.

Monday, August 11, 2008

BaktisiswaSARAWAK - Day 1 & 2

ISNIN 28 JULAI 2008

ketiga-tiga kumpulan telah selamat tiba di rumah Agan. Kumpulan akhir tiba lbh kurang jam 4 ptg. Selepas semua 'check in' ke rumah angkat keluarga masing, semua bersiap untuk majlis perasmian pembukaan baktisiswa pada petang selasa.

Malam itu pula ada majlis ringkas penyerahan anak angkat dan ucapan dari ketua Rumah Agan atau Tuai Rumah, En. Agan.

Sebut mengenai hari pertama ni sebenarnya byk isu timbul termasuk soal agama dan perkauman. Isu pertama mengenai makanan, isu yg timbul seminggu lg sblm baktisiswa. Aku yg menjadi ketua dalam bahagian ini sgt pening. Ini semua isu halal haram makanan. Plan asal setiap orang akan makan dengan keluarga angkat masing2. Keluarga akan masakkan, atau kita tolang dia masak, atau kita yg masak atau dia tolong kita masak. Bila timbul isu halal haram aku membuat keputusan yg bahan mentah kita yg beli sendiri dan akan guna kita punya untuk masak. Kemudian timbul pula mengenai perkakas dapur, pinggan mangkuk, periuk sudu pisau suma pernah digunakan untuk masak potong n makan babi. Jadi aku cadang ahli keluarga masing2 samak barang dapur rumah masing2. Tp ada yg kurang setuju kerna khuatir keluarga angkat akan amik hati atau tidak benarkan. juga barang yg nak samak banyak dan memenatkan.

Jadi pada hari pertama ini, pagi itu, kawan aku org serawak pergi pinjam barang dapur kepada saudara maranya yg tinggal di sarikei. Barang2 tu kita akan letak kat 1 rumah n rumah tu tolong masak untuk semua muslim n ahli keluarga yg muslim students tinggal. Yg non muslim mmg family derang yg masakkan, tiada masalah. Tp mmg sgt kesian la rumah yg kena masak tu. Sgt berterima kasih kepada ketua chef, Saadah dan pembantu kanan chef Eri.

Isu kedua mengenai pakaian. Majoriti membe2 pompuan chinese pakai seluar pendek yg mcm spender. Sgt pendek dan sgt ketat lg seksi. Jadi mlm itu semasa berkumpul ramai, hal ini disuarakan oleh seorang muslim supaya non muslim menghormati muslim dengan berpakaian lbh sopan. Tetapi ia ditentang keras. Freedom! Negara demokrasi la kata kn. Hak masing2. Jadi sedikit pertengkaran berlaku di antara 2 kaum. Yg indians nye hanya diam. Mereka terlalu sikit untuk bersuara. Akhirnya bg mengelakkan pergaduhan panjang, pengarah (seorang chinese) decide supaya short pans hanya dibenarkan di dalam rumah masing2 sahaja. Atas alasan ini program rasmi dan kita perlu menjaga imej UM dan Fakulti, jadi berpakaian lah dengan sopan. Tetapi ada wajah tidak puas hati pada wajah2 sahabat cina kami.

Dan beberapa isu kecil lagi yg akan menyebabakan post ini jd sgt panjang utk diceritakan.
.
.
.
SELASA 29 JULAI 2008


Pagi hari ini dan hari2 yg lain dimulakan dengan senam robik yg bermula pada jam 7 pagi. Macam sgt awal, tetapi buat yg xtahu, sarawak kol 6 pagi langit sudah mulai cerah. Aku yg tidak biasa menyangka aku bangun subuh di awal waktu, rupanya sudah di penghujung waktu. Jam 6 ptg, hari sudah mulai gelap.

Selepas senam robik, masing2 sibuk dengan persedian untuk majlis perasmian petang itu.
Majlis pembukaan dimulakan pada jam 3 ptg, dirasmikan oleh YB Sarikei. Di atas jasa baik YB, jambatan yg nk runtuh itu akan digantikan dengan jambatan baru.
Ini adalah salah satu dari kerja biro makanan dan logistik yg diketuai aku. Kerja aku tiap hari, pagi2 sediakan breakfast utk semua peserta. Jam 10 pg keluar g Pekan Bintangor, ambil nasi bungkus untuk lunch dan beli barang mentah untuk dinner dan breakfast esk pagi. Balik biasa kol 12. Itu la keje aku tiap2 hari.
Petang itu ada sukaneka dengan penduduk.
Pada masa yg sama, sebahagian dari membe laki aku mula tolong2 Chef untuk masak. Ktrg mula samak sikit2 barang dapar yg nk digunakan. Dan petang itu ktrg msk masakan org iban, ayam pangsuh. Ayam dipotong kecil dan dimasak dalam buluh...mcm lemang. Nasi pulak makan padi bukit. Sgt sedap makan malam hari itu. Sayurnya pulak aku da lupa nama die..msk ngan blacan. Yummy~

bersambung....


-Alhamdulillah-

2 comments:

Anonymous said...

huhu..

bestnyer..

tapi awat tak buat kat original rumah panjang? berak dalam sungai wooo :p (Acah jer hahaha!)

kaksarah

musaf said...

ish2 kak sarah..semenjak da kwen ni ayat da tak bertapis..kui3. Sbb ktrg xnk balik UM bawak penyakit mcm budak last yr. Mmg la lg best n thriller tp last year derang bwk balik Rubella, xpasal2 outbreak rubella kat UM. Lg 1 takut menyusahkan ktrg sendiri. Objektif nk membantu nk mempromosi kesihatan, kalo kat kawasan yg ancient sgt takut derang xfaham n objektif xtersampai. Yg agak modern ni pn da sgt susah lg leceh. huhu~