.

Thursday, April 09, 2009

PEST CONTROL~ RATS!!

- Bismillah -


Makluk perosak. Rodents, insects. Tapi kali ini aku lebih berminat berbicara mengenai tikus. Khas buat kawan baru ku =].

Rodents are animals with strong incisors and no canine teeth. Siapa yg tidak kenal tikus. Membuat bising d atas siling. Merosak baju, peralatan dan perkakas rumah. Ada juga yg berani menggigit orang dalam rumah (aku penah kene skali. Ouch!). Ada juga yg makan makanan yg penat2 kita sorokkan dari ahli keluarga kita yg lain sbb nnt derang mintak. Tikus2 ini juga sering dikaitan dengan jangkitan kuman dan sifat kotor. Spesis tikus yang paling bahaya dan paling perosak ada 3 spesis, dari jenis tikus domestik :
1. Rattus Norvegicus (Norway rat)
2. Rattus Rattus (Roof rat)
3. Mus Musculus (House mouse)

Tikus adalah haiwan yg pemalu. Lebih malu dari anak dara zaman sekarang. Meraka akan sentiada mengasingkan diri, bersembunyi di celah2 tempat sempit dan hanya muncul di kawasan yang agak gelap. Mereka jarang sekali menampakkan diri meraka dikhalayak ramai. Menjaga aurat sungguh. Namun lain pula jadinya bila populasi mereka makin banyak. Atas nama persaingan, tikus2 ini akan mula memberanikan diri untuk keluar ke tempat cerah dan kawasan luas. Mereka mula berani muncul di bawah kerusi atau disebelah kaki anda ketika anda sedang khusyuk melayan YM. Ada juga yang berani tergedek2 lalu depan anda ketika anda sedang menonton tv. Dan ada pula tikus yang sudah pandai nk tackle anda. Dan jika ini telah berlaku pada anda, ketahuilah bahawa rumah atau tempat anda sudah ditawan oleh tikus. Bilangan mereka berpuluh dan mungkin beratus ekor lebih banyak dari bilangan orang di tempat kediaman anda.

Selain itu, tikus adalah sejenis makhluk yang menjadi tempat kediaman pelbagai jenis kuman dan boleh menyebabkan jangkitan pada manusia samada secara terus (melalui gigitan, mencemar makanan dgn najisnyer) atau secara tidak terus (melalui kutu tikus). Antara penyakit yg disebabkan tikus adalah. Plague, Murine typhus, Salmonellosis, Leptospirosis (Weil's disease), Rat bite fever, trichinosis, rickettsial pox, Lymphocytic choriomeningitis n Scrub Typhus.

Kewujudan makhluk perosak ini di kalangan manusia juga boleh menyebabkan kerosakan pada banggunan, makanan, haiwan2 kecil dan menjadi punca kebakaran apabila ia cuba menggigit wayar elektrik. Dan ketahuilah, tikus tidak dapat di pupuskan atau di lenyapkan terus dari muka bumi ini. Tikus hidup hampir di mana2 termasuk bawah tanah, hutan, gunung dan banggunan. Di mana ada manusia di situ ada tikus.

Rats cannot be eradicated, they can only be controlled. 3 techniques of control - Permanent, Temporary & Naturalistic.
1.
Permanent control - Environmental improvements. Improve living condition. Proper environmental sanitation. Proper household storage of food. Rat proofing structural materials, designs n workmanship. Jaga kebersihan dan kekemasan tempat anda!
2.
Temporary Control (Rat Destruction) - Trapping. Fumigation or gassing. Rodents poisons (rodenticides). Cerita pasal racun tikus, ada pelbagai jenis, long acting n short acting. Short acting ni kalo makan terus mati. Tp tikus ni pandai, kalo dia makan dan mati, kawan2 dia xkn makan da makanan yg dibubuh racun tu. Jadi itulah guna long acting, contoh warfarin. Tikus tu makan sampai kenyang pun xkan mati terus. Jadi kawan2 die lain pun sronok join makan. Tapi bila masa berlalu, tikus tersebut akan mengalami pendarahan dalaman dan beberapa hari kemudian akan mati. Cume yg xbest kite xtahu kat mana dia mati. Busuk satu rumah. Dan kene ingat, racun tikus adalah racun kepada manusia juga.
3.
Naturalistic Control. The use of predators like mongoose, varanid lizards, japanese weasel. Salmonella strains (sejenis bakteria yg hanya menjangkiti tikus tetapi tidak manusia dan haiwan lain). Cats and Terrier dos. Barn owls. Burung hantu adalah cara paling berkesan jika hendak dibandingkan dengan haiwan yg lain. Ia boleh makan tikus melebihi 1 200 ekor setahun. Kucing dan anjing pula biasanya hanya mampu menangkap anak tikus atau tikus2 yg kecik dan mereka lebih suka main dari bunuh tikus tersebut. Bela burung hantu dalam umah mcm menarik. Ala2 hEri Potter gitu.
4.
Other methods - ultrasound, electrical barriers, tangle foot boards.

Di Malaysia, kita xde National Rat-Control Programmes mcm d Singapore. Tilkus diburu habis-habisan sehingga ke lubang tikus. Malah, sape yg didapati di tempat kediaman atau tempat kerja atau kilangnya ada tikus akan disaman. Makin byk tikus makin tinggi harga saman. Populasi tikus di sana dikatakan hampir sama dengan populasi penduduk d negara itu. Lain pula cerita di India. Nisbah seorang manusia dan tikus adalah lebih kurang 1 orang : 5 000 000 ekor tikus!

Katakan xnak pada tikus!!
Di mana ada Ami... silap, Di mana ada manusia, disitu ada tikus!
Hapuskan tikus perosak!!
Perangi tikus!!
Rampas semula tanah2 kita yang dah dijajah oleh tikus!!


- Alhamdulillah -

7 comments:

[me] said...

hahaha.tak mlekat satu hape pun fakta dlm neh.teringat si labi2 tu je.haha..

anon said...

oiiittt~
haissshhhh!!!!
tension, bengang, dan sangat beterime kaseh.
xpe2..

skina. siap kmu hari jumaat neh. kite jmpe one to one!

musaf said...

hahaha~

[me] said...

ok.jgn lupe bwk tikus sekor.haha.

anon said...

no problem. kite bwk yg SUPER senior punye!

Anonymous said...

cit......
trbawak2 soklan exam.....
hampeh tol.............

musaf said...

=]