.

Tuesday, May 17, 2011

buzzzzzzzzzzzzzBizi

- Bismillah -

Fuh akhirnya dapat menarik nafas dgn sedikit selesa selepas 2 minggu yg sgt sibuk. Bermula dari 2 minggu lepas bilamana aku ada wedding job pada hari sabtu (7/5/2011) di Port Klang. Ini pun last minute informed, pengantinnya adalah kawan medic aku. 4 hari sebelum hari kejadian baru die msg tanye boleh tak ambil gambar. Sbb xnak kecewakan membe sendiri, jadi ambil sahajalah tugasan itu. Dan mcm biasa mestilah sgt penat. Kene pula esoknya Ahad aku oncall. Isnin post call. Kemudian minggu itu aku oncall 4 kali lagi. Kemudian pada sabtu kedua (14/5/2011) aku ada wedding job lagi.

Ini Fadya dan Hakimi. Tahniah buat mereka berdua. Keduanya adalah student kolej aku. Fadya Medic dan Hakimi Engineering. Gamba derang yg lain2 aku belum upload lagi. Tgk lah esok lusa.

Wedding yg kedua ini mmg tak kenal langsung. Derang dapat tahu dari hasil carian di internet! >_< . Pengantinnya bernama Salmi. Derang dah book lama dah, sejak bulan 2 lagi. Book untuk dua2 kenduri sebelah perempuan (sabtu lepas) dan lelaki (sabtu akan datang ini). 

Menjadikan keadaan lebih teruk, Aku biasanya menyiapkan gambar dan diberi kepada pelanggan dalam tempoh satu minggu, dan 2 minggu adalah maksimum. Jadi sebab nak bg gambar Fadya pada Isnin (semalam), maka aku sgt bertungkus lumus menyiapkan lebih kurang 1000 keping gambar. Dicampur dengan 4 kali oncall pada minggu lepas, dan Sabtu tu pula ada job lain lagi. Mmg sgt seksa dan penat. Ada 2 hari aku tak tidur untuk siapkan gambar. Kemudian Ahad nya pula aku oncall lagi. Nasib baik Isnin (semalam) selepas post call briefing dan ada tutorial sedikit dgn supervisor, selepas itu free sudah tiada kelas. Jadi aku bertungkus lumus siapkan gambar malam isnin, x tidur. Maka tgh hari semalam akhirnya aku dapat tidur dgn selesa dan sgt nyenyak. Malam nye pula ada kawan2 yg baik hati nak belanja makan besar =D. 

Gambar Fadya sudah siap. Namun gambar salmi masih ada 2000 keping menunggu T_T. Tapi sbb kali ni mmg byk gambar, jadi aku sudah beri tahu pengantin siap2 yg gambar mungkin ambil masa 2 ke 3 minggu, sbb sgt byk. Minggu ini aku cuma ada 2 kali oncall sahaja. Ok lah kurang sikit berbanding minggu sebelumnya. Sabtu ini ada wedding job terakhir untuk bulan ini.

Oh td malam sedang aku dan kawan2 makan malam di luar, Salmi call. Die request supaya gambar2 perhiasan yg dibuat semasa majlis kenduri sabtu lepas di upload segara. Sbb makcik die nk tengok xsilap. Mungkin untuk persiapan kenduri belah lelaki sabtu akan datang ini. Jadi td aku kelang kabut balik dari makan terus membuat suntingan gambar2 yg di inginkan. Alhamdulillah da settle. Anda semua boleh lihat di FaceBookPage MusafirDunia Photography. 




- Alhamdulillah -

Sejuk

- Bismillah -

Sebaik sahaja aku tulis entry yg bawah ini minggu lepas. Malam itu haba sudah tidak segarang mana. Malam mula kembali dingin seperti biasa. Alhamdulillah. Petang tu juga hujan mula turun membasahi bumi. Panas dunia yg menyeksakan hilang begitu sahaja. Bau hujan yg dirindui.

- Alhamdulillah -

Wednesday, May 11, 2011

Panas dan Sejuk.

- Bismillah -


Aku mula2 igt bilik aku je panas. Tapi kemudian kawan2 aku bising. So tahu lah kolej aku panas. Skali dgr kawan2 di tempat lain juga dan nampak berita. Maka tahu lah aku rupanya satu semenanjung panas. Panas akibat pergerakan angin panas dari mana ntah. Akibatkan walaupun cuaca tidak terik atau waktu malam, haba yg terkumpul tetap merimaskan. Panas yg haba yg amat. Sampai setiap kali aku bangun tidur, baju basah kerana peluh. Kalau biasa pagi2 lepas subuh tak terus mandi, tak pun masuk toilet nak mandi tapi termenung lama sebab sejuk. Jadi biasa masukkan tangan dan kaki sikit2. Tapi skrg sblm subuh dah mandi. Dan takde tunggu2, terus nak masuk bawah shower dan macam taknak keluar2 dah.

Sampai satu tahap dah panas sgt, nak tidur pun tak lena, aku akhirnya nekad membasah lencun kan tshirt dan pakai tshirt basah tu. Kemudian baru tidur. Lantak la cadar basah. Janji selesa. Mula2 tidur memang nyenyak. Tapi aku bangun 4 jam kemudiannya, baju kering, malah aku berpeluh sedikit. Itu dia penangan haba dari negara mana ntah. Kalau malam2, aku saje masuk kereta dan lepak dalam kereta semata2 nak sejuk kan badan dengan aircond kereta. Tak pun saje drive pusing UM untuk sejukkan badan. Tempat lain ada aircond kat kolej nih adalah bilik study yg dimonopoli oleh kaum cina. Sgt membencikan. Siap da tinggalkan buku beg dan segala makanan botol air dan pakaian untuk cop tempat tu sepanjang sem. Agak2 lah tempat public kot. Ktrg da byk kali buat aduan tapi macam tiada kesudahan. Kemudian sbb panas juga, biasa sehari aku sampai minum 2 ke 3 air botol besar tu (1.5L). Kencing pun byk juga lah.

Itu cerita sewaktu di kolej dan kebiasaannya petang dan malam. Di waktu pagi dan tengah dari atau dengan kata lain sewaktu aku di hospital lain pula. Aku pun tak tahu kenapa, wad psychiatric sgt sgt sejuk. Mungkin supaya pesakit psychiatric berhabinasi kot, jadi duh diam2 dan tak ganas sgt. Sejuk sampai dah tak tahan dan kadang2 mcm nk menggigil.

Jadi bayang kan lah sejuk ekstrem panas ekstrem berulang2, rasa nak sakit je. Tapi nasib baik tak sakit. Dicampur pula aku skrg sgt sgt sibuk. Ok ini aku cerita kemudian. Ok nk sambung menyiapkan kerja2 yg sgt byk ini T_T.


- Alhamdulillah -

Tuesday, May 10, 2011

Makcik Ani

- Bismillah -

So semalam aku dan Farhan AR pergi ke mid. Xlama, dalam 40 minit. Saje nk beli askem singgit depan Carrefour. Walaupun mcm membzir sbb parking je da RM2, jadi divide 2 org harga askem bernilai RM2 lah. Jalan punye jalan ternampak lah kedai makcik Ani. Aku tanye lah die sedap ke makcik Ani ni masak. Xpenah pulak aku try. Kemudian dia memandang aku dengan jengkel. 
"seryes ke ko tak penah makan kedai makcik Ani ni?" kata die.
"so?" Kata aku. Kenapa nak pelik? Selera lain2.


"tade la, kedai die kn mcm fames. Rasa pun boleh tahan. Aku suke. Macam pelik orang tak pernah rasa. Macam KFC?" kata Farhan.
"Alaaa budu dan cencalok pun femes, ko pun xpernah rasa kan" kata aku.
"Oh" kata Farhan.
"Sbb tu la aku pun xpernah rasa lagi" Kata Farhan lagi

-.-'

Lepas tu ktrg pegi kedai asam makan asam free dan kemudian balik ke UM.


- Alhamdulillah -

Panas psy

- Bismillah -

Aku skrg tgh posting Psychiatric. Adeh penat. Penat sbb melayan karenah patient yg sgt susah nak jawab soalan. Ada yg menghiburkan ada yg mmg nak kene gigit. Sepatutnya aku taleh la cite kn secara public tentang kes2 pesakit, tp ni sbb mcm aku tensen ngan sorang mamat nih, so nasib ko lah, sape suh cari pasal.




Ada sorang pakcik nih, die mengaku die Tuhan, die lah Agong dan die jugak lah PM. Kemudian nurse tanye die soalan bonus, Obama? Die pun mengaku dengan selambanya penuh yakin die adalah Obama. Nurse gelak2 tapi die masih tersenyum bangga. Pesakit ni ada delusion. sbb tu die mangaku mcm tu. Bukan sbb die saje2 main2. Mmg die yakin sungguh. Al kisah kelmarin aku buat kerja mcm biasa di wad. Die tetibe approached aku, dan mintak aku duit syiling. Sbb nye die nak call some one kat public phone. Tatau la malaikat ke kan (haha).

Aku cakap lah aku mana bawak duit syiling. Die terus mintak lagi. Aku ckp la aku tade. DIe terus mendesak dan desak. Aku malas layan aku jalan je buat tatau. Kemudian aku dan sorang kawan ktrg duduk atas kerusi yg ada dekat hall wad tu. Sekali patient tu datang jerit dan tengking. Die mencarut2 dan kutuk dan marah aku sbb aku ingkar arahan Tuhan.... seriously -.-'

Aku mcm nak sepak je die time tuh. Dah la air liur menyembur2. 

Nurse ngan pak Guard sume da bangun da tp kemudian die stop dan berlalu pergi. Ok la fine aku tak amik hati. Ko pun xbetulkan. So lepas tu nampak die buat bodoh la. So ok la. Tp yg buat aku sakit hati, setiap kali aku nk clerk (sembang2 amik history) patient, die datang dan hasut patient yg aku tengah ckp, kata jgn layan aku. Aku berdosa dan jahat dan cume menyamar etc ect. Aku dan kawan aku yg ada sekali time tu lah kene. So setiap kali ktrg nk buat keje yg melibatkan patient lain die akan ganggu. Urghhh. Mmg nak bg tampo je rasa.

Sebenarnya byk cerita menarik yg aku rasa nak kongsi. Cume sbb ethics kan. Baik nye aku >_<

Tapi aku rasa byk pengajaran dan kisah yg kita boleh ambil teladan dari cerita2 pesakit psychiatric nih.

Oh oh pagi tadi aku belajar pasal personality disorder. Sangat kewwwl. ehee.

Psychiatric medicine mmg menarik, tapi kadang2 aku rasa ada sesetangah psychiatrist nih terlalu suke judge orang. Mcm semua orang die nak kaitkan dengan ada masalah (walaupun kadang2 betul), tapi masih ada yg kadang2 skdr org tu berbeza, dia ada cara tersendiri. Dan sbb ini ada beberapa lecturer yg aku sgt tak suke. Die nampak student perangai mcm tu ini (padahal baru 1st time jumpe), dah judge mcm2 dgn tiba2 tampa ada sebab (tatau la die nk tunjuk concern atau tunjuk hebat). Padahal ko baru jumpe die 30 minit kot. Baki cerita die 20 tahun lebih ko nak letak mana. Duhhh!



- Alhamdulillah -

Friday, May 06, 2011

Cubefield

- Bismillah -

http://www.minijuegosgratis.com/flash1234/no_hotlink/cubefield.swf


Korang patut cube main game nih. Simple tapi mcm best. Bosan2 ke atau untuk hilangkan stress. Tapi kalau jenis clumsy2 dan mmg jenis bukan main game, baik jgn main takut makin stress pulak nnt.

Oh pastu bile da dapat konon2 markah tinggi sila jgn bongkak ok kawan2.
*Inside joke*
Hahahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahaha.
....

._.

___________________________________________

update



- Alhamdulillah -

Thursday, May 05, 2011

RS has just become more awesome!


- Bismillah -

As a pioneer in One Click File Hosting, RapidShare has often ventured into unknown territory, to find the best product for its customers. Now it's time to properly clean up the inventor's workshop, because everything that just sucks finally has to go. Immediately and permanently, RapidPro price include all services indefinitely. This means:
More storage space
As of now, automatic file deletion will no longer exist. With RapidPro, your files are saved until you delete them yourself!
More Traffic
From now on, it is absolutely unlimited. TrafficShare included. It’s that easy!
More speed
We have polished up our software! Uploads, as well as downloads, have been successfully carried out at 500 MBit/s per stream!
More safety
Politics call for the complete monitoring of all internet users. We protect you with automatic SSL-encryption.


Have fun with the new RapidShare: Finally, everything is easy again!




- Alhamdulillah -