.

Thursday, May 13, 2010

Gambar

- Bismillah -

1 perkara yg aku tak suka dengan medic UM ialah mereka sgt suka menghabiskan duit pelajar. Sebagai contoh mereka kerap sgt minta gambar. Kejap2 nk gambar. Bape kali da aku kne cuci gambar. Kadang2 cd yg masa amik gambar dulu hilang jd kne amik gambar baru. Tatau la nk derang nk simpan dalam purse ke ape kan. Jadi memandangkan gambar yg aku ambil sendiri lebih lawa dari gambar yg diambil oleh orang di kedai gambar, maka aku pun mengambil gambar sendiri. Cuma masalahnya nk print. Aku cuma ada printer monocolour sahaja disini. Aku pernah bertanya sekali untuk apa gambar2 ini. Dia kata supaya lecturer boleh kenal kita melalui gambar. Lebih mudah. Maka kalau setakat tujuan itu, aku pun selamba lah print black n white. nasib lah labu. Aku da tade duit asik nk cuci gambar je. Nak kumpul duit untuk kawen pulak.

ehehehe~

Baru2 ini ada orang salah sangka yg pemilik blog ini adalah hamba Allah bernama Tariq kerana gambarnya terlalu byk dalam blog ini. Maka dengan 12 gambar aku ini, aku merampas semua blog ini dari dia. Sekian.


- Alhamdulillah -




Tuesday, May 11, 2010

Ibuuu..engkaulah ratu hati ku~

- Bismillah -

Aku tgk ramai orang ucap hari ibu. Aku tak tahu exactly bila hari ibu ni sbenanye.
Tp orang da wish, aku rasa dah kne pada hari nya lah kot. ehehe~

SELAMAT HARI IBU!

nway baru2 ni aku terjumpa album yg ada gambar lama2. Fuh penat aku scan satu album. Ada 53 gambar. Ada byk lagi sebenarnya tapi byk dah rosak dan dan cair (?) Macam 2 gambar bawah ini. Tapi yg bawah ini mcm ok lagi lah. Yg sgt rosak dan sgt cair aku buang sahaja. Tak nampak apa dan terlalu melekit utk di scan. Takut melekat kat cermin scanner. Aku rasa byk lagi album2 lama, dan aku rasa juga dah byk yg hilang. Album lama2 aku sendiri pun aku dah tak tahu ke mana. Aku rasa pastinya hilang dalam proses pindah rumah, memandangkan keluarga aku sudah berpindah randah agak byk kali. Dari Tikam Batu Kedah, sehingga sekarang di Meru. Di Meru sahaja rasanya sudah pindah 4 atau 5 kali.

Oh gambar di atas adalah gambar ibu/mak/omma/mama/mummy/umi/bonda/mum (pape je lah yg korang panggilkan) masa die blaja kat Oxford, UK dulu. Aku rasa tahun 70-an ke 80-an. Time ni mcm kurus lagi so mungkin belum kawen lagi la kot (?) haha. Mak cite dulu mak antara gadis2 hot kat kampung die, dah la pandai. Jadi memang dikejar2, tp last2 kawen ngan org singapore jugak. Aku sgt suka tone gambar itu!

Ini pula gambar mak dengan anak2 muridnya. Gambar dah ada warna dan tone film yg sgt unik ini. Aku rasa tahun 90-an.

Ini pula mungkin gambar abang sulong aku. Gambar tahun 80-an kot.
Ni pun tone die sgt marbeles! Aku sekarang masih tercari dan belajar mcm mana nk buat tone2 yg menarik dan klasik seperti ini. Sgt unik.


- Alhamdulillah -

Sunday, May 09, 2010

Kolej ku - HTAR

- Bismillah -

Aku bosan. Jadi aku ingin bercerita sedikit sebanyak tentang kolej ku. 2 tahun aku duk sini. fuh~. Nway..

Ini adalah Hospital Klang. HTAR- Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Waktu gambar ini diambil adalah dekat2 nk maghrib, jd agak lengang. HTAR yg kebiasaannya sgt sibuk dan sentiasa penuh dengan kereta dan sesak dengan orang, termasuk pelawat dan pesakit. Bukan itu sahaja, udara di Klang ini juga tidaklah sebersih mana. Banggunan hospital ini memang sgt lama. Ada certain bahagian sudah begitu uzur. Toilet pun acap kali tersumbat. Kemudian bile aku cari toilet kat tempat lain, Doc bising kata aku slalu sgt bg alasan g toilet. Ceit~

Selain itu, Klang mmg sangat terkenal dengan populasi gagak yg padat dan mampan. Terutama di waktu maghrib, langit akan penuh dengan gagak. Mencepatkan lagi proses pertukaran dari cerah ke gelap. Selain gagak, Klang juga padat dengan populasi dari kaum India. Jadi majoriti pesakit di HTAR, adalah byk orang India. Doktor dari kaum India juga ada kuata tertentu yg perlu di isi bagi memudahkan urusan komunikasi.

Banyaknya gagak sehingga memaksa pihak berkuasa setempat melancarkan kempen menembak gagak. Kadang2 mereka siap buat pertandingan lagi. Pertandingan menembak gagak. Ada sekali aku sembang2 deng abang si penembak gagak, biasanya skali keluar, mereka dapat menjatuhkan kurang2 dekat 10 000 ekor. Mereka mmg selalu bergerak dalam kumpulan dan ke merata tempat sekitar Klang.

Inilah rupa tempat penginapan pelajar fasa 3A, perubatan UM. Berbentuk H, dengan laluan pejalan kaki di tengah, di apit oleh dua gelanggang badminton.

Di gelanggang badminton itulah byk aktiviti2 dilakukan. Dari bermain futsal tampa mengira cuaca, melakukan aktiviti ramai2 seperti menyambut hari lahir seseorang, BBQ, makan saje2, sambutan hari Asyura dan sebagainya.

Permandangan di kawasan ini sebenarnya agak klasik, kerana penuh dengan banggunan dan landskap lama. Namun kadang2 jika kena masa, boleh tahan suasananya.


- Alhamdulillah -

Friday, May 07, 2010

Cameron Highland (2007)

- Bismillah -

Time2 nk exam ni mcm biasa la, cite nk g tu nak g nih, nnt karang dah cuti tak pegi mana2 pun. Samada terperap kat umah atau dihantar balik kampung untuk tugasan2 tertentu. Memandangkan aku dah lama tak berjalan jadi termacam best pulak ingat tempat yg aku penah jalan. Cameron Higland. Last skali aku pegi masa 2007. Xdelah tempat ni best sgt n wajib pegi tiap2 tahun, cume.... kamera kesayangan aku tak penah lagi menjejakkan kaki ke sini ehehe. Jadi skrg sedang menunggu Dzul untuk plan dan bawak aku g sinih. OKeh Dzul!

Zaman2 aku amik gamba nih, seryes aku tatau pape pasal kamera. Yg aku tahu kamera lagi mahal gamba lagi cantik. haha. Aku tak tahupun sesuatu gamba yg berkualiti tu macam mana. Apa rules utk amik gamba etc. Bg aku gambar yg di ambil mestilah sedap mata memandang. Jadi sebenarnya sblm aku minat photography, aku dah terminat pun photography tampa aku sedar kerana aku selalu rasa tak kene dengan gambar yg aku ambil, jadi aku akan ambil dan ambil lagi, Dan byk main angle.

Biasalah kalo orang yg tak tahu sgt amik gamba atau tak de ilmu sgt, derang akan konon2 cube nk amik gamba2 mcm seni lah, dengan bermain angle dan tangkap gamba pelik2. Amik gamba daun la, ranting la, bunga la, rumput la, rantai besi la etc, dari atas, tepi, bawah dan segala sudut. Tak caye tgk gamba mule2 flickr kak Amer hagagaga. Alaa tp majoriti org yg baru start2 pegang kamera mmg mcm tu. Same je. Tapi Kak Amer skrg gamba dah mantop2. Fave da berpuluh dah skrg. Wuish belum tuka ke kamera besa lagi tuh. Fuh~

Aku pulak, mula2 aku pegang kamera aku suka candid dan permandangan. Selalu pegi jalan2 ngan orang atau in group atau lawatan mmg kamera aku antara yg paling byk gambar. Semua aksi dan telatah orang aku nak amik. Konon2 nye mcm berhargalah. Yelah masa sentiasa berlalu pergikan. Dan aku juga suka kawasan tempat tinggi dan kawasan dengan permandangan yg cantik. kalau aku rasa tak lawa aku salahkan tempat atau kamera. Jadi masa mula2 dulu aku mmg beli kamera yg agak mahal sampai kene marah ngan mak. Dan sekarang baru aku tahu aku silap, kamera mmg penting, tapi cantik atau tidak sesuatu gambar lebih bergantung kepada skill dan seni orang yg tangkap. Ramai je org kamera besa2 gamba ala kadar je, kalau ala kadar ok lagi, kalau seryes buruk? Malu okeh pegang kamera besa2.

Ok dah termelalut pasal fotografi pulak. Antara perkara menarik yg aku penah buat kat Cameron adalah keluar malam kol 11 dan makan ais krim. Perumpamaan yg aku boleh buat seperti duduk dalam peti ais dan mandi dengan ABC. Yeee mmg agak sengal, tapi perbuatan2 takde keje ni lah yg seronok utk dikenang. Kemudian balik bilik berebut selimut. 3 selimut tak cukup. Esok pagi pulak berebut toilet sbb nk berendam dalam bath tub dengan air panas. Sape masuk 1st, yg orang seterusnya mmg tensen la tunggu.

Dan pagi2 buta pegi gatal nk panjat puncak tertinggi kat Cameron. Gunung Brincang kot nama die. Menggigil-gigil. Konon2 nnt takut ramai orang la. Oh tade la daki jalan kaki. naik kete je pun. Orang lain pakai 4-wheels. Ktrg Kelisa je. AGak tak sayang kereta lah. Dan mmg tak ramai orang langsung.

Kemudian tengah hari tu, hari Jumaat. Walaupun musafir tapi decide nk solat Jumaat jugak. Masjid die sedang2 je. Masjid lama. Takde ape yg menarik melainkan air die. Jam 1 tengah hari, menggeletar aku ambil air wudhu'. Pakcik sebelah sekadar tersenyum. Die kata air ni di salur dari mata air dari gunung. Air die mmg sgt sejuk. Macam lagi sejuk dari ais batu yg korang suke gigit2 tuh.

Kemudian tak serik2 nk mandi air terjun. Sejuk pun sejuk lah. Nak pegi kawasan air terjun ni kene lalu kawasan kampung dan rumah2 lama. Permandangan komuti yg menarik. Kemudian lalu tepi sungai yg sangat tak bersih air die, agak besar lah sungai tu, dan kawasan nelayan (?) kecil. Sebab aku tengok ada bot dan jala2 so aku assume nelayan lah haha. Die menjala kat sungai yg dah tercemar tu kot. Dan akibat bajet pandai jadi sesat kejap. Dan bila sampai kawasan air terjunnya, fuh mmg lawa tgk. Da la tinggi. Tapi tgk bawah air terjun tu, penuh dengan sampah sarap. Aduh Saleha.

Bilik yg kami menginap harga die time tu ada promosi. RM55. Murah dan sangat puas hati. Bilik besar, toilet besar, ada bath tub dan TV. Of kos lah xde air cond. Dah sgt sejuk kot. Zaman2 nih jugak aku tak pernah tahu mcm mana nk amik gamba indoor dan di kawasan gelap dan pada waktu malam. Aku langsung tak tahu long exposure tu ape. Mmg buruk lah gamba2 indoor aku. Blur sana sini. Noise bagai mencurah2 ke ladang gandum. Pastu aku salahkan kamera lagi dan nk beli kamera baru yg lagi mahal haha.

Bab makanan pulak. Biasalah tanah tinggi harga die mahal sket dari tempat lain2. Yelah kos pengangkutan  aku rasa penyebabnye. Tapi di sinilah di mana saat 1st time aku rasa strawberry tu sedap. Sebelum ni aku tak penah suke. Sekarang pun tade la suke sgt. Mungkin sbb cara penyediaan die la kot. Strawberry + Yogurt + madu. Kombinasi masam-masam-manis yg sebenar. Memang terbaik!

.
Aku pergi hari itu cuma 1 hari 1 malam sahaja. Pergi khamis petang, sampai lepas maghrib dan balik Jumaat around jam 3. Banyak lagi tempat tak explore senanye. Kalau boleh setiap sudut dan setiap batang halannk masuk.  Nak tgk ape ada. Kitorang byk jalan2 naik kete cube cover seberapa byk tempat yg boleh pergi. Kebun itu dan ini sgt banyak. Kemudian ada kawasan2 mcm zaman portugis, ada kawasan bonglo2 utk disewa dan taman2 yg mmg lawa2. Ada juga kebun2 blakang rumah dan mcm private farms, yg kalo korang tak gatal nk explore masuk ceruk2 mmg tak jumpe. Walau kecik dan tak commercial tp sgt lawa dan kemas. Buah yg dihasilkan pun boleh jadi lebih cantik, sedap dan manis.

Sayang time pegi ni, aku baru jual kamera lama nk beli kamera baru, jadi gambar2 yg ditangkappun pakai kamera pinjam. Dah la kamera tu dengan memory card yg sgt kecik, 64mb tak silap. Mmg kene jimat2 lah. byk gambar nak ambil tak terambil. Jadi kalau pergi lagi skali dalam masa terdekat nih mmg aku nk balas dendam sungguh amik gamba byk2. Cume..... bile lah aku nk cuti nih. Haihhhhhhhhhhhh~


- Alhamdulillah -

Wednesday, May 05, 2010

..............

- Bismillah -

0. Tahniah kolej ini. Setelah 2 minggu tade tenet akhirnya kau ada balik. Walaupun nk bukak email mcm 5 minit. Aku dah rasa mcm nk ulang alik rumah je. Tapi yuran da kne baya siap2 utk setahun.

1. Semalam ada kejadian pecah kereta di kolej aku, Vios. Salah seorang dari kawan aku cermin keretanya di pecahkan dibahagian pintu. Waktu ketika itu hujan lebat, jadi tiada yang perasan termasuk pak guard.  Ceh padahal aku tgk pakguard slalu curi tulang, duk dalam bilik guard je sepanjang masa, layan sms, gayut, denga radio dan tido. Dan yang menarik, apa yang hilang adalah smart tag yg disimpan di dalam laci kereta. Persoalan yg timbul adalah kenapa kereta itu yg dipecahkan sedangkan byk lagi kerta lain? Bagai mana si pemecah kereta tahu yg kerata itu mempunyai smart tag yg disimpan di dalam laci. Ada kereta lain yg smart tag tayang kat cermin tapi tak kene pecah. Dan lebih menarik bagaimana si pemecah kereta tahu yang kereta tersebut alarm nya sudah rosak. Aku rasa banyak je kereta yg alamnya sudah rosak. banyak je kereta lain terutama kereta murah yg boleh dibuka dengan hanya sebatang pembaris. Jadi aku pun ter cuak dan cek kereta aku. Barang2 dalam kereta aku hanya ada buku peta, air mineral dan keset nasyid in-team yg aku sgt yakin milik adik 1st aku, dan smart tag. Dan smart tag aku pun takde bile aku cek. Nak mengamuk rasa. Baru nk ke ofis buat aduan dan keco kat semua penduduk kolej yg kolej ni dah tak selamat. Tapi belum sempat aku buat begitu aku baru ingat aku letak smart tag dalam beg, dan beg tu ada kat bilik -.-'

2. Kenapa setiap kali nk exam je badan aku mule buat hal. Demam lah, batuk lah, selsema lah, cirit lah. Time aku mencari alasan nk ponteng kelas takde pulak nk sakit. Jadi terpaksa pergi juga ke kelas dengan keikhlasan yang dipaksa.

3. Malam tadi jam 4 pagi ada seorang kawan aku mesej byk kali mintak topup RM30. Waktu tu aku tak sedarlah. Tengah qiam atau tidur itu adalah rahsia haha. Jadi pagi tu subuh aku msg lah kata nak lagi ke. Dia kata nak. Tapi tak boleh topup sebab pagi tu server topup jammed. Aku katalah kat dia tak boleh n biasa amik masa lbh kurang 30 minit sblm boleh balik. Pastu dia marah2 aku -.-' . Dah server jammed ape aku boleh buat. Ko gelabah2  nk marah aku g beli seniri la! Aku taknak jual kat ko pun ko peduli ape! G la cari kedai topup seniri kol 6 pagi! *emo*  (7e jauh).

4. Aku rasa kakak2 kantin suke aku -.-'

5. Laser printer yg aku baru beli sgt best. Print gamba B&W sgt lawa.

6. Aku ingat nk buat galeri sendiri lah. Print gamba atas canvas sgt cool. http://www.lifeiscanvas.com/

7. Aku baru tahu Taman Rakyat depan Hospital klang nih sgt besaaaaaaa. 2 hari lepas aku gatal2 baru nk pergi untuk pertama kali walaupun dah duk sini setahun setengah. Berbekalkan semangat dah lama tak jogging dan nk kecikkan lagi peha yg dah kecik nih, aku jogging dari bilik, kua hospital, lintas jalan gune jejantas dan jongging dan terus jogging ke taman rakyat ikut jalan belakang. Mak aihhhhhhh. Rupenye sangat besa. Rupanya kat situ ada bukit yg agak tinggi dan besa. Kawasan jongging die adalah meredah bukit, naik dan turun. Antara yg membuat kan aku terus jogging walaupun dah tak larat gile adalah kerana ada pakcik berumur 60 tahun lebih jogging blakang aku -.-' . aku da cube speed up pun die masih gak kat belakang aku. Kemudian aku jumpe pakcik umo 40 lebih jogging dengan dumble kat dua2 tangan n kat badan pakai baju pemberat. Kat baju die ada  besi2 pemberat. Wadehel jogging biasa pun susah ok, ni jogging naik bukit. Aku rasa penat aku hari tu lebih penat dari aku panjat Broga.

8. Sampai sekarang aku sakit2 kaki lagi.
9. Isnin petang dan rabu pagi aku exam.

10. Rabu depan nk g men ais skate tgh hari. Malam tu nk buat BBQ. Esoknye pagi panjat Broga (?)

11. Rupenye skrg ada kelas. Kelas dah di bawa awal ke jam 1 ptg. Kenapa aku asik tak tahu. bye


Thursday, April 29, 2010

54


 Alaa..aku igt die cite cane Mustang blaja dari mula2.
Tapi pape pun Mustang n Amstrong mmg terbaek! Selamat tinggal Envy~

_______________


“…kenapa kita boleh berbaik dengan bangsa lain atas alasan dakwah tetapi tidak boleh rahmah sesama bangsa sendiri yang sesama agama. Adakah kemungkaran yang lebih besar dari kekufuran?” 

 '-'