- Bismillah -
(gambar di ambil semasa di Kuala Lipis, di tanah perkuburan Kampung Relong, Mac 2009)
1.15 tengah hari. Aku sedang bersiap hendak ke kelas. Selepas mandi aku lihat ada mesej masuk ke V9 ku. Nama Zahir tertera pada skrin. "Salam. Pakuda dah meninggal. Mandi dan kapan di hospital, solat jenazah insyaAllah selepas Asar di Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya (depan Subang Perade)". Aku tak terkata. Aku terkedu. Selepas solat zohor, aku menghadiahkan Surah Yasin pada Tok Uda. Jam 2 ptg, aku ke wad, untuk wadround. Jam 3.30 ptg. Aku meminta diri untuk ke subang. Wad round ketika itu masih belum nampak tanda akan berakhir. Aku tiba di masjid Darul Ehsan sekitar jam 4 ptg. Dari luar, kelihatan banyak kereta. Aku ambil wudhu' dan terus masuk masjid. Di tengah ruang solat kelihatan mayat yan dibuka kain pada bahagian mukanya. Aku mengambil al-Quran dan duduk berhampiran mayat untuk sama2 menyedekahkan Yasin. 2 kali. Dari jauh aku lihat Mak Uda, jalan perlahan2 menuju ke jasad suaminya. Air matanya yang jatuh dikesat-kesat dengan tangannya yg tua itu. Bibir yang berkedut masih mempu tersenyum. Perlahan-lahan Mak Uda duduk sebelah Pak Uda. Perlahan-lahan juga Mak Uda mencium ke dua pipi Tok Uda. Aku sebak.
Masuk sahaja waktu, aku membantu mengangkat keranda ke bahagian lebih depan masjid. Selepas solat Asar. Solat Jenazah. Kemudian ke tanah perkuburan di usj 22. Aku sampai lebih awal dari van jenazah. Bila mayat sampai, aku tolong mengangkat keranda, letakkan di tepi liang lahad, mengangkat dan menyentuh tok Uda buat kali terakhir. Aku letak perlahan Tok Uda. Kemudian Tok Uda ditimbus perlahan-lahan. Bacaan taklin dan tahlil memecah sunyi kubur. Aku sebak lagi. Majoriti keluarga terdekat sudah basah di pipi, dibiarkan mengalir tanpa dikesat lagi. Biarlah ia mengalir buat kali yang terkahir sebelum majlis rasmi ini selesai. Cuaca yang panas pun tiba2 mendung, redup dan berangin. Bersama menghormati pemergian Tok Uda. Moga Tok Uda dicucuri rahmat, di jauhkan dari seksaan kubur, dan dimasukkan di dalam golongan orang yang beriman dan bertaqwa.
26 April 2008, Ahad
Petang ini aku sungguh penat, penat semalam ke book fair masih belum hilang. Suhu badanku juga sedikit tinggi. Selepas pulang dari meeting IMS, aku terus masuk bilik dan melabuhkan badan ke atas tilam. Tiba2 hp ku berbunyi. Mesej dari Zahir, "Salam, Pak Uda ada di UH, ward menara utama tingkat 12, u1231. Kalo bkesemptn prg la lwt". Aku balas ringkas"ok".
Selang bebarapa minit, ibuku mengetuk pintu bilik. "Tok Uda masuk hospital, mak nak pegi nih, awk nk ikut tak?" kata mak. "xpe la, nnt org g seniri, penat sgt nih" aku balas endah tak endah. "Pergi la tengok sekejap, takut esok da xjumpa lagi" balas emak lagi. Kemudian emak pergi ke PPUM dengan Abg Wan. Entah kenapa hati ku rasa xsedap. Suatu perasaan yg sukar untuk di jelaskan. Aku terbaring atas tilam dan terlelap sebentar. Kemudian bangun semula untuk solat asar. Jam 6, kakak ku Mursyidah pula mengetuk bilik, "Emak suh g PPUM skrg" katanya. Aku Akur.
6.30ptg. Tok Uda kelihatan tenat, tidak sedarkan diri. Aku lihat ada sebotol besar cecair Dopamine di meja pada kaki Pak Uda. Denyutan jantungnya kelihatan tidak stabil. Kadang normal dan kadang turun menjunam. Begitu juga dengan tekanan darahnya. Aku sempat menjenguk ke file pesakit. Bronchopneumonia. Bilateral effusion. Aku hanya senyap sepanjang berada di situ. Dalam hati, aku menyedekahkan Al-Fatihah sebanyak mungkin kepada Tok Uda . agar Tok Uda cepat sembuh.
