lain atas alasan dakwah tetapi tidak boleh rahmah sesama bangsa sendiri yang sesama agama. Adakah kemungkaran yang lebih besar dari kekufuran?” 

 '-'


Tuesday, April 27, 2010

LOgo KAS 6

- Bismillah -

Sebenarnya dalam kepala aku ada satu design yang sedikit lain dari apa yg telah dihasilkan dibawah ini. Sedikit lari dari warna kuning dan smiley bulat. Namun memandangkan aku perlu bermula dari mula untuk melakar dan menghasilkan design itu, aku risau aku terlalai kerana design baru pasti mengambil banyak masa. Jadi 3 design yg telah di hasilkan ini aku ubah dari design logo yang dulu. Cukup sekadar untuk membantu team baru KAS yang sedang sibuk dengan persedian KAS 6.


1. Konsep 6 itu telah di hasilkan semula dari logo AGM ALIPH yang pertama.

2. Konsep kedua ini pula adalah konsep asal logo KAS sejak dari mula dahulu, dimana huruf 'O' dalam perkataan SOLEH digantikan dengan smiley. Dan kebanyakan smiley adalah berwarna kuning. Memang trademark asal logo KAS yg aku hasilkan sebelum2 ini adalah begini, kecuali logo KAS 4. Untuk design baru yg aku tak nak buat itu sebenarnya smiley juga tetapi lebih berbeza dari design2 yg pernah aku buat, dan aku bercadang untuk buat warna lain. Sebenarnya agak susah untuk mencari warna yg sesuai untuk smiley kerana warna lain byk tidak kena. Jadi aku membuat keputusan mengubah smiley dari logo KAS 5 ke ekspresi yg lebih girang, memandangkan aku ada dengar KAS tahun ini betul2 kem (?). Jadi aku cube menghasilkan wajah yang lebih excited! Tulisan SOLEH aku buat warna coklat kerana, jika kuning, akan nampak sgt persamaan dengan logo KAS 5.

3. Aku cuba lari dari trademark design asal logo KAS. Pada asalnya agak susah kerana aku tiada idea. Namun aku terfikir yang logo KAS 4, tulisan nya lebih menonjol berbanding smiley yg kecil. Loga KAS asal kebanyakannya ada dua2, smiley dan tulisan. Jadi aku mencuba untuk mengenengahkan smiley lebih dari tulisan pula.


Selain aku, aku rasa aku ada 2 orang lagi yang berpotensi dalam menghasilkan logo2 untuk alumni ini. Syarifah Nabilah aka Hannan dan Majdiah Nazihah aka Jiah. Keduanya batch 14. Aku dah lihat sendiri hasil buah tangan mereka menggunakan perisian Adobe Photoshop mahupun Illustrator. Malah aku berani kata mereka punyai skill yang lebih hebat dari aku. Aku belajar sendiri dan byk mencuba. Mereka memang belajar bagaimana menggunakan perisian ini. Mungkin patut diberi peluang bakat2 baru ini pula untuk menyerlah =D


- Alhamdulillah -

Akuarium Tasik Shah Alam

- Bismillah -

Sabtu lepas, semasa dalam perjalanan dari Meru ke PJ, hujan turun dengan sangat lebat. Ribut barangkali. Kereta aku sehingga bergoyang dek ditiup angin. Jadi aku membuat keputusan berhenti di Shah Alam, Akuarium lebih tepat, disebelah Tasik Shah Alam. Ketika itu keadaan semakin teruk. Aku cuba tunggu dalam kereta,  berharap agar hujan sedikit reda untuk aku berlari ke dalam banggunan akuarium. Namun 15 minit berlalu dengan hampa. Dengan berbekalkan payung usang yang sejak bila pun aku tak tahu dah terperuk dalam kereta kancil biru itu, aku berlari. Pinggang ke bawah basan lencun. Nasib baik beg yang di galas hanya basah sedikit. Aku lihat ada manusia2 lain yg cube meredah hujan menggunakan payung juga, namun nasib mereka lebih malang. Angin begitu kuat hingga payung mereka rosak dan diterbangkan. Mereka basah lencun. Jalan terhayang akibat ditiup angin ribut yang cukup kuat.

