.

Wednesday, October 28, 2009

Kota keriangan - Panorama

- Bismillah -


Alkisah sahabat ku...

Qayyum.

Dengan Canon Eos 40D baru miliknya teringin sgt nak g photoshoot. ok lah jom kite ke genting. Isnin 26 Oktober 2009. Lambat beli tiket. Bertolak pun tengah hari sbb pagi ada kelas. Oh dan skrg yg pekej sekali dengan outdoor da tade. Jadi beli tiket bas sahaja pergi dan balik. Tiket balik ke KL Sentral pun da habis sbb kami lambat, tapi gamble je pegi jugak. Pandai2 la balik nnt mcm mana.

Oh..sila klik pada gambar untuk permandangan yang lebih besar dan lebih jelas. MESTI tekan. Kagumlah dengan ciptaan tuhan =D


Kami x main sgt pun. Memang tujuan untuk mengambil gambar. Outdoor theme park pun tak masuk sbb bile tiket asing2 jd lebih mahal. Lagipun ketika kami pergi, keadaan sgt berkabus. 5 meter sahaja sudah hampir tak nampak walaupun tgh hari. Dan petang tu juga hujan sebentar.

Snow House. Ingat nak masuk tp xboleh bawa masuk kamera. Takpe lah. Stakat nak main salji korek peti air pun bolee laaa~

Indoor Theme Park + Shopping complex etc~


Subahanallah~


Balik tu hampir2 tertinggal bas. Da sgt lambat sbb nak amik gamba sunset punye pasal. Beli tiket ke pudu kemudian naik LRT balik ke UM. Sementara menunggu bas, eh bas yang menunggu kami sbb sembahyang maghrib dulu di depan escalator stesen bas genting. Bentang surat khabar. Xpe2, solat lebih penting.


- Alhamdulillah -

Kadang gelap kadang cerah

- Bismillah -

Hidup tak selalunya indah
Langit tak selalunya cerah
Suram malam tak berbintang,
Begitu aturan Tuhan


Esok aku akan berpindah ke Hopsital Klang semula
fuhh fuhhhh fighting!!!


- Alhamdulillah -

Monday, October 26, 2009

Sun shine...

- Bismillah -

=D

ok fuhh fuhh bersemangat semula~


- Alhamdulillah -

Friday, October 23, 2009

HHHHAAAAIHHHHHHHHHHHH~



Bersabarlah wahai diri....


.

Thursday, October 22, 2009

Adakah aku terlalu obsess dengan tangan sendiri?

- Bismillah -






Klang?
UM?
Haih~


- Alhamdulillah -

Wednesday, October 21, 2009

T_T

- Bismillah -

Stress exam. ok, kite asik pk nk amik gamba yg btol2 frezz xde blur2 kn. tp ape kata kite jadi lebih kreatif dgn buat long shutter n pusing2 kn kamera dan kemudian tgk ape jd. Cantikkan =]

- Alhamdulillah -

Saterawan Negara

- Bismillah -



Aku baru Saterawan Negara ada 10 orang je haha. Itupun selepas terbaca artikel ini di Utusan Malaysia.

Anwar Ridhwan Sasterawan Negara Ke-10

20/10/2009 10:50pm

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Dekan Fakulti Penulisan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Datuk Dr. Anwar Ridhwan, 60, diumum sebagai penerima Anugerah Sasterawan Negara Ke-10 malam ini.

Ia merupakan anugerah yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pemilihan tersebut membolehkan anak kelahiran Sungai Besar, Selangor itu menerima warkah penghormatan negara, wang tunai RM60,000 serta pelbagai kemudahan untuk kegiatan mencipta karya sastera.

Kerajaan turut membeli 50,000 naskah karya beliau untuk diedarkan ke sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan. - Utusan


Kemudian aku cube search dan jumpa ini...

Sasterawan Negara

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Sasterawan Negara merupakan anugerah yang diberikan kepada mereka yang menyumbang dalam bidang sastera bahasa Melayu.

Senarai penerima anugerah Sasterawan Negara

  1. 1981 : Kamaluddin Muhamad atau Keris Mas
  2. 1982 : Dato' Shahnon Ahmad
  3. 1983 : Datuk Dr. Usman Awang
  4. 1986 : Datuk A. Samad Said
  5. 1988 : Muhammad Dahlan bin Abdul Biang atau Arena Wati
  6. 1991 : Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh
  7. 1993 : Datuk Noordin Hasan
  8. 1996 : Datuk Abdullah Hussain
  9. 2001 : S. Othman Kelantan
  10. 2009 : Dr. Anwar Ridhwan

Kemudian aku membuat carian mengenai datuk sedara aku...
1.
http://www.kakiseni.com/articles/columns/MTA5Ng.html
2.
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=1413


Dan terjumpa juga ini. Surat yang dihantar oleh semua sasterawan negara yg masih hidup kepada pihak kerajaan. Dan baru lah aku faham kenapa.





- Alhamdulillah -

Tuesday, October 20, 2009

Water Drops~ again....

- Bismillah -




My friend Qayyum just bought his 1st DSLR
Canon eos 40D 2nd
Aku pun cube2 lah bermodalkan titisan air dari bumbung kolej dan tangan aku yg lawa nih ehehe~


- Alhamdulillah -

Saturday, October 17, 2009

. . . . aH

- Bismillah -

Terima Kasih untuk hari ini.
Pagi tadi, dan malamnya.
Terimakasih
=]


- Alhamdulilah -

Pagi yang cerah

- Bismillah -


Dengarlah
kicau burung - burung bernyanyi
Menyambut mentari pagi
indah dan berseri

Sebagai tanda
puji pada yang kuasa
Atas nikmat alam raya
Untuk kita semua

Syukurku
Penuh pasrah kupanjatkan
doa penuh kuhaturkan
Hanya kepadaMu Tuhan

Ya Illahi Rabbi
Tuntun dan bimbinglah kami
Agar dapat menikmati indah Alam ini

_____________

Pagi-pagi lagi aku banguun. Basuh baju. Sidai baju. Basuh baju kemeja pakai tangan (sbb xnk baju konyot malas nk iron). Rasa sangat bersemangat pagi ini. Jom study =D


- Alhamdulillah -

Friday, October 16, 2009

He's lying..lapar~

- Bismillah -

Semenjak selepas 19 September aku pun tak tahu mengapa aku sering rasa cepat lapar. Jadi selalu teringat hutang kawan2 yang nak blanja makan ehehe~

_________________


Al kisah malam tadi aku mimpi. Ketika itu waktu hampir tengah malam. Aku dan 2 orang kawan lain keluar ke padang kawasan rumah untuk mengambil gambar bintang dan bulan. Bulan malam itu cukup cantik. Sedang aku leka, tiba2 aku terperasan bulan ada2. Kemudian 3 dan seterusnya bertambah menjadi semakin banyak. Aku dan kawan2 pelik. Makin lama2 bulan tersebut semakin besar dan akhirnya, rupanya cahaya itu datang dari berpuluh UFO yg datang menyerang bumi. 2 kawan aku sempat menyelamat kan diri tapi aku ditangkap apabila cuba melarikan diri melalui chapa'ai. Aku dipenjarakan di dalam kapal induk yang sgt besar. Berbentuk piramid. Kemudian aku tak ingat dah ape berlaku. Tapi aku cuba melepas kan diri dari tahanan makhluk dari planet lain. Saat2 akhir semasa sedang dalam situasi pertempuran, letupan besar berlaku. Aku terpelanting. Aku terjaga sebab letupan itu sgt kuat. Kawan aku dari bilik sebelah sedang mengetuk pintu dengan kuat kejut solat subuh. Aku bangun dengan temengah -mengah -.-'


- Alhamdulillah -

Monday, October 12, 2009

RAYA cucu tok ROS 09

- Bismillah -

Fiefa

Baby Irin

Munief

Wafa'

Miqdad

....ermm aku slalu lupe nama budak nih
(ok Arif haha~)


- Alhamdulillah -

Saturday, October 10, 2009

Aviciena's Cupcakes

- Bismillah -

Da lama cerita pasal kolej dan aktiviti2 semasa Kolej Kediaman Ibnu Sina yang sgt disayangi ini. Secara kasarnya kolej masih sentiasa dengan aktiviti2 nya seperti biasa. Ada yang mendapat sambutan dan sebaliknya. Aku sudah tidak aktif. Sekadar melihat dan kalau menarik join.

Minggu ini klej ini mengadakan apa yg dipanggil Minggu Seni Kreatif (MSK). Bermula rabu lepas sampai esk xsilap. Byk la aktiviti2 die. Pagi ini aku sahaja turun usya2. Selain bermain permainan yg disediakan, aku tertarik dengan Bengkel Menghias Cupcakes~











Ini antara cupcakes yg di hasilkan oleh sape2 je la yg nak join. Free je pun. Aku? aku usya je n amik gamba. Tapi sgt tertarik dengan kekreatifan masing2 dan pelbagai warna yg menarik. Rata2 yg hasilkan ini adalah yg kali pertama buat.

Ok la niat sebenar aku turun sbb nk usya bengkel photography tp bile tanye rupe2nye da cancel sbb tak mendapat sambutan. Haih~


- Alhamdulillah -

Wednesday, October 07, 2009

Makanan2 sedap masa raya 09 - Day 6, 7, 8, 14 & 15

- Bismillah -

Ok bersambung semula untuk makanan2 sedap yang aku makan semasa pergi beraya di rumah kawan2, sahabat handai, dan rakan dan taulan..oh tak lupe juga sanak saudara. Pergi beraya ziarah sahaja dan open house. Ini adalah hasil sehingga kini. Open house rumah2 yang akan datang kita akan lihat nnt bagaimana =]


DAY 6
Ok raya ke-6 agak stress sikit sbb mungkin ada yg da tahu dan mungkin ada yg belum, aku tak suke sgt makanan yg berasaskan mee, tak kesah la masak ape. Ada yang aku tak boleh makan langsung tapi ada je yg bole makan. Bukan la cerewet tp kalau masuk gerenti akan keluar balik. Oh dan aku xboleh makan pedas. Jadi rumah2 yg aku dan kawan2 datang beraya pada hari raya ke-6 ini bole kata semuanya menghidang makanan jenis mee...pedas pulak tu T_T

(Rumah 1)
Terletak dikajang. Sayang aku terlupa ambil gambar makanan kerana nak cepat untuk solat jumaat. Antara menu2 nya adalah:
- Mee Goreng (pedas)
- Ayam Goreng
- Hotdog Goreng
- Nasi Impit dan Kuah Kacang
ok sume goreng. So agak tak elok untuk peha dan sistem vaskular anda. Tapi itulah raya. APe boleh buat. Haha


(Rumah 2)
Shah Alam Sek 11
- Mee kari (pedas)
Haha tapi mcm best pulak isi2 dalam kuah tu kan so mcm termelombong pulak ehehe. Mee pedas tapi kenapa aku tambah 3 kali -.-


(Rumah 3)
Port Klang
- Kek coklat
- Mee Goreng (pedas) T_T
-Nasi Impit dan serunding ayam


(Rumah 4)
Klang, Batu Belah (?) haha time ni aku mcm da penat n ngantuk.
- Spaghetti goreng
Ok ni bukan la mee tp panjang2 so mcm mee la kan. kawan2 aku ckp aku cerewet tapi manade, seryes spaghetti tu mcm tawar. xtipu!


DAY 7
Raya ke - 7 penuh dengan Open house. So makanan majoriti resepi nye sgt byk. Oh dan sgt tak baik untuk peha anda. Percayalah~ haha.


(Rumah 1)
Sek 2 Shah Alam. Ok aku dengan tak malunye panjat kosi semata2 nak amik gamba nih. Da la hari tu da raya umah ni tp sbb die buat open house kan so kne la datang skali lagi ehehe.
- Nasi Impit dan Kuah Kacang
- Rendang Ayam
- Ayam goreng
- Murtabak Singapore
- Yee mee goreng (?)
Semua sgt sedap dan menyebabkan semua kene rasa dan kne tambah ehe. Murtabak Singapore sapa tak tahu die murtabak lah tapi sgt besa. Mmg makan sorang tak larat habis.


(Rumah 2)
TTDI Shah Alam
- Dadih
- Trifle..ok aku sgt suke dessert ini..bole tak aku makan dessert lagi byk dari menu utama. Ahh takesah la perut aku kan. haha~

- Nasi Impit dan Kuah Kacang
- Lontong
- Rendang daging


(Rumah 3)
Ok aku da lupe kat mana, tp mcm dekat2 ngan Bukit Jalil. Haaa ingat. Seri Petaling. Walaupun tuan rumah yg ktrg kenal tade, tp sbb open house kan, janji makanan ade, layan~
- Nasi goreng pulut apentah dibungkus dalam daun pisang. Menurut tuan rumah itu makanan resepinya dari negara china.
-Ayam goreng
-Nasi kosong
- Ikan bakar
- dan beberapa lagi lauk yg aku tak ingat ape. tapi makan nasi berauk la
- Laksa
- Itik (?)