27 April 2008Petang ini aku sungguh penat, penat semalam ke book fair masih belum hilang. Suhu badanku juga sedikit tinggi. Selepas pulang dari meeting IMS, aku terus masuk bilik dan melabuhkan badan ke atas tilam. Tiba2 hp ku berbunyi. Mesej dari Zahir, "Salam, Pak Uda ada di UH, ward menara utama tingkat 12, u1231. Kalo bkesemptn prg la lwt". Aku balas ringkas"ok".
Selang bebarapa minit, ibuku mengetuk pintu bilik. "Tok Uda masuk hospital, mak nak pegi nih, awk nk ikut tak?" kata mak. "xpe la, nnt org g seniri, penat sgt nih" aku balas endah tak endah. "Pergi la tengok sekejap, takut esok da xjumpa lagi" balas emak lagi. Kemudian emak pergi ke PPUM dengan Abg Wan. Entah kenapa hati ku rasa xsedap. Suatu perasaan yg sukar untuk di jelaskan. Aku terbaring atas tilam dan terlelap sebentar. Kemudian bangun semula untuk solat asar. Jam 6, kakak ku Mursyidah pula mengetuk bilik, "Emak suh g PPUM skrg" katanya. Aku Akur.
6.30ptg. Tok Uda kelihatan tenat, tidak sedarkan diri. Aku lihat ada sebotol besar cecair Dopamine di meja pada kaki Pak Uda. Denyutan jantungnya kelihatan tidak stabil. Kadang normal dan kadang turun menjunam. Begitu juga dengan tekanan darahnya. Aku sempat menjenguk ke file pesakit. Bronchopneumonia. Bilateral effusion. Aku hanya senyap sepanjang berada di situ. Dalam hati, aku menyedekahkan Al-Fatihah sebanyak mungkin kepada Tok Uda . agar Tok Uda cepat sembuh.
1.15 tengah hari. Aku sedang bersiap hendak ke kelas. Selepas mandi aku lihat ada mesej masuk ke V9 ku. Nama Zahir tertera pada skrin. "Salam. Pakuda dah meninggal. Mandi dan kapan di hospital, solat jenazah insyaAllah selepas Asar di Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya (depan Subang Perade)". Aku tak terkata. Aku terkedu. Selepas solat zohor, aku menghadiahkan Surah Yasin pada Tok Uda. Jam 2 ptg, aku ke wad, untuk wadround. Jam 3.30 ptg. Aku meminta diri untuk ke subang. Wad round ketika itu masih belum nampak tanda akan berakhir. Aku tiba di masjid Darul Ehsan sekitar jam 4 ptg. Dari luar, kelihatan banyak kereta. Aku ambil wudhu' dan terus masuk masjid. Di tengah ruang solat kelihatan mayat yan dibuka kain pada bahagian mukanya. Aku mengambil al-Quran dan duduk berhampiran mayat untuk sama2 menyedekahkan Yasin. 2 kali. Dari jauh aku lihat Mak Uda, jalan perlahan2 menuju ke jasad suaminya. Air matanya yang jatuh dikesat-kesat dengan tangannya yg tua itu. Bibir yang berkedut masih mempu tersenyum. Perlahan-lahan Mak Uda duduk sebelah Pak Uda. Perlahan-lahan juga Mak Uda mencium ke dua pipi Tok Uda. Aku sebak.
Masuk sahaja waktu, aku membantu mengangkat keranda ke bahagian lebih depan masjid. Selepas solat Asar. Solat Jenazah. Kemudian ke tanah perkuburan di usj 22. Aku sampai lebih awal dari van jenazah. Bila mayat sampai, aku tolong mengangkat keranda, letakkan di tepi liang lahad, mengangkat dan menyentuh tok Uda buat kali terakhir. Aku letak perlahan Tok Uda. Kemudian Tok Uda ditimbus perlahan-lahan. Bacaan taklin dan tahlil memecah sunyi kubur. Aku sebak lagi. Majoriti keluarga terdekat sudah basah di pipi, dibiarkan mengalir tanpa dikesat lagi. Biarlah ia mengalir buat kali yang terkahir sebelum majlis rasmi ini selesai. Cuaca yang panas pun tiba2 mendung, redup dan berangin. Bersama menghormati pemergian Tok Uda. Moga Tok Uda dicucuri rahmat, di jauhkan dari seksaan kubur, dan dimasukkan di dalam golongan orang yang beriman dan bertaqwa.
Catatan terakhir...
Alfatih untuk Tok Uda.
Mustafa bin Fadhullah Suheimi.
Terima kasih kepada si penunjuk jalan
- Alhamdulillah -
Alfatih untuk Tok Uda.
Mustafa bin Fadhullah Suheimi.
Terima kasih kepada si penunjuk jalan
- Alhamdulillah -