Aku kemudian berjalan pusing2 sekeliling akuarium. Sekadar melihat dahulu dan mengeringkan pakaian. 30 minit kemudian baru teringat dalam beg ada kamera. Rahim pun da lama sgt xcari job, tangan aku pun dah gatal. Maka aku pun lalai.


sgt sedih tak jumpe nemo ='[

sbenanye aku nk letak mcm 20 gambar, tapi satu gambar amik masa sejam nk upload.
Maka kesabaran aku hanya teruji hingga 7 jam sahaja.


-Alhamdulillah -

Sunday, April 25, 2010

Dokumentari

- Bismillah -


Selain gemar dengan cerita2 yang penuh dengan aksi, misteri, penyiasatan, pengembaraan, jenaka dan teka-teki,  aku gemar melihat siri dokumentari seperti dalam national geographic atau discovery channel. External hard disk 500Gb penuh dengan dokumentari seperti ini dan gambar2. Dan aku berminat untuk berkongsi dengan mereka yg lain yg juga mempunyai minat yg sama. Sesiapa yg ada siri2 dokumentari seperti ini lagi sudi2 lah berkongsi =]


- Alhamdulillah -

Wednesday, April 21, 2010

Why does Dora's mum let her travel the world by herself when she's like 5;?



tolong jgn invite aku jd fan group pelik2

-.-'


Monday, April 19, 2010

Yazid + Farawaheda

- Bismillah -

Ahad
18 April 2010
Sek 8, Shah Alam



calon2 seterusnya .....


Yazid pun boleh tambah lagi 3 hagagaga...


- Alhamdulillah -

Sunday, April 18, 2010

Benci ISMA?

- Bismillah -


Seseorang telah mewujudkan profile 'Benci ISMA' di facebook.
Aku telah di jemput untuk menjadi sahabat facebooknya petang tadi.
Aku terfikir apakah sebenarnya yg bermain di fikiran individu yg mewujudkan profile ini, dan apakah motif dan agendanya.

Adakah ini bertujuan untuk mewujudkan permusuhan antara jemaah2 yang ada di Malaysia?
Atau mungkin sebagai strategi memancing undi ke jemaah lain?
Atau mungkin hasad, dengki dan iri hati terhadap ISMA?
Tercabar dengan kewujudan serta perkembangan ISMA?
Mementingkan kuasa atau mendominasi?
Nak kata apa yg dia ikut sebenarnya paling baik dan bagus?
Atau tiada tujuan?

Namun apakah tindakan membenci dan mengajak orang untuk membenci sesebuah organisasi yang cuba memartabatkan Islam adalah salah satu perkara yang di ajar dalam Islam?  Dan adakah wajar menuduh sesebuah jemaah Islam itu menyesatkan tanpa sebarang bukti yang kukuh? Di manakah asas tuduhan tersebut? Cube fikirkan, jika ISMA adalah ajaran sesat, mengapa pula JAKIM tidak mengambil tindakan? Mengapa pula Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) meluluskan penubuhan ISMA sehingga hari ini?

Dalam mencapai sesuatu, xsemestinya ada satu cara.
Memang fitrah kita, biasanya kita akan menyokong apa yang kita telah terlibat dengan. Namun tak bermaksud apa yang kita tidak terlibat atau apa yg bertentangan dengan atau bersaing dengan apa yang kita terlibat adalah tidak benar dan silap. Acap kali kita rasa kita bagus, kita benar. Namun orang lain? Dan boleh jadi kita silap. Kalau dah saudara seagama sendiri pun nak benci2, dengan agama lain bagaimana pula agaknya. Apakah yang membuatkan kau rasa kau lebih baik dan mulia dari orang lain?

Aku tidaklah memihak, membantah atau menyokong mana2 pihak.
Tapi seryesly, orang yg buat profile ni xleh blah -.-'

- Alhamdulillah -

Friday, April 09, 2010

MUSAF TOPUP LAGI

- Bismillah -

coooolll kannnnnn
eheee

- Alhamdulillah -

Thursday, April 08, 2010

BOKEH

- Bismillah -

BOKEH bermaksud blur atau kawasan yg di luar fokus (out of focus). Gambar-gambar yg disebut sebagai BOKEH biasanya gambar yg memang tiada fokus dimana. Konsep BOKEH ini sangat berkaitan dengan DOF (deep of field) seperti yg diterangkan dalam tutorial sebelum ini. Jadi untuk ambil gambar BOKEH, anda hanya perlu ambil gambar yg tidak fokus.

Gambar yg fokus. Yg kebanyakan orang ambil. Menarik.

Tapi seni tu subjektif. Ada orang lebih suka gambar yg tidak focus atau pun blur. Jadi kurangkan sedikit fokus. Lebih menarik (?)

Kurangkan lagiiii fokus. Lebihhhh menarikkk (?)

Kurangkan laaagiiiiiiiiiii fokus. Leeebbbiiihhhhhhhhhhhh menarikkkkk (?) Atau dah besa sgt bulatnya jadi kurang menarik? terpulang kepada mata yg melihat.

Jadi macam mana nk buat gambar begini? Sebenarnya sangat mudah. Jika anda pengguna DSLR, tukarkan setting pada lense anda, dari AF ke MF, bermaksud dari Auto Focus, kepada Manual Focus. Biasanya ada pada tepi badan lense kamera anda. Halakan muncung lense anda kepada sumber cahaya seperti lampu kecik2, pusingkan 'ring' focus pada lense, dan ambil gambar. Siap! Selain dari sumber cahaya, apa2 pun boleh dibuat BOKEH. Cuma sumber cahaya seperti lampu mcm lagi menariklah sbb nnt die jadi bulat2 dan kadang2 bersegi.

Bagi pengguna compact camera, atau DSLR yg body-nya ada motor dengan lense yg xde built-in autofocus motor (seperti menggunakan D90 dan lense 50mm f1.4D) ,sebelum mengmbil gambar, fokuskan pada objek lain yg lebih dekat seperti tangan anda sendiri, dengan menekan separuh button mengambil gambar. Kemudian bila sudah fokus, laju2 alihkan tangan anda dan tekan habis button supaya gambar yg diambil, adalah fokus pada tangan yg sudah tidak wujud, jadi background gambar yg tidak fokus akan diambil sebagai BOKEH. Jadi carilah lampu2 yg agak2 boleh menghasilkan BOKEH yg cantik, dan cuba lah. 

Fokus dan tidak fokus 1

Fokus dan tidak fokus 2

Fokus dan tidak fokus 3

Selain itu, anda juga boleh fokus pada objek yg lebih dekat, maka background akan jadi BOKEH. Jangan lupa konsep DOF, setkan aperture paling tinggi untuk mendapatkan DOF yg kecil, jadi background BOKEH lebih menjadi. Gambar di atas, fokus pada lampu putih.

Fokus pada bintang, jadi pokok2 belakang akan jadi BOKEH.

Fokus pada lampu yg paling depan. Jadi lampu belakang menjadi BOKEH dan blur.
Menggunakan aperture F5.6 (aperture sedikit kecil) .

Gambar yg sama seperti atas. Di fokus pada lampu yang paling depan juga.
Namun menggunakan aperture yg sangat besar, F1.4.

Yang ini pula difokus pada lampu oren belakang itu. Jadi bahagian depan yg tak masuk dalam fokus akan jadi BOKEH juga. F5.6.

Aplikasi BOKEH!
Menggunakan aperture besar, fokus pada model. Maka lampu kecil2 di belakang akan jadi bulat2.
Sebulat modelnye ehehe.


- Alhamdulillah -

Tuesday, April 06, 2010

Hmmmmm...

Haih.

Sunday, April 04, 2010

25 Tahun Hira' - Malam Jasamu Dikenang

- Bismillah -

3 April 2010
Sabtu
Grand Emperial Ballroom, Centro Klang, Klang, Selangor

Overall majlis berlangsung dengan lancar. Tahniah kepada penganjur. Tapi macam biasalah, mula lambat sikit seperti yg dijadualkan. Aku sekadar sukarela, sebagai jurugambar. Aku dan Abg Hanif Mahmud. Dan ramai juga junior2 yg aku tak tahu nama turut membantu.

Perasmi. YB..err ape nama dia? ehehe. Mula2 aku blur2 kenapa gambar aku exposure asik lari. Kejap terang kejap gelap. Aku rasa aku dah mula pandai guna external flash, tapi malam tadi macam tak reti langsung. Rupanya sebab bateri flash dah nak habis. Jadi cahaya flash terlalu lemah menyebabkan gambar kurang terang dan charge lambat. Aku juga tertipu dengan ketinggian siling dewan dan luar dewan. Namun lama2 sudah biasa.

