.

Tuesday, August 12, 2008

BaktisiswaSARAWAK - Day 3 & 4

-Bismillah-

RABU 30 Julai 2008

Seperti biasa pagi hari dimulakan dengan senam robik dan kemudian sarapan

Diteruskan pula dgn gotong royong membersih kawasan sekeliling rumah agan. Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk, bersihkan longkang, mengangkut tanah untuk ditambah kepada pokok bunga.

Kemudian menggali lubang untuk menanam sampah (yg buat kejenye sikit je, yg tgk nye punye la byk). Ada juga menebas rumput etc.

Kemudian sebahagian dari kami pergi bersuka ria d sungai yg terletak lbh kurang 100 meter dari rumah.

Dan bermula dari tengah hari ke petang, aktiviti medical checkup diteruskan. Medical checkup ini sebenarnya bermula sejak semalam, selasa, dari pagi ke petang. Selain itu, ada juga pameran kesihatan, latihan dan demostrasi CPR, latihan pertolongan cemas, ceramah kesihatan dan lain2 berkaitan kesihatan.

Pada masa yg sama pertandingan mewarna untuk kanak2 diadakan supaya mereka x mengganggu mak ayah die org yg pergi medical checkup. Selain itu juga ada sebahagian kumpulan lain, diketuai oleh biro publisiti ke rumah panjang lain untuk buat promosi. Biro pengangkutan pula sibuk mengangkut org kampung dr rumah panjang lain ke rumah panjang Agan untuk sama2 menambah ilmu mengenai kesihatan.

Aku? Mcm biasa la klua shopping, Amik makanan bungkus utk lunch dan beli barang mentah untuk dinner n breakfast esk pagi. Ada AJK aku org cina. Apa yg aku perasan bile aku klua ngan derang ni, derang sgt berkira soal kesamarataan. Sbb non-muslim mkn dgn keluarga masing2 n muslim hanya 1 tempat masak kemudian agih2, biasa la ktrg kne beli lbh sket brg dapur mcm minyak, sos, bawang sume. Itu pun derang xpuas hati. Sume nk sama, xleh yg lbh mahu kurang. Kalo derang xbeli barang tu utk derang, ktrg pn xblh. Hari rabu ni juga muslim mkn telur masak kicap je sbb senang nk masak n rata2 ktrg da bosan mkn ayam. Yg chinese beli ayam. Itu pun msh nk berkira lg. xpaham aku.

Boleh kata lauk ktrg tiap2 hari utk lunch (tempah bungkus dr kedai) dan dinner (msk seniri) adalah ayam, sbb byk pulak yg allergy to seafood laa, vegi la, etc.. so aku decide kite beli ayam je. Tu yg muak tuh. Tp sbb aku ketua dan duit aku pegang, ktrg beli la senyap2. Hahaha. Kalo ktrg beli udang sotong lain aa, ini stakat bawang, garam, sos, cili kering..

KHAMIS 31 Julai 2008

Hari ni punya aktiviti tiada yg spesel sgt. Pagi seperti biasa senam robik, kemudian medical checkup, pameran etc.. Dan tgh hari nya pulak sebahagian besar dari kami ke sekolah yg berdekatan untuk buat aktiviti bersama pelajar sekolah.

Agak menarik aku lihat dan budak2 pun sgt seronok. Jelas terbayang kegembiraan d wajah masing2 terutama kanak2. Majoriti orang iban d sini, hanya ada kanak2 dan org tua sahaja. Yg remaja dan dewasa rata2 nya duduk asrama atau bekerja d tempat jauh dan hanya balik jarang2. Jd kanak2 d sini tiada kakak dan abang yg sudi bermain dengan mereka. Mereka menagih kasih sayang (cewah!). Mcm pagi ini, ada budak d rumah Agan menangis sambil menyebut 'mana abang2' semasa kami keluar buat aktiviti d sekolah.

Pada masa yg sama, aku dan beberapa org kawan pergi ke Bandar Sarikei untuk shopping. Gambar d atas adalah ketua Chef, Saadah. Dengan muka selamba dan penuh yakin, dia pergi kat menda putih yg tergantung tu n tanye pakcik kedai..
"santan ni berapa sepeket?" katanya
"itu kapur dik, santannya ada kat sni" balas pakcik tu
Bwahahaha. Masing2 pecah perut ketawa termasuk la pakcik makcik yg ada d sekitar kedai tu.

Untuk dinner malam ni kami makan ikan. Ape nama ntah tp aku sgt tak suke sbb banyak tulang!!! last2 aku putus asa nk makan ikan so aku jd vegi jap. Ikan tu ktrg bakar. Untuk yg chinese nye ktrg beli ayam mcm biasa n derang msk kat umah keluarga masing2. Dan bila masak beramai2 ni, muslims n keluarga yg kami tinggal bersama jadi sgt rapat dan meriah. Seronok.

Juga menu utk malam itu yg disediakan oleh mak angkat aku. Membe2 aku mkn dengan penuh selera tp aku hanaya melihat. Bukan apa, teringat aku life cycle beberapa parasite yg antara host nya adalah siput. Dan juga aku geli senanyer~ Ni siput ape ntah aku tak tahu. Aku nampak mak angkat aku g sungai n kutip. Siput sedut agaknya,
Malam tu konon2nya malam kebudayaan. Ada tarian, nyanyian apa2 lg ntah. Sampai la tgh malam.

Aku? duduk d dalam rumah sorang2 tgk cite hantu. Aku kan baik soleh wa musleh. haha. Memule tgk cite KEKASIH GELAPKU. Seronok jugak. Jarang2 aku tgk cite melayu nih. Pastu cite seram cine pula, pasal alam jin. Meremang bulu rome aku. Kejap2 pandang jugak atas blakang takut2 ada makhluk yg aku xnk tgk.Hahaha~ Tp layan gak cite tu sampai habis.

oo yee. Dalam prog ni, ada beberpa org yg digelar 'excluded'. Antaranya adalah pengarah, timb pengarah dan aku. Dengan kata lain kami langsung xyah ikut tentetif. Ye aa..kalo aku ikut tentetif xmakan la org lain.

bersambung lg...



-Alhamdulillah-

2 comments:

FabulouswithAs said...

ala..kalo ade cercaria dlm siput tuh pon tawakal jek mkn..kui3...padahal selame nih mkn siput sedut ok je kan...haha bile da blaja microb geli plak pk..psycho jek tuh..hak3

musaf said...

btol2... lg pun bkn ape, kat kawasan pendalaman bintangor nh mmg endemic byk infection. tu yg aku riso tuh