.

Tuesday, August 05, 2008

BaktisiswaSARAWAK Day 1 - Rumah Agan

-Bismillah-
BAKTISISWA SARAWAK 2008!!!!
Secara kasar prog ini dianjurkan oleh medical society (MEDSOC) University Malaya. Diadakan pada 28 Julai - 2 Ogos 2008. Bertempat d Rumah Panjang, Rumah Agan, Sungai Mador, Bintangor, Sarikei, Sarawak. Disertai oleh 104 orang pelajr perubatan UM tahun 3 dan seorang penasihat, Dr. Mohazmi.
27 Julai, 3 pagi
kumpulan pertama bertolak ke LCCT. Aku ikut kumpulan ke 2 pada esoknya jam 3 pagi. Tp pada malam ini kne turun utk kasi briefing sket. Siangnya pulak aku ke PERSIS, sempena EPISMA 'memenangkan' kumpulan aRraid.
28 julai, 3 pagi
Aku sgt mengantuk dan penat. Da la malam sebelumnya xcukup tido. Selepas sedikit briefing, kami bertolak dengan 2 bas UM ke LCCT. Ntah mcm mana, Dr Mohazmi tertinggal. Sbb kami da jauh, Dr terpaksa naik bas ke LCCT. Sory doc, mcm mana blh terlupa ntah. Selepas check-in jam 530 pagi, kami breakfast d MacD (boikot!!). Dr Mohazmi tiba 615, org last check in. Semayang subuh kemudian terus naik flight. Aku tido sepanjang penerbangan walaupun kurang nyenyak sbb cuaca kurang baik pagi itu.
915 pagi
Kami tiba d lapangan terbang sibu. Kecil sahaja. Disebabkan tak cukup bas, sebahagian dr kami terpaksa tunggu kumpulan ke 3 di airport yg dijangka tiba jam 2 ptg. Sebahagian kami yg lain termasuk aku bertolak dahulu ke Rumah Agan. Sebelum sampai kami singgah ke pekan ape-ntah-nama utk beli sedikit barang keperluan.

Untuk ke rumah agan, bas terpaksa melalui jalan yg berbukit bukau (majoriti jalan kat sarikei begitu). Masuk ke hutan melalui jalan yg sgt sempit. perjalanan mengambil masa lbh kurang sejam setengah. Sebelum tiba ke Rumah Agan, kami terpaksa melalui satu jambatan yg hampir roboh (gambar atas). Jadi kerna ingin mengelak dr perkara yg tidak diingini, kami terpaksa turun kosongkan bas untuk bas melintas kemudian naik balik selepas itu.

Satu2 nya bas yg kami guna.

1130 pagi - Kami tiba di Rumah Agan

Ini adalah rumah Agan. Sgt buruk dan sangat daif bukan? tp ini rumah agan yg dulu. Rata2 anak2 dari rumah panjang ini sudah berjaya dan ramai yg sudah berhijrah dan bekerja di semenanjung. Siap ada satu keluarga tu, Rumah dia kalah rumah org KL. lengkap dengan perabot import dan home theater. Bila ditanya, salah sorang anaknya adalah doktor pakar (adakah ini bermaksud doktor kaya?). Jadi anak2 yg sudah berjaya ini selalu menghantar wang pulang.

Bila sudah byk, penduduk rumah agan sepakat nk moden kn sket rumah panjang mereka. Jadilah mcm gamba atas ni. Walaupun nampak mcm rumah teres 2 tingkat, tetapi di dalamnya masih dhaif (kecuali rumah yg anak die doc pakar td). hanya bahagian depan rumah sahaja batu, belakangnya semua papan.


masuk sahaja Rumah itu, akan ada satu kawasan luas yg sgt panjang. dinamakan Ruai. Disinilah lbh 60% masa org2 Iban yg tinggal d rumah ini menghabis kan masa. bersembang, mengumpat, bermain dan sebagainya. Jd dapat dilihat ukhuwwah diantara penduduk sgt kuat. Majoriti aktivi yg kami buat juga di ruai ini.

Satu2nya jalan ke rumah agan

Dari depan pintu masuk, beginilah gambarannya~

bersambung....

-Alhamdulillah-

1 comment:

Anonymous said...

you all baru smpai rumah agan jer..try msk dlm lg,baru adventure ckit..x jauh lg tu,jln dlm 10 minit smpai rumh pjg kedua kat hjg skali..apa2 pun slmt mngenali sg.mador...selamat datai bala temuai...