Abg Muadz

Dewan. Ada orang complain sgt sejuk. Aku rasa biasa sahaja. Kemudian di dewan sebelah ada majlis perkahwinan orang India. Jadi terdengar sampai ke dewan ini. Walaupun macam mengganggu at least xde lah bosan mendengan ucapan perasmi panjang yg panjang lebar tu, bila lagu dendangan P Ramlee dari lagu 3 Abdul menjadi muzik selingan. Ehehe

Dan dari segi tetamu yang hadir. Begitu raaaamaiiii muallim muallimah yg lama2 yg aku sendiri dah ingat lupa. Ada yang sempat di ambil gambarnya, err banyak kot yg sempat. Sampai aku pun confius tetamu yg datang tu siapa sebenarnya. Kalau tengok balik gambar2 yg diambil boleh cam balik kot nanti. So far aku pun tak tahu nak letak mana gambar byk2. Rasanya fb lah kot (?) dan buat semua orang boleh view termasuk bukan kawan. Tapi xde lah nak upload semua, sangat banyak. Ada hampir 800 gambar dengan saiz kesuluruhan hampir 3Gb. Kamera yg diguna adalah D90+tamron 17-55mm f2.8+SB 600, D90 50mm f1.4 dan D300+70-200mm f2.8+SB800.

Little Maryam n her daddy

Abg Muadz dan Abg Muadz

Anak Abg Amin (rasenye)

Generasi pertama Hira'

MC. Yang perempuannya malu2 jadi suara selalu kurang dengar. Technician kata mic yg dia guna dah naikkan ke max volume dah, tapi suara masih perlahan. Yang lelakinya pula sampai kene kurangkan sedikit volume mic!

Dewan sgt penuh. Di saat2 akhir dengarnya pendaftaran begitu rancak dan kerusi demi kerusi begitu laris. Ramai lagi yg nak datang tapi ak dapat kerana kerusi sudah habis. Susunan meja di dalam dewan juga begitu rapat, kerana bilangan maksimum meja sudah ditempatkan. Dengar cerita jumlah meja asal sepatutnya 50, tapi dah jadi 60.Itupun masih ramai meminta2 kerusi untuk dibeli.  Jadi adalah beberapa orang ajk yg terpaksa berkorban tempat dan terpaksa berdiri sepanjang majlis, atau duduk di lantai dan berlapar sepanjang majlis.

Majlis berakhir lebih kurang jam 1130 malam. Ok lah kot kalau nk compare dinner2 lain biasa mesti melarat sampai 1 pagi paling kurang. Jam 1 pagi aku baru bertolak pulang setelah kemas2 sket apa yg patut. Oh aku tadelah kemas sgt pun ehehe, tunggu orang lain hbs kemas je.

- Alhamdulillah -

Friday, April 02, 2010

Lampu..banyakkkk!

- Bismillah -

I-City Seksyen 7, Shah Alam
Selangor


Aku igt lagi masa mula2 tempat ini buka bulan lepas, kebetulan malam itu aku dan kawan2 minum air mangga sedap di sek 2 sambil makan nasi goreng RM3 kat Rasa Sayang. Malam tu kawasan perindutrian sek 7 tu ssgtttttt jammmmm. Penuh dengan orang dan kereta. Orang sampai parking sgt jauh semata2 nak tengok lampu2 nih. Aku pun mestilah minat juga nk tgk apa ada. Tapi ramai sgt so malas lah. Dan kini sebulan lebih telah berlalu, masih ramai tapi taklah sesak.

Memang cuma ada lampu. Takde kedai ape2 yg da dibuka pun. Tapi adalah gerai2 yg jual makanan2 mcm kuih dan kopok leko, juga air. Ada juga yg menjual lampu2 yg boleh pakai kat kepala tu. Nampak semakin femes mende tu terutama di tempat2 sebegini dan Pesta belon udara panas tempoh hari.

Aku tak buat ape sgt pun. Lebih banyak bersembang dan sambil2 ambil gambar. Walaupun night shoot tapi tidak menggunakan tripod, kerana subjek adalah objek yg mengularkan cahaya. Malam itu juga yg datang ke sini bukan sekadar muda mudi, tetapi ada juga kuarga dengan anak kecil dan kaum kerabat mcm dari kampung satu bas datang ramai2. Dah la datang mcm dah tengah malam dan aku nak balik, dasat derang nih.


- Alhamdulillah -