.

Wednesday, October 21, 2009

Saterawan Negara

- Bismillah -



Aku baru Saterawan Negara ada 10 orang je haha. Itupun selepas terbaca artikel ini di Utusan Malaysia.

Anwar Ridhwan Sasterawan Negara Ke-10

20/10/2009 10:50pm

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Dekan Fakulti Penulisan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Datuk Dr. Anwar Ridhwan, 60, diumum sebagai penerima Anugerah Sasterawan Negara Ke-10 malam ini.

Ia merupakan anugerah yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pemilihan tersebut membolehkan anak kelahiran Sungai Besar, Selangor itu menerima warkah penghormatan negara, wang tunai RM60,000 serta pelbagai kemudahan untuk kegiatan mencipta karya sastera.

Kerajaan turut membeli 50,000 naskah karya beliau untuk diedarkan ke sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan. - Utusan


Kemudian aku cube search dan jumpa ini...

Sasterawan Negara

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Sasterawan Negara merupakan anugerah yang diberikan kepada mereka yang menyumbang dalam bidang sastera bahasa Melayu.

Senarai penerima anugerah Sasterawan Negara

  1. 1981 : Kamaluddin Muhamad atau Keris Mas
  2. 1982 : Dato' Shahnon Ahmad
  3. 1983 : Datuk Dr. Usman Awang
  4. 1986 : Datuk A. Samad Said
  5. 1988 : Muhammad Dahlan bin Abdul Biang atau Arena Wati
  6. 1991 : Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
  7. 1993 : Datuk Noordin Hasan
  8. 1996 : Datuk Abdullah Hussain
  9. 2001 : S. Othman Kelantan
  10. 2009 : Dr. Anwar Ridhwan

Kemudian aku membuat carian mengenai datuk sedara aku...
1.
http://www.kakiseni.com/articles/columns/MTA5Ng.html
2.
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=1413


Dan terjumpa juga ini. Surat yang dihantar oleh semua sasterawan negara yg masih hidup kepada pihak kerajaan. Dan baru lah aku faham kenapa.





- Alhamdulillah -

No comments: