.

Friday, August 29, 2008

aku yg busy d OGOS 08

-Bismillah-

wahh~ xsangka aku akan begitu sibuk sehingga nk update blogpun xberkesempatan. Sbb mcm da lama untuk d update setiap aktiviti aku secara detail, cukuplah sekadar coretan ringkas untuk bacaan petang anak cucu ku nanti.

Sabtu, 2 Ogos 08
Balik dari baktisiswa

Jumaat-Ahad, 8-10 Ogos 08
Aku dan 2 org kawan medic bercuti d Kuantan dan Kemaman

Rabu, 13 Ogos 08
Tahniah kpd buddy Husni yg selamat d-konvo-kan dan terima ksih krn membelanja buddy2 kecil makan beso. Dan terima kasih juga krn menceritakan ke-stress-san menjadi HO (mnyebabkan aku stress juga).

Jumaat- Ahad, 15-17 Ogos 08
Aku dan 30+ membe2 medic ke Bachok Kelantan untuk Sunathon anjuran Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM). Dapat sunat 6 orang =D.

Ahad-Isnin, 17-18 Ogos 08
Pagi2 terus dari Bachok kami bertolak ke Pulau Perhentian. Antara aktiviti d sana adalah mandi, mandi, manda, mandi, snorkling 3 jam, mandi, manda dan mandi. HAhaha~ Sgt seronok. Dan...Subahanallah. Sgt cantik. Balik sampai UM jam 330 pagi Selasa.

Jumaat, 22 Ogos 08
Aku berpindah ke hostel Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR/Hospital Klang). Semenjak hari ini, tidur ku cukup lena. Kerana aku sgt penat. 745 pagi-5 ptg kne ada kat wad. Kalau ada on call (2 kali seminggu), 1230 tengah malam baru balik. Kalau tiada on call, ptg kne pegi clerk patient, malam kene stadi. Pastu kalo cm rase rajin ptg sampei malam g masuk OT (operation theater). Dan untuk pertama kalinya aku rasa nak sampai hari jumaat begitu lama~

T_T

-Alhamdulillah-

Mohon ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja dan untuk apa jua kesalahan. Minta halal makan minum n apa2 menda. JIka ada hutang dan salah silap, boleh beri tahu. Namun jika sudi menghalalkan dan memaafkan, terima ksih. Salam Ramadhan Almubarak. Moga2 kita mendapat sebanyak mungkin permata dari Ramadhan kali ini.


Friday, August 15, 2008

BaktisiswaSARA5WAK - 5 & 6 (end)

- Bismillah -

JUMAAT 1 OGOS 2008

Pagi ini tidak dimulakan dengan senam robik seperti selalu. Hari ini juga tiada aktiviti rasmi seperti medical checkup etc. Hari ini hari bebas untuk melakukan apa2 aktiviti sendiri dan hari ini juga diberi nama A Day With Foster Family. Dan malam adalah majlis penutup.

Pagi ini aku bangun seperti biasa (solat subuh tido semula dan bangun 7 pagi). 7 Pagi sudah cerah d sini. Ramai di antara kami yg ikut keluarga masing2 bekerja antaranya berkebun, bersawah bukit, menternak binatang dan lain2. Deven (indian guy yg tinggal skali ngan aku) ikut ibu Mariam (ibu angkat kami) ke kebun. Aku kne bersiap untuk keluar ke bandar membeli belah seperti biasa. Cuma pada pagi ini lain sedikit sbb hari jumaat. Jadi Sumua lelaki muslim akan keluar skali untuk solat jumaat.

Kami menggunakan van ini, muatan maksimum 14 orang termasuk tetamu. Tetami sbb ramai sgt nk ikut skali keluar ke bandar (rata2 da bosan terperuk d rumah panjang), seramai 26 orang berjaya disumbatkan, termasuk pemandu. Gila! Sepanjang perjalanan mmg kami berdoa agar tidak bertemu dengan polis.

Lebih kurang sejam perjalanan, kami sampai d bandar sarikei setelah bersesak nafas d dalam van. Aktiviti pertama adalah makan burger. Aku beli SPECIAL MANJAN BURGER (gambar atas).

Special Manjan Burger. Daging ayam dan lembu mengepit hotdog ditengah kemudian d balut dengan telur. Kemudian di bubuh pula keju yg mengepit bungkusan telur itu. Memang Lemak!!
Kemudian masing2 berpecah kepada kumpulan kecil untuk jalan2 dan membeli ole2 dan barang2 lain. Masuk Zohor lebih kurang jam 1230, kami bersembahyang d satu2 nya masjid d bandar itu.
Selepas solat, kami singgah di Sugar Bun. Kedai ni ala2 KFC. Design kedai sume sama mcm KFC. Menu KFC sume ada d sini. Tp d sini lebih menarik. Ada nasi dan lauk. Jus buah. Aiskrim. Ais blanded. Western food dan pelbagai lagi. Sgt menarik.

Kemudian kami berpecah lagi. Aku dan beberapa org kawan pergi ke pasar raya dan pasar basah untuk beli barang2 untuk BBQ malam ini. Untuk malam ini sahaja, akulah ketua chef!
10 pg - 3 ptg kami d sarikei. Van sampai untuk balik, jenis sama tp yg lain. Kami ambil masa untuk susun semula formasi sumbat 26 orang. Lbh kurang 30 minit baru selesai. Da la org2 makin berat akibat bahana Sugar Bun. Ditambah lagi barang2 yg masing2 beli. Campur pula bahan mentah yg aku beli untuk 200 org makan malam ini. Bayangkan sahaja bagaimana sardine nya van itu.

Orang ramai lalu lalang sumua pandang2. Masing2 bermuka pelik dan ada juga yg ketawa dan tersenyum. Jimat beb! Sebelum bertolak aku terperasan tayar belakang sudah retak. Aku katakan kepada pakcik drebar. Die kata xpe. Dont worry la~

Nasib baik hampir sampai. Kira2 15 minit perjalanan lg. Tayar pecah! Merempat kami di tepi jalan. Tayar spare pulak pancit. Sudah jatuh, jatuh atas tahi lembu pula. Pakcik drebar menghubungi membenya supaya van lain d hantar mengangkut kami. Tapi kali ini separuh sahaja yg naik. Separuh lagi jalan dulu n van akan patah balik amik kemudiannya. Tak nak pisang berbuah 2 kali.

Semasa d bandar Sarikei, aku tidak menjumpai ayam. Kedai da tutup petang2 ni. Habis2!. Tp aku yg tenang ni bermuka selamba. Aku akan cari jugak pengganti ayam. Da balik rumah panjang nnt akan ku fikirkan bagaimana.
Penduduk d sini mmg sangat baik. Mereka bg 4 ekor ayam untuk dsembelih. Sbb mereka bukan org islam, kami yg sembelih. Mereka faham. Kami bukan pro, jadi 3 orang kne buat. Ada pula 1 ayam yg 1 je carotid artery die putus (urat mareh). 1 lg x ptutus! Setelah perasan, kami angkat balik ayam tu dan potngkan yg 1 lg. Ketika it ayam itu belum mati. Mcm mana ni. Apa hukumnya. Halal x ayam ni?

6 petang, ada kereta balik. Aku dengan seorang kawan, Pali, memecut ke Pekan Bintangor untuk membeli ayam, ais dan bekas besar untuk d isi air. Sampai d bintangor setengah jam kemudian. Selepas itu, aku bergegas ke kedai ayam. Kedai tu nk beli ayam baru die baru sembelih. Kalo org Islam yg nak pembantu islam die akan sembelih. Kalo bkn islam, tokey cine die yg akan buat. Ketika sampai, pembantu Islam pergi sembahyang, jd kami kene buat sendiri. Skali pembantu die balik buat laju gle. Kami beli 8 ekor ayam potong 8.

Kemudian aku pergi cari AIs. Dekat 10 kedai aku cari. Last2 pegi beli kat restoran cine. kemudian cari bekas besar isi air. Pun sgt susah. 20 Kedai aku pergi tiada. Di saat hampir berputus asa, aku ternampak kedai hardware. Tapi da tutup. Dengan muka x malu aku ketuk kedai tu suh dia bukak balik. Akhirnya dapat juga. Aku bersyukur yg amat.

Kemudian g sembahyang maghrib, ambil ayam dan bergegas pulang. Target sampai sebelum 830, tp aku terlajak. Da la terlajak kemudian ada road block pulak. Lambat. Aku diminta tunjuk lesen. Aku bg je la. Tetibe polis tu kata da mati lesen aku. Seingat aku lesen aku mati awal tahun depan. Aku yang tengah nk cepat membalas balik dengan nada yg tinggi. Siap bertengkar lg tuh dgn pakcik polis tu. Skali aku tgk btol2 rupenye mati awal tahun ni. CITTT!!! Malu den!! Membe aku kat sebelah tertawa terbahak2. Mmg aku kerja kan die lps tuh. Da la terlajak, kene saman pulak tuh. Kalo x terlajak xkne saman. Kire aku terlajak untuk d saman!

ARRRRRGGGGGHHH!!!!!!! Nasib baik aku cool. Takpe, balik KL bayar je aa (Walaupun da 3 minggu balik tp xbayar lg nih). Aku sampai Rumah Agan jam 930 malam. Sgt lambat!

Menu malam tu adalah...
Ayam BBQ 12 ekor
Chicken wing BBQ 5 kg
Ikan pari BBQ - 10 kg
Fish Ball BBQ 20 peket
Ketam Ball BBQ 20 peket
Hotdog BBQ 20 peket
Jagung BBQ 40 biji
Bandung Sumatra (bandung ais + aiskrim soda)
Coleslaw
Tembikai besar 2 biji
dan ape lg ntah aku x igt..

Secara kasarnya aku berniat untuk bagi makan org2 rumah panjang ni makanan yg derang xpernah atau jarang2 makan.

Untuk marinade nye..
Sos BBQ Life
bawang besa
Bawang putih
Air asam sket
Serai
dan air tangan dan daki kawan2 aku..

Sambutan malam itu d luar jangkaan. Lebih 250 orang datang termasuk kami peserta 106 0rg. Siap dari rumah panjang lain lagi datang. Makin lama makin ramai. Beleh tahan menu yg aku sediakan nih. Laju je makanan yg selesai d panggang habis. Nasib baik aku beli tambahan 8 ekor ayam td, d campur membe aku ada beli chicken wing 5 kg. Acara BBQ dari 7 ptg hingga 1 pagi. Jam 10 turut berlangsung majlis penutup selama sejam. Time ni da stat da denga bunyi sedu2 dan air mata sudah kelihatan membasahi pipi terutamanya keluarga angkat. Aku juga tidak ketinggalan menitiskan air mata akibat asap BBQ.

Dan malam itu aku belajar sesuatu untuk di bawa balik ke KL, poco2 dance. Hahaha. Bila google, rupanya sgt femes tarian ini. Lagunya juga agak menarik. Langkahnya bila sudah diketahui rupanya sungguh mudah. Di rumah Agan ini, senua org tahu termasuk nenek2 dan budak2 kecil.

Malam itu malam terkahir. Masing2 tidur lambat. Aku tidur jam 3 pagi.
.
.

SABTU 2 OGOS 2008

Pagi ini sesungguhnya sungguh dan sayu. Penuh dengan air mata, sedih atas perpisahan selepas bertemu. Makin hari makin rapat dan mesra. Tp tiba2 semuanya perlu berakhir. Rumah Agan akan kembali senyap seperti biasa. Tiada lagi hingar budak2 kecil bermain bersama abg2 dan kakak2 angkat mereka. Orang2 tua akan melakukan rutin biasa. Pagi ke kebun, petang berehat2 d ruai. Tiada lagi mereka perlu melayan anak2 angkat yg semakin rapat ini. Semua akan kembali seperti sedia kala.

Devan, adik angkat ku Michelle, Ibu Mariam dan aku. Ibu Mariam sudah tidak mampu tersenyum. Hanya sebak yang di tahan2 sejak malam td. Michelle pula demam pagi itu. Murung sahaja tidak cergas aktif dan ceria seperti selalu. Aku hanya mampu diam. Semua sudah faham, adanya perpisahan selepas pertemuan. Memang itu hukum alam.

Mula2 datang, mojoriti malays sgt menyesal. Da la kne bayar, xseperti yg dijanjikan dulu, percuma. Kemudian aktiviti pula sgt membosankan. Tidak sistematik dan kuran tersusun. Perancangan juga nampak sgt kelemahannya. Tiada plan B. Tp hari ke hari perasaan itu hilang. Sehingga hari terakhir, ada di antara kami yg belum ingin pulang.

Atas kapal terbang, aku tidak dapat tidur. Terbayang keseronokan di dalam kesusahan dan serba serbi kekurangan tinggal di Rumah Panjang Agan. Aku melihat keluar tingkap. Indah sungguh ciptaan Ilahi.

akhir catatan........
Baktisiswa Sarawak 2008
Jumaat
15 Ogos 2008.
340 pagi


-Alhamdulillah-

Tuesday, August 12, 2008

BaktisiswaSARAWAK - Day 3 & 4

-Bismillah-

RABU 30 Julai 2008

Seperti biasa pagi hari dimulakan dengan senam robik dan kemudian sarapan

Diteruskan pula dgn gotong royong membersih kawasan sekeliling rumah agan. Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk, bersihkan longkang, mengangkut tanah untuk ditambah kepada pokok bunga.

Kemudian menggali lubang untuk menanam sampah (yg buat kejenye sikit je, yg tgk nye punye la byk). Ada juga menebas rumput etc.

Kemudian sebahagian dari kami pergi bersuka ria d sungai yg terletak lbh kurang 100 meter dari rumah.

Dan bermula dari tengah hari ke petang, aktiviti medical checkup diteruskan. Medical checkup ini sebenarnya bermula sejak semalam, selasa, dari pagi ke petang. Selain itu, ada juga pameran kesihatan, latihan dan demostrasi CPR, latihan pertolongan cemas, ceramah kesihatan dan lain2 berkaitan kesihatan.

Pada masa yg sama pertandingan mewarna untuk kanak2 diadakan supaya mereka x mengganggu mak ayah die org yg pergi medical checkup. Selain itu juga ada sebahagian kumpulan lain, diketuai oleh biro publisiti ke rumah panjang lain untuk buat promosi. Biro pengangkutan pula sibuk mengangkut org kampung dr rumah panjang lain ke rumah panjang Agan untuk sama2 menambah ilmu mengenai kesihatan.

Aku? Mcm biasa la klua shopping, Amik makanan bungkus utk lunch dan beli barang mentah untuk dinner n breakfast esk pagi. Ada AJK aku org cina. Apa yg aku perasan bile aku klua ngan derang ni, derang sgt berkira soal kesamarataan. Sbb non-muslim mkn dgn keluarga masing2 n muslim hanya 1 tempat masak kemudian agih2, biasa la ktrg kne beli lbh sket brg dapur mcm minyak, sos, bawang sume. Itu pun derang xpuas hati. Sume nk sama, xleh yg lbh mahu kurang. Kalo derang xbeli barang tu utk derang, ktrg pn xblh. Hari rabu ni juga muslim mkn telur masak kicap je sbb senang nk masak n rata2 ktrg da bosan mkn ayam. Yg chinese beli ayam. Itu pun msh nk berkira lg. xpaham aku.

Boleh kata lauk ktrg tiap2 hari utk lunch (tempah bungkus dr kedai) dan dinner (msk seniri) adalah ayam, sbb byk pulak yg allergy to seafood laa, vegi la, etc.. so aku decide kite beli ayam je. Tu yg muak tuh. Tp sbb aku ketua dan duit aku pegang, ktrg beli la senyap2. Hahaha. Kalo ktrg beli udang sotong lain aa, ini stakat bawang, garam, sos, cili kering..

KHAMIS 31 Julai 2008

Hari ni punya aktiviti tiada yg spesel sgt. Pagi seperti biasa senam robik, kemudian medical checkup, pameran etc.. Dan tgh hari nya pulak sebahagian besar dari kami ke sekolah yg berdekatan untuk buat aktiviti bersama pelajar sekolah.

Agak menarik aku lihat dan budak2 pun sgt seronok. Jelas terbayang kegembiraan d wajah masing2 terutama kanak2. Majoriti orang iban d sini, hanya ada kanak2 dan org tua sahaja. Yg remaja dan dewasa rata2 nya duduk asrama atau bekerja d tempat jauh dan hanya balik jarang2. Jd kanak2 d sini tiada kakak dan abang yg sudi bermain dengan mereka. Mereka menagih kasih sayang (cewah!). Mcm pagi ini, ada budak d rumah Agan menangis sambil menyebut 'mana abang2' semasa kami keluar buat aktiviti d sekolah.

Pada masa yg sama, aku dan beberapa org kawan pergi ke Bandar Sarikei untuk shopping. Gambar d atas adalah ketua Chef, Saadah. Dengan muka selamba dan penuh yakin, dia pergi kat menda putih yg tergantung tu n tanye pakcik kedai..
"santan ni berapa sepeket?" katanya
"itu kapur dik, santannya ada kat sni" balas pakcik tu
Bwahahaha. Masing2 pecah perut ketawa termasuk la pakcik makcik yg ada d sekitar kedai tu.

Untuk dinner malam ni kami makan ikan. Ape nama ntah tp aku sgt tak suke sbb banyak tulang!!! last2 aku putus asa nk makan ikan so aku jd vegi jap. Ikan tu ktrg bakar. Untuk yg chinese nye ktrg beli ayam mcm biasa n derang msk kat umah keluarga masing2. Dan bila masak beramai2 ni, muslims n keluarga yg kami tinggal bersama jadi sgt rapat dan meriah. Seronok.

Juga menu utk malam itu yg disediakan oleh mak angkat aku. Membe2 aku mkn dengan penuh selera tp aku hanaya melihat. Bukan apa, teringat aku life cycle beberapa parasite yg antara host nya adalah siput. Dan juga aku geli senanyer~ Ni siput ape ntah aku tak tahu. Aku nampak mak angkat aku g sungai n kutip. Siput sedut agaknya,
Malam tu konon2nya malam kebudayaan. Ada tarian, nyanyian apa2 lg ntah. Sampai la tgh malam.

Aku? duduk d dalam rumah sorang2 tgk cite hantu. Aku kan baik soleh wa musleh. haha. Memule tgk cite KEKASIH GELAPKU. Seronok jugak. Jarang2 aku tgk cite melayu nih. Pastu cite seram cine pula, pasal alam jin. Meremang bulu rome aku. Kejap2 pandang jugak atas blakang takut2 ada makhluk yg aku xnk tgk.Hahaha~ Tp layan gak cite tu sampai habis.

oo yee. Dalam prog ni, ada beberpa org yg digelar 'excluded'. Antaranya adalah pengarah, timb pengarah dan aku. Dengan kata lain kami langsung xyah ikut tentetif. Ye aa..kalo aku ikut tentetif xmakan la org lain.

bersambung lg...



-Alhamdulillah-

Monday, August 11, 2008

BaktisiswaSARAWAK - Day 1 & 2

ISNIN 28 JULAI 2008

ketiga-tiga kumpulan telah selamat tiba di rumah Agan. Kumpulan akhir tiba lbh kurang jam 4 ptg. Selepas semua 'check in' ke rumah angkat keluarga masing, semua bersiap untuk majlis perasmian pembukaan baktisiswa pada petang selasa.

Malam itu pula ada majlis ringkas penyerahan anak angkat dan ucapan dari ketua Rumah Agan atau Tuai Rumah, En. Agan.

Sebut mengenai hari pertama ni sebenarnya byk isu timbul termasuk soal agama dan perkauman. Isu pertama mengenai makanan, isu yg timbul seminggu lg sblm baktisiswa. Aku yg menjadi ketua dalam bahagian ini sgt pening. Ini semua isu halal haram makanan. Plan asal setiap orang akan makan dengan keluarga angkat masing2. Keluarga akan masakkan, atau kita tolang dia masak, atau kita yg masak atau dia tolong kita masak. Bila timbul isu halal haram aku membuat keputusan yg bahan mentah kita yg beli sendiri dan akan guna kita punya untuk masak. Kemudian timbul pula mengenai perkakas dapur, pinggan mangkuk, periuk sudu pisau suma pernah digunakan untuk masak potong n makan babi. Jadi aku cadang ahli keluarga masing2 samak barang dapur rumah masing2. Tp ada yg kurang setuju kerna khuatir keluarga angkat akan amik hati atau tidak benarkan. juga barang yg nak samak banyak dan memenatkan.

Jadi pada hari pertama ini, pagi itu, kawan aku org serawak pergi pinjam barang dapur kepada saudara maranya yg tinggal di sarikei. Barang2 tu kita akan letak kat 1 rumah n rumah tu tolong masak untuk semua muslim n ahli keluarga yg muslim students tinggal. Yg non muslim mmg family derang yg masakkan, tiada masalah. Tp mmg sgt kesian la rumah yg kena masak tu. Sgt berterima kasih kepada ketua chef, Saadah dan pembantu kanan chef Eri.

Isu kedua mengenai pakaian. Majoriti membe2 pompuan chinese pakai seluar pendek yg mcm spender. Sgt pendek dan sgt ketat lg seksi. Jadi mlm itu semasa berkumpul ramai, hal ini disuarakan oleh seorang muslim supaya non muslim menghormati muslim dengan berpakaian lbh sopan. Tetapi ia ditentang keras. Freedom! Negara demokrasi la kata kn. Hak masing2. Jadi sedikit pertengkaran berlaku di antara 2 kaum. Yg indians nye hanya diam. Mereka terlalu sikit untuk bersuara. Akhirnya bg mengelakkan pergaduhan panjang, pengarah (seorang chinese) decide supaya short pans hanya dibenarkan di dalam rumah masing2 sahaja. Atas alasan ini program rasmi dan kita perlu menjaga imej UM dan Fakulti, jadi berpakaian lah dengan sopan. Tetapi ada wajah tidak puas hati pada wajah2 sahabat cina kami.

Dan beberapa isu kecil lagi yg akan menyebabakan post ini jd sgt panjang utk diceritakan.
.
.
.
SELASA 29 JULAI 2008


Pagi hari ini dan hari2 yg lain dimulakan dengan senam robik yg bermula pada jam 7 pagi. Macam sgt awal, tetapi buat yg xtahu, sarawak kol 6 pagi langit sudah mulai cerah. Aku yg tidak biasa menyangka aku bangun subuh di awal waktu, rupanya sudah di penghujung waktu. Jam 6 ptg, hari sudah mulai gelap.

Selepas senam robik, masing2 sibuk dengan persedian untuk majlis perasmian petang itu.
Majlis pembukaan dimulakan pada jam 3 ptg, dirasmikan oleh YB Sarikei. Di atas jasa baik YB, jambatan yg nk runtuh itu akan digantikan dengan jambatan baru.
Ini adalah salah satu dari kerja biro makanan dan logistik yg diketuai aku. Kerja aku tiap hari, pagi2 sediakan breakfast utk semua peserta. Jam 10 pg keluar g Pekan Bintangor, ambil nasi bungkus untuk lunch dan beli barang mentah untuk dinner dan breakfast esk pagi. Balik biasa kol 12. Itu la keje aku tiap2 hari.
Petang itu ada sukaneka dengan penduduk.
Pada masa yg sama, sebahagian dari membe laki aku mula tolong2 Chef untuk masak. Ktrg mula samak sikit2 barang dapar yg nk digunakan. Dan petang itu ktrg msk masakan org iban, ayam pangsuh. Ayam dipotong kecil dan dimasak dalam buluh...mcm lemang. Nasi pulak makan padi bukit. Sgt sedap makan malam hari itu. Sayurnya pulak aku da lupa nama die..msk ngan blacan. Yummy~

bersambung....


-Alhamdulillah-

Tuesday, August 05, 2008

BaktisiswaSARAWAK - No.17

-Bismillah-

Sambungan...
Ini masih kisah d hari pertama. Rumah Agan kesemuanya skali ada 22 buah rumah. Dan aku bersama Devan dan Doc Mohazmi menjadi anak angkat keluarga rumah no 17, keluarga Ibu Maria.

Ini rumahnya. Kat cni derang xpanggil rumah tp 'pintu', sbb rumah agan tu da rumah.

Rumah kat sini bahagian depannya sahaja batu. Sama untuk semua rumah. Tp bahagian tengah dan belakang ikut kemampuan setiap keluarga. Seperti keluarga aku, adalah antara keluarga yg paling dhaif dan menyedihkan. Aku sgt simpati. Gamba atas adalah ruang tamu rumah itu. Ada home theater. Memang mengejutkan tp aku rasa itu adalah pemberian dr orang. Percaya atau tidak, dalam rumah ni langsung tiada singki dan paip air.
Ini adalah gamba bahagian belakang rumah.

Ini adalah bilik mandi, dan satu2 nya sumber air untuk rumah ini. Untuk buang air di belakang lagi. Nampak x ada mcm rumah kayu blakang tu? itu adalah rumah asal rumah panjang Agan ini sblm rumah baru yg ada batu.

Untuk ke tandas, kene pergi ke rumah panjang lama tu, naik tangga yg dibuat dr kayu balak.
Terus masuk ke rumah panjang lama itu.
Keluar dr rumah panjang lama ikut blakang dan perlu melalui titi kecil.
Dan ini lah tandas nya. Jauh di dalam hutan. Cuba bayangkan bagaimana kalau aku ingin buang air pada malam hari dengan keadaan gelap gelita dan langsung tiada lampu.
Rumah ini cume ada 1 bilik dan terletak di tingkat atas. Di siang hari, sanagat panas!!!

-alhamdulillah-

BaktisiswaSARAWAK Day 1 - Rumah Agan

-Bismillah-
BAKTISISWA SARAWAK 2008!!!!
Secara kasar prog ini dianjurkan oleh medical society (MEDSOC) University Malaya. Diadakan pada 28 Julai - 2 Ogos 2008. Bertempat d Rumah Panjang, Rumah Agan, Sungai Mador, Bintangor, Sarikei, Sarawak. Disertai oleh 104 orang pelajr perubatan UM tahun 3 dan seorang penasihat, Dr. Mohazmi.
27 Julai, 3 pagi
kumpulan pertama bertolak ke LCCT. Aku ikut kumpulan ke 2 pada esoknya jam 3 pagi. Tp pada malam ini kne turun utk kasi briefing sket. Siangnya pulak aku ke PERSIS, sempena EPISMA 'memenangkan' kumpulan aRraid.
28 julai, 3 pagi
Aku sgt mengantuk dan penat. Da la malam sebelumnya xcukup tido. Selepas sedikit briefing, kami bertolak dengan 2 bas UM ke LCCT. Ntah mcm mana, Dr Mohazmi tertinggal. Sbb kami da jauh, Dr terpaksa naik bas ke LCCT. Sory doc, mcm mana blh terlupa ntah. Selepas check-in jam 530 pagi, kami breakfast d MacD (boikot!!). Dr Mohazmi tiba 615, org last check in. Semayang subuh kemudian terus naik flight. Aku tido sepanjang penerbangan walaupun kurang nyenyak sbb cuaca kurang baik pagi itu.
915 pagi
Kami tiba d lapangan terbang sibu. Kecil sahaja. Disebabkan tak cukup bas, sebahagian dr kami terpaksa tunggu kumpulan ke 3 di airport yg dijangka tiba jam 2 ptg. Sebahagian kami yg lain termasuk aku bertolak dahulu ke Rumah Agan. Sebelum sampai kami singgah ke pekan ape-ntah-nama utk beli sedikit barang keperluan.

Untuk ke rumah agan, bas terpaksa melalui jalan yg berbukit bukau (majoriti jalan kat sarikei begitu). Masuk ke hutan melalui jalan yg sgt sempit. perjalanan mengambil masa lbh kurang sejam setengah. Sebelum tiba ke Rumah Agan, kami terpaksa melalui satu jambatan yg hampir roboh (gambar atas). Jadi kerna ingin mengelak dr perkara yg tidak diingini, kami terpaksa turun kosongkan bas untuk bas melintas kemudian naik balik selepas itu.

Satu2 nya bas yg kami guna.

1130 pagi - Kami tiba di Rumah Agan

Ini adalah rumah Agan. Sgt buruk dan sangat daif bukan? tp ini rumah agan yg dulu. Rata2 anak2 dari rumah panjang ini sudah berjaya dan ramai yg sudah berhijrah dan bekerja di semenanjung. Siap ada satu keluarga tu, Rumah dia kalah rumah org KL. lengkap dengan perabot import dan home theater. Bila ditanya, salah sorang anaknya adalah doktor pakar (adakah ini bermaksud doktor kaya?). Jadi anak2 yg sudah berjaya ini selalu menghantar wang pulang.

Bila sudah byk, penduduk rumah agan sepakat nk moden kn sket rumah panjang mereka. Jadilah mcm gamba atas ni. Walaupun nampak mcm rumah teres 2 tingkat, tetapi di dalamnya masih dhaif (kecuali rumah yg anak die doc pakar td). hanya bahagian depan rumah sahaja batu, belakangnya semua papan.


masuk sahaja Rumah itu, akan ada satu kawasan luas yg sgt panjang. dinamakan Ruai. Disinilah lbh 60% masa org2 Iban yg tinggal d rumah ini menghabis kan masa. bersembang, mengumpat, bermain dan sebagainya. Jd dapat dilihat ukhuwwah diantara penduduk sgt kuat. Majoriti aktivi yg kami buat juga di ruai ini.

Satu2nya jalan ke rumah agan

Dari depan pintu masuk, beginilah gambarannya~

bersambung....

-Alhamdulillah-

Sunday, August 03, 2008

PERSIS si ArRaiD

-Bismillah-

27 Julai 2008
Arraid. Da la dtg lewat! aku call x angkat! CD minus 1 hilang!

Pastu lirik xsempat buat salinan. Pastu sbb kurang blatih. Duk dalam tandas buat latihan.

Pastu blh pulak lupe lirik!!!
Malahan juga melanggar peraturan pertandingan!
Walaubagamanapun mereka mendapat anugerah vocal terbaik. Tahniah kpd mereka dan 'terima kasih kepada aku'..keh3
Gamba dak2 Hira' jeram xde. Tp tahniah buat mereka kerana berjaya menggondol tempat ke 3, mengalahkan sifu, sbb arRaid yg melatih budak2 nih.

Papepun kata aRraid, mereka dtg utk buat show, bkn bertanding. YeLa tuh!
Sape nk video arRaid nyanyi blh mintak sama aku key. 178mb.

-Alhamdulillah-