(Rumah 4)
Sunway, Subang
- Macaroni goreng


(Rumah 5)
Ok rumah last ni mcm sgt bykkk makanan dan sume sedap2. Sgt kesian ngan peha. Haih~
Sek 7 Shah Alam
- Mee jawa
- Rendang ayam
- Nasi Impit dan Kuah kacang

- Longtong
- Trifle
- Puding kuning yg sedap penuh dengan nata de coco
- Buah-buahan

- kek coklat tiptop haha
- Dadih besa atasnye ada nata de coco

- Roti Jala
- Rendang Ayam lagi
- Kek coklat kukus
- Kuah kari ayam

Malam tu aku mcm nak demam.. kekenyangan~


DAY 8
(Rumah 1)
Kajang. Rumah Kakak Ipar. Ciss sbb aku sesat sampai mcm rasa nak balik dah so sampai sgt lambat. Sume Adik beradik kumpul kat situ. Sampai2 derang da nk gerak ke rumah ke 2. melepas resepi kat rumah tu. Oh tapi sempat merasa..
- Bihun sup


(Rumah 2)
Kajang
- Sate kajang yg beli kat Bangi

- Mee sizzling, omg ni la pertama kali aku makan mee yg aku rasa aku sgt suke mee..sedap gileee so terpaksa la tambah 4 kali kan haha
- Nasi impit dan kuah kacang


(Rumah 3)
Bangi
- Mee jawa
- Kuih ape ntah nama


(Rumah 4)
Ok da lupe nama tempat nih tapi nk g sini sesat sampai separuh tangki minyak kereta aku habis T_T.
- Kek lapis sedap resepi warisan keluarga (haha maksudnye resepi kek nih cume ada dalam line keluarga ayah aku. Rasa die mmg lain dari kek lapis biasa n lebih sedap)


(Rumah 5)
PJ sebelah uia. Ini rumah Tokwa. Lupe amik gamba sbb lapa akibat sesat yg asik sesat. Oh nama betul Tokwa adalah Dato' Abdullah Hussein, Sasterawan Negara. Konserto terkhir yg korang baca F4 F5 dulu die la tulis
- Makan nasi berlauk ayam apentah. Ok sedap tp aku tak tahu menahu apa nama lauk2 die. Tahu makan je haha


DAY 14
(Rumah 1)
Sek 16 Shah Alam
- Macaroni goreng
- Nasi impit dan kuah kacang ada ayam
- Muffin banana dan coklat

- Laksa


(Rumah 2)
Kajang
- Roti jala dan kari ayam
- Speghatti
- Bihun sup (?)
- Nasi Impit dan kuah kacang
- Laksa

- Cheese cake
- Carrot cake
- Chocolate cake


(Rumah 3)
haha rumah sendiri. Aku balik pun da kelang kabut. Campur ade kelas lagi hari tuh. Pastu lari2 jap g open house. Pastu kelas lagi. haha~. Oh lupe amik gamba. Penat sgt. Dan terima kasih yg sudi datang esp Tariq siap tolong kemas2 angkat kosi sume
- Mee kari
-Laksa
- Rendang ayam dan Nasi impit
oh haa dan buadak2 ni time orang da tutup rumah tetibe bg salam, so aku yg baik hati ni jemput la masuk. Tahu da selagi tak dapat duit raya takkan balik punye. Habis RM6 aku bg sorang singgit. Haih~


DAY 15
(Rumah 1)
ook satu rumah je hari nih. Tapi berbaloi la dari makanan kat kolej.
Taman Seri Andalas
- Rendang ayam
- Nasi Impit dan Kuah kacang
- Nasi beriyani gam
- Lontong
- Lauk pauk dan sayur apentah

- Chocolate cake


Fuhhhh sejam aku nk tulis entry kali nih. haha.
ok kepada yg nak buat open house di baki2 hari raya yg ada lagi nih, byk menu bole pilih ehehe.


- Alhamdulillah -