.

Monday, April 02, 2012

Vid Youtube & Gambar FB

- Bismillah -

Baru2 ini aku ada upload video untuk blog korea di Youtube. Dan selepas upload, die mcm ada keluar satu option, dia boleh detect video kita gegar ke tak. Dan youtube ada satu sistem/software untuk betulkan gegar2 tu supaya video jadi lbh smooth. Korang boleh tgk hasilnya di blog korea pada link berikut. 


Video menjadi sgt smooth walaupun kadang2 nmpk mcm pelik dan fake sikit. Itu vid yg kualiti sgt rendah, agaknya mcm mana pula kalau kualiti video yg lebih bagus. Apa2 pun sistem ini sgt menarik dan menjadikan vid lebih cantik. Maksudnye tak payah beli camera stabilizer dah la, sbb boleh smooth kan pergerakan kamera dgn software (dgn kata lain software sebegini mmg wujud dan kne cari la).

Tapi still aku nak camera stabilizer sbb yg ori dari kamera lbh bagus dan kualiti lbh baik dari editing menggunakan apa2 software.

Berkenaan kualiti gambar di FB pula, kualiti gambar di facebook telah dinaik taraf dgn resolusi skrg boleh sehingga 960 pixel. Boleh baca artikel di alamat berikut.


Dan aku baru belajar cara baru untuk mendapatkan kualiti gambar yg lebih baik di facebook. Caranya adalah kia resize siap2 gambar menjadi 960 pixel kemudian baru upload. Kalau kita upload gambar resolusi lbh besar dari itu, facebook akan secara automatik resize gambar kita akibatnya gambar kita pecah dan kualiti sgt buruk (walaupun saiz resolusi 960 pixel).

Tapi apa2 pun kualiti gambar di FB adlah masih lebih rendah berbanding di blogspot yg menggunakan picasa. Maksudnya walaupun kedua2 gambar ber-resolusi 960 pixel, tp gambar di blog adalah lebih baik.


- Alhamdulillah -



No